• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK ORGANISASI DARI PERSPEKTIF ISLAM DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM, SELANGOR ROSLAN HASSAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK ORGANISASI DARI PERSPEKTIF ISLAM DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM, SELANGOR ROSLAN HASSAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA"

Copied!
333
0
0

Teks penuh

(1)

KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK

ORGANISASI DARI PERSPEKTIF ISLAM DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM,

SELANGOR

ROSLAN HASSAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2017

(2)

KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK

ORGANISASI DARI PERSPEKTIF ISLAM DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

oleh

ROSLAN HASSAN

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan

Ogos 2017

(3)

ii

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Tuhan yang menurunkan ilmu-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya ilmu pengetahuan merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada ajaran agama Islam. Tidak lupa juga dengan salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sebagai penghulu kepada umat manusia dan pesuruh Allah SWT. Semoga penghasilan dan usaha dalam melengkapkan tesis ini mendapat keredaan-Nya dan seterusnya memperkayakan ilmu menurut perspektif Islam. Insya Allah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Mohd Syakir bin Mohd Rosdi sebagai penyelia yang tidak pernah jemu dalam membimbing, memberi tunjuk ajar serta mengemukakan cadangan-cadangan yang tidak ternilai bagi memastikan kekemasan dan kualiti penghasilan tesis ini. Segala teguran dan komitmen penyelia telah mendorong penyelidik dalam membulatkan nekad bagi memastikan penghasilan kajian ini disiapkan.

Di samping itu juga penghargaan kepada En. Shahrin Ahmad, En. Yusni bin Abd Rahman, Haji Abdul Halim bin Omar, Hajah Noraini Hussin, Datuk Azhari Dato’

Shaari, YB Khalid Samad, YB Dr. Haji Yaakob Sapari, Ustaz Khairiamri Ahmad dan Prof. Madya Ezani Yaakub yang telah meluangkan masa unuk ditemu bual sehingga penulisan tesis ini dilengkapkan.

(4)

iii

Kedua, tidak lupa juga penghargaan dikalungkan kepada pensyarah-pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.

Nama-nama seperti Prof. Dr. Muhammad Syukri bin Salleh, Prof. Madya Dr. Zakaria bin Bahari, Dr. Mohd Shukri bin Hanapi dan semua pensyarah ISDEV yang sentiasa memberi sokongan kepada penyelidik secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan penulisan tesis ini. Ketiga, kepada rakan-rakan di ISDEV yang sama-sama membantu terutamanya kepada Saudara Wafdi Auni bin Mohamed dan Saudara Ahmad Shaifful Anuar bin Ahmad Shukor.

Akhir sekali penghargaan buat isteri tercinta, Nazura binti Ramli yang sentiasa memahami dan mendorong sehingga penulisan tesis ini selesai. Tidak lupa juga penghargaan kepada anak-anak tersayang, Nur Najihah binti Roslan, Nur Irdina binti Roslan dan Muhammad Wafi Irfan bin Roslan. Semoga penghasilan ilmu tesis ini menjadi pemangkin kepada anak-anak Papa semoga berjaya dalam mendalami ilmu Allah SWT dan jangan sesekali berpatah semangat dalam mengharungi suasana kehidupan yang penuh mencabar. Penghargaan juga dipanjangkan kepada kedua arwah ibu bapa penyelidik serta arwah ayah mertua. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya kepada roh-roh ibu bapa dan ayah mertua. Insya Allah.

Roslan bin Hassan

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Pulau Pinang

22 Ogos 2017

(5)

iv

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ii

SENARAI KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI GAMBAR xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

PANDUAN TRANSLITERASI xvi

ABSTRAK xvii

ABSTRACT xix

BAB 1 – PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.2.1 Perkembangan Kaedah Pengurusan Konflik Lazim 2 1.2.2 Kaedah Pelaksanaan Pengurusan Konflik Lazim 7 1.2.3 Perkembangan Kaedah Pengurusan Konflik Islam 12 1.2.4 Kaedah Pelaksanaan Semasa Pengurusan Konflik Islam 16 1.2.5 Kaedah Pengurusan Konflik Pihak Berkuasa Tempatan 19

1.3 Pernyataan Masalah 22

1.4 Objektif Kajian 30

1.5 Persoalan Kajian 31

1.6 Definisi Operasional 33

1.6.1 Kaedah 33

1.6.2 Pengurusan Konflik 34

(6)

v

1.6.3 Organisasi 38

1.6.4 Perspektif Islam 39

1.7 Skop dan Batasan Kajian 43

1.8 Kepentingan Kajian 44

1.9 Sumbangan Kajian 45

1.10 Organisasi Kajian 47

BAB 2: KAJIAN LEPAS DAN SOROTAN KARYA

2.1 Pengenalan 49

2.2 Kajian-kajian Lepas 50

2.2.1 Jenis-jenis Konflik 50

2.2.1 (a) Konflik Jantina 51

2.2.1 (b) Konflik Urusan Rumah Tangga dan Kerja 52

2.2.1 (c) Konflik Budaya 53

2.2.1 (d) Konflik Kepentingan 54

2.2.1 (e) Persepsi Campur Tangan 55

2.2.1 (f) Konflik Kepuakan 56

2.2.1 (g) Intervensi Pihak Ketiga 57

2.2.2 Faktor-faktor Konflik Organisasi 59

2.2.3 Kesan-kesan Konflik Organisasi 61

2.2.3 (a) Kesan Positif Konflik Organisasi 61 2.2.3 (b) Kesan Negatif Konflik Organisasi 63

2.3 Analisis Kajian Lepas 65

2.4 Sorotan Karya 66

2.4.1 Konsep Konflik 67

(7)

vi

2.4.1 (a) Kepimpinan 67

2.4.1 (b) Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya

Konflik 71

2.4.1 (c) Proses Konflik 75

2.4.1 (d) Kesan Konflik 76

2.4.1 (e) Pembangunan Pengurusan Konflik dan Pembangunan Pengurusan Strategik Bagi

Menangani Konflik Pengurusan 82

2.4.2 Jenis Konflik 84

2.4.3 Kaedah Pengurusan Konflik Lazim 87

2.4.4 Model Karya Konflik Lazim 91

2.4.4 (a) Karya Penulisan Kerangka Model 91 2.4.4 (b) Model Kaedah Pengurusan Konflik Lazim 95

2.4.5 Konflik Dalam Perspektif Islam 102

2.4.5 (a) Konflik Dari Perspektif Islam 102 2.4.5 (b) Peranan Rasulullah SAW Dalam Menghadapi

Konflik 108

2.4.6 Penyelesaian Konflik Dari Perspektif Islam 112

2.4.6 (a) Konfik Rumah Tangga 112

2.4.6 (b) Konflik Dalam Peperangan 114 2.4.6 (c) Penyelesaian Konflik Melalui Syura 118

2.5 Analisis Sorotan Karya 119

2.6 Kerangka Konseptual Kajian 120

2.7 Rumusan 122

(8)

vii BAB 3 – KAEDAH PENYELIDIKAN

3.1 Pendahuluan 123

3.2 Reka Bentuk Kajian 124

3.3 Kaedah Pengumpulan Data 127

3.3.1 Kaedah Pengumpulan Data Primer 128

3.3.1 (a) Kaedah Temu Bual 128

3.3.1 (b) Pemilihan Informan 131

3.3.1 (c) Kajian Rintis 137

3.3.2 Kaedah Pengumpulan Data Sekunder 140

3.3.2 (a) Sumber Utama 141

3.3.2 (b) Sumber Kedua 142

3.4 Kaedah Penganalisisan Data 143

3.4.1 Kaedah Penganalisisan Data Primer 143 3.4.2 Kaedah Penganalisisan Data Sekunder 145

3.5 Tata Cara Aliran Kajian 148

3.6 Rumusan 150

BAB 4 – ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 151

4.2 Latar Belakang Informan 152

4.3 Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi dari Perspektif Islam 153 4.3.1 Pandangan Pemikir Islam Mengenai Pengurusan

Konflik Organisasi 154

4.3.2 Jenis-jenis Pengurusan Konflik Organisasi dari

Perspektif Islam 165

4.4 Kaedah Pengurusan Konflik di Majlis Bandaraya Shah Alam 181 4.5 Analisis Terhadap Kaedah Pengurusan Konflik Majlis Bandaraya

(9)

viii

Shah Alam Berdasarkan Kaedah Pengurusan Konflik dari

Perspektif Islam 196

4.5.1 Penilaian Kaedah Pengurusan Konflik Majlis Bandaraya Shah Alam Dengan Kaedah Pengurusan Konflik

Organisasi Menurut Perspektif Islam 198 4.5.2 Masalah/Halangan Majlis Bandaraya Shah Alam Dalam

Melaksanakan Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi Menurut Perspektif Islam Dalam Majlis Bandaraya Shah

Alam 200

4.5.3 Usaha-Usaha Majlis Bandaraya Shah Alam Untuk

Mengurusk an Konflik Secara Islam 204 4.6 Merumuskan Kaedah Pengurusan Konflik di Majlis Bandaraya

Shah Alam 207

4.6.1 Bentuk-Bentuk Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi Menurut Perspektif Islam Yang Sesuai Diterapkan Dalam

Majlis Bandaraya Shah Alam 209

4.6.2 Cadangan Penambahbaikan Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi Menurut Perspektif Islam Untuk Direalisasikan

Dalam Majlis Bandaraya Shah Alam 216

4.7 Rumusan 221

BAB 5 – PENUTUP DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 223

5.2 Rumusan Kajian 223

5.3 Implikasi Kajian dan Cadangan Dasar 229

5.3.1 Implikasi Teoretikal 229

5.3.2 Implikasi Praktikal 230

5.3.2(a) Implikasi Kepada Negara 230

5.3.2(b) Implikasi Kepada Organisasi 231 5.3.2(c) Implikasi Kepada Masyarakat 231

5.4 Cadangan Kajian Masa Hadapan 231

(10)

ix

5.4.1 Subjek Kajian 232

5.4.2 Kaedah Penyelidikan 232

5.5 Rumusan 233

BIBLIOGRAFI 235

(11)

x

SENARAI JADUAL

HALAMAN

Jadual 1.1 Objektif dan Persoalan Kajian 31

Jadual 3.1 Justifikasi Pemilihan Informan Kumpulan Pegawai

Majlis Bandaraya Shah Alam 133

Jadual 3.2 Justifikasi Pemilihan Informan Kumpulan Ahli Majlis 134 Jadual 3.3 Justifikasi Pemilihan Informan Kumpulan Ahli Politik 135 Jadual 3.4 Justifikasi Pemilihan Informan Kumpulan Pakar

Agama dan Akademik 137

Jadual 3.5 Pemilihan Informan Untuk Kajian Rintis 139 Jadual 3.6 Ringkasan Kaedah Analisis Data Mengikut Objektif

dan Persoalan Kajian 147

Jadual 4.1 Objektif Kajian Pertama dan Persoalan Kajian 153 Jadual 4.2 Persoalan Kajian Kedua dan Soalan Temu Bual 159 Jadual 4.3 Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi dari Perspektif

Islam 164

Jadual 4.4 Persoalan Kajian Ketiga dan Soalan Temu Bual 182 Jadual 4.5 Konflik-konflik di Majlis Bandaraya Shah Alam 184 Jadual 4.6 Kaedah Pengurusan Konflik Majlis Bandaraya Shah

Alam 192

Jadual 4.7 Persoalan Kajian Keempat dan Soalan Temu Bual 197 Jadual 4.8 Kaedah Pengurusan Konflik yang Digunakan Oleh

Majlis Bandaraya Shah Alam Sama Ada Bertepatan Dengan Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi dari

Perspektif Islam Ataupun Tidak 198

Jadual 4.9 Wujudnya Halangan Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam Melaksanakan Kaedah Pengurusan Konflik

Organisasi dari Perspektif Islam 200

Jadual 4.10 Permasalahan atau Halangan Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam Melaksanakan Kaedah Pengurusan Konflik

Organisasi dari Perspektif Islam 203

Jadual 4.11 Usaha-usaha yang Dilakukan oleh Majlis Bandaraya

Shah Alam Untuk Menguruskan Konflik Secara Islam 204 Jadual 4.12 Persoalan Kajian Kelima dan Soalan Temu Bual 208 Jadual 4.13 Bentuk-bentuk Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi

dari Perspektif Islam Yang Sesuai Diterapkan Dalam

(12)

xi

Majlis Bandaraya Shah Alam 210

Jadual 4.14 Kesesuaian Jenis-Jenis Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi dari Perspektif Islam Dengan Majlis

Bandaraya Shah Alam 214

Jadual 4.15 Cadangan Penambahbaikan Kaedah Pengurusan Konflik

Organisasi dari Perspektif Islam 217

(13)

xii

SENARAI RAJAH

HALAMAN

Rajah 2.1 Proses Konflik 76

Rajah 2.2 Konflik Interpersonal 99

Rajah 2.3 Model Bagi Kaedah Mengawal Konflik Interpersonal 100

Rajah 2.4 Kerangka Konseptual Kajian 121

Rajah 3.1 Tata Cara Aliran Kajian Kaedah Pengurusan Konflik

Organisasi dari Perspektif Islam 149

Rajah 4.1 Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi dari

Perspektif Islam 165

Rajah 4.2 Jenis-Jenis Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi dari Perspektif Islam Berasaskan dari Kajian Temu Bual

dan Kajian Dokumen 166

Rajah 4.3 Jenis-jenis Pengurusan Konflik Organisasi dari

Perspektif Islam 180

Rajah 4.4 Konflik-konflik di Majlis Bandaraya Shah Alam 190 Rajah 4.5 Kaedah Pengurusan Konflik Majlis Bandaraya Shah

Alam 195

Rajah 4.6 Permasalahan atau Halangan Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam Melaksanakan Kaedah Pengurusan

Konflik Organisasi dari Perspektif Islam 203 Rajah 4.7 Usaha-usaha yang Dilakukan oleh Majlis Bandaraya

Shah Alam Untuk Menguruskan Konflik Secara Islam 207 Rajah 4.8 Bentuk-bentuk Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi

dari Perspektif Islam Yang Sesuai Diterapkan Dalam

Majlis Bandaraya Shah Alam 213

Rajah 4.9 Cadangan Penambahbaikan Kaedah Pengurusan

Konflik Organisasi dari Perspektif Islam 221

(14)

xiii

SENARAI GAMBAR

HALAMAN

Gambar 3.1 Contoh Muka Depan PAV8 145

(15)

xiv

SENARAI LAMPIRAN

HALAMAN

Lampiran Transkrip Temu Bual Bersama Informan 263

(16)

xv

SENARAI SINGKATAN

DAP Parti Tindakan Demokratik DUN Dewan Undangan Negeri KDN Kementerian Dalam Negeri KPK Kaedah Pengurusan Konflik

KPKL Kaedah Pengurusan Konflik Lazim

KPKOPI Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi dari Perspektif Islam KPKPI Kaedah Pengurusan Konflik dari Perspektif Islam

MBSA Majlis Bandaraya Shah Alam MCA Persatuan Cina Malaysia MIC Kongres India Se-Malaysia MPP Majlis Perwakilan Penduduk

n Frekuensi

PAS Parti Islam Se-Malaysia PAV8 ATLAS.ti versi 8.0.29 PBT Pihak Berkuasa Tempatan

PKNS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor PKR Parti Keadilan Rakyat

SAW Salla Allah ‘alayh wa Sallam SWT Subhanah wa Ta’ala

UiTM Universiti Teknologi MARA

UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu USNO Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu

YB Yang Berhormat

(17)

xvi

PANDUAN TRANSLITERASI

HURUF RUMI HURUF ARAB HURUF RUMI HURUF ARAB

t}

ط

-

ا

z}

ظ

b

ب

ع

t

ت

gh

غ

th

ث

f

ف

j

ج

q

ق

h}

ح

k

ك

kh

خ

l

ل

d

د

m

م

dh

ذ

n

ن

r

ر

w

و

z

ز

h

s

س

,

ء

sy

ش

y

ي

s}

ص

t

ة

d}

ض

PENDEK PANJANG DIFTONG

a

a>

ay

ْ يَأ

i

i>

ْ يِإ

aw

ْ وَأ

u

u>

ْ وُأ

Sumber: Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1992)

(18)

xvii

KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK ORGANISASI DARI PERSPEKTIF ISLAM DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM, SELANGOR

ABSTRAK

Terdapat pelbagai Kaedah Pengurusan Konflik Lazim (KPKL) digunakan untuk menyelesaikan konflik. Antara kaedah yang digunakan ialah seperti kaedah pengelakan, penyesuaian, berkompromi, persaingan dan permuafakatan. Namun yang demikian, masih timbul konflik dan pelbagai isu yang tidak dapat diselesaikan.

Antara isu konflik tersebut ialah isu rampasan minuman keras, cadangan pembukaan pusat-pusat hiburan dan judi, pertentangan penduduk setinggan di Kampung Rimba Jaya, pemindahan kuil dari tempat asal di Seksyen 19 ke Seksyen 23 dan isu kutipan sampah. Hal ini menjelaskan ada pengurusan konflik yang digunakan, tetapi masih belum menyelesaikan konflik secara menyeluruh. Tambahan pula, menggunakan kaedah lazim sebagai penyelesaian konflik dalam organisasi yang sebahagian besarnya adalah Muslim, tidakkah tindakan itu kurang sesuai? Secara khususnya, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti kaedah pengurusan konflik organisasi dari perspektif Islam (KPKOPI). Kedua, menganalisis kaedah pengurusan konflik (KPK) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan KPKOPI. Ketiga, mencadangkan bentuk-bentuk KPKOPI yang sesuai digunakan dalam MBSA. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif dengan melibatkan dua fasa. Fasa pertama tertumpu kepada pengumpulan data sekunder yang menggunakan kajian dokumen. Data-data dikumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan bagi menjawab objektif pertama. Hasilnya, dibina satu kerangka konseptual KPKOPI yang terdiri daripada sumber, prinsip dan jenis. Pertama, KPKOPI bersumberkan al-

(19)

xviii

Qur’an, Hadith dan Sirah Nabi Muhammad SAW. Kedua, terdapat empat prinsip KPKOPI iaitu ‘ubudiyyat (sifat penghambaan), tauhid, berpegang teguh kepada al- Qur’an dan Hadith dan kuat jiwa. Ketiga, jenis-jenis KPKOPI melalui tazkiyat al- nafs, musyawarat (mesyuarat), ketaatan kepada pemimpin, membuang sifat

’asabiyyat dan kaedah negosiasi cara Islam (tahaluf al-siyasi). Fasa kedua pula tertumpu kepada pengumpulan data primer menerusi instrumen sesi temu bual mendalam yang melibatkan sembilan informan terpilih bagi menjawab objektif kajian. Maklumat temu bual dianalisis melalui kaedah analisis kandungan dengan menggunakan perisian Atlas.ti versi 8.0.29 dan Microsoft Excel 2013. Hasilnya fasa ini telah menjawab kelima-lima persoalan kajian dan tercapailah objektif-objektif bagi kajian ini. Hal ini disebabkan KPKOPI yang sesuai untuk MBSA kesemuanya mempunyai kaitan dengan kelima-lima jenis pengurusan konflik organisasi Islam tersebut. Natijahnya ia merupakan pandangan asas yang dikemukakan oleh para sarjana Islam yang mengkaji pengurusan konflik Islam. Secara rumusannya, KPKOPI boleh berfungsi sebagai kaedah menyelesaikan konflik bagi menggantikan kaedah pengurusan konflik lazim di MBSA dan di organisasi-organisasi yang lain.

(20)

xix

ORGANIZATIONAL CONFLICT MANAGEMENT METHODS OF THE ISLAMIC PERSPECTIVE ON THE SHAH ALAM CITY COUNCIL,

SELANGOR

ABSTRACT

There are numerous Conventional Conflict Management Methods (CCMM) used to solve conflicts. Among these methods are avoidance, accommodate, compromise, competition and collaborate. Nevertheless, there are still conflicts and issues that cannot be solved. Some these issues regarding conflict are the seizure of liquor, suggestions to open entertainment and gambling outlets, opposition expressed by squatters in Kampung Rimba Jaya, displacement of a temple from Section 19 to Section 23 and the issue of waste collection. It is evident that some sort of conflict management was initiated but the overall conflict has yet to be resolved. Hence, is the use of conventional methods to solve conflicts in an organization where the majority are Muslims an appropriate action? Specifically, this study has three objectives. First is to identify the organizational conflict management method from an Islamic perspective (KPKOPI). Second is to analyse the conflict management method (CMM) used in Shah Alam City Council (SACC) based on KPKOPI. Third is to suggest suitable types of KPKOPI to be applied in SACC. In order to achieve the objectives of this study, this study had used the descriptive research design in two phases. The first phase focused on the collection of secondary data using the document research method. The data was then analysed through the content analysis method in order to answer the first objective. Subsequently, a KPKOPI conceptual framework was built based on resources, principles and types. Firstly, the KPKOPI was based on the al-Qur’an, Hadith and the Sirah of the Prophet SAW. Secondly, the

(21)

xx

KPKOPI consisted of four principles, namely ‘ubudiyyat (servitude), tauhid (monotheism), a strong belief in the al-Qur’an and Hadith as well as a strong state of mind. Thirdly, the types of KPKOPI include tazkiyat al-nafs, musyawarat (meetings), allegiance to the leader, discarding the attitude of ’asabiyyat and Islamic- style negotiation methods (tahaluf al-siyasi). The second phase focused on collecting primary data through in-depth interview sessions with nine selected informants to answer questions related to the study’s objectives. The information from the interview session was analysed using the content analysis method as well as the Atlas.ti version 8.0.29 and Microsoft Excel 2013 software. The findings from this phase answered all the five research questions and achieved the objectives of this study. This was because the KPKOPI appropriate for SACC were all related to the five types of Islamic organizational conflict management methods. This outcome consisted of the fundamental views adduced by Islamic scholars who had studied Islamic conflict management. Thus, it could be concluded that KPKOPI functions as a method for solving conflicts and replaces the conventional conflict management method in SACC and other organisations.

(22)

1 BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kajian ini dilakukan untuk meneliti Kaedah Pengurusan Konflik Organisasi dari Perspektif Islam (KPKOPI). Kaedah ini dibina untuk meneliti kepenggunaannya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor. Walaupun MBSA bukanlah institusi berasaskan Islam, namun mereka antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang pernah menyuarakan pandangan untuk menguruskan Shah Alam ke arah pengurusan secara Islam. Jika MBSA ingin mengurus secara Islam, adakah ada kemungkinan di MBSA sudah ada pelaksanaan pengurusan secara Islam, termasuklah dalam pengurusan konflik organisasi?

Bagi mendapatkan gambaran awal untuk kajian ini, sebagai bab permulaan, bab ini menumpukan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian, sumbangan kajian dan organisasi kajian.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengurusan konflik digunakan untuk menguruskan pertikaian, perbalahan atau permusuhan dalam sesebuah organisasi ataupun institusi. Secara umumnya, terdapat dua pendekatan dalam pengurusan konflik. Pertama, pengurusan konflik lazim; dan kedua, pengurusan konflik Islam. Kedua-dua pendekatan ini telah membentuk dua kaedah iaitu Kaedah Pengurusan Konflik Lazim (KPKL) dan (KPKOPI). Daripada

(23)

2

dua kaedah ini membentuk lima bahagian untuk dibincangkan dalam latar belakang kajian ini. Bahagian pertama, perkembangan KPKL. Bahagian kedua, kaedah pelaksanaan pengurusan konflik lazim. Bahagian ketiga, perkembangan kaedah pengurusan konflik Islam. Bahagian keempat, kaedah pelaksanaan semasa pengurusan konflik Islam. Bahagian kelima, kaedah pengurusan konflik pihak berkuasa tempatan.

1.2.1 Perkembangan Kaedah Pengurusan Konflik Lazim

Perkembangan PKPL pada peringkat dunia, Asia Tenggara dan dalam negara Malaysia boleh dilihat khususnya berasaskan kaedah penyelesaian yang dibangunkan oleh sarjana-sarjana terdahulu. Perkembangan KPKL diasaskan oleh Follet (1940).

Beliau membincangkan Kaedah Pengurusan Konflik (KPK) bagi menyelesaikan masalah konflik yang berlaku. Lima KPK yang diperkenalkan oleh Follet (1940) dalam menyelesaikan konflik. Pertama, kaedah penguasaan; kedua, berkompromi;

ketiga, integratif; keempat, pengelakan; dan kelima, penyekatan.

Setelah Follet (1940), KPKL ini dikupas pula oleh Boulding (1964). Boulding (1964) memperkembangkan lagi kaedah yang dibawa oleh Follet (1940). Beliau merujuk kepada pendekatan imej dalam pengurusan konflik dan tingkah laku dalam setiap sistem adalah dipandu oleh imej yang merupakan struktur yang penting dalam sesuatu sistem. Boulding (1964) mencadangkan kaedah pengelakan yang disebutnya kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan konflik.

(24)

3

Perkembangan KPKL dilanjutkan oleh Blake dan Mouton (1964). Blake dan Mouton (1964) memperkenalkan grid untuk mengklasifikasikan lima jenis KPKL yang boleh diambil. Pertama, kaedah paksaan; kedua, pengunduran; ketiga, kelancaran; keempat, kompromi; dan kelima, konfrontasi. Seterusnya, Thomas (1976) telah membuat perincian semula ke atas perkembangan KPKL yang dibuat oleh Blake dan Mouton (1964).

Dalam penelitian semula yang dilakukan, Thomas (1976) menekankan kepentingan yang melibatkan elemen kerjasama dan ketegasan melalui lima KPKL yang bersandarkan dua dimensi. Pertama, dimensi yang berasaskan tegas atau tidak tegas setiap pihak dalam mengejar kepentingan peribadi; dan kedua, dimensi yang berasaskan sifat kerjasama atau tidak mahu bekerjasama setiap pihak dalam memuaskan kepentingan orang lain. Namun demikian, teori ini tidak dipersetujui oleh Rahim (1998). Beliau menyatakan orientasi lima kaedah adalah tidak berubah bukan mengikut situasi. Seterusnya, sejarah perkembangan KPKL ini terus berkembang dengan beberapa teori dan juga kajian yang dijalankan oleh para sarjana lazim di seluruh dunia.

Perbincangan mengenai KPKL ini dilihat dari pelbagai pandangan oleh sarjana- sarjana yang terdahulu. Antara pandangan yang diutarakan oleh para sarjana ialah Robbins (1998). Menurut Robbins (1998), terdapat tiga sudut pandangan mengenai konflik. Pertama, konflik adalah sesuatu yang tidak baik dan berunsur negatif; kedua, hubungan manusia yang merujuk konflik sebagai sesuatu yang lumrah dan biasa; dan ketiga, pandangan para interaksi yang berpendapat bahawa konflik boleh bersifat

(25)

4

pembina aturcara penggunaan iaitu dapat merangsangkan inovasi dan meningkatkan produktiviti.

Organisasi menyedari kepentingan menangani konflik. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi era globalisasi dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Seterusnya, ia meletakkan asas sumber manusia dinamik yang boleh menyokong pembangunan organisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Selain itu, pengurusan konflik dijadikan sebagai alat untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam perniagaan. Walaupun begitu, menurut Quah Cheng Sim (2009), konflik konstruktif1 menyumbang kepada kewujudan inovasi, kreativiti dan perubahan.

Sejarah perkembangan konflik juga dikaitkan dengan gelagat dalam organisasi.

Kajian tersebut dilakukan oleh Brown (1983) dan Godron (1983). Menurut Brown (1983), beliau memberi penekanan kepada dua elemen penting yang menurutnya punca konflik, iaitu terdiri daripada gelagat dan kepentingan. Dapatan ini selari dengan Gordon (1983) yang menjelaskan ketidakserasian gelagat adalah berkaitan dengan tindakan pihak yang terlibat untuk menentang atau mengecewakan pihak lain.

Perkembangan konflik juga berkait rapat dengan ketidakserasian. Dapatan mengenai ketidakserasian boleh berlaku dalam banyak bentuk. Perkembangan konflik mengenai ketidakserasian dibawa oleh Fathiyah Abu Bakar (1997) dan Owens (1991). Fathiyah Abu Bakar (1997) sebagai contoh, menyatakan antara bentuk

1 Kajian yang dijalankan oleh Schermertorn, Hunt dan Osborn (1996), membahagikan konflik kepada dua jenis iaitu konflik konstruktif dan konflik destruktif. Konflik konstruktif merupakan konflik yang membina, iaitu konflik yang mendatangkan kebaikan sama ada kepada mereka yang terlibat dalam konflik ataupun kepada organisasi. Sementara konflik destruktif pula didefinisikan sebagai konflik yang membawa kesan negatif dan bersifat meruntuh.

(26)

5

ketidakserasian ialah tidak mahu memberi sokongan, mempersoalkan serta menyatakan ketidaksetujuan secara terang, melakukan sabotaj dan sebagainya.

Dalam pada itu, Owens (1991) menyatakan konflik terhasil apabila ketidakserasian matlamat yang disertai dengan persaingan emosi. Menurutnya lagi, situasi ini menyebabkan keadaan menjadi tegang, produktiviti yang menurun atau kepuasan kerja individu yang semakin mengurang.

Perkembangan pengurusan konflik juga dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza.

Antaranya ialah Whetten dan Cameron (2002), Knezevich (1975), Wan Izuddin (1991) dan Armstrong dan Page (1983). Antara kajian yang disentuh ialah sebab- sebab organisasi memilih para pengurus yang memiliki ciri-ciri kepimpinan. Secara realitinya ciri-ciri ini penting bagi memastikan pemimpin yang dipilih berkemampuan dalam menganalisis peluang-peluang yang ada. Selain itu pemimpin tersebut juga perlulah bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul. Selain ciri- ciri tersebut, seharusnya para pemimpin berkemampuan dalam menghadapi serta menguruskan konflik. Pendapat ini selari dengan Whetten dan Cameron (2002)2 yang menyenaraikan sepuluh ciri kemahiran pengurusan yang diperlukan oleh pengurus yang berkesan. Daripada sepuluh ciri tersebut, ia termasuklah pengurusan konflik.

Menurut Knezevich (1975), fenomena kewujudan konflik tidak boleh dielakkan dalam organisasi yang semakin kompleks dan melakukan urusan secara terus dengan masyarakat. Natijahnya, sebagai pengurus seseorang itu tidak hanya perlu bijak

2 Whetten dan Cameron (2002) menyenaraikan sepuluh ciri kemahiran pengurusan yang diperlukan oleh pengurus yang berkesan. Ciri kemahiran tersebut ialah pertama, pengurusan konflik; kedua, kemahiran komunikasi verbal (termasuk mendengar); ketiga, kebolehan menguruskan masa dan mengatasi tekanan (stres); keempat, keupayaan membuat keputusan secara individu; kelima, kebolehan dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah; keenam, memiliki semangat motivasi yang tinggi; ketujuh, berupaya memberi dan menerima tanggungjawab; kelapan, mempunyai dan berusaha mencapai matlamat serta wawasan; kesembilan, memiliki kesedaran diri; dan kesepuluh, mempunyai semangat kerja berpasukan.

(27)

6

dalam mengurus konflik yang berlaku antara organisasi dengan masyarakat. Mereka juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan konflik yang berlaku dalam organisasi.

Kemahiran menangani konflik yang dipilih akan menentukan peranan konflik tersebut dalam diri individu atau organisasi (Wan Izuddin, 1991).

Justeru, dalam mengharungi perhubungan yang semakin hari semakin kompleks terutama dalam suasana kerja organisasi yang besar, pengurusan ke atas konflik perlu diselaraskan. Sememangnya ia merupakan keperluan utama agar tidak lari daripada objektif dan matlamat organisasi. Armstrong dan Page (1983) menjelaskan konflik yang berlaku adalah disebabkan oleh organisasi tersebut tidak boleh mengelak daripada berhadapan dengan konflik. Menurut Armstrong dan Page (1983) lagi, konflik tidak boleh dielak disebabkan oleh objektif, nilai dan keperluan seseorang atau kumpulan dalam organisasi yang tidak sama.

Sebelum ini organisasi cuba mengelak konflik daripada berlaku dalam pengurusan masing-masing. Hal ini berbeza dengan situasi sekarang, apabila mengelak konflik daripada berlaku bukanlah satu tindakan yang bijak. Perbezaan pendapat mengenai sesuatu isu bukan perkara baharu kerana masing-masing ada pandangan tersendiri (Berita Harian, 20 Oktober 2015). Seharusnya konflik yang timbul dalam organisasi, jika diurus dengan betul akan membentuk keharmonian serta sikap lebih memahami antara mereka yang terlibat. Natijahnya, konflik juga dapat membentuk kekuatan dalam organisasi. Organisasi menukar strategi daripada mengelak konflik kepada menguruskan konflik yang timbul ke arah keputusan yang bersifat positif adalah perkembangan ilmu kaedah pengurusan konflik yang lebih terkini.

(28)

7

1.2.2 Kaedah Pelaksanaan Pengurusan Konflik Lazim

Perkembangan KPKL sedang berlaku pada peringkat dunia, Asia Tenggara dan Malaysia. Pada peringkat dunia, terdapat 12 negara yang secara jelas mengamalkan KPKL. Daripada 12 negara tersebut, dikenal pasti lima kaedah pengurusan konflik yang digunakan mereka. Pertama, pengelakan; kedua, penyesuaian; ketiga, persaingan; keempat, kompromi; dan kelima, permuafakatan.

Bagi kaedah yang pertama iaitu kaedah pengelakan, ia digunakan oleh Negara China, Malaysia, Filipina, Taiwan, Vietnam dan Brunei. Hal ini terhasil apabila keenam- enam negara tersebut merebut pemilikan ke atas Kepulauan Spratly3. Kaedah pengelakan merupakan salah satu kaedah yang dibangunkan oleh Thomas dan Kilmann (1974) dalam menghadapi konflik. Bagi mengelakkan terjadinya ketegangan antara negara yang terlibat, satu perjanjian diambil. Perjanjian ini dilakukan sebagai langkah pengelakan daripada berlakunya peperangan. Hasilnya, keenam-enam negara Asia bersetuju dengan kandungan Deklarasi Manila bagi mengelakkan konflik di kawasan yang menjadi rebutan (Kosmo, 13 Julai 2012).

Bagi kaedah yang kedua iaitu kaedah penyesuaian, ia digunakan oleh Negara China dan Taiwan. Kaedah penyesuaian ini diperkenalkan oleh Thomas dan Kilmann (1974) melibatkan pihak yang terlibat bekerjasama dengan mengorbankan

3 Kepulauan Spratly atau dikenali juga dengan Gugusan Semarang Peninjau terdiri daripada lebih kurang 750 terumbu karang yang terletak di kawasan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Keluasan kawasan Kepulauan Spratly melebihi 425,000 kilometer persegi. Walaupun begitu hanya kurang daripada empat kilometer persegi merupakan kawasan daratan.

Kepulauan Spratly menjadi rebutan oleh negara-negara yang berada di sekitarnya, yang terdiri daripada Malaysia, Filipina, Vietnam, China dan Brunei. Kepulauan tersebut menjadi rebutan kerana kedudukannya yang strategik bagi laluan utama kapal-kapal dagang selain kedudukannya yang berada di atas pentas benua yang mengandungi hasil petroleum dan gas asli.

(29)

8

kepentingan diri bagi kepuasan pihak yang satu lagi. Konflik berlaku apabila terdapat ancaman tindakan ketenteraan oleh Negara China jika Negara Taiwan mengumumkan kemerdekaan (Denny Armandhanu, 2015). Hal ini menyebabkan Taiwan mengambil pendekatan selamat, dengan menggunakan kaedah penyesuaian dalam mengatasi konflik yang berlaku. Kaedah penyesuaian yang diambil oleh negara Taiwan ialah dengan menangguhkan pengisytiharan kemerdekaan bagi negara tersebut. Hasilnya persoalan kemerdekaan tidak menjadi agenda politik utama pemerintahan Taiwan (Anggita Puspitosari, 2016).

Bagi kaedah yang ketiga iaitu kaedah persaingan, ia digunakan oleh Negara Yaman, Arab Saudi dan Iran. Negara Yaman menggunakan kaedah peperangan bagi menguruskan konflik peperangan. Hal ini disebabkan hasil tindakan puak-puak yang bertelagah dalam pengurusan negara, menyebabkan berlakunya peperangan.

Walaupun sebab-sebab pergolakan tersebut masih samar, tetapi faktor konflik geo- politik di antara Iran dengan Arab Saudi, persengketaan antara fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah serta rasa tidak berpuas hati dalam soal politik dan ekonomi mungkin menyebabkan kepada ketidakstabilan di Yaman (Utusan Malaysia, 19 April 2015). Hasil daripada konflik yang berlaku menyebabkan campur tangan daripada beberapa negara lain yang berjiran.

Bagi kaedah yang keempat iaitu kompromi, ia digunakan dalam perebutan wilayah Jammu Kashmir. Konflik perebutan wilayah Kashmir nampaknya masih menjadi halangan dalam hubungan antara India dengan Pakistan (Irmawan Effendi, 2005).

Salah satu faktor yang menyebabkan konflik Kashmir berlanjutan adalah disebabkan oleh kelompok perjuangan kemerdekaan Kashmir yang mahukan agar Kashmir

(30)

9

menjadi sebuah negara merdeka daripada pemerintah India (Nike Fildadillah, 2016).

Hal ini melibatkan teknik rundingan dan tawar menawar yang menjadi salah satu teknik dalam kompromi. Hasilnya wilayah yang bersengketa telah dibahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian dari wilayah tersebut diperintah oleh kerajaan India, dan sebahagian lagi oleh kerajaan Pakistan.

Bagi kaedah yang kelima iaitu permuafakatan, ia pernah digunakan oleh Negara India dan China. Hal yang melibatkan antara kedua negara ini ialah konflik sempadan dan ekonomi bagi melindungi kepentingan masing-masing. Hasil daripada perbincangan, persetujuan diambil kedua-dua negara dengan membuka pasar domestik negara dan memperkecil defisit perdagangan antara kedua negara (Eka Prasdika, 2013).

Pada peringkat Asia Tenggara, negara-negara yang berada di bawah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) juga mengamalkan kaedah pengurusan konflik dalam menyelesaikan isu yang timbul. Daripada konflik yang timbul, dikenal pasti tiga kaedah pengurusan konflik. Pertama, persaingan; kedua, penglibatan pihak ketiga; dan ketiga, permuafakatan.

Bagi kaedah yang pertama iaitu persaingan, ia digunakan oleh negara Thailand dan Kemboja. Konflik yang berlaku melibatkan perebutan kompleks candi di wilayah Preah Vihear di sempadan kedua-dua belah negara. Rentetan daripada konflik yang timbul menyebabkan beberapa pertempuran kecil tercetus antara kedua belah pihak.

Menurut Ammar Jazlan Mad Lela (2016), kedaulatan ke atas kawasan yang direbut

(31)

10

menjadi pusat pertikaian yang menjerumuskan Thailand dan Kemboja dalam kancah peperangan.

Bagi kaedah yang kedua iaitu penglibatan pihak ketiga, ia digunakan oleh Malaysia dan Indonesia. Konflik berlaku disebabkan oleh perebutan Pulau Sipadan dan Ligitan. Bagi menyelesaikan perkara tersebut, kedua-dua negara bersetuju membawa kes tersebut kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) selepas rundingan yang dijalankan tidak berhasil. Rundingan adalah kaedah terbaik bagi kedua-dua negara untuk mengelakkan sebarang konflik mengenai sempadan. Tuntutan ke Mahkamah Antarabangsa sepatutnya adalah pilihan terakhir (Berita Harian, 30 Oktober 2015).

Hasilnya, keputusan memihak kepada Malaysia dan ia diterima oleh kedua-dua belah pihak.

Bagi kaedah yang ketiga iaitu permuafakatan, ia digunakan oleh Malaysia dan Indonesia dalam menyelesaikan konflik tuduhan mencuri kebudayaan. Hal ini terjadi apabila Indonesia menuduh Malaysia mencuri beberapa kebudayaan, seperti lagu rakyat “Rasa Sayang”. Hal ini diselesaikan dengan baik antara kedua negara dengan mengisytiharkan lagu tersebut sebagai satu lagu rakyat nusantara. Menurut Bambang Pranowo (2010), hal ini menunjukkan kesamaan sosial dan budaya antara kedua negara.

Pada peringkat negara Malaysia, terdapat tiga isu yang secara jelas mengamalkan kaedah pengurusan konflik. Daripada tiga isu tersebut, dikenal pasti tiga kaedah pengurusan konflik. Pertama, kaedah penyingkiran; kedua, kaedah toleransi; dan ketiga, kaedah intervensi pihak ketiga.

(32)

11

Bagi kaedah yang pertama iaitu penyingkiran, ia digunakan dalam isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal tahun 2016. Pemecatan yang dilakukan ini disebabkan oleh pertikaian beberapa perkara yang berbangkit antara kedua pemimpin tersebut. Hasil daripada isu yang timbul dan bagi meredakan konflik, Perdana Menteri telah mengambil tindakan dengan memecat timbalannya secara serta merta.

Keputusan yang dibuat adalah demi kepentingan parti ketika Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sedang berhadapan serangan dari dalam dan luar (Utusan Malaysia, 27 Jun 2016). Hal ini juga boleh dilihat dalam kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998. Isunya bermula apabila Dr.

Mahathir telah mengambil tindakan yang drastik dengan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam UMNO dan kerajaan (Junaidi Awang Besar &

Mazlan Ali, 2014).

Bagi kaedah yang kedua iaitu kaedah toleransi, ia digunakan dalam konflik yang melibatkan kepelbagaian etnik dan bangsa di Malaysia. Hasil daripada konflik yang timbul, menyebabkan berlakunya rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa ini telah menyebabkan pengisytiharan darurat. Melalui kaedah toleransi, kerajaan telah memperkenalkan beberapa perkara. Antaranya ialah memperkenalkan Rukun Negara dan membasmi kemiskinan tegar.

(33)

12

Barisan Nasional4 juga dibentuk daripada beberapa parti melibatkan tiga kaum utama iaitu parti UMNO yang mewakili bangsa Melayu, parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang mewakili bangsa Cina dan parti Kongres India Se-Malaysia (MIC) yang mewakili bangsa India. Mahathir Mohammad mengatakan bahawa walaupun Malaysia terbahagi kepada tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India, tetapi negara masih mampu membangun dan tidak bertelagah sesama sendiri, malah rakyat Malaysia juga mampu berkongsi kekayaan negara serta kuasa walaupun hidup berbeza bangsa dan agama (Utusan Malaysia, 12 April 2016).

Bagi kaedah yang ketiga iaitu penglibatan pihak ketiga, ia digunakan dalam konflik keagamaan. Isu tersebut melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan Persatuan Bible Malaysia (BSM) berikutan serbuan dan rampasan naskah Bible yang dilakukan. Dalam hal ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil inisiatif untuk menjadi orang tengah kepada pihak-pihak yang berkonflik bagi mencari penyelesaiannya. Kaedah ini diambil bagi mencari ruang perdamaian kedua-dua pihak selepas rampasan Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban menjadi kontroversi dan mencetuskan kembali kemarahan umat Islam di negara ini (Sinar Harian, 4 Januari 2014).

1.2.3 Perkembangan Kaedah Pengurusan Konflik Islam

Kajian kaedah pengurusan konflik dari perspektif Islam (KPKPI) diutarakan oleh beberapa sarjana Islam. Kajian-kajian yang dilakukan ini menyebabkan berlakunya

4 Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 1974, Barisan Nasional terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Progresif Rakyat (PPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputra (PBB), dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (Dianne K. Mauzy & R. S. Milne, 1983).

(34)

13

perkembangan dalam KPKPI. Antara sarjana yang membincangkan KPKPI ialah Norliza Kushairi (1999) dan Ahmad Atory Hussein (1993). Perkembangan KPKPI menjadi pelengkap dan panduan kepada pihak pengurusan pentadbiran dalam mencapai matlamat pentadbir yang dikehendaki tanpa terkeluar daripada batas-batas yang ditetapkan.

Menurut Norliza Kushairi (1999), faktor dalaman manusia hendaklah diperkayakan melalui falsafah pengurusan Islam sekiranya organisasi ingin mencapat matlamat yang ditetapkan. Pengurusan Islam hendaklah berpaksikan Islam secara menyeluruh dan menjauhi segala larangannya yang bersesuaian dengan perintah Allah Subhanah wa Ta’ala (SWT) dan Rasulullah Salla Allah ‘alayh wa Sallam (SAW).

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu” (Surah al- Maaidah, 5: 3).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya” (Riwayat Ad Daruquthni, No. Hadith: 3663).

Bagi mencapai penerimaan pengurusan Islam secara menyeluruh, para pengurus perlulah menerapkan kaedah dan ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Para pengurus perlu menjadi contoh dan ketua kepada anak buahnya. Para pengurus perlu menerima hakikat yang kaedah pengurusan masa kini menjadi lebih kompleks jika

(35)

14

dibandingkan dengan kaedah pengurusan masa terdahulu. Perkara ini juga dipersetujui oleh Ahmad Atory Hussein (1993) yang menyatakan pengurusan masa kini lebih rumit dari segi peranan dan fungsi organisasi. Malah menurut beliau juga perkara tersebut turut menyentuh mengenai perlakuan manusia dalam organisasi.

Selain itu manusia juga bertanggungjawab dalam konteks hubungan sesama manusia.

Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali” (Surah al-Hujurat;

49:13).

Dalam hal ini Norliza Kushairi (1999) menggariskan lapan faktor pengurusan menurut perspektif Islam. Faktor-faktor tersebut ialah pertama, manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka buminya. Kedua, menuju penyempurnaan tugas dan tanggungjawab menurut hukum Allah SWT. Ketiga, keperluan mengisi sifat-sifat terpuji (mahmudat) dan mengikis sifat tercela (madhmumat). Lantaran itu, falsafah pengurusan Islam menyokong prinsip dorongan yang kuat untuk menjadikan diri sebagai model yang boleh dicontohi. Seterusnya, ia akan melahirkan satu kumpulan pekerja yang bakal memiliki azam yang sentiasa membara untuk menjadi pekerja yang terbaik dalam kehidupan dunia dan hamba Allah SWT yang terbaik dalam kehidupan akhirat.

Keempat, menanamkan rasa tanggungjawab kepada manusia dan yang lebih penting daripada itu kepada Allah SWT. Prinsip tanggungjawab seumpama ini akan mewujudkan satu sistem akauntabiliti yang dapat menjadi pagar untuk mengawal setiap tindak tanduk manusia. Kelima, sentiasa sedar tentang adanya pujuk rayu dan

(36)

15

perangkap syaitan dalam usaha menyempurnakan tugas dan tanggungjawab.

Keenam, keperluan membina dan menggabungkan ilmu, iman dan amal untuk menuju al-falah (kejayaan).

Ketujuh, sentiasa memiliki dan menghayati perasaan takut dan berharap kepada Allah SWT dalam dan di luar suasana kerja. Secara ringkasnya, perasaan sentiasa mengharapkan reda Allah SWT dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Kelapan, sentiasa bersedia menegur, memimpin dan menggalakkan tenaga lain supaya menjalankan pekerjaan di tahap yang baik dan berpegang kepada falsafah bahawa kerja dan pekerjaan adalah merupakan gelanggang jihad yang utama.

Definisi nilai kemanusiaan berbeza dari segi maksud antara pengurusan lazim dengan pengurusan Islam. Pengurusan lazim menekankan tanggungjawab manusia untuk bekerja dan menjaga alam sekitar. Pendefinisian pengurusan Islam pula melihat lebih daripada itu, iaitu tanggungjawab manusia sebagai khalifah di dunia dan hamba kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang ketua negara akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta bertanggungjawab) darihal hal yang dipimpinnya” (Riwayat al-Bukhariy dan Muslim, No. Hadith:

2546).

(37)

16

Dalam pada itu, terdapat perintah kepada hamba-Nya bagi mentaati pemimpin yang telah dilantik. Hal ini dijelaskan melalui Hadith riwayat Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada uli al-amr (pemimpin) dalam kalangan kamu berkenaan dengan Abd. Allah bin Hudhayfat bin Qays bin ‘Adi Al-Sakhamiy, yang diutus Nabi SAW dalam suatu pasukan perang” (Riwayat Muslim, No. Hadith: 3416).

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:

“Sesiapa yang mentaatiku bererti ia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang mendurhakai perintahku, maka bererti ia telah mendurhakai Allah SWT. Sesiapa yang mematuhi pemimpin bererti ia telah mematuhiku dan sesiapa yang mendurhakai pemimpin bererti ia telah mendurhakaiku” (Riwayat Muslim, No. Hadith: 3417).

1.2.4 Kaedah Pelaksanaan Semasa Pengurusan Konflik Islam

Sejarah perkembangan KPKPI boleh dikategorikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama, pelaksanaan peringkat dunia. Peringkat kedua, pelaksanaan peringkat Asia Tenggara. Peringkat ketiga, pelaksanaan peringkat Malaysia. Pada peringkat- peringkat tersebut, pelbagai KPKPI digunakan bagi menyelesaikan konflik-konflik tertentu.

Dalam peringkat yang pertama, pelaksanaan kaedah pengurusan konflik peringkat dunia berlaku antara Arab Saudi dengan Iran. Konflik ini berlaku disebabkan Arab Saudi yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala Iran pula

(38)

17

mendokong kepercayaan Syiah. Dua faktor yang menjadi punca umat Islam berselisih ialah perebutan kuasa politik dan perbezaan mazhab (Utusan Malaysia, 28 Julai 2013). Dalam hal ini kaedah peperangan digunakan. Kaedah tersebut juga pernah dilaksanakan pada zaman Saidina Abu Bakr al-Siddiq sewaktu memerangi golongan al-Riddat. Gerakan al-Riddat merupakan gerakan menghadapi mereka yang mengingkari Islam iaitu yang terdiri daripada golongan yang mengaku menjadi Nabi, golongan murtad dan golongan yang enggan membayar zakat.

Isu konflik semakin mencabar apabila negara-negara tersebut terlibat dalam konflik dalaman negara Yaman. Hal yang berlaku dalam negara Yaman adalah disebabkan oleh perebutan kuasa antara pemberontak Houthi dengan kerajaan yang memerintah.

Pergolakan yang tercetus di Yaman ditambah lagi oleh isu yang melibatkan antara Arab Saudi dengan Iran dalam usaha untuk memperluaskan pengaruh geo-politik masing-masing di rantau tersebut (Utusan Malaysia, 19 April 2015). Kedua-dua negara tersebut berada dalam kancah konflik apabila Arab Saudi dan Iran saling tuduh-menuduh berhubung masalah dalaman di negara tersebut (Jabatan Penerangan Malaysia, 2016).

Dalam peringkat yang kedua, pelaksanaan KPKPI pada peringkat Asia Tenggara.

Antara konflik tersebut ialah konflik yang berlaku antara kerajaan Myanmar dengan etnik Rohingya. Hal ini dilihat dalam situasi golongan Rohingya yang menjadi perhatian di mata dunia akibat daripada diskriminasi hak asasi manusia yang sangat serius (Jilani, 1999; Martin, 1999; Yeni, 2006). Akibatnya, penduduk Rohingya mula menyelamatkan diri dengan meninggalkan negara Myanmar.

(39)

18

Dalam menjelaskan konflik dan KPKPI tersebut, negara-negara yang berjiran seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia telah mengambil pendekatan penyelesaian konflik sementara dengan menggunakan kaedah pemisahan. Negara-negara tersebut telah bertindak dengan mengambil imigran Rohingya dan diberikan suaka politik di negara masing-masing. Di Malaysia, arus migrasi yang berterusan telah membawa etnik Rohingya ke negara ini sejak akhir tahun 1980-an lagi (Tan Pok Suan, 2006). Kaedah yang diambil ini telah memberi perlindungan yang sewajarnya kepada etnik tersebut daripada ditindas di negara sendiri. Kaedah pemisahan juga ada dinyatakan dalam Islam. Pengkiasan kaedah tersebut dinyatakan melalui kaedah sulh. Menurut Norita Kamaruddin (2016), sulh merupakan antara cara rundingan yang terbaik dan terpimpin dalam menyelesaikan sesuatu konflik sejajar dengan ajaran Islam.

Dalam peringkat yang ketiga, pelaksanaan KPKPI dilihat dalam peringkat Malaysia.

Antara isu yang dilihat pada peringkat negara ialah konflik antara Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Kedua-dua parti tersebut membawa ideologi yang berbeza. Bagi membentuk satu kesepakatan dan persefahaman bersama bagi menghadapi pilihanraya umum, kedua-dua pihak mula mengurangkan tekanan perbezaan pendapat dan tekanan konflik. Kaedah yang dipilih oleh PAS ialah tahaluf al-siyasi. Menurut Mohd Syakir Mohd Rosdi (2015), PAS membentuk tahaluf al-siyasi bersama dengan PKR, DAP, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan membentuk Barisan Alternatif (1999-2008). Tahaluf al-siyasi bermaksud perjanjian persefahaman bagi mengadakan kerjasama serta saling bantu- membantu bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam hal ini para sarjana Islam terus berusaha meletakkan garis panduan yang paling tepat agar

(40)

19

pelaksanaannya nanti menjadi lebih praktikal dan membawa kebaikan kepada kehidupan manusia (HarakahDaily, 13 Mei 2017).

1.2.5 Kaedah Pengurusan Konflik Pihak Berkuasa Tempatan

KPK masa kini mula berubah mengikut pengedaran masa. Persekitaran berubah hasil daripada ledakan ekonomi dan teknologi di sekeliling. Begitu juga dengan gerak kuasa dari alam sekitar seperti undang-undang, sosio budaya, moral dan ekologi boleh memberi kesan kepada reka bentuk organisasi (Ahmad Atory, 1991). Terdapat beberapa kajian menyentuh mengenai pengurusan konflik masa kini. Pengkaji- pengkaji tersebut ialah Asnah Abdul Hamid (1995) dan Wan Izuddin (1991). Selain itu, maklumat juga diperoleh melalui Laporan Tahunan MBSA (2008).

Hakikatnya, para pengurus perlu tampil dengan idea yang bertenaga dan cekap dalam strategi pengurusan organisasi. Menurut Asnah Abdul Hamid (1995), pengurusan yang dinamik dan progresif akan menghasilkan sebuah organisasi yang cemerlang.

Beliau juga mengatakan para pengurus perlu menggunakan strategi yang pelbagai bagi memastikan pembangunan organisasinya supaya ia dapat dilaksanakan secara sistematik, berfokus dan terarah.

Corak pertumbuhan organisasi masa kini telah berubah sama ada secara drastik ataupun perlahan. Hal ini ditambah dengan isu berkaitan globalisasi serta penggunaan teknologi yang lebih canggih. Oleh sebab itulah organisasi berusaha meningkatkan tahap kecekapan dalam semua bidang, termasuk dalam pengurusan organisasi.

(41)

20

Penambahan unit-unit yang berasingan dalam organisasi ini boleh menimbulkan konflik pengurusan antara unit. Begitu juga konflik boleh berlaku antara pengurus yang mempunyai peranan yang telah ditetapkan. Sepertimana yang ditegaskan oleh Wan Izuddin (1991), konflik mendatangkan kesan dan implikasi terhadap organisasi yang boleh menjejaskan matlamat dan hala tuju organisasi tersebut.

Pengurusan konflik mula diperkenalkan dan diadaptasi dalam semua sektor.

Pengurusan konflik masa kini juga diguna pakai dalam sektor-sektor kerajaan.

Antara sektor yang bertanggungjawab menguruskan konflik ialah PBT. Ia diguna secara strategik bagi menjadikan pengurusan pentadbiran PBT menjadi lebih cekap.

MBSA yang merupakan sebahagian daripada PBT di Selangor juga terlibat dalam pengurusan konflik dalam organisasi.

MBSA bertanggungjawab sebagai pentadbir kepada Bandaraya Shah Alam yang merupakan pusat pentadbiran Negeri Selangor sejak tahun 1978. Dalam menjadikan Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah bandaraya pentadbiran Islam, pihak MBSA sebagai PBT menguruskan konflik dengan merangka dan melaksanakan pengurusan tadbir Islam dalam organisasinya. Khalid Samad (2009) menyatakan visi al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj, mantan Sultan Selangor berhubung Bandaraya Shah Alam itu sendiri ialah menjadikannya sebagai sebuah 'Bandaraya Islam' yang pada masa yang sama didiami warga kota yang berbilang bangsa dan agama. Seterusnya, beliau menjelaskan imej keIslaman sememangnya ingin ditonjolkan oleh al-Marhum Baginda, namun imej Islam yang bersifat inklusif, bertoleransi, adil dan kosmopolitan.

(42)

21

Khalid Samad (Temu bual Bersemuka, 26 Julai 2013)5 pernah membayangkan Shah Alam sebagai kota raya Islam kosmopolitan membangun dengan imejnya yang tersendiri tanpa mengetepikan hak kebebasan beragama bagi penganut selain agama Islam. Menurut Khalid Samad (2009), beliau menekankan imej kota raya Islam kosmopolitan dan juga terdapat kebebasan bagi agama lain. Dalam hal ini, pihak MBSA melaksanakan beberapa program berkonsepkan keIslaman seperti Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE). Program ini dilaksanakan dengan menjemput penceramah-penceramah terkenal bagi memberi syarahan pada setiap minggu.

Natijahnya, menjadi harapan Kerajaan Negeri Selangor dan juga MBSA dalam mentransformasikan Shah Alam menjadi sebuah Bandaraya Islamik (The Star, 8 Mei 2012). Seterusnya, transformasi ini menjadikan kewujudan Shah Alam sebagai bandaraya Islam secara tidak langsung dapat mengembalikan zaman kegemilangan seni bina Islam seperti di Baghdad (Iraq), Istanbul (Turki), Kaherah (Mesir) dan Qom (Iran).

MBSA telah melaburkan banyak wang bagi memastikan pengurusan organisasi berada di tahap yang maksimum yang baik. Antara langkah6 yang diambil oleh

5 Maklumat diperoleh hasil daripada temu bual bersemuka bersama Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Perbincangan diadakan di Dataran Mayang Seksyen 16, 10.30 malam pada 26 Julai 2013.

6 Selain memberikan latihan kepada pekerjanya, prestasi para pengurus dinilai melalui Laporan Penilaian Prestasi di bawah Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia MBSA. Daripada markah penilaian prestasi setiap pengurus dan kakitangan inilah akan dipertimbangkan dan diputuskan calon-calon yang layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Laporan Tahunan MBSA, 2008).

MBSA sebagai sebuah organisasi kerajaan mempunyai falsafah korporatnya tersendiri. Falsafah ini boleh dilihat melalui misinya iaitu memastikan aktiviti-aktiviti bagi setiap peringkat organisasi mencapai tahap cemerlang dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti (Laporan Tahunan MBSA, 2008). Misi ini berjaya dibuktikan apabila MBSA telah diiktiraf sebagai Pemenang Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) untuk tahun 2008, yang

(43)

22

MBSA ialah dengan menghantar para pengurus menghadiri kursus-kursus secara berterusan. Menurut Zaidah Zakaria (Temu bual Bersemuka, 5 Februari 2013)7, MBSA juga memberi kredit kepada pengurus yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Bagi membuktikan iltizam ini, MBSA menyediakan peruntukan sebanyak RM300,000.00 setahun bagi tujuan latihan dan kursus kepada kakitangan MBSA dalam usaha melahirkan pekerja yang cemerlang dan berkualiti (Laporan Tahunan MBSA, 2008).

Selain itu, prestasi para pengurus dinilai melalui Laporan Penilaian Prestasi di bawah Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia MBSA. Daripada markah penilaian prestasi setiap pengurus dan kakitangan inilah akan dipertimbangkan dan diputuskan calon-calon yang layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Laporan Tahunan MBSA, 2008).

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan perbincangan latar belakang sebelum ini, konflik terhasil akibat beberapa sebab yang terjadi. Pelbagai isu yang terhasil dikupas melalui pelbagai sudut atau pandangan. Seterusnya, konflik tersebut diselesaikan melalui pelbagai kaedah yang diperkenalkan.

Dalam KPKL digunakan kaedah-kaedah seperti pengelakan, penyesuaian, berkompromi, persaingan dan permuafakatan untuk menyelesaikan konflik. Namun

dianugerahkan dalam Majlis Penganugerahan Sempena Bulan Kualiti Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor 2008.

7 Maklumat diperoleh melalui temu bual bersemuka bersama Puan Zaidah Zakaria, Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Korporat MBSA pada 05 Februari 2013, jam 10.30 pagi.

(44)

23

yang demikian, masih timbul konflik dan pelbagai isu yang tidak dapat diselesaikan.

Antara isu konflik tersebut ialah isu rampasan minuman keras, cadangan pembukaan pusat-pusat hiburan dan judi, pertentangan penduduk setinggan di Kampung Rimba Jaya, pemindahan kuil dari tempat asal di Seksyen 19 ke Seksyen 23 dan isu kutipan sampah. Hal ini menjelaskan ada pengurusan konflik secara lazim, tetapi masih belum menyelesaikan konflik secara menyeluruh. Adakah sesuai menyelesaikan konflik dalam kalangan masyarakat yang ramai umat Islam dengan menggunakan kaedah lazim?

Selain itu, konsep pengurusan konflik organisasi dari perspektif Islam juga masih belum ada lagi yang mengkajinya. MBSA disebut-sebut ingin melaksanakan transformasi pengurusan secara Islam. Adakah pengurusan konfliknya juga termasuk dalam transformasi tersebut? Sekiranya KPKOPI telah wujud dalam organisasi MBSA, adakah ia digunakan secara menyeluruh?

Terdapat beberapa isu konflik berkaitan MBSA yang gagal diselesaikan dengan baik dan menyeluruh. Hasil penelitian ke atas konflik di MBSA, terdapat lima konflik utama yang tidak dapat diselesaikan dengan baik. Pertama, rampasan minuman keras; kedua, kebenaran pembukaan pusat-pusat hiburan dan judi; ketiga, penentangan penduduk setinggan di Kampung Rimba Jaya; keempat, penentangan penduduk Sekyen 23 atas pemindahan kuil; dan kelima, masalah kutipan sampah.

(45)

24

Bagi isu pertama, iaitu isu rampasan8 minuman keras oleh pihak MBSA ke atas kedai 7-Eleven di Seksyen 8, Shah Alam. Kaedah pelaksanaan perundangan telah digunakan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara pihak yang terlibat.

Walau bagaimanapun, tindakan perundangan tersebut telah menimbulkan beberapa isu konflik yang lain.

Tindakan merampas minuman keras disokong oleh banyak pihak, organisasi dan kumpulan politik. Mereka menyuarakan keyakinan dengan tindakan yang diambil oleh pihak MBSA yang sememangnya berada di bawah bidang kuasa MBSA.

Walaupun begitu, tindakan yang diambil ini telah mendapat bantahan keras daripada Ronnie Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri Selangor.

Konflik ini semakin mendapat perhatian apabila banyak pihak telah masuk campur dalam isu ini. Pihak PAS Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Ronnie Liu telah mencampuri urusan pihak lain. Selain itu, tindakan tersebut telah menafikan keputusan yang diambil oleh pegawai dan pihak PBT yang menjalankan

8 Tindakan yang diambil oleh pihak MBSA adalah bertepatan dengan keputusan yang diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Majlis MBSA pada 28 Mei 2009 yang dihadiri oleh Dato’ Mazalan Md.

Noor, Datuk Bandar Shah Alam bersama barisan Ahli Majlis MBSA. Sebelum ketetapan tersebut diambil, mesyuarat pelaksanaan ke atas pengharaman penjualan minuman keras telah dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan dan Perkhidmatan Bandar pada 19 Ogos 2008 dan 25 September 2008. Malah dalam mesyuarat yang terakhir yang diadakan pada 22 April 2009, ia turut dihadiri oleh wakil dari kedai serbaneka 7 Eleven.

Malah pihak MBSA juga telah memberikan notis kepada pemilik premis 7 Eleven pada 31 Julai 2009 untuk menghentikan penjualan minuman keras yang meliputi semua kedai di Seksyen 1 sehingga Seksyen 24. Pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha kedai serbaneka daripada mempamer atau menjual minuman keras di dalam premis mereka sekiranya terletak dalam kawasan yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam.

Oleh yang demikian pihak MBSA telah mengeluarkan notis kepada semua premis perniagaan supaya minuman keras tidak dijual sebelum 30 Jun 2009. Selepas tarikh yang diberikan oleh pihak MBSA tidak diendahkan oleh pemilik premis perniagaan, pihak MBSA telah mengambil tindakan tegas dengan melaksanakan rampasan minuman keras terhadap pemilik premis 7 Eleven yang terletak di Seksyen 8 pada 29 Julai 2009.

(46)

25

tugas mereka. PAS juga dikatakan memulakan kempen membantah dan mahukan Ronnie Liu digugurkan daripada portfolio berkenaan kerana beliau secara terang- terangan mencampuri serta mengganggu tugas PBT di negeri ini (Utusan Malaysia, 6 Ogos 2009). Namun yang demikian, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan aduan yang dilakukan oleh penduduk yang membuat aduan kepada MBSA. Beliau menyifatkan langkah penduduk membantah tindakan kedai berkenaan adalah tidak wajar kerana ia dibuat tanpa mengikut saluran serta prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan negeri (Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009).

Bagi isu kedua pula iaitu berkaitan tekanan untuk membenarkan pusat-pusat hiburan dan judi dibuka di kawasan Shah Alam. Kaedah kompromi telah digunakan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara Ahli Majlis yang dilantik.

Sebahagian daripada Ahli Majlis yang dianggotai oleh wakil daripada komponen DAP mula mempersoalkan kewajaran tiadanya pusat hiburan di Shah Alam. Pihak DAP berpendapat, Shah Alam tidak hanya diduduki oleh masyarakat beragama Islam sahaja. Shah Alam juga diduduki oleh masyarakat bukan Islam. Natijahnya, dilihat dari segi geografi, majoriti yang menetap di Shah Alam adalah daripada bangsa Melayu dan beragama Islam.

Bandaraya Shah Alam merupakan satu-satunya bandaraya di Malaysia yang tidak mempunyai pusat-pusat hiburan seperti pub, pusat karaoke dan juga kedai menjual nombor ramalan. Dasar ini juga sejajar dengan dasar MBSA yang tidak membenarkan kewujudan pusat-pusat hiburan di Shah Alam untuk memastikan tidak ada gejala maksiat di bandaraya itu (Utusan Malaysia, 31 Mei 2011).

(47)

26

Menyedari wujudnya pandangan untuk membenarkan pusat-pusat hiburan di Shah Alam, perkara tersebut dibawa ke mesyuarat dalaman9 untuk dibincangkan dengan lebih lanjut bagi mengelakkan berlakunya pergolakan atau konflik yang lebih teruk.

Namun, hasrat DAP tersebut tidak dapat dilaksanakan apabila Ahli Majlis yang terdiri daripada pihak PAS dan PKR menentang cadangan untuk membuka pusat hiburan di Shah Alam.

Bagaimanapun, menurut Daroyah Alwi (2011), wakil DAP tetap berpandangan bahawa perlunya pusat hiburan diadakan. Namun, setelah mereka menyedari realiti sebenar isu Shah Alam ini, mereka sudah mula boleh menerima kerana menghormati pendirian pihak yang terlibat. DAP akur dengan pendirian PAS dan PKR bahawa Shah Alam tidak sepatutnya ada pusat hiburan. Hal ini berlaku dalam kalangan kumpulan Ahli Majlis yang dilantik mewakili kepentingan politik kerajaan Negeri Selangor untuk suatu tempoh yang pendek dengan pihak pengurusan yang dilantik atas dasar profesionalisme dan tempohnya lebih lama (MBSA, 2009).

Bagi isu yang ketiga pula iaitu timbulnya penentangan penduduk setinggan di Kampung Rimba Jaya, kaedah persaingan telah digunakan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara MBSA dengan penduduk setinggan. Masalah mula timbul apabila beberapa unit rumah penduduk setinggan telah dirobohkan oleh pihak MBSA. Kes ini bermula sejak tahun 2002 lagi. Hal ini berlanjutan apabila MBSA dibantu oleh Unit Polis Simpanan Persekutuan dan pihak polis. Pada tahun 2007, KPK yang diambil oleh MBSA ialah dengan bertindak merobohkan saki baki unit rumah setinggan penduduk di kawasan tersebut. Lebih 200 buah rumah, sebuah kuil

9 Maklumat diperoleh hasil daripada temu bual bersemuka bersama Dr. Daroyah Alwi, Ahli Majlis MBSA dan juga Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5. Temu bual diadakan di Pejabat Majlis Perwakilan Penduduk pada hari Ahad, 08 Mei 2011 jam 10.00 pagi.

Referensi

Dokumen terkait