1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.2.2 Kaedah Pelaksanaan Pengurusan Konflik Lazim
Perkembangan KPKL sedang berlaku pada peringkat dunia, Asia Tenggara dan Malaysia. Pada peringkat dunia, terdapat 12 negara yang secara jelas mengamalkan KPKL. Daripada 12 negara tersebut, dikenal pasti lima kaedah pengurusan konflik yang digunakan mereka. Pertama, pengelakan; kedua, penyesuaian; ketiga, persaingan; keempat, kompromi; dan kelima, permuafakatan.
Bagi kaedah yang pertama iaitu kaedah pengelakan, ia digunakan oleh Negara China, Malaysia, Filipina, Taiwan, Vietnam dan Brunei. Hal ini terhasil apabila keenam-enam negara tersebut merebut pemilikan ke atas Kepulauan Spratly3. Kaedah pengelakan merupakan salah satu kaedah yang dibangunkan oleh Thomas dan Kilmann (1974) dalam menghadapi konflik. Bagi mengelakkan terjadinya ketegangan antara negara yang terlibat, satu perjanjian diambil. Perjanjian ini dilakukan sebagai langkah pengelakan daripada berlakunya peperangan. Hasilnya, keenam-enam negara Asia bersetuju dengan kandungan Deklarasi Manila bagi mengelakkan konflik di kawasan yang menjadi rebutan (Kosmo, 13 Julai 2012).
Bagi kaedah yang kedua iaitu kaedah penyesuaian, ia digunakan oleh Negara China dan Taiwan. Kaedah penyesuaian ini diperkenalkan oleh Thomas dan Kilmann (1974) melibatkan pihak yang terlibat bekerjasama dengan mengorbankan
3 Kepulauan Spratly atau dikenali juga dengan Gugusan Semarang Peninjau terdiri daripada lebih kurang 750 terumbu karang yang terletak di kawasan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Keluasan kawasan Kepulauan Spratly melebihi 425,000 kilometer persegi. Walaupun begitu hanya kurang daripada empat kilometer persegi merupakan kawasan daratan.
Kepulauan Spratly menjadi rebutan oleh negara-negara yang berada di sekitarnya, yang terdiri daripada Malaysia, Filipina, Vietnam, China dan Brunei. Kepulauan tersebut menjadi rebutan kerana kedudukannya yang strategik bagi laluan utama kapal-kapal dagang selain kedudukannya yang berada di atas pentas benua yang mengandungi hasil petroleum dan gas asli.
8
kepentingan diri bagi kepuasan pihak yang satu lagi. Konflik berlaku apabila terdapat ancaman tindakan ketenteraan oleh Negara China jika Negara Taiwan mengumumkan kemerdekaan (Denny Armandhanu, 2015). Hal ini menyebabkan Taiwan mengambil pendekatan selamat, dengan menggunakan kaedah penyesuaian dalam mengatasi konflik yang berlaku. Kaedah penyesuaian yang diambil oleh negara Taiwan ialah dengan menangguhkan pengisytiharan kemerdekaan bagi negara tersebut. Hasilnya persoalan kemerdekaan tidak menjadi agenda politik utama pemerintahan Taiwan (Anggita Puspitosari, 2016).
Bagi kaedah yang ketiga iaitu kaedah persaingan, ia digunakan oleh Negara Yaman, Arab Saudi dan Iran. Negara Yaman menggunakan kaedah peperangan bagi menguruskan konflik peperangan. Hal ini disebabkan hasil tindakan puak-puak yang bertelagah dalam pengurusan negara, menyebabkan berlakunya peperangan.
Walaupun sebab-sebab pergolakan tersebut masih samar, tetapi faktor konflik geo-politik di antara Iran dengan Arab Saudi, persengketaan antara fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah serta rasa tidak berpuas hati dalam soal politik dan ekonomi mungkin menyebabkan kepada ketidakstabilan di Yaman (Utusan Malaysia, 19 April 2015). Hasil daripada konflik yang berlaku menyebabkan campur tangan daripada beberapa negara lain yang berjiran.
Bagi kaedah yang keempat iaitu kompromi, ia digunakan dalam perebutan wilayah Jammu Kashmir. Konflik perebutan wilayah Kashmir nampaknya masih menjadi halangan dalam hubungan antara India dengan Pakistan (Irmawan Effendi, 2005).
Salah satu faktor yang menyebabkan konflik Kashmir berlanjutan adalah disebabkan oleh kelompok perjuangan kemerdekaan Kashmir yang mahukan agar Kashmir
9
menjadi sebuah negara merdeka daripada pemerintah India (Nike Fildadillah, 2016).
Hal ini melibatkan teknik rundingan dan tawar menawar yang menjadi salah satu teknik dalam kompromi. Hasilnya wilayah yang bersengketa telah dibahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian dari wilayah tersebut diperintah oleh kerajaan India, dan sebahagian lagi oleh kerajaan Pakistan.
Bagi kaedah yang kelima iaitu permuafakatan, ia pernah digunakan oleh Negara India dan China. Hal yang melibatkan antara kedua negara ini ialah konflik sempadan dan ekonomi bagi melindungi kepentingan masing-masing. Hasil daripada perbincangan, persetujuan diambil kedua-dua negara dengan membuka pasar domestik negara dan memperkecil defisit perdagangan antara kedua negara (Eka Prasdika, 2013).
Pada peringkat Asia Tenggara, negara-negara yang berada di bawah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) juga mengamalkan kaedah pengurusan konflik dalam menyelesaikan isu yang timbul. Daripada konflik yang timbul, dikenal pasti tiga kaedah pengurusan konflik. Pertama, persaingan; kedua, penglibatan pihak ketiga; dan ketiga, permuafakatan.
Bagi kaedah yang pertama iaitu persaingan, ia digunakan oleh negara Thailand dan Kemboja. Konflik yang berlaku melibatkan perebutan kompleks candi di wilayah Preah Vihear di sempadan kedua-dua belah negara. Rentetan daripada konflik yang timbul menyebabkan beberapa pertempuran kecil tercetus antara kedua belah pihak.
Menurut Ammar Jazlan Mad Lela (2016), kedaulatan ke atas kawasan yang direbut
10
menjadi pusat pertikaian yang menjerumuskan Thailand dan Kemboja dalam kancah peperangan.
Bagi kaedah yang kedua iaitu penglibatan pihak ketiga, ia digunakan oleh Malaysia dan Indonesia. Konflik berlaku disebabkan oleh perebutan Pulau Sipadan dan Ligitan. Bagi menyelesaikan perkara tersebut, kedua-dua negara bersetuju membawa kes tersebut kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) selepas rundingan yang dijalankan tidak berhasil. Rundingan adalah kaedah terbaik bagi kedua-dua negara untuk mengelakkan sebarang konflik mengenai sempadan. Tuntutan ke Mahkamah Antarabangsa sepatutnya adalah pilihan terakhir (Berita Harian, 30 Oktober 2015).
Hasilnya, keputusan memihak kepada Malaysia dan ia diterima oleh kedua-dua belah pihak.
Bagi kaedah yang ketiga iaitu permuafakatan, ia digunakan oleh Malaysia dan Indonesia dalam menyelesaikan konflik tuduhan mencuri kebudayaan. Hal ini terjadi apabila Indonesia menuduh Malaysia mencuri beberapa kebudayaan, seperti lagu rakyat “Rasa Sayang”. Hal ini diselesaikan dengan baik antara kedua negara dengan mengisytiharkan lagu tersebut sebagai satu lagu rakyat nusantara. Menurut Bambang Pranowo (2010), hal ini menunjukkan kesamaan sosial dan budaya antara kedua negara.
Pada peringkat negara Malaysia, terdapat tiga isu yang secara jelas mengamalkan kaedah pengurusan konflik. Daripada tiga isu tersebut, dikenal pasti tiga kaedah pengurusan konflik. Pertama, kaedah penyingkiran; kedua, kaedah toleransi; dan ketiga, kaedah intervensi pihak ketiga.
11
Bagi kaedah yang pertama iaitu penyingkiran, ia digunakan dalam isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal tahun 2016. Pemecatan yang dilakukan ini disebabkan oleh pertikaian beberapa perkara yang berbangkit antara kedua pemimpin tersebut. Hasil daripada isu yang timbul dan bagi meredakan konflik, Perdana Menteri telah mengambil tindakan dengan memecat timbalannya secara serta merta.
Keputusan yang dibuat adalah demi kepentingan parti ketika Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sedang berhadapan serangan dari dalam dan luar (Utusan Malaysia, 27 Jun 2016). Hal ini juga boleh dilihat dalam kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998. Isunya bermula apabila Dr.
Mahathir telah mengambil tindakan yang drastik dengan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam UMNO dan kerajaan (Junaidi Awang Besar &
Mazlan Ali, 2014).
Bagi kaedah yang kedua iaitu kaedah toleransi, ia digunakan dalam konflik yang melibatkan kepelbagaian etnik dan bangsa di Malaysia. Hasil daripada konflik yang timbul, menyebabkan berlakunya rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa ini telah menyebabkan pengisytiharan darurat. Melalui kaedah toleransi, kerajaan telah memperkenalkan beberapa perkara. Antaranya ialah memperkenalkan Rukun Negara dan membasmi kemiskinan tegar.