• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berdasarkan perbincangan latar belakang sebelum ini, konflik terhasil akibat beberapa sebab yang terjadi. Pelbagai isu yang terhasil dikupas melalui pelbagai sudut atau pandangan. Seterusnya, konflik tersebut diselesaikan melalui pelbagai kaedah yang diperkenalkan.

Dalam KPKL digunakan kaedah-kaedah seperti pengelakan, penyesuaian, berkompromi, persaingan dan permuafakatan untuk menyelesaikan konflik. Namun

dianugerahkan dalam Majlis Penganugerahan Sempena Bulan Kualiti Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor 2008.

7 Maklumat diperoleh melalui temu bual bersemuka bersama Puan Zaidah Zakaria, Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Korporat MBSA pada 05 Februari 2013, jam 10.30 pagi.

23

yang demikian, masih timbul konflik dan pelbagai isu yang tidak dapat diselesaikan.

Antara isu konflik tersebut ialah isu rampasan minuman keras, cadangan pembukaan pusat-pusat hiburan dan judi, pertentangan penduduk setinggan di Kampung Rimba Jaya, pemindahan kuil dari tempat asal di Seksyen 19 ke Seksyen 23 dan isu kutipan sampah. Hal ini menjelaskan ada pengurusan konflik secara lazim, tetapi masih belum menyelesaikan konflik secara menyeluruh. Adakah sesuai menyelesaikan konflik dalam kalangan masyarakat yang ramai umat Islam dengan menggunakan kaedah lazim?

Selain itu, konsep pengurusan konflik organisasi dari perspektif Islam juga masih belum ada lagi yang mengkajinya. MBSA disebut-sebut ingin melaksanakan transformasi pengurusan secara Islam. Adakah pengurusan konfliknya juga termasuk dalam transformasi tersebut? Sekiranya KPKOPI telah wujud dalam organisasi MBSA, adakah ia digunakan secara menyeluruh?

Terdapat beberapa isu konflik berkaitan MBSA yang gagal diselesaikan dengan baik dan menyeluruh. Hasil penelitian ke atas konflik di MBSA, terdapat lima konflik utama yang tidak dapat diselesaikan dengan baik. Pertama, rampasan minuman keras; kedua, kebenaran pembukaan pusat-pusat hiburan dan judi; ketiga, penentangan penduduk setinggan di Kampung Rimba Jaya; keempat, penentangan penduduk Sekyen 23 atas pemindahan kuil; dan kelima, masalah kutipan sampah.

24

Bagi isu pertama, iaitu isu rampasan8 minuman keras oleh pihak MBSA ke atas kedai 7-Eleven di Seksyen 8, Shah Alam. Kaedah pelaksanaan perundangan telah digunakan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara pihak yang terlibat.

Walau bagaimanapun, tindakan perundangan tersebut telah menimbulkan beberapa isu konflik yang lain.

Tindakan merampas minuman keras disokong oleh banyak pihak, organisasi dan kumpulan politik. Mereka menyuarakan keyakinan dengan tindakan yang diambil oleh pihak MBSA yang sememangnya berada di bawah bidang kuasa MBSA.

Walaupun begitu, tindakan yang diambil ini telah mendapat bantahan keras daripada Ronnie Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri Selangor.

Konflik ini semakin mendapat perhatian apabila banyak pihak telah masuk campur dalam isu ini. Pihak PAS Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Ronnie Liu telah mencampuri urusan pihak lain. Selain itu, tindakan tersebut telah menafikan keputusan yang diambil oleh pegawai dan pihak PBT yang menjalankan

8 Tindakan yang diambil oleh pihak MBSA adalah bertepatan dengan keputusan yang diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Majlis MBSA pada 28 Mei 2009 yang dihadiri oleh Dato’ Mazalan Md.

Noor, Datuk Bandar Shah Alam bersama barisan Ahli Majlis MBSA. Sebelum ketetapan tersebut diambil, mesyuarat pelaksanaan ke atas pengharaman penjualan minuman keras telah dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan dan Perkhidmatan Bandar pada 19 Ogos 2008 dan 25 September 2008. Malah dalam mesyuarat yang terakhir yang diadakan pada 22 April 2009, ia turut dihadiri oleh wakil dari kedai serbaneka 7 Eleven.

Malah pihak MBSA juga telah memberikan notis kepada pemilik premis 7 Eleven pada 31 Julai 2009 untuk menghentikan penjualan minuman keras yang meliputi semua kedai di Seksyen 1 sehingga Seksyen 24. Pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha kedai serbaneka daripada mempamer atau menjual minuman keras di dalam premis mereka sekiranya terletak dalam kawasan yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam.

Oleh yang demikian pihak MBSA telah mengeluarkan notis kepada semua premis perniagaan supaya minuman keras tidak dijual sebelum 30 Jun 2009. Selepas tarikh yang diberikan oleh pihak MBSA tidak diendahkan oleh pemilik premis perniagaan, pihak MBSA telah mengambil tindakan tegas dengan melaksanakan rampasan minuman keras terhadap pemilik premis 7 Eleven yang terletak di Seksyen 8 pada 29 Julai 2009.

25

tugas mereka. PAS juga dikatakan memulakan kempen membantah dan mahukan Ronnie Liu digugurkan daripada portfolio berkenaan kerana beliau secara terang-terangan mencampuri serta mengganggu tugas PBT di negeri ini (Utusan Malaysia, 6 Ogos 2009). Namun yang demikian, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan aduan yang dilakukan oleh penduduk yang membuat aduan kepada MBSA. Beliau menyifatkan langkah penduduk membantah tindakan kedai berkenaan adalah tidak wajar kerana ia dibuat tanpa mengikut saluran serta prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan negeri (Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009).

Bagi isu kedua pula iaitu berkaitan tekanan untuk membenarkan pusat-pusat hiburan dan judi dibuka di kawasan Shah Alam. Kaedah kompromi telah digunakan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara Ahli Majlis yang dilantik.

Sebahagian daripada Ahli Majlis yang dianggotai oleh wakil daripada komponen DAP mula mempersoalkan kewajaran tiadanya pusat hiburan di Shah Alam. Pihak DAP berpendapat, Shah Alam tidak hanya diduduki oleh masyarakat beragama Islam sahaja. Shah Alam juga diduduki oleh masyarakat bukan Islam. Natijahnya, dilihat dari segi geografi, majoriti yang menetap di Shah Alam adalah daripada bangsa Melayu dan beragama Islam.

Bandaraya Shah Alam merupakan satu-satunya bandaraya di Malaysia yang tidak mempunyai pusat-pusat hiburan seperti pub, pusat karaoke dan juga kedai menjual nombor ramalan. Dasar ini juga sejajar dengan dasar MBSA yang tidak membenarkan kewujudan pusat-pusat hiburan di Shah Alam untuk memastikan tidak ada gejala maksiat di bandaraya itu (Utusan Malaysia, 31 Mei 2011).

26

Menyedari wujudnya pandangan untuk membenarkan pusat-pusat hiburan di Shah Alam, perkara tersebut dibawa ke mesyuarat dalaman9 untuk dibincangkan dengan lebih lanjut bagi mengelakkan berlakunya pergolakan atau konflik yang lebih teruk.

Namun, hasrat DAP tersebut tidak dapat dilaksanakan apabila Ahli Majlis yang terdiri daripada pihak PAS dan PKR menentang cadangan untuk membuka pusat hiburan di Shah Alam.

Bagaimanapun, menurut Daroyah Alwi (2011), wakil DAP tetap berpandangan bahawa perlunya pusat hiburan diadakan. Namun, setelah mereka menyedari realiti sebenar isu Shah Alam ini, mereka sudah mula boleh menerima kerana menghormati pendirian pihak yang terlibat. DAP akur dengan pendirian PAS dan PKR bahawa Shah Alam tidak sepatutnya ada pusat hiburan. Hal ini berlaku dalam kalangan kumpulan Ahli Majlis yang dilantik mewakili kepentingan politik kerajaan Negeri Selangor untuk suatu tempoh yang pendek dengan pihak pengurusan yang dilantik atas dasar profesionalisme dan tempohnya lebih lama (MBSA, 2009).

Bagi isu yang ketiga pula iaitu timbulnya penentangan penduduk setinggan di Kampung Rimba Jaya, kaedah persaingan telah digunakan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara MBSA dengan penduduk setinggan. Masalah mula timbul apabila beberapa unit rumah penduduk setinggan telah dirobohkan oleh pihak MBSA. Kes ini bermula sejak tahun 2002 lagi. Hal ini berlanjutan apabila MBSA dibantu oleh Unit Polis Simpanan Persekutuan dan pihak polis. Pada tahun 2007, KPK yang diambil oleh MBSA ialah dengan bertindak merobohkan saki baki unit rumah setinggan penduduk di kawasan tersebut. Lebih 200 buah rumah, sebuah kuil

9 Maklumat diperoleh hasil daripada temu bual bersemuka bersama Dr. Daroyah Alwi, Ahli Majlis MBSA dan juga Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5. Temu bual diadakan di Pejabat Majlis Perwakilan Penduduk pada hari Ahad, 08 Mei 2011 jam 10.00 pagi.

27

yang berusia 100 tahun dan sebuah surau telah dirobohkan oleh pihak berkuasa (Malaysia Kini, 31 Oktober 2007). Keadaan ini menyebabkan penentangan penduduk terhadap pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagi isu yang keempat pula iaitu tentangan penduduk di Seksyen 23 kerana tidak setuju dengan pemindahan Kuil Sri Mariamman dari tempat asal di Seksyen 19 dibawa ke Seksyen 23. Kaedah yang digunakan dalam isu ini ialah kaedah penyesuaian, bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara badan kerajaan dengan penduduk di Seksyen 23. Isu ini dipolitikkan apabila muncul pula isu kepala lembu yang diarak oleh penduduk Seksyen 23 dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu ke bangunan Setia Usaha Kerajaan (SUK) Selangor dalam usaha untuk membuat bantahan terhadap cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka (Malaysia Kini, 29 Ogos 2009).

Apabila pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mencadangkan kuil dipindahkan dari kawasan Seksyen 19 yang majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam. Penduduk Seksyen 19 mendesak agar kuil tersebut dipindahkan memandangkan ia terletak bersebelahan dengan surau dan terlalu dekat dengan kawasan perumahan (Malaysia Kini, 29 Ogos 2009). Desakan ini dipersetujui oleh pihak PKNS. Cadangannya adalah ke Seksyen 23, berkedudukan jauh dari kawasan perumahan setempat.

Isu ini diambil peluang oleh kumpulan yang berkepentingan dan kumpulan politik tertentu yang telah mempengaruhi penduduk Seksyen 23 untuk menentang cadangan

28

tersebut. Kawasan perumahan Seksyen 23 terdiri daripada 80 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di kawasan tersebut (Malaysia Kini, 29 Ogos 2009). Dikatakan bahawa kawasan cadangan pemindahan kuil ini merupakan cadangan awal penduduk setempat untuk membina pusat latihan menyelamat. Walaupun begitu cadangan tersebut telah ditolak oleh kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya, kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pemindahan kuih di tempat yang sama.

Kedua-dua kes tersebut iaitu penentangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 oleh PKNS dan kes mengarak kepala lembu ke bangunan SUK menimbulkan konflik kepada PBT yang diuruskan oleh MBSA. Tambahan pula kedua-dua kes tersebut sememangnya berlaku dalam kawasan Bandaraya Shah Alam yang ditadbir oleh MBSA. Dalam hal ini pihak MBSA telah mengambil kaedah penjelasan bagi menyalurkan maklumat kepada umum melalui media massa dan hebahan.

Bagi isu yang terakhir, iaitu isu kelima, konflik yang berlaku mengenai isu kutipan sampah di Shah Alam. Kaedah pelaksanaan telah digunakan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara MBSA dan pihak-pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, kaedah pelaksanaan yang dikemukakan gagal menyelesaikan konflik yang timbul.

Isu kutipan sampah menjadi polemik politik terbaharu bagi pengurusan MBSA.

Mulai tahun 2012, kerajaan Negeri Selangor, termasuk Shah Alam melalui PBT

29

menguruskan sendiri kutipan sampah (HarakahDaily, 02 Januari 2012). Sebelumnya, ia diuruskan oleh pihak Alam Flora, sebuah syarikat swasta yang bertindak sebagai syarikat yang mengurus dalam hal berkaitan dengan kutipan sampah pepejal.

Keputusan pengambilalihan urusan sisa pepejal dibuat kerana pihak pengurusan MBSA berpendapat mutu perkhidmatan Alam Flora tidak mencapai tanda aras yang dikehendaki, selain mengurangkan kos perbelanjaan sehingga RM20 juta setahun.

MBSA seterusnya mengambil tanggungjawab ini untuk menguruskan kutipan sampah di Shah Alam dengan melantik kontraktor yang baharu. Isu ini mula timbul apabila sampah gagal dikutip oleh pihak yang baharu dilantik. Kegagalan pengurusan kutipan sampah ini menjadi isu yang tiada kesudahan apabila sampah tidak dikutip sehingga berminggu lamanya. Hal ini menyebabkan penduduk mula menunjukkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka kepada pengurusan MBSA. Seterusnya, penduduk mempersoalkan peranan MBSA, yang seharusnya bertanggungjawab melaksanakan kerja kutipan mengikut jadual (Harian Metro, 9 Januari 2012).

Isu juga timbul apabila masalah kutipan sampah dikaitkan dengan pemberian tender.

Terdapat pihak yang mempertikaikan pemberian tender kepada kontraktor mengutip sampah kerana bukti menunjukkan syarikat yang tidak memiliki lori sampah turut menerima kontrak tersebut (Utusan Malaysia, 16 Mac 2012). Dalam pada itu, adanya masalah baharu apabila kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh MBSA menerima ancaman dan ugutan oleh pihak luar yang tidak dikenali. Pihak-pihak tersebut tidak membenarkan kontraktor-kontraktor melaksanakan kutipan sampah. Tindakan ugutan ini berlaku dalam masa laporan media cetak tempatan yang menyatakan bahawa kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tugasan mengutip sampah dengan

30

baik selepas ia diambil alih oleh kerajaan ini daripada Alam Flora (HarakahDaily, 29 April 2012). Bagi menjelaskan isu ini, pihak MBSA telah mengambil kaedah penjelasan bagi menyelesaikan konflik yang timbul.

Apabila konflik pengurusan tidak ditangani dengan betul, ia bukan sahaja boleh merosakkan reputasi, malah ia boleh menjatuhkan corak operasi dan kecekapan MBSA secara menyeluruh. Persoalannya, adakah MBSA menggunakan KPKOPI kerana Shah Alam seperti yang disebut oleh Khalid Samad ingin menjadikan sebuah bandaraya Islam kosmopolitan? Jika digunakan, apakah ia benar-benar dari perspektif Islam? Bagaimanakah MBSA menguruskan konflik yang timbul ini?

Hasil daripada persoalan dan permasalahan yang dijelaskan sebagaimana yang dibincangkan dalam bahagian-bahagian di atas, maka adalah jelas betapa perlunya justifikasi untuk diadakan kajian dengan lebih mendalam berkenaan kaedah pengurusan konflik organisasi di MBSA. Kajian ini juga dilakukan dalam hasrat untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan dalam menentukan kaedah pengurusan konflik yang dilihat dari perspektif Islam.