• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.2.3 Perkembangan Kaedah Pengurusan Konflik Islam

Barisan Nasional4 juga dibentuk daripada beberapa parti melibatkan tiga kaum utama iaitu parti UMNO yang mewakili bangsa Melayu, parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang mewakili bangsa Cina dan parti Kongres India Se-Malaysia (MIC) yang mewakili bangsa India. Mahathir Mohammad mengatakan bahawa walaupun Malaysia terbahagi kepada tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India, tetapi negara masih mampu membangun dan tidak bertelagah sesama sendiri, malah rakyat Malaysia juga mampu berkongsi kekayaan negara serta kuasa walaupun hidup berbeza bangsa dan agama (Utusan Malaysia, 12 April 2016).

Bagi kaedah yang ketiga iaitu penglibatan pihak ketiga, ia digunakan dalam konflik keagamaan. Isu tersebut melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan Persatuan Bible Malaysia (BSM) berikutan serbuan dan rampasan naskah Bible yang dilakukan. Dalam hal ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil inisiatif untuk menjadi orang tengah kepada pihak-pihak yang berkonflik bagi mencari penyelesaiannya. Kaedah ini diambil bagi mencari ruang perdamaian kedua-dua pihak selepas rampasan Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban menjadi kontroversi dan mencetuskan kembali kemarahan umat Islam di negara ini (Sinar Harian, 4 Januari 2014).

1.2.3 Perkembangan Kaedah Pengurusan Konflik Islam

Kajian kaedah pengurusan konflik dari perspektif Islam (KPKPI) diutarakan oleh beberapa sarjana Islam. Kajian-kajian yang dilakukan ini menyebabkan berlakunya

4 Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 1974, Barisan Nasional terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Progresif Rakyat (PPP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputra (PBB), dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (Dianne K. Mauzy & R. S. Milne, 1983).

13

perkembangan dalam KPKPI. Antara sarjana yang membincangkan KPKPI ialah Norliza Kushairi (1999) dan Ahmad Atory Hussein (1993). Perkembangan KPKPI menjadi pelengkap dan panduan kepada pihak pengurusan pentadbiran dalam mencapai matlamat pentadbir yang dikehendaki tanpa terkeluar daripada batas-batas yang ditetapkan.

Menurut Norliza Kushairi (1999), faktor dalaman manusia hendaklah diperkayakan melalui falsafah pengurusan Islam sekiranya organisasi ingin mencapat matlamat yang ditetapkan. Pengurusan Islam hendaklah berpaksikan Islam secara menyeluruh dan menjauhi segala larangannya yang bersesuaian dengan perintah Allah Subhanah wa Ta’ala (SWT) dan Rasulullah Salla Allah ‘alayh wa Sallam (SAW).

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu” (Surah al- Maaidah, 5: 3).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya” (Riwayat Ad Daruquthni, No. Hadith: 3663).

Bagi mencapai penerimaan pengurusan Islam secara menyeluruh, para pengurus perlulah menerapkan kaedah dan ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Para pengurus perlu menjadi contoh dan ketua kepada anak buahnya. Para pengurus perlu menerima hakikat yang kaedah pengurusan masa kini menjadi lebih kompleks jika

14

dibandingkan dengan kaedah pengurusan masa terdahulu. Perkara ini juga dipersetujui oleh Ahmad Atory Hussein (1993) yang menyatakan pengurusan masa kini lebih rumit dari segi peranan dan fungsi organisasi. Malah menurut beliau juga perkara tersebut turut menyentuh mengenai perlakuan manusia dalam organisasi.

Selain itu manusia juga bertanggungjawab dalam konteks hubungan sesama manusia.

Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali” (Surah al-Hujurat;

49:13).

Dalam hal ini Norliza Kushairi (1999) menggariskan lapan faktor pengurusan menurut perspektif Islam. Faktor-faktor tersebut ialah pertama, manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka buminya. Kedua, menuju penyempurnaan tugas dan tanggungjawab menurut hukum Allah SWT. Ketiga, keperluan mengisi sifat-sifat terpuji (mahmudat) dan mengikis sifat tercela (madhmumat). Lantaran itu, falsafah pengurusan Islam menyokong prinsip dorongan yang kuat untuk menjadikan diri sebagai model yang boleh dicontohi. Seterusnya, ia akan melahirkan satu kumpulan pekerja yang bakal memiliki azam yang sentiasa membara untuk menjadi pekerja yang terbaik dalam kehidupan dunia dan hamba Allah SWT yang terbaik dalam kehidupan akhirat.

Keempat, menanamkan rasa tanggungjawab kepada manusia dan yang lebih penting daripada itu kepada Allah SWT. Prinsip tanggungjawab seumpama ini akan mewujudkan satu sistem akauntabiliti yang dapat menjadi pagar untuk mengawal setiap tindak tanduk manusia. Kelima, sentiasa sedar tentang adanya pujuk rayu dan

15

perangkap syaitan dalam usaha menyempurnakan tugas dan tanggungjawab.

Keenam, keperluan membina dan menggabungkan ilmu, iman dan amal untuk menuju al-falah (kejayaan).

Ketujuh, sentiasa memiliki dan menghayati perasaan takut dan berharap kepada Allah SWT dalam dan di luar suasana kerja. Secara ringkasnya, perasaan sentiasa mengharapkan reda Allah SWT dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Kelapan, sentiasa bersedia menegur, memimpin dan menggalakkan tenaga lain supaya menjalankan pekerjaan di tahap yang baik dan berpegang kepada falsafah bahawa kerja dan pekerjaan adalah merupakan gelanggang jihad yang utama.

Definisi nilai kemanusiaan berbeza dari segi maksud antara pengurusan lazim dengan pengurusan Islam. Pengurusan lazim menekankan tanggungjawab manusia untuk bekerja dan menjaga alam sekitar. Pendefinisian pengurusan Islam pula melihat lebih daripada itu, iaitu tanggungjawab manusia sebagai khalifah di dunia dan hamba kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang ketua negara akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta bertanggungjawab) darihal hal yang dipimpinnya” (Riwayat al-Bukhariy dan Muslim, No. Hadith:

2546).

16

Dalam pada itu, terdapat perintah kepada hamba-Nya bagi mentaati pemimpin yang telah dilantik. Hal ini dijelaskan melalui Hadith riwayat Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada uli al-amr (pemimpin) dalam kalangan kamu berkenaan dengan Abd. Allah bin Hudhayfat bin Qays bin ‘Adi Al-Sakhamiy, yang diutus Nabi SAW dalam suatu pasukan perang” (Riwayat Muslim, No. Hadith: 3416).

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:

“Sesiapa yang mentaatiku bererti ia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang mendurhakai perintahku, maka bererti ia telah mendurhakai Allah SWT. Sesiapa yang mematuhi pemimpin bererti ia telah mematuhiku dan sesiapa yang mendurhakai pemimpin bererti ia telah mendurhakaiku” (Riwayat Muslim, No. Hadith: 3417).