• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN LEPAS DAN SOROTAN KARYA

2.4 SOROTAN KARYA

2.4.4 Model Karya Konflik Lazim

Bagi memudahkan perbincangan, bahagian ini dibahagikan kepada dua tumpuan.

Tumpuan pertama, karya penulisan kerangka model. Tumpuan kedua, model KPKL.

2.4.4(a) Karya Penulisan Kerangka Model

Bagi tumpuan yang pertama, penulis merangka beberapa model bagi memperkemaskan penulisan berkaitan pengurusan konflik. Mereka ialah Lee Li Ju (2013), Creswell (2012), Deutsch (1969), Berry (1995), Amran Hassan (2011), Blake dan Mouton (1964), Kilmann dan Thomas (1977), Thomas dan Kilmann (1974), Mohd. Fitri Abdul Rahman (1997), Haszminy Mat (1999), (Ramli Awang Mat Tam, 2000; Fathiyah Abu Bakar, 1997), Hussein Haji Ahmad dan Haneza Ab. Hamid (2015), Putnam dan Wilson (1982), Rahim dan Magner (1995), Deutsch (1949, 1990), Pruitt (1983), Follet (1926, 1940), Rahim dan Bonoma (1979) dan Thomas (1976).

Kerangka-kerangka tersebut dibahagikan kepada tiga jenis. Tiga jenis kerangka bagi model karya yang dimaksudkan yang bagi mengkaji pengurusan konflik ialah yang pertama, model satu dimensi; kedua, model dua dimensi; dan ketiga, model tiga faktor. Model yang baik merupakan kunci untuk merancang perkembangan pengurusan konflik dalam organisasi (Lee Li Ju, 2013). Menurut Creswell (2012),

92

memilih instrument bagi model yang sedia ada perlulah memastikan ia memperoleh nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Model karya bagi ketiga-tiga kerangka seperti yang disebut di atas merupakan model yang melibatkan tingkah laku pihak yang terlibat dalam konflik. Kerangka pertama bagi model karya ialah model satu dimensi. Dalam kerangka model satu dimensi mengandaikan sekiranya berlaku konflik, hanya satu kaedah sahaja yang akan menjadi pilihan. Dalam ertikata yang lain, mereka yang terlibat hanya boleh memilih sama ada kaedah persaingan atau bekerjasama apabila berhadapan dengan konflik.

Menurut Deutsch (1969), beliau membahagikan konflik kepada kelas-kelas kaedah pengurusan konflik kepada dua, iaitu persaingan (competitive) dan bekerjasama (cooperative). Deutsch (1969) menjelaskan, model satu dimensi bagi kelas persaingan hanya memberi keputusan menang-kalah, iaitu hanya satu pihak yang akan mengecapi kemenangan sementara di pihak yang satu lagi akan kalah. Bagi kelas kerjasama pula menekankan konsep bekerja bagi satu matlamat dan berkongsi nilai. Dalam hal ini, konflik sekiranya diuruskan dengan baik boleh menghasilkan suatu perkongsian yang mungkin memberi manfaat kepada organisasi secara keseluruhannya (Berry, 1995). Menurut Amran Hassan (2011), semuanya bergantung kepada individu tersebut, sama ada mahu menguruskannya dengan kaedah yang baik ataupun sebaliknya.

Kerangka kedua dalam model karya ialah model dua dimensi. Model ini bersandarkan lima kaedah pengurusan konflik yang dikategorikan kepada dua komponen iaitu ‘assertiveness’ yang melibatkan kepada kepuasan sendiri dan

93

‘cooperativeness’ yang melibatkan kepuasan orang lain dengan mengorbankan kepuasan sendiri.

Menurut Blake dan Mouton (1964), mereka menggunakan model dua dimensi mengelaskan lima gelagat pengurusan konflik yang telah dikenal pasti, iaitu pertama, menekan (suppressive); kedua, bersemuka (confrontative); ketiga, berkompromi (compromise); keempat, mengelak (avoiding); dan kelima, mendamaikan (smoothing). Menurut Kilmann dan Thomas (1977), pengurusan konflik boleh dilihat melalui model Dwi-Dimensi Tingkah Laku Berkonflik yang mengklasifikasikan lima kaedah resolusi konflik, iaitu pengelakan, penyesuaian, persaingan, kompromi dan permuafakatan. Thomas dan Kilmann (1974) juga melihat kaedah pengurusan konflik berdasarkan dua dimensi iaitu ‘cooperativeness’ iaitu cuba memuaskan kehendak pihak yang lain dan juga ‘assertiveness’ iaitu cuba memuaskan kehendak sendiri.

Menurut Mohd. Fitri Abdul Rahman (1997) dan Haszminy Mat (1999), mereka juga menggunakan model dua dimensi dalam kajian yang dijalankan oleh mereka.

Lazimnya, apabila timbul konflik dalam organisasi, kebanyakan kaedah yang digunakan dalam menanganinya wujud dalam tiga situasi sama ada situasi menang-menang (win-win), situasi menang-menang-kalah (win-lose) dan situasi kalah-kalah (lose-lose) (Ramli Awang Mat Tam, 2000; Fathiyah Abu Bakar, 1997).

Menurut Hussein Haji Ahmad dan Haneza Ab. Hamid (2015), instrumen yang dipilih dan digunakan dalam kajian yang mereka lakukan juga menggunakan model dua dimensi dengan menggunaan kaedah soal selidik. Menurut mereka lagi, item-item

94

dalam soal selidik yang digunakan merupakan daripada model yang sedia ada dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi.

Kerangka ketiga dalam perbincangan in ialah model tiga faktor. Model tiga faktor mengklasifikasikan kaedah pengurusan konflik kepada tiga kumpulan, iaitu pertama, pasif (kaedah mengelak dan akomodasi); kedua, integratif (kaedah kolaborasi dan tolak ansur); dan ketiga, distributif (kaedah bersaing). Menurut Putnam dan Wilson (1982), model tiga faktor yang dikemukakan berdasarkan kepada tiga kaedah pengurusan konflik dalam satu dimensi yang kontinum. Kontinum yang dimaksudkan terdiri daripada prihatin terhadap pihak lain yang tinggi dan prihatin yang rendah terhadap diri kepada prihatin yang tinggi kepada diri sendiri, prihatin yang rendah kepada orang lain. Menurut Putnam dan Wilson (1982), mereka mengklasifikasikan konflik kepada tiga bentuk iaitu tidak berkonfrontasi (non confrontation), orientasi penyelesaian (solution-orientation) dan kawalan (control).

Dari segi rumusan yang lebih mudah ke atas kaedah pengurusan konflik, berikut adalah ringkasan yang dikemukakan oleh Rahim dan Magner (1995):

1. Dua kaedah: kerjasama dan persaingan (cooperation and competing);

(Deutsch, 1949, 1990)

2. Tiga kaedah: tanpa bersemuka (non-confrontation), orientasi penyelesaian masalah (solution-oriented) dan kawalan (control); (Putnam & Wilson, 1982).

3. Empat kaedah: ‘yielding’, penyelesaian masalah (problem-solving), ‘inaction’

dan ‘contending’; (Pruitt, 1983).

95

4. Lima kaedah: integrasi (integration), kelembutan atau akur (obliging), dominasi (dominating), mengelak (avoiding) dan kompromi (compromising) (Blake & Mouton, 1964; Follet, 1926, 1940; Rahim & Bonoma, 1979;

Thomas, 1976).

2.4.4(b) Model Kaedah Pengurusan Konflik Lazim

Bagi tumpuan yang kedua, ia menyentuh mengenai model bagi KPKL. Dalam hal ini, para penulis melihat dalam konteks kaedah menyelesaikan konflik melalui beberapa model. Instrumen-instrumen yang dibina merupakan model yang biasa diguna pakai dalam menyelesaikan konflik yang berlaku. Antara penulis yang menulis mengenai hal ini ialah Blake dan Mouton (1964), Rahim (1983), Thomas dan Kilmann (1974), Lee Li Ju (2013), Stoner dan Wankel (1989), Chong Sui Lee dan Hussien Ahmad (2014), Kee. Y. Sabariah Kee Mohd Yussof dan Husna Johari (2014), Shariffah Nur Bahijah Syed Mahmood (2011), Yusof Ismail (1991), Gordon (1993), Robbins (1998), Folger, Poole dan Stutman (1993), Hocker dan Wilmot (1985), Rahim (2002), Campbell, Corbally dan Nystrand (1983) dan Rahim (1985).

Blake dan Mouton (1964), Rahim (1983) dan Thomas dan Kilmann (1974) menulis mengenai instrumen-instrumen yang memberi kesan bentuk yang hampir sama, tetapi kebanyakan model-model yang berbeza, melibatkan terma yang spesifik kepada mereka, merupakan bukti ke atas kerja daripada pengkaji yang berbeza.

Menurut Lee Li Ju (2013), setiap model memaparkan pendekatan yang berbeza dalam menguruskan konflik. Menurut beliau lagi, pendekatan-pendekatan yang

96

sesuai dan wajar haruslah digunakan untuk merancang matlamat organisasi supaya konflik dapat diuruskan baik.

Menurut Stoner dan Wankel (1989), secara umum terdapat tiga kaedah pengurusan penyelesaian konflik yang selalu digunakan. Pertama, penguasaan; kedua, tolak ansur; dan ketiga, penyelesaian masalah bersepadu. Menurut Chong Sui Lee dan Hussien Ahmad (2014), terdapat juga kajian yang menunjukkan penggunaan model KPK yang dipilih adalah berdasarkan kesesuaian situasi konflik. Menurut Kee. Y.

Sabariah Kee Mohd Yussof dan Husna Johari (2014), mereka yang terlibat dalam konflik akan membentuk tingkah lakunya agar konfik dapat diselesaikan dan mendapat hasil yang diingini. Menurut Shariffah Nur Bahijah Syed Mahmood (2011), pemilihan model KPK yang berkesan amatlah penting kerana pemilihan model yang tidak sesuai dengan situasi konflik akan menjejaskan kualiti dan produktiviti kerja. Penyelesaian yang diketengahkan oleh Stoner dan Wankel (1989) meletakkan kaedah-kaedah yang berbeza dari segi keupayaan membolehkan pihak-pihak yang terlibat dalam konflik menguruskan situasi konflik pada masa hadapan melalui:

1. Penguasaan dan Pelenyapan

Kaedah penguasaan dan pelenyapan biasanya mempunyai dua ciri yang sama iaitu menghentikan konflik, bukan menyelesaikannya dan mewujudkan suatu situasi menang-kalah apabila pihak yang kalah biasanya menjadi begitu kecewa dan bersikap bermusuhan.

2. Tolak Ansur

Melalui tolak ansur atau kompromi, orang yang berkonflik menyelesaikan konflik dengan mengorbankan sesetengah objektif mereka untuk mencapai

97

objektif-objektif yang lainnya. Keputusan-keputusan yang dicapai melalui kompromi tidak berkemungkinan menimbulkan rasa kecewa atau sikap bermusuhan dalam kalangan pihak yang berkonflik. Walau bagaimanapun, dari perspektif pandangan organisasi, kompromi adalah satu kaedah penyelesaian konflik yang lemah kerana ia tidak menghasilkan penyelesaian yang mampu membantu organisasi mencapai matlamatnya dengan efektif.

Sebaliknya, penyelesaian yang dicapai itu hanyalah penyelesaian yang diterima oleh kedua-dua pihak yang berkenaan. Bentuk-bentuk kompromi termasuklah pengasingan, pengimbangtaraan, penentuan melalui nasib, berpegang kepada peraturan dan rasuah.

3. Penyelesaian Masalah Bersepadu

Dengan kaedah ini, konflik antara kumpulan bertukar menjadi suatu situasi penyelesaian masalah secara bersama. Ia boleh diselesaikan melalui kaedah-kaedah yang tertentu. Pihak-pihak yang berkonflik bersama-sama berusaha dalam menyelesaikan masalah yang telah berbangkit. Terdapat tiga bentuk kaedah penyelesaian konflik bersepadu iaitu konsensus, konfrontasi dan penggunaan matlamat-matlamat utama seperti di bawah:

1. Konsensus – pihak-pihak yang berkonflik kesemuanya bersemuka bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik.

2. Konfrontasi – pihak-pihak yang berkonflik menyatakan pendirian masing-masing terhadap satu sama lain.

3. Penggunaan matlamat-matlamat utama – matlamat yang penting dipersetujui bersama merangkumi semua bentuk matlamat.

98

Menurut Yusof Ismail (1991), beliau meletakkan lima strategi untuk menghadapi konflik yang berlaku dalam organisasi khususnya kepada individu yang terlibat, iaitu:

1. Penaklukan (donimation) iaitu mengutamakan kepentingan diri dan mengenepikan hak-hak orang atau kumpulan lain.

2. Bekerjasama (collaboration) iaitu mencapai kepentingan diri dan kepentingan orang atau kumpulan lain secara penyelesaian bersama.

3. Penjauhan (avoidance) iaitu mengenepikan konflik.

4. Mengalah (accomodation) iaitu mengutamakan kepentingan orang lain.

5. Bertolak ansur (compromise) iaitu mencapai kepentingan diri dan kepentingan kumpulan secara sederhana.

Menurut Gordon (1993) dan Robbins (1998), mereka memperjelaskan seseorang individu mempunyai sekurang-kurangnya lima pilihan KPK iaitu sama ada mengelak (avoidance), menyesuaikan (accomodation), berkompromi (compromise), persaingan (forcing/competing) dan permuafakatan (collaborating). Bagi membolehkan pemilihan KPK yang paling sesuai dalam menghadapi konflik, perkara yang paling utama adalah kemampuan untuk mengetahui keperluan, potensi dan akibat yang mungkin berlaku (Folger, Poole & Stutman, 1993).

Dalam menjelaskan kaedah pengurusan konflik, Hocker dan Wilmot (1985) menulis mengenai konflik boleh berakhir dengan empat keadaan bergantung kepada pendekatan yang diambil oleh pihak yang terlibat seperti Rajah 2.2.

99

Rajah 2.2: Konflik Interpersonal Sumber: Hocker dan Wilmot (1985).

Rahim Organisational Conflict Inventory-II (ROCI-II) (Rahim, 1983), satu daripada yang banyak digunakan dalam mengukur kaedah pengurusan konflik antara interpersonal dengan inter-kebudayaan. Merujuk kepada Rahim (1985, 2002), kaedah interpersonal ke atas pengurusan konflik jatuh kepada lima kategori (pengelakan, penyesuaian, persaingan, kompromi dan permuafakatan) merujuk kepada darjah sama ada seseorang itu lebih cenderung kepada kepentingan diri sendiri ataupun kepentingan orang lain. Model yang dibangunkan oleh Rahim (1983), menjelaskan bagaimana seseorang itu boleh mengambil pendekatan dalam menyelesaikan atau berhadapan dengan situasi konflik. Model ini boleh dijelaskan seperti Rajah 2.3.

100

Rajah 2.3: Model Bagi Kaedah Mengawal Konflik Interpersonal Sumber: Rahim (2002)

Pengelakan merupakan satu cara atau lebih pihak yang terlibat dalam konflik akan mengelak konfrontasi daripada terus berlaku dengan tidak mengendahkan atau ambil peduli. Pengelakan merupakan satu konsep yang menafikan daripada konflik terus berlaku. Walaupun begitu ia akan membawa kesan yang bersifat negatif apabila pihak-pihak yang terlibat tidak boleh bekerjasama dalam melaksanakan tugas. Bagi teknik penyesuaian, pihak yang terlibat akan bekerjasama dengan mengorbankan kepentingan diri demi kepuasan pihak yang lain.

Para penulis melihat konsep persaingan melibatkan pihak yang terlibat lebih mementingkan diri sendiri dan mengetepikan kepentingan pihak lain yang terlibat.

Konsep ini merupakan strategi yang melibatkan menang-kalah. Hasilnya konsep ini memberikan dua keputusan sahaja, iaitu sama ada keputusan menang atau keputusan

101

kalah. Hal ini melibatkan hasilan yang mengawal atau mempengaruhi pihak yang bertentangan yang terlibat. Menurut Campbell, Corbally dan Nystrand (1983), perbezaan utama antara persaingan dengan kaedah konflik yang lain ialah persaingan telah ditetapkan dengan peraturan yang dipersetujui dan difahami oleh mereka yang terlibat.

Konsep yang melibatkan kompromi merupakan jalan tengah. Pihak yang terlibat masing-masing merasai menang dan kalah, atau dikatakan separa kepuasan kepentingan. Kategori yang terakhir ialah permuafakatan, iaitu teknik yang membolehkan semua pihak yang terlibat memenuhi kepentingan masing-masing tanpa mengorbankan kepentingan pihak yang lain. Pihak yang terlibat dalam konflik akan bekerjasama bagi memastikan alternatif yang terbaik diambil bagi memperoleh satu keputusan yang menguntungkan semua pihak.

Sebahagian penulis bersetuju antara kelima-lima cadangan pilihan yang disenaraikan, mereka meletakkan kaedah permuafakatan merupakan kaedah yang terbaik dan harus diperhalusi dalam menangani konflik. Kaedah permuafakatan atau kolaborasi juga disebut sebagai pendekatan menang-menang (win-win) iaitu tiada pihak yang akan kalah (Hocker dan Wilmot, 1985). Setiap kaedah sesuai digunakan, bergantung kepada situasi konflik yang timbul, dan dengan siapa seseorang itu berhadapan.

Permuafakatan merupakan yang terbaik jika semua pihak yang terlibat dalam konflik boleh menerima kaedah tersebut. Dalam pada itu, Rahim (1985) mencadangkan bahawa semua kaedah pengurusan konflik adalah sesuai digunakan, tetapi dalam situasi yang berbeza.

102 2.4.5 Konflik Dalam Konteks Islam

Bagi memudahkan perbincangan, bahagian ini dibahagikan kepada dua tumpuan.

Tumpuan pertama, konflik dari perspektif Islam. Tumpuan kedua pula ialah melihat peranan Rasulullah SAW dalam menghadapi konflik.

2.4.5(a) Konflik Dari Perspektif Islam

Karya yang dihasilkan oleh penulis mengenai konflik juga dilakukan dalam konteks Islam. Hal ini memandangkan dalam proses penyelesaian konflik tidak hanya boleh bersandarkan kepada penyelesaian secara lazim semata-mata. Hakikatnya dalam pengurusan konflik lazim yang dianjurkan oleh pemikir-pemikir Barat, banyak terdapat kekurangan dan kelemahannya yang tersendiri.

Perihal mengenai perspektif yang dilihat melalui kaca mata Islam perlulah selari dengan kehendak agama. Segala karya dan kajian hendaklah bermatlamatkan kepada Allah SWT. Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003), apabila seseorang itu mencapai keredaan Allah SWT, maka Dia akan kurniakan al-falah kepada mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Keredaan Allah SWT ini menunjukkan segala daya dan upaya yang dilakukan bermatlamat kepada Allah SWT semata-mata (Kasyful Mahalli, 2013).

Terjemahan kepada KPKPI perlu dilihat secara menyeluruh. Pengurusan konflik perlu diterjemahkan melalui perspektif Islam dan bukan hanya kepada perspektif lazim semata-mata. Apabila melihat kepada hal agama, ia tidak hanya menyentuh mengenai rukun iman yang terkandung mengenai solat, berzakat, mengerjakan haji,

103

berpuasa dan mengucap dua kalimah syahadah. Dalam Islam, konsepnya perlulah menyeluruh yang meliputi hal sosial, ekonomi, politik, pengurusan dan sebagainya.

Tumpuan ini dibincang dalam tiga kelompok. Kelompok pertama membincangkan tadbir urus dari perspektif Islam. Kelompok kedua membincangkan ilmu sosiologi dan hubungannya dengan pengurusan konflik Islam. Kelompok ketiga membincangkan kepimpinan dan konflik dari perspektif Islam.

Kelompok pertama membincangkan pengurusan konflik yang dilihat dari perspektif tadbir urus Islam. Pengkaji yang membincang kelompok ini ialah Imroatussholehah Mohammad Sholeh (2012), Sabitha Marican dan Mahmood Nazar (1995), Mashitah Sulaiman dan Marina Munira Abdul Mutalib (2011), Zeti Akhtar Aziz (2005), Md Hairi Md Hussain, Kamil Md. Idris dan Ram Al Jaffri Saad (2012) dan Rohana Mustaffa (2009). Menurut Imroatussholehah Mohammad Sholeh (2012), konsep tadbir urus Islam merujuk kepada siyasat syar‘iyyat yang datang daripada perkataan siyasat dalam bahasa Arab yang membawa maksud kepada menyusun, mengurus, memerintah dan politik. Beliau juga menyentuh mengenai kaedah siyasat syar‘iyyat yang memberi tujuan dalam membuat kebaikan serta menjaga tatasusila sebagai umat Islam.

Organisasi bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal konflik dalam kerja sebelum ia mengganggu ketenteraman dan produktivitinya (Sabitha Marican &

Mahmood Nazar (1995). Dalam hal ini, pelaksanaan dan kewujudan rangka kerja bagi tadbir urus yang baik dari perspektif Islam merupakan antara tanggungjawab yang perlu diberi perhatian oleh para pengurus. Menurut Mashitah Sulaiman dan

104

Marina Munira Abdul Mutalib (2011), sistem pentadbiran umat Islam melalui tadbir urus yang baik perlu berlandaskan kepada sifat amanah, rasa tanggungjawab dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Menurut Zeti Akhtar Aziz (2005), pengukuhan rangka kerja dan amalan tadbir urus korporat yang mantap menjadi semakin penting dalam persekitaran hari ini yang semakin tidak menentu, ditambah lagi dengan risiko yang sentiasa bertambah.

Menurut Md Hairi Md Hussain, Kamil Md. Idris dan Ram Al Jaffri Saad (2012), tadbir urus Islam merupakan satu konsep yang penting dalam organisasi. Menurut mereka lagi, elemen dalam tadbir urus diharapkan dapat membantu organisasi meningkatkan prestasi dan menangani masalah yang dihadapi.

Kepimpinan sewaktu zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin berjaya menghasilkan tadbir urus Islam yang baik. Dalam zaman Nabi Muhammad SAW yang turut mengambil orang bukan Islam berasaskan kecekapan mereka dalam urusan diplomatik Baginda (Rohana Mustaffa, 2009). Menurut Fathi Abdul Karim (1984), pendapat pemikir Islam seperti al-Ghazali, Ibn Ukhuwwah dan Ibn Taimiyah juga menekankan mengenai hal-hal berkaitan dengan pentadbiran serta perjalanan jentera kerajaan, termasuklah tingkah laku para pemimpin.

Mekanisma yang cekap adalah perlu bagi melaksanakan tadbir urus Islam yang cekap dan tersusun. Hal ini seterusnya menghasilkan sistem rangka kerja yang terurus. Nilai-nilai Islam perlu diterap dalam organisasi dan juga individu yang bekerja dalam organisasi tersebut bagi melengkapkan sistem tadbir urus yang lebih tersusun dan sempurna. Bagi memastikan satu keputusan yang terbaik untuk

105

organisasi, sistem tadbir urus Islam memerlukan mekanisma yang berhubung antara satu sama lain dalam sistem-sistem audit dalaman dan luaran, pengurusan risiko, perancangan, ketelusan melalui jawatankuasa atau syura, pengurusan dan unit-unit yang lain.

Antara elemen sistem tadbir urus Islam adalah terdiri daripada rasa tanggungjawab, telus, penyertaan semua pihak dan juga sedia menerima idea serta kritikan.

Seterusnya, elemen-elemen tersebut mampu dalam mengembangkan strategi amalan baik dalam tadbir urus korporat yang lebih berdaya saing. Hal ini memberi kelebihan kepada organisasi dalam menyokong operasi dan juga inovasi. Sistem tadbir urus Islam juga memerlukan agar kesepakatan perlu dibentuk antara unit dalam setiap sistem bagi menguruskan konflik dengan cara yang baik.

Kelompok kedua adalah ilmu sosiologi dan hubungannya dengan pengurusan konflik Islam. Penelitian mengenai kelompok ini dilakukan oleh Al-Allahmah Abdurrahman bin Muhammad (2011), Ahmad Syafii Maarif (1996), Fatimah Daud (1992), Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) dan Turin Ahmad (1995).

Teori-teori pengurusan konflik yang diperkenalkan oleh Barat tidak meletakkan elemen yang menyentuh keagamaan dalam menguruskan konflik. Hal ini berbeza dengan Islam yang meletakkan agama sebagai asas kepada penyelesaian konflik.

Islam juga menuntut umatnya supaya menjadikan al-Qur’an dan Hadith sebagai sumber rujukan sebagai penyelesaian secara menyeluruh.

106

Dalam ilmu sosiologi, penulisan yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun merupakan ilmu yang berkualiti dan tiada tolok bandingnya. Teori-teori sosiologi yang diperkenalkan oleh beliau menjadi rujukan oleh para pemikir dan juga para ilmuwan Islam dan Barat selepas zamannya. Menurut Al-Allahmah Abdurrahman bin Muhammad (2011), pemikiran Ibn Khaldun dipandang sebagai pencetus kepada dasar ilmu-ilmu sosial dan politik Islam. Penghasilan karya-karya dan teori yang ditulis oleh Ibn Khaldun banyak digunakan oleh sarjana barat seperti Spencer, Durkheim serta Auguste Comte. Menurut Ahmad Syafii Maarif (1996), Ibn Khaldun disebut sebagai perintis awal ilmuwan sosial moden, mendahului Niccolo Machiavelli dan juga Auguste Comte.

Namun begitu, para sarjana Barat enggan mengiktiraf Ibn Khaldun sebagai bapa kepada sosiologi moden. Hal ini disebabkan teori-teori Ibn Khaldun yang tidak memisahkan kehidupan sosial dengan elemen agama. Ibn Khaldun memasukkan elemen berteraskan agama dalam menyelesaikan konflik. Malahan, para penulis lazim telah menuduh beliau sebagai seorang yang bersifat pesimis dan juga merupakan seorang yang fanatik dalam menghasilkan ilmu-ilmu sosial moden (Ahmad Syafii Maarif, 1996). Namun yang demikian, menurut Ahmad Syafii Maarif (1996), sebahagian penulis yang lain berpendapat bahawa kesan pesimis tersebut hanyalah bersifat moral dan ia hendaklah dibaca dalam bingkai pandangan positif.

Menurut beliau lagi, ilmu-ilmu sosial yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun tidak diragukan lagi sebagai perintis ilmu-ilmu sosial.

Menurut Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985), mereka mencadangkan supaya bidang sosiologi Islam perlu terdiri daripada tiga perkara. Pertama, bidang sosiologi

107

hendaklah bersifat teoretikal, iaitu dengan menerokai prinsip-prinsip kehidupan sosial merujuk kepada al-Qur’an. Kedua, bidang sosiologi hendaklah bersifat kritikal, iaitu mengkaji masyarakat berdasarkan kaedah yang selari dengan idealisme Islam. Ketiga, bidang sosiologi hendaklah bersifat strategik, iaitu mempunyai rancangan dalam mengatasi permasalahan masyarakat berdasarkan keIslaman. Dalam hal ini, ilmu sosiologi penting dalam hal pengurusan konflik disebabkan ia melibatkan hubungan horizontal, iaitu hubungan antara manusia (habl min al-nas).

Islam meletakkan manusia yang dijadikan dari pelbagai suku dan bangsa. Dalam hal ini manusia perlu berinteraksi dan menyelesaikan konflik yang timbul antara mereka dengan cara mengenali antara satu sama lain. Seterusnya, manusia meletakkan agama melebihi dari segala-galanya. Golongan sosiologis Islam bersetuju dengan pandangan yang konflik sukar dielakkan. Dalam perhubungan sesama manusia, konflik tetap akan berlaku. Oleh hal demikian sosiologis Islam menyarankan perundingan dan persetujuan antara pihak yang terlibat dalam konflik berdasarkan prinsip-prinsip keadilan Islam.

Kesimpulannya, terdapat perbezaan pendapat antara teori yang diketengahkan oleh sosiologi Barat dan Islam yang diterajui oleh Ibn Khaldun. Perkara yang diketengahkan oleh Ibn Khaldun, kehidupan sosial manusia tidak boleh dipisahkan dengan agama. Pendapat Ibn Khaldun, agama merupakan elemen penting yang harus ditunjangkan dalam skop kehidupan manusia. Oleh itu segala konflik yang timbul perlu diuruskan dan diselesaikan dari perspektif Islam. Hal ini juga dipersetujui oleh para sosiologis Islam berdasarkan ilmu sosiologi. Konflik akan sentiasa timbul selagi mana manusia berhubungan dengan orang lain.

108

Kelompok yang ketiga ialah kepimpinan dan konflik dari perspektif Islam. Karya dalam kelompok ini dihasilkan oleh Wan Azmi Ramli (1994), Norliza Kushairi (1999) dan Muhammad Faizal A. Ghani et al. (2016). Menurut Wan Azmi Ramli (1994), beliau menyentuh pendapat pemikir Islam terulung, al-Mawardi yang berpendapat sebagai seseorang pegawai tinggi dalam pentadbiran awam, pada hakikatnya merupakan pemimpin masyarakat (selain daripada pemimpin organisasinya) perlu ada tujuh sifat dalam diri mereka. Pertama, amanah; kedua, cekal; ketiga, tidak bersikap tamak; keempat, cergas akal iaitu cekap memahami

Kelompok yang ketiga ialah kepimpinan dan konflik dari perspektif Islam. Karya dalam kelompok ini dihasilkan oleh Wan Azmi Ramli (1994), Norliza Kushairi (1999) dan Muhammad Faizal A. Ghani et al. (2016). Menurut Wan Azmi Ramli (1994), beliau menyentuh pendapat pemikir Islam terulung, al-Mawardi yang berpendapat sebagai seseorang pegawai tinggi dalam pentadbiran awam, pada hakikatnya merupakan pemimpin masyarakat (selain daripada pemimpin organisasinya) perlu ada tujuh sifat dalam diri mereka. Pertama, amanah; kedua, cekal; ketiga, tidak bersikap tamak; keempat, cergas akal iaitu cekap memahami