• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH PENYELIDIKAN

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

3.3.1 Kaedah Pengumpulan Data Primer

Data primer merupakan data yang diperoleh secara langsung oleh penyelidik dengan menggunakan kaedah temu bual (Schostak, 2006). Data primer merupakan data utama yang diperoleh secara terus oleh penyelidik daripada informan kajian yang terpilih. Dalam kajian ini, sumber data primer diperoleh melalui kaedah sesi temu bual mendalam dengan kumpulan sasaran. Kaedah temu bual dikendalikan untuk mengesahkan wujudnya konflik dalam MBSA sekali gus mencapai objektif kajian ini.

Data primer ini didapati melalui kajian lapangan menggunakan set soalan temu bual separa berstruktur yang diedarkan kepada informan. Maklumat daripada soalan temu bual yang dikutip akan menjawab persoalan kajian. Seterusnya, ia akan mencapai objektif umum kajian iaitu menganalisis kaedah pengurusan konflik berasaskan Islam di MBSA. Bagi menjelaskan lagi kaedah pengumpulan data primer dalam kajian lapangan tersebut, ia dibincangkan dalam tiga proses. Pertama, kaedah temu bual; kedua, pemilihan informan; dan ketiga, kajian rintis.

3.3.1(a) Kaedah Temu Bual

Terdapat beberapa kaedah temu bual yang boleh dikemukakan dalam mengumpulkan maklumat penyelidikan ini. Menurut Patton (1980), terdapat tiga jenis teknik temu

129

bual. Pertama, temu bual formal; kedua, temu bual tidak formal; dan ketiga, temu bual terbuka. Fontana dan Fey (1994) dan Meriam (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temu bual yang dibahagikan kepada temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur.

Bagi kajian ini yang bersifat kualitatif, kaedah temu bual yang sesuai digunakan ialah kaedah temu bual separa berstruktur. Kaedah temu bual ini lebih bersifat fleksibel.

Kaedah ini juga memberi peluang kepada informan memberi pendapat dan juga pandangan yang sesuai kepada penyelidik berdasarkan apa-apa yang ditanya. Hal ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang ingin diperoleh dan juga mendapatkan pandangan serta pengesahan berhubung kaedah pengurusan konflik dalam MBSA.

Penglibatan informan melalui kaedah temu bual penting bagi mendapatkan pengesahan mereka tentang ketepatan masalah pengurusan konflik dalam MBSA yang diketengahkan oleh penyelidik. Soalan temu bual separa berstruktur ini memberi lebih kebebasan kepada informan untuk memberikan maklumat-maklumat lain yang mungkin berguna untuk kajian ini. Hasilnya, ia bukan sahaja akan menyumbang lebih banyak maklumat, malahan memberikan nilai tambah serta meningkatkan mutu kajian ini. Di pihak penyelidik, kaedah soalan temu bual separa berstruktur memberikan kebebasan untuk menyelaras soalan apabila berhadapan dengan isu-isu yang tidak dijangka, tetapi masih berfokus kepada kajian semasa temu bual dijalankan (Klenke, 2008).

130

Kaedah temu bual separa struktur yang dijalankan dalam kajian ini menggunakan kaedah temu bual secara mendalam. Kaedah yang digunakan ini memerlukan penyelidik menggariskan kaedah yang diperlukan bagi memperoleh maklumat secara lebih terperinci. Dalam hal ini apa-apa yang disebutkan oleh informan merupakan data penting kajian (Kamarul Azmi Jasmi, 2012).

Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012) lagi, melalui kaedah ini, penyelidik boleh memperoleh kefahaman yang sempurna dan meluas dengan cara “mendalami” topik yang tertentu. Menurut Taylor dan Bogdan (1984), temu bual mendalam merupakan kaedah temu bual berulang antara pengkaji dengan subjek pengkajian, dalam rangka memahami pandangan subjek pengkajian sebagaimana diungkapkan dalam bahasanya sendiri.

Kaedah temu bual ini melalui tiga proses. Pertama, informan yang ingin ditemu bual akan diberikan dahulu soalan yang telah disediakan. Hal ini memberikan masa dan persediaan kepada informan bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Dengan maksud yang lain, ia berupaya mengatasi masalah pengumpulan data yang tidak memenuhi maksud kajian kerana segala pandangan informan tertumpu kepada tema yang telah dikenal pasti oleh penyelidik (Ahmad Azrin Adnan, 2010).

Kedua, masa dan tempat ditentukan oleh kedua-dua belah pihak, iaitu penyelidik dan juga informan. Penentuan seperti ini dipersetujui oleh Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2005) untuk menjalankan kajian yang sebenar. Hal ini penting bagi memberikan keselesaan persekitaran serta kemudahan bagi informan.

131

Ketiga, cara temu bual dijalankan. Caranya ialah temu bual diadakan secara bersemuka10. Pengendalian temu bual secara bersemuka mampu memberi penjelasan kepada sesuatu maksud yang kabur, ia sekali gus meningkatkan kerjasama antara penemubual dengan informan (Sekaran, 2003). Bagi mengelakkan sebarang kekaburan ke atas soalan dan memastikan tahap kefahaman yang mendalam terhadap soalan yang dikemukakan, temu bual secara bersemuka adalah bersesuaian untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat (Sabitha Marican, 2005). Dalam kaedah ini, soalan utama disediakan. Seterusnya, soalan susulan dikemukakan berdasarkan jawapan informan.

3.3.1(b) Pemilihan Informan

Pemilihan informan yang tepat membolehkan objektif temu bual tercapai. Menurut Ryan, Scapens dan Theobold (2002), proses pemilihan informan merupakan peringkat yang penting dalam kajian ini bagi memastikan maklumat yang mencukupi boleh diperoleh daripada sampel yang dipilih. Kaedah pemilihan informan bagi kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Kaedah ini digunakan bagi membolehkan pengkaji memilih sampel kajian yang mewakili populasi yang telah dikenal pasti mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menurut Suharsimi Arikunto (2006), kriteria-kriteria tersebut terdiri daripada tiga syarat. Pertama, pengambilan sampel perlulah berdasarkan ciri-ciri, sifat-sifat atau karakteristik tertentu, yang merupakan ciri-ciri populasi. Kedua, subjek yang diambil sebagai sampel merupakan subjek yang benar-benar menepati ciri-ciri yang terdapat pada populasi. Ketiga, penentuan karakteristik populasi perlu dilakukan dengan berhati-hati.

10 Sesi temu bual mengambil masa lebih kurang setengah jam. Bagi menentukan ketepatan, alat perakam suara digunakan bagi tujuan transkripsi.

132

Kumpulan sasaran yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah pertama, pengurusan MBSA; kedua, ahli politik; dan ketiga, kumpulan pakar agama dan akademik. Bagi kumpulan pertama iaitu pengurusan MBSA, ia terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu pegawai MBSA dan Ahli Majlis. Bagi kategori pegawai MBSA, informan yang terpilih terdiri daripada kumpulan pekerja dalam organisasi, iaitu kumpulan yang dilantik bagi menentukan hala tuju MBSA. Informan yang dipilih merupakan kumpulan yang terlibat secara langsung dalam isu yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Kumpulan tersebut juga bekerja dalam organisasi dan bekerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Kajian ini melibatkan informan yang telah dikenal pasti dalam MBSA.

Sementara itu, Ahli Majlis merupakan kumpulan yang dilantik mengikut penggal dan mereka bukannya kumpulan pekerja tetap dalam MBSA. Hal ini disebabkan Ahli Majlis merupakan kumpulan yang bekerja sendiri dan tidak berada di satu-satu tempat yang khusus. Ahli Majlis ini dipilih kerana mereka merupakan kumpulan yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hala tuju PBT di Shah Alam yang berkaitan dengan penggubalan dasar, undang-undang kecil dan membuat keputusan.

Ahli Majlis dipilih dalam kajian ini kerana fungsi kumpulan tersebut yang bertindak sebagai penasihat dan pemerhati bagi menjaga kepentingan PBT.

Bagi kumpulan yang kedua pula iaitu ahli politik. Informan dipilih daripada kumpulan utama parti politik dan terlibat secara langsung dengan tadbir urus parti masing-masing. Pemilihan ahli politik yang dipilih melibatkan daripada kedua-dua pihak iaitu pihak pemerintah dan pihak pembangkang. Hal ini penting supaya tidak berlaku bias dalam meneliti sesuatu isu.

133

Bagi kumpulan yang ketiga iaitu kumpulan pakar agama dan akademik. Mereka merupakan kumpulan yang dapat mengesahkan teori dan konsep yang hendak diketengahkan. Mereka dianggap boleh dan mampu memberikan pandangan serta penjelasan mengenai KPK organisasi dari perspektif Islam. Malah mereka juga mampu dalam menilai dan menjawab soalan berdasarkan ilmu, pengalaman serta kepakaran yang mereka ada.

Seterusnya, kesemua maklumat yang dikutip melalui kaedah soalan temu bual dikumpul dan dianalisis bagi memberi gambaran menyeluruh ke atas populasi yang dikaji. Dalam kajian ini, pengetahuan dan pengalaman kesemua para informan adalah penting dalam proses pengumpulan data berdasarkan ketepatan informan yang dipilih dan bagi memastikan maklumat yang dikumpul bukan merupakan maklumat yang tidak bernilai dan berdasarkan tekaan semata-mata. Para informan dianggap mempunyai pengetahuan yang mencukupi bagi menjawab soalan yang diberikan.

Maklumat informan adalah seperti Jadual 3.1, 3.2, 3.3 dan 3.4 berikut:

Jadual 3.1: Justifikasi Pemilihan Informan Kumpulan Pegawai MBSA Bil Nama Informan Jawatan Sekarang Justifikasi 1 En. Shahrin

134

Jadual 3.1 mempamerkan kategori informan yang diambil daripada kumpulan pegawai MBSA. Informan pertama ialah En. Shahrin Ahmad, yang merupakan antara orang penting dalam pengurusan MBSA dan Ketua Bahagian, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam. Beliau merupakan ketua yang mengendalikan hal ehwal korporat dan perhubungan awam MBSA. Informan kedua ialah En. Yusni Abdul Rahman. Jawatan terkini beliau ialah Penolong Pegawai, Bahagian Undang-Undang. Beliau berpengalaman selama 19 tahun dalam Unit Pendakwaan dan Tuntutan Sivil dalam organisasi MBSA. Beliau bertanggungjawab mengendalikan kes-kes perundangan yang melibatkan MBSA dan mempunyai banyak maklumat yang berguna yang boleh disumbangkan dalam kajian ini.

Jadual 3.2: Justifikasi Pemilihan Informan Kumpulan Ahli Majlis Bil Nama Informan Jawatan Sekarang Justifikasi 1 Haji Abdul Halim

Jadual 3.2 mempamerkan kategori informan yang diambil daripada kumpulan Ahli Majlis. Informan pertama ialah Haji Abdul Halim Omar. Beliau merupakan Ahli Majlis MBSA dan juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan

135

Penduduk (MPP) Zon 6. Pengetahuan beliau dalam isu-isu di MBSA amat berguna dalam kajian ini. Dalam pada itu, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Bahagian Shah Alam, selain memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung dalam Pertubuhan An-Ansar Global. Informan kedua ialah Hajah Noraini Hussin. Jawatan yang dipegang oleh beliau sekarang ialah sebagai Ahli Majlis dan juga Pengerusi MPP Zon 5. Beliau merupakan bekas guru besar di Sekolah Islam Al-Farabi, Meru (sekarang dikenali sebaga Sekolah Islam Ar-Razi) dan Timbalan Dewan Muslimah PAS Negeri Selangor. Selain itu, beliau juga merupakan Pengarah Kumpulan Pergerakan Muslimah Selangor.

Jadual 3.3: Justifikasi Pemilihan Informan Kumpulan Ahli Politik Bil Nama Informan Jawatan Sekarang Justifikasi 1 Datuk Azhari

Jadual 3.3 mempamerkan kategori informan yang diambil daripada kumpulan ahli politik. Informan pertama ialah Datuk Azhari Dato’ Shaari. Beliau merupakan Ketua

136

UMNO Bahagian Shah Alam. Beliau berpengalaman dalam bidang politik memandangkan sebelum ini beliau merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Sosial daripada Multimedia & Science University, dan sekarang sedang melanjutkan pengajian Kedoktoran dalam bidang sains sosial.

Informan kedua ialah Yang Berhormat (YB) Khalid Abdul Samad. Beliau merupakan Ahli Parlimen Shah Alam dan memegang jawatan tersebut sejak tahun 2008. Dalam bidang politik, beliau juga merupakan Pengarah Komunikasi bagi parti yang baharu dibentuk, iaitu Parti Amanah Negara. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fuel and Energy Engineering daripada Leeds University.

Informan ketiga ialah YB Dr. Haji Yaakob Sapari. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Shah Alam sejak tahun 2008. Dalam Kerajaan Negeri Selangor, beliau juga merupakan Exco Kerajaan Negeri. Dalam bidang politik, beliau adalah Pengerusi PKR Shah Alam dan juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perniagaan Tani dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Diploma Pengajian Islam dan Siswazah Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

137

Jadual 3.4: Justifikasi Pemilihan Informan Kumpulan Pakar Agama dan Akademik Bil Nama Informan Jawatan Sekarang Justifikasi

1 Ustaz Khairiamri

Jadual 3.4 mempamerkan kategori informan yang diambil daripada Kumpulan Pakar Agama dan Akademik. Informan pertama ialah Ustaz Khairiamri Ahmad, Penolong Mufti (Buhuth). Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengkaji, menasihat, menulis dan menyimpan fatwa. Beliau juga bertanggungjawab sepenuhnya mengetuai Unit Kajian bagi mengkaji perkara-perkara yang berkaitan sebelum cadangan kepada Mufti dilakukan. Informan kedua ialah Prof. Madya Dr.

Ezani Yaakub. Beliau merupakan Timbalan Dekan daripada Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam serta muamalat.

3.3.1(c) Kajian Rintis

Soalan kaji selidik bagi tujuan percubaan dinamakan sebagai kajian rintis. Pada tahap ini, informan boleh memberikan idea dan juga makluman dalam bentuk bahasa, tatabahasa yang digunakan, masa yang diperlukan, kejelasan ke atas arahan yang diberikan dan juga penyesuaian ke atas bahasa-kebudayaan (Mohammad Ayub

138

Khan, 2005). Kajian rintis ini berlaku sebelum kajian sebenar dijalankan ke atas informan terpilih. Menurut Sabitha Marican (2005: 105) dan Sekaran (2005), kaedah pemilihan informan kajian rintis adalah menggunakan pensampelan bertujuan iaitu informan dipilih mengikut kriteria-kriteria tertentu selaras dengan tujuan kajian yang dijalankan.

Tujuan diadakan soalan kajian rintis adalah untuk mengenal pasti beberapa perkara.

Pertama, arahan yang dibangunkan untuk menjawab soalan kajian merupakan bentuk yang terdiri daripada soalan kajian yang senang untuk difahami dan sesuai dengan keadaan informan; kedua, soalan kajian yang dikemukakan adalah lengkap, betul dan berpadanan; ketiga, kandungan soalan kajian adalah berkaitan dengan apa-apa yang dikaji; dan keempat, tempoh masa yang diberi kepada para informan untuk menjawab soalan yang diberikan mencukupi, tidak terlalu panjang dan juga tidak terlalu pendek.

Kajian rintis yang dijalankan ini penting kerana ia menentukan kebolehpercayaan instrumen yang dikaji. Selain itu kajian rintis dilakukan agar dapat mengenal pasti masalah-masalah yang akan dihadapi sewaktu menjalankan kajian yang sebenarnya (Sabitha Marican, 2005). Hasil daripada jawapan soalan rintis akan dianalisis dan diperbaiki dari segi mutu instrumennya dan reka bentuk kajian diolah semula bagi mempertingkatkan lagi mutu soalan yang bakal dikemukakan. Kriteria pemilihan informan untuk kajian rintis ini adalah seperti Jadual 3.5.

139

Jadual 3.5: Pemilihan Informan Untuk Kajian Rintis Bil Nama Informan Jawatan Sekarang Justifikasi 1 En. Shahrul

Berdasarkan Jadual 3.5 menunjukkan bahawa pemilihan En. Shahrul Nizam Salim adalah atas pengalaman beliau yang bekerja dalam MBSA. Beliau merupakan pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ehwal komunikasi MBSA dan menguruskan segala hal-hal yang berkaitan Ahli Majlis MBSA. Pemilihan En.

Fakhrul Azman Khalidin sebagai informan dalam kajian rintis ini kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu beliau merupakan Pengerusi MPP Zon 16 dalam pengurusan kawasan MBSA. Pengalaman beliau yang luas dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran MBSA banyak membantu sebagai informan untuk kajian rintis.

Selepas kajian rintis dilaksanakan, semakan ke atas soalan kajian dilakukan.

Semakan ini penting bagi memperbaiki mutu dan ketepatan soalan yang bakal dikemukakan dalam soalan kaji selidik yang sebenarnya. Hal ini menunjukkan kemampuan sesuatu instrumen dalam mengukur ketepatan sesuatu pemboleh ubah yang ingin dikaji.

140

Kajian rintis dilakukan bagi membantu penyelidik memperbetulkan proses pengumpulan data yang diperlukan. Dalam hal ini, soal selidik yang ingin dikemukakan perlulah dipastikan sama ada ia benar-benar mengukur apa-apa yang sepatutnya diukur. Oleh yang demikian, kedua-dua informan awal yang dipilih untuk menjawab soalan kajian diminta untuk memberi ulasan, komen serta cadangan bagi tujuan penambahbaikan.

Hasil daripada kajian rintis yang dilakukan, informan berpuas hati dengan cadangan soalan yang dikemukakan. Cadangan-cadangan soalan rintis yang dikemukakan dan disusun, telah jelas dapat difahami oleh kedua-dua informan tersebut.