• Tidak ada hasil yang ditemukan

KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN ABAD KE-21 GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH DI DAERAH BELURAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN ABAD KE-21 GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH DI DAERAH BELURAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 | Vol. 5 No. 1 [March 2023]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN DAN

PEMUDAHCARAAN ABAD KE-21 GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH DI DAERAH BELURAN

Nor Aida Mamat1* dan Khadijah Abdul Razak2

1 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: P111830@siswa.ukm.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 21 January 2023 Revised date : 21 February 2023 Accepted date : 26 February 2023 Published date : 6 March 2023 To cite this document:

Mamat, N. A., & Abdul Razak, K.

(2023). KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN DAN

PEMUDAHCARAAN ABAD KE-21 GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH DI DAERAH BELURAN.

International Journal of Education and Pedagogy, 5(1), 87-94.

Abstrak: Kreativiti dalam pengajaran pada abad ke-21 ini amat signifikan untuk dilaksanakan bagi membantu meningkatkan profesionalisme guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Namun demikian, dalam senario pendidikan pada masa kini yang penuh dengan pelbagai cabaran menyebabkan pelbagai masalah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan berlaku terutamanya bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini kreativiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan pada abad ke-21 sangat penting.

Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan 80 orang guru Pendidikan Islam sebagai responden kajian. Lokasi dan populasi kajian dilakukan terhadap guru-guru Pendidikan Islam di Daerah Beluran Sabah.

Analisis kajian dilakukan dengan menunjukkan tahap min pembolehubah kreativiti dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu pengetahuan teknologi dapat ditafsirkan bernilai tinggi iaitu bernilai min 4. Seterusnya, terdapat pelbagai konsep pembelajaran dan pemudahcaraan berasaskan kreativiti guru yang diterapkan dalam mendepani dan menyahut cabaran pendidikan abad ke- 21. Dalam pada itu, guru juga berjaya membentuk konsep pembelajaran dan pemudahcaraan yang dapat meningkatkan kualiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bukan sahaja dalam aspek pengurusan kurikulum tetapi juga dapat meningkatkan kemajuan serta pencapaian pelajar dan bidang akademik.

Implikasi kajian ini bukan sahaja boleh dijadikan panduan kepada pengkaji akan datang. Namun ilmu pengetahuan dalam kajian ini boleh diterapkan kepada guru Pendidikan Islam di sekolah pedalaman mahupun di sekolah kawasan bandar.

(2)

1. Pengenalan

Pada era pendidikan moden yang serba mencabar ini, memerlukan kreativti guru yang tinggi untuk mendepani dan sekali gus menyelesaikan masalah pendidikan yang berlaku Maziahtusima et al. (2017). Sudah tentunya perkara ini perlu dititik beratkan oleh guru Pendidikan Islam agar mereka mampu menjadi role model kepada pelajar dan juga masyarakat di luar sana. Namun demikian, ia merupakan suatu cabaran yang berlaku pada masa kini memerlukan usaha yang padu untuk menghasilkan idea-idea kreatif dan lebih berwawasan untuk memastikan matlamat dalam pembelajaran dan pemudahcaraan dapat dicapai Mazarul Hasan et al. (2020). Terdapat pelbagai isu yang berlaku berkenaan dengan sistem pembelajaran dan pemudahcaraan pada abad ke-21 yang menjadi kekangan kepada para guru untuk Kata kunci: Kreativiti, Guru Pendidikan Islam, Pembelajaran dan pemudahcaraan, Abad ke-21.

Abstract: Creativity in teaching in the 21st century is very significant to be implemented to help improve the professionalism of teachers in learning and facilitation.

However, in today's education scenario which is full of various challenges, various problems in learning and facilitation occur especially for teachers who serve in rural areas. Accordingly, in this study creativity in learning and facilitation in the 21st century is very important. This study is quantitative in nature by using 80 Islamic Education teachers as study respondents. The location and population of the study was conducted on Islamic Education teachers in the Beluran District of Sabah. The analysis of the study was done by showing the mean level of creativity variables in 21st century learning, which is technological knowledge can be interpreted as high value, which is a mean value of 4.

Next, there are various concepts of learning and facilitation based on teacher creativity that are applied in facing and responding to the educational challenges of the 21st century. In the meantime, teachers also successfully form a learning and facilitation concept that can improve the quality of learning and facilitation not only in the aspect of curriculum management but can also improve the progress and achievement of students and academic fields. The implications of this study can not only be used as a guide for future researchers.

However, the knowledge in this study can be applied to Islamic Education teachers in rural schools as well as in schools in urban areas.

Keywords: Creativity, Islamic Education Teacher, Learning and facilitation, 21st Century.

(3)

melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan sepertimana yang terdapat dalam kajian. Kajian Mohd Isa Hamzah et al (2018) menjelaskan dalam kajiannya dalam pelaksanaan sistem pembelajaran dan pemudahcaraan guru di sekolah terdapat pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para guru untuk meneruskan proses pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah. Antara cabaran tersebut kekurangan pengetahuan guru berkenaan konsep pembelajaran dan pemudahcaraan kreatif, kekangan masa, kurangnya kesediaan guru untuk menghadapi cabaran pendidikan pada masa kini dan pelbagai masalah lainnya. kenyataan ini disokong dalam kajian Reynolds (2016) kesan kurangnya kreativiti guru menyebabkan pelbagai masalah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan berlaku serta menyebabkan guru menghadapi kekangan idea, masa dan menyebabkan perjalanan menjalankan tanggungjawab sebagai guru menjadi agak sedikit kelam kabut dan kurang profesional. Kesannya guru hanya memikirkan cara untuk menghabiskan silibus pengajaran dan peperiksaan secara langsung dan kurang memikirkan tentang perkembangan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah.

2. Ulasan Kajian Lepas

Kajian-kajian yang membincangkan cabaran pendidikan abad ke-21 dengan tema cabaran pendidikan abad ke-21 telah dikaji dalam kajian Suhaimi & Muhammad Suhaimi (2020) dapatan kajian menyatakan faktor dalaman dan luaran menyebabkan berlakunya pelbagai kekangan dalam pengajaran guru dalam bilik darjah. Antara cabaran tersebut adalah seperti tingkah laku pelajar yang pasif tentang pembelajaran iaitu sukar menerima dan memahami pengajaran yang diberikan oleh guru. Selain itu, kekangan guru dalam menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah pengajaran seperti kekangan masa, idea menyebabkan guru tidak dapat memberikan sepenuh perhatian dalam aspek pembelajaran dan pemudahcaraan. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Nursafra (2017) yang mendapati kesan kurangnya kreativiti guru menyebabkan guru menghadapi masalah kesediaan dan kemahiran berfikir secara menyeluruh terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan menyebabkan mereka hanya sekadar memenuhi keperluan untuk melengkapkan tugasan yang diberikan kepada mereka seperti melaksanakan tugasan hakiki pengajaran, tugas-tugas pengurusan dan lain-lain. keadaan ini memberikan bebanan kepada guru Pendidikan Islam untuk memastikan pembelajaran dan pemudahcaraan dapat dilaksanakan secara holistik.

Terdapat juga kajian yang mengetengahkan kreativiti dalam penggunaan ICT untuk tujuan pembelajaran dan pemudahcaraan sebagaimana yang terdapat dalam kajian Ahmad Zainuri (2019), Siti Fatihah, et al. (2020) dalam kajian mereka mendapati guru harus mempunyai kreativiti dalam penggunaan ICT ia dilakukan bagi memudahkan tugasan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah. Kepentingan pemikiran berkonsepkan kreativiti ini akan memastikan guru dapat menyelesaikan masalah pembelajaran secara cerdas, memberikan waktu lapang kepada guru pendidikian Islam setelah berjaya menyelesaikan tugasan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah. kenyataan ini di sokong dalam kajian Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Nursafra Mohd Zhaffar dan Ab. Halim Tamuri (2020) Dalam kajian mereka mendapati penerapan penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pemudahcaraan dalam kalangan guru Pendidikan Islam dapat membantu mereka dalam melaksanakan tugasan pengajaran secara cekap dan bijaksana. Hal ini kerana mereka bukan sahaja mampu memberikan input pengajaran kepada pelajar tetapi juga dapat memberikan output pengajaran yang mana segala idea dan konsep pengajaran memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan pengajaran pelajar.

(4)

Muhammad Fauzan & Hafizhah (2020) dalam kajiannya mendapati kreativiti dalam pengajaran menggunakan pendekatan kaedah Sokratik dalam PdPc dapat membantu meningkatkan perkembangan sistem pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah. Hal ini kerana ia akan menggalakkan secara aktif interaksi pembelajaran dua hala berlaku sama ada antara guru dan pelajar. Dapatan kajian ini diperkukuhkan dalam kajian Barno (2021) Menerusi penggunaan kreativiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bukan hanya menjimatkan masa pengajaran malah dapat memastikan matlamat pengajaran secara holistik dapat dicapai dengan jayanya. Ini kerana ia bukan sahaja menggalakkan guru berfikir secara kreatif, tetapi juga menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif. Dapatan kajian ini disokong dalam kajian Ibrahim misnan (2017), Shamsina & Akhiar (2015). Ini kerana kesan kekurangan kreativiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan menyebabkan guru hanya berpusatkan kepada pembelajaran secara inkuiri yang lebih berkonsepkan pembelajaran bersifat tradisional. Kesan daripada perkara ini menyebabkan ilmu pengetahuan guru tidak berkembang untuk menerangkan topik dalam teks secara mendalam. Implikasi masalah ini kepada pelajar menyebabkan para pelajar bersifat pasif dan kurang berminat untuk berfikir apatah ingin bertanyakan soalan kepada guru.

Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk menjawab objektif kajian di bawah ini:

1. Mengkaji tahap pengetahuan teknologi guru Pendidikan Islam di daerah Beluran.

2. Bagi memandu pelaksanaan kajian secara sistematik dan konsisten maka penyelidik telah membentuk persoalan kajian seperti di bawah ini.

3. Apakah tahap pengetahuan teknologi guru Pendidikan Islam di daerah Beluran.

Hipotesis

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan teknologi guru Pendidikan Islam di daerah Beluran.

Penyata Masalah

Kajian oleh Bernard Tahim Bael et al. (2021) menunjukkan guru masih kurang kreativiti dan pemahaman penuh untuk melaksanakan KBAT dan pendidikan berpusatkan pelajar pada abad ke-21. Oleh itu, kreativiti guru untuk merancang dan melaksanakan proses PdPc abad ke-21 di dalam bilik darjah perlu dititikberatkan. Mengikut keputusan Laporan Tahunan PPPM 2019, hanya 59.68% guru berada pada tahap cemerlang dalam melaksanakan KBAT dalam PAK21, selebihnya lemah, sederhana dan baik. Oleh itu, faktor kesediaan guru untuk mengubah adalah penting untuk menguasai dan melaksanakan PdPc yang lebih kreatif. Elemen kreatif menjadikan proses PdPc lebih bermakna dan menarik.

Kreativiti merupakan antara elemen yang penting perlu dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke-21. Dalam hal ini, guru Pendidikan Islam perlu memastikan tahap pengetahuan teknologi, tahap pengetahuan pedagogi dan tahap kandungan kurikulum kurikulum dapat dilaksanakan dengan baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Kajian Salehudin Sabar &

Mohd Ismail Mustari (2012) iaitu berkaitan amalan pedagogi abad ke-21 terutamanya dalam bidang Pendidikan Islam amat kurang. Penyataan tersebut menunjukkan guru Pendidikan Islam kurang menggunakan kreativiti semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah.

(5)

3. Metodologi

Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif iaitu menerusi penggunaan instrumen soal selidik.

Instrumen kajian diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Mohammad Rusdi Bin Ab Majid (2017) Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan kurikulum dan Kreativiti Pengajaran Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab di Malaysia. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur. Populasi kajian adalah dalam kalangan guru Pendidikan Islam di daerah Beluran dan hanya menggunakan 80 orang guru Pendidikan Islam sebagai sampel kajian. Lokasi dan populasi kajian adalah di daerah Beluran, Sabah. Data kajian dikumpul menggunakan perisian SPSS versi 25.

4. Dapatan Kajian

Jadual 1.1: Nilai Kebolehpercayaan Setiap Konstruk

Pemboleh Ubah Alpha Cronbach (α)

Pengetahuan teknologi .725

Berdasarkan kepada jadual 1.1 menunjukkan nilai kebolehpercayaan adalah tinggi bagi kesemua konstruk kajian iaitu bagi pengetahuan teknologi guru Pendidikan Islam 725.

konstruk kajian telah berjaya melepasi tahap ketekalan data kajian iaitu mencapai tahap standard ketekalan iaitu nilai 6. Oleh yang demikian, menerusi nilai kebolehpercayaan ini, maka kajian ini layak digunakan untuk tujuan kajian sebenar.

Hipotesis Kajian

Jadual 1: Pengetahuan Teknologi Guru Pendidikan Islam

N Minimum Maximum Mean Std. Deviation B1

Saya “tahu cara menyelesaikan masalah teknikal berkaitan teknologi pendidikan yang dihadapi.

80 1.00 5.00 4.1750 .91090

B2

Saya boleh belajar dengan mudah perkara yang berkaitan dengan teknologi pendidikan

80 3.00 5.00 4.2625 .72468

B3

Saya sentiasa mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terkini.

80 1.00 5.00 4.3375 .82591

B4

Saya kerap mencuba-cuba teknologi pendidikan untuk tujuan pembelajaran.

80 1.00 5.00 4.0750 1.01601

B5

Saya tahu pelbagai jenis teknologi pendidikan.

80 1.00 5.00 4.1500 1.03239

B6

Saya mempunyai kemahiran teknikal yang diperlukan untuk mengguna teknologi pendidikan.

80 1.00 5.00 4.1875 1.05655

(6)

B7

Saya mempunyai peluang yang mencukupi untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis teknologi pendidikan.

80 1.00 5.00 3.9250 .80779

B8

Saya boleh menggunakan perkakasan teknologi pendidikan untuk memproses data.

B9

80 1.00 5.00 3.7500 .98726

Saya boleh menggunakan perkakasan teknologi pendidikan untuk membuat laporan dapatan.

80 2.00 5.00 4.2250 .77908

B10

Saya boleh menggunakan teknologi untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

80 1.00 5.00 3.8000 1.06021

B11

Saya mempunyai keupayaan untuk membina koswer multimedia.

B12

80 2.00 5.00 4.1875 .78100

Saya boleh menggunakan

internet dengan baik. 80 1.00 5.00 4.2000 .94668

B13

Saya memahami isu-isu melibatkan undang-undang tentang teknologi.

80 2.00 5.00 4.4125 .79067

Valid N (listwise)”” 80

Berdasarkan jadual 1 menunjukkan nilai min secara purata min bagi pengetahuan teknologi adalah secara keseluruhan bernilai 4 dan dapat diinterpretasikan bernilai tinggi maka dengan itu, hipotesis nol Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan teknologi guru Pendidikan Islam di daerah Beluran adalah ditolak. Maka dengan itu, data dapat diinterpretasikan bahawa guru Pendidikan Islam di daerah Beluran mempunyai tahap pengetahuan teknologi adalah tinggi. Namun begitu, guru Pendidikan Islam memahami isu-isu melibatkan undang-undang tentang teknologi apabila nilai min tertinggi dicatatkan iaitu 4.41 sisihan piawaian = .790. Selain itu, guru Pendidikan Islam sentiasa mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terkini setelah nilai min mencatatkan nilai min 4.33 sisihan piawaian = .825.

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan teknologi guru Pendidikan Islam secara keseluruhan adalah tinggi. Nilai bagi item saya sentiasa mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terkini iaitu nilai min 4.33 menunjukkan nilai yang paling tinggi. Hal ini menunjukkan guru Pendidikan Islam mementingkan ilmu ICT dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah. Menurut kajian Nur Adibah Liyana Awi (2021) menyatakan pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke-21 kini tumbuh secara pesat dan sengit dalam penggunaan teknologi. Maka dalam kemajuan arus pendidikan kini yang berteraskan pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke-21, guru Pendidikan Islam perlu

(7)

mewujudkan unsur kreativiti menggunakan kemudahan TMK. Hal ini merupakan tanggungjawab guru untuk menggunakan kemudahan teknologi dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara. Kajian tersebut juga berpendapat cara penyampaian haruslah berbentuk menarik, menghiburkan dan mesra untuk menarik minat murid-murid. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dalam kajian Nuril Ham Al Hafizah Zahari et al. (2021) tentang penerimaan guru terhadap penggunaan TMK. Oleh itu, jelas sekali menunjukkan kemahiran TMK perlu dikuasai oleh guru Pendidikan Islam agar pembelajaran dan pemudahcaraan kreatif dapat diwujudkan dengan berkesan.

6. Implikasi Kajian

Kajian ini diharap dapat memberikan implikasi yang positif dan memberi manfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua, guru dan sekolah. Gabungan aspek kreativiti dalam pengajaran dan pemudahcaraan abad ke-21 guru Pendidikan Islam adalah penting dalam mewujudkan PdPc yang lebih relevan pada abad ke-21 ini. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan untuk menambah baik sistem persekolahan semasa.

Pentadbir sekolah dan guru perlu bekerjasama untuk melaksanakan amalan kreativiti di sekolah, termasuk memberikan sokongan dan galakan, berkongsi idea, dan membincangkan hasil dan ilmu pengetahuan teknologi dengan guru.

7. Penutup

Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada maklumat yang telah dibincangkan di atas menunjukkan kreativiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke-21 guru sekolah di daerah Beluran, Sabah yang dilakukan dengan menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif.

Analisis kajian telah berjaya menjawab hipotesis berkenaan kreativiti dalam pengajaran iaitu menerusi pembolehubah pengetahuan teknologi. Sehubungan dengan itu, dapatlah diinterpretasikan dan dirumuskan bahawa kepentingan kreativiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke-21 adalah begitu signifikan. Kreativiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke-21 guru pendidikan Islam memerlukan guru yang mempunyai tahap pengetahuan teknologi yang tinggi. Tanpa pengetahuan teknologi yang tinggi guru tidak mungkin akan menghasilkan kreativiti dalam pembelajaran dan pemudahcaraan.

Rujukan

Ahmad Zainuri. 2019. Perubahan Paradigma Pendidikan Islam: Aplikasi ICT Dalam Proses Pembelajaran PAI Di Sekolah, CONCIENCIA: Jurnal Pendidikan Islam, 17(1), 1-10. doi:

10.19109/conciencia. v17i1.3429

Barno, D. 2021. Enhancing Critical Thinking Of Students In Curriculum. Academic Research In Educational Sciences, Scientific Journal Impact Factor (SJIF), 2(2), 1007–1011.

Chuah Siew Mei et al. 2022. Pengaruh Amalan Penyeliaan Terhadap Pengajaran Kreatif Guru.

Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil. 9, Isu 2. E-ISSN: 2289-9669.

Faridah Anum Abdul Wahid et al.2021. Elemen Kreativiti Dalam Pak-21: Teori Dan Faktor Mempengaruhinya. International Journal Of Creative Industries (IJCREI). Volume 3 Issue 8. PP. 13-36 DOI: 10.35631/IJCREI.38002.

Ibrahim Hashim, Misnan Jemali. 2017. Key Aspects of Current Educational Reforms in Islamic Educational Schools, Global Journal Al Thaqafah, 7(1): 49–57. doi:

10.7187/GJAT12620170701

(8)

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Maizura Komari & Norazimah Zakaria. 2020. Kesediaan Guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21, International Journal of Education and Pedagogy, 2(2), 9–17.

Maziahtusima Ishak, Norhasni Zainal Abiddin & Fathiyah Mohd Fakhrudin. 2017. Eksplorasi Peranan Guru Pendidikan Islam. Exploring the Role of Islamic Education Teacher As a Change Agent, International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(6), 214–230.

Mohd Isa Hamzah, Nursafra Mohd Zhaffar & Khadijah Abdul Razak. 2018. Barriers In Teaching Critical Thinking In Islamic Education, Creative Education, 9, 2350-2356 Muhammad Fauzan Mohd Dahlan & Hafizhah Zulkifli. 2020. Kefahaman Dan Kemahiran

Guru Pendidikan Islam Terhadap Kaedah Sokratik, Journal of Quran Sunnah Education

& Special Needs, 1(1), 42–55.

Nur Adibah Liyana Awi & Hafizhah Zulkifli.2021. Amalan Kreativiti Guru Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran Abad Ke-21. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 4 (1) January 2021, 40- 54. eISSN: 2600-769X Nursafra Mohd Zhaffar. 2017. Kefahaman dan Amalan Penerapan Pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam sekolah menengah. Thesis Dr Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nuril Ham Al Hafizah Zahari et al. 2021. Kepentingan Pengajaran dan Pemudahcaraan Berbantukan Permainan Digital bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

Vol. 2, No.2.e-ISSN: 2756-7893/ISSN: 2773-5583.

Nurul Nadirah Binti Ramli & Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor. 2018. Pembelajaran Abad Ke- 21. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Syahirah Jarawi1& Hafizhah Zulkifli.2020. Pedagogi hikmah Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam Pendidikan Islam. Malaysian Online Journal of Education. No.

2, 90-102.

Reynolds. S. W. 2016. Determining and Exploring Teachers’ Perceptions on the Barriers to Teaching Critical Thinking in the Classroom: A Survey Study. PhD Thesis. Texas Tech University.

Shamsina Shamsuddin, Akhiar Pardi. 2015. Pedagogi Pendidikan Islam. Selangor: Pelangi Professional Sdn. Bhd.

Siti Fatihah Osman, Wan Hassan Wan Embong & Muhammad Talhah Ajmain. 2020. Islamic Education Teacher's Critical Thinking Practice and Its Challenges in Enhancing 21st Century Learning Skills, International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24 (5).

973-980.

Suhaimi Kamarudin, Muhammad Suhaimi Taat (2020) Faktor Tingkah Laku Pelajar, Kekangan Masa, Beban Tugas dan Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(9), 114–124.

Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Nursafra Mohd Zhaffar & Ab. Halim Tamuri. 2020. Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Islam Mengikut Bidang, Sains Insani 2020, 5(1), 14-21.

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan kemahiran abad

Kajian ini juga mendapati bahawa persepsi guru-guru berdasarkan bidang kemahiran antara guru vokasional dengan guru bukan vokasional tentang kesediaan pelajar

Kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian dan analisis dokumen telah dijalankan untuk mengetahui tahap kesediaan guru pendidikan Islam

Dapatan kajian mendapati nilai korelasi r, bagi faktor kemahiran membimbing, melaksana dan membuat penilaian dengan komitmen guru adalah 0.269* untuk membimbing, diikuti 0.367*

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian, iaitu tahap penguasaan sikap kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan dan keperluan guru di dalam pengajaran kemahiran berfikir aras tiggi di dalam mata pelajaran sains sekolah rendah dan

Dapatan analisis kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran abad ke-21 murid sekolah menengah yang mengambil subjek perniagaan berada pada tahap sederhana tinggi.. Ini bermakna

Untuk dapatan B3 yang mendapat peratusan yang rendah,dapatan ini disokong kajian yang dilakukan oleh Abdullah 2016 masalah guru yang kurang kompeten dalam proses pengajaran dan