Headline KSM, MEDAC meterai 3 MoU bantu usahawan
mikro, informal Language Malay
Media Title Berita Harian Section/Page No Nasional
Date 10 Mac 2021 Journalist Ilah Hafiz Aziz
Source https://www.bharian.com.my/berita/nasional/202 1/03/794764/ksm-medac-meterai-3-mou-bantu- usahawan-mikro-informal
Remarks Keusahawanan
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohamed Azman Datuk Aziz Mohammed (kiri) bersama Timbalan Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Zamri Salleh (kanan) selepas menandatangani memorandum persefahaman sambil disaksikan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Majlis Menandatangani Mou antara Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO dan MEDAC di Kuala
Lumpur. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) hari ini memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan usahawan mikro dan informal, susulan penularan pandemik COVID-19.
Dua MoU itu adalah kolaborasi antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama program keusahawanan PROTEGE, serta PERKESO bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN Nasional) bagi Pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Headline KSM, MEDAC meterai 3 MoU bantu usahawan
mikro, informal Language Malay
Media Title Berita Harian Section/Page No Nasional
Date 10 Mac 2021 Journalist Ilah Hafiz Aziz
Source https://www.bharian.com.my/berita/nasional/202 1/03/794764/ksm-medac-meterai-3-mou-bantu- usahawan-mikro-informal
Remarks Keusahawanan
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Kolaborasi stategik itu juga membabitkan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bersama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dalam memperkukuh dan meningkatkan kapasiti dan kemahiran usahawan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar, berkata kebanyakan usahawan mikro serta informal yang bekerja sendiri dilihat tidak mempunyai sebarang skim perlindungan.
"Lebih membimbangkan, sebahagian mereka menjalankan pekerjaan yang sering terdedah kepada risiko kemalangan atau bencana, contohnya pemandu teksi dan nelayan.
"Antara sebab utama adalah faktor kekangan kewangan, kurangnya kesedaran berhubung kepentingan mencarum. Melalui kerjasama ini, ia diharap dapat membantu meringankan beban serta meningkatkan kesedaran untuk usahawan mendapatkan skim perlindungan yang sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pula berkata, usahawan tempatan terutama mikro dan informal adalah yang paling terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
"Pembukaan semula sektor ekonomi dengan pematuhan kepada norma baharu memerlukan golongan ini meningkatkan keupayaan dan mengadaptasi penggunaan teknologi maklumat dan digitalisasi.
"Mereka juga adalah golongan yang paling terdedah kepada risiko kerana sekiranya terbabit dalam kemalangan atau bencana akan terputus mata pencarian. Justeru, pelaksanaan kolaborasi strategik ini dapat membantu usahawan tempatan melindungi mereka daripada risiko kehilangan mata pencarian," katanya.
Menerusi kolaborasi antara dua kementerian ini, usahawan akan turut diberi peluang meningkatkan kebolehan dan keupayaan diri melalui penyediaan program 'reskilling' dan 'upskilling', meningkatkan kebolehpasaran graduan serta pilihan caruman ke Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).