Headline ‘Projek perintis’ lahirkan usahawan muda Language Malay
Media Title Berita Harian Section/Page No Nasional
Date 18 April 2021 Journalist Ahmad Suhael Adnan
Source https://www.bharian.com.my/berita/nasional/202 1/04/808010/projek-perintis-lahirkan-usahawan- muda
Remarks Keusahawanan
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
'Projek perintis' lahirkan usahawan muda
Ahmad Suhael Adnan - April 18, 2021 @ 11:57am [email protected]
KUALA LUMPUR: Inisiatif untuk belia yang diumumkan dalam PEMERKASA berpotensi menjadi pemangkin usaha memastikan lebih 50 peratus belia menceburi bidang perniagaan dalam lima tahun akan datang.
Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata inisiatif untuk belia yang sebahagian besar bagi keusahawanan dilihat sebagai 'projek perintis' sejauh mana belia mengambil peluang menyertai program berkenaan ketika ini.
"Sekiranya berjaya, ia mungkin menjadi pemangkin memastikan dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih 50 peratus kumpulan belia menceburi perniagaan supaya tekanan sektor pekerjaan akan berkurangan.
Headline ‘Projek perintis’ lahirkan usahawan muda Language Malay
Media Title Berita Harian Section/Page No Nasional
Date 18 April 2021 Journalist Ahmad Suhael Adnan
Source https://www.bharian.com.my/berita/nasional/202 1/04/808010/projek-perintis-lahirkan-usahawan- muda
Remarks Keusahawanan
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
"Dalam jangka panjang, kita nak belia berniaga dan memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada pendapatan penggajian, yang sudah tidak berkembang sejak berpuluh tahun lalu,"
katanya kepada BH, semalam.
Barjoyai berkata, lanjutan inisiatif eBelia juga dilihat sebagai usaha memangkin penggunaan e-dompet dalam kalangan komuniti di seluruh negara, seperti di China, apabila lebih 98 peratus menggunakan e-dompet dalam tempoh kurang 10 tahun.
Bagaimanapun, katanya, ramai kumpulan sasar tidak menyedari dan memahami atau tidak tahu bagaimana mengakses bantuan diumumkan, sekali gus kerajaan perlu melaksanakan program tambahan bagi menyokong inisiatif berkenaan.
Pakar ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, pula berkata bantuan dan inisiatif kepada belia dalam PEMERKASA terarah kepada sokongan tambahan kepada inisiatif terdahulu, seperti Program Subsidi Upah dan Insentif Pekerjaan.
Katanya, inisiatif itu mampu membantu sebahagian kecil belia, dan kerajaan perlu melaksanakan intervensi pasaran jangka panjang untuk mengatasi isu kelangsungan dan kelestarian ekonomi belia yang berlarutan sejak sebelum COVID-19.
"Isu ekonomi dalam kalangan belia bertambah meruncing apabila ekonomi terkesan akibat langkah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata pendekatan kerajaan yang menumpukan kepada program pembangunan usahawan adalah langkah tepat untuk memajukan belia.
Bagaimanapun, katanya, pemakluman mengenai inisiatif itu perlu lebih meluas, khususnya bagi mereka yang tiada akses internet kerana masih ramai belia yang tidak maklum mengenai inisiatif disediakan kerajaan.
"Sebagai contoh, saya dimaklumkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) semalam (kelmarin) bahawa jumlah permohonan untuk inisiatif diumumkan kerajaan sebelum ini terlalu sedikit.
"Kerajaan boleh bekerjasama dengan kumpulan usahawan muda yang terkenal dengan kelas latihan dan bimbingan usahawan, supaya mereka boleh membantu menguar-uarkan inisiatif kerajaan untuk usahawan belia, selain menggunakan kepakaran mereka.
Headline ‘Projek perintis’ lahirkan usahawan muda Language Malay
Media Title Berita Harian Section/Page No Nasional
Date 18 April 2021 Journalist Ahmad Suhael Adnan
Source https://www.bharian.com.my/berita/nasional/202 1/04/808010/projek-perintis-lahirkan-usahawan- muda
Remarks Keusahawanan
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
"Individu yang menerima bantuan ini pula perlu diberikan platform untuk menjadi 'duta' inisiatif diumumkan dengan menceritakan kisah kejayaan, supaya lebih ramai tahu dan mahu memohon inisiatif ini," katanya.