• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Pembukaan perpustakaan legakan pengguna

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PDF Pembukaan perpustakaan legakan pengguna"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Pembukaan peprustakaan legakan pengguna Language Malay

Media Title BH Section/Page No Minda Pembaca

Date 24 Mac 2021 Journalist Muhammad Mohamad Idris

Source https://www.bharian.com.my/rencana/minda- pembaca/2021/03/799626/pembukaan- perpustakaan-legakan-pengguna

Remarks Perpustakaan & Teknologi

Pembukaan perpustakaan legakan pengguna

Muhammad Mohamad Idris Mac 24, 2021 @ 11:22am

PEMBUKAAN semula perkhidmatan perpustakaan amat dialu-alukan khususnya bagi penyelidik, pelajar universiti dan profesional.

(2)

Peranan perpustakaan amat penting dalam pembinaan budaya ilmu. Institusi ini tempat berhimpun golongan terpelajar mendapatkan bahan rujukan ilmiah untuk bacaan serius dan rujukan dalam penyelidikan.

Memang benar, zaman digital membuka peluang kepada pengkaji mendapatkan bahan rujukan secara maya. Namun, tidak semua rujukan ilmiah boleh didapati seperti majalah, jurnal ilmiah, prosiding seminar dan buku berstatus langka.

Bahan ini hanya boleh didapati di perpustakaan utama negara. Maka, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ia mengehadkan pengunjung daripada ke perpustakaan, sekali gus menyukarkan mereka untuk mencapai sumber rujukan sebegini.

Kita harus sedar betapa proses digitalisasi ini tidak mudah kerana memerlukan kos pembelian mesin dan komitmen tinggi. Sudah tentu pentadbir dan pegawai terbabit memerlukan masa untuk mendigitalkan bahan ilmiah berkenaan.

Ini mengakibatkan ada penyelidik terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan bahan rujukan di pasaran. Ia menambah beban kewangan peribadi demi menyiapkan penyelidikan.

Oleh itu, pengumuman pembukaan semula operasi perpustakaan melegakan pengguna perpustakaan yang setia. Baru-baru ini, penulis berpeluang memanfaatkan perkhidmatan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Pustaka Raja Tun Uda (PRTU).

PNM misalnya mempunyai bahan rujukan ilmiah menarik merentas pelbagai disiplin ilmu.

Misalnya, dalam ilmu kebudayaan, PNM menyimpan salinan asli prosiding Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 di Universiti Malaya (UM) membahaskan makna dan rumusan terbaik dalam membina kebudayaan Malaysia.

Kongres bersejarah ini dokumentasi sejarah penting memuatkan kertas kerja dibentangkan tokoh pelbagai bidang seperti Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prof Diraja Ungku Aziz, Hijjas Kasturi, Dol Ramli dan Tan Sri P Ramlee.

Pastinya prosiding ini semakin relevan ditelaah dan dibahaskan semula lebih-lebih lagi kerajaan baru sahaja mengumumkan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.

Apatah lagi, PNM turut menyimpan khazanah manuskrip Melayu Jawi sangat berharga.

Karya ilmuwan agung seperti Sheikh Nur al-Din al-Raniri, Sheikh Shams al-Din al-Sumatra'i dan Raja Ali Haji dihimpun serta ditempatkan di Pusat Manuskrip Melayu (PMM).

Ini membuka peluang kepada pengkaji meneliti kandungan dan memberi tafsiran tulen terhadap sumbangan ilmuwan agung Melayu dalam budaya ilmu zaman-berzaman.

Selain itu, PRTU di Shah Alam turut mempunyai koleksi bahan bacaan lumayan hebatnya.

Misalnya, karya Sayyid Qudratullah Fatimi berjudul, Islam Comes to Malaysia diterbitkan pada 1963 oleh Malaysian Sociological Research Institute Ltd. Karya itu sangat bernilai

(3)

bukan sahaja kerana berstatus langka dan tidak diulang cetak, malah menjadi rujukan sarjana dalam membahaskan sejarah pengislaman di alam Melayu.

Kesimpulannya, keputusan pentadbir perpustakaan membuka perkhidmatannya kepada pengunjung sangat bermanfaat dalam mengukuhkan lagi budaya ilmu. Ini dikuatkan lagi dengan koleksi bahan rujukan ilmiah sebagai rujukan berwibawa untuk tujuan penyelidikan.

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Referensi

Dokumen terkait

Headline Emas kedua Tze Liang, ketiga buat negara Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 09 Mei 2022 Journalist Syazwan Msar Source