1
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERLIS
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2019
INTEGRATED MULTIPLE BLOCK, iMAB
GELOMBANG EMAS
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERLIS
2
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1. RINGKASAN EKSEKUTIF 3
2. PERINCIAN PROJEK i. Latar Belakang
a. Kumpulan 4
Nama kumpulan
Pejabat
Alamat
No. telefon
E-mel
Senarai ahli
b. Projek 4
Nama projek
Keterangan ringkas projek
Bidang dan kategori projek
ii. Signifikan Pemilihan Projek 5 a. Kriteria pemilihan projek
b. Keterangan projek
iii. Tindakan Penyelesaiaan 8
a. Kaedah b. Prototaip c. Ujian / kajian
iv. Keberhasilan Projek (Outcome)/Impak Projek 10 a. Keberkesanan
b. Penjimatan kos c. Penjimatan masa d. Peningkatan output e. Kepuasan pelanggan
v. Potensi Pengembangan Projek 12
a. Tahap Ketersediaan teknologi/sitem/proses b. Pengkomersialan dan Replikasi
3. SENARAI RUJUKAN 14
3
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Kejadian air pasang besar adalah fenomena biasa di negara kita.
Ketinggian ombak meningkat dan paras air sungai melimpah akibat hujan yang berlaku akan mengakibatkan banjir kilat. Tembok penahan tebing menggunakan batu sangkar dari gabion sering digunakan bagi mengatasi permasalahan tersebut dan didapati ianya memberi beberapa kesan dan kekurangan.
Seperti sedia maklum, masa yang panjang diperlukan untuk membina tapak konkrit atau tapak tanah / batuan yang dimampatkan serta binaan struktur tersebut agak memakan masa dan lebih kompleks. Struktur tersebut bersifat kekal dan sukar diubahsuai dan menyukarkan kerja-kerja menaiktaraf dan selenggara yang boleh menyebabkan kos meningkat.
Apabila dibina di dalam sungai atau saliran, banjir ataupun banjir kilat boleh berlaku dan sampah-sampah terkumpul dan melekat di perangkap sampah aliran air saliran akan menjadi lambat dan terganggu.
Blok iMAB direka bagi tujuan penambahbaikan keadaan sediada. Blok tersebut mudah dipasang dengan cepat dan boleh diselaraskan mengikut keaaan dan kesesuaian tapak. Kerja pembaikan boleh dilaksanakan dengan segera dan melibatkan masa binaan yang pendek dan cepat.
Apabila iMAB dipasang, tapak konkrit akan diganti dengan tapak batu yang dipadatkan dan bilangan serta ketinggian blok juga boleh ditambah atau dikurang. Selain tidak mecacatkan pandangan, blok tersebut boleh juga dialihkan sementara, mahupun dijadikan struktur binaan sementara di kawasan berdekatan dan dipasang semula jika perlu.
Selain mudah dipasang ketika situasi biasa atau kecemasan, blok tersebut tidak akan memerangkap sampah kerana sampah lebih cenderung untuk terapung dan tekumpul, maka ia memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan. Secara keseluruhan, dengan adanya blok iMAB, banyak perkara dapat dikurangkan dan dijimatkan.
4
2. PERINCIAN PROJEK i. Latar Belakang a. Kumpulan
Nama kumpulan : Gelombang Emas
Pejabat : JPS Negeri Perlis.
Alamat : Kompleks JPS Perlis,
Jalan Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis.
No. Telefon : 04-9769975
E-mel : [email protected]
Senarai ahli : Rosnazulfitri bt Roslan Ihsan Fahmi bin Zainuddin Khirny Dzemee Rodzianny bt Johari
Muhamad Firdzaus bin Mat Rose
Zambri bin Mat Isa Rosmalina bt Md Akhir
Nor Syamimi bt Ahmad Yazid Mohd Khuzairi bin Jaafar Akmal Shafiq bin Che Man Nadzir bin Kamis
Abdul Khudus bin Mahmud b. Projek
Nama projek : Blok iMAB
Keterangan ringkas projek : Blok iMAB direka berkonsep building block (lego) bagi tujuan penambahbaikan mengikut keadaan dan kesesuaian tapak. Blok tersebut boleh dialihkan sementara, mahupun dijadikan struktur binaan sementara di kawasan berdekatan dan dipasang semula jika perlu.
Bidang kategori projek : Penyampaian Perkhidmatan
Kategori projek : Penciptaan
5
ii. Signifikan Pemilihan Projek
a. Kriteria pemilihan projek dan keterangan projek
KRITERIA AKTIVITI PENERANGAN
SIGNIFIKAN CATATAN
Kaitan dengan fungsi utama
Fungsi :
Pengairan Pertanian, Pengurusan
Banjir, Pantai dan Sungai.
Memberi maklumbalas dalam masa 48 jam kepada petani terhadap sebarang rayuan mengenai pembekalan air yang tergendala atau tidak mencukupi, kegagalan pengendalian atau kegagalan infrastruktur.
Timbul kerisauan di kalangan petani di negeri Perlis mengenai status bekalan air jika kemarau berlaku, bagaimana JPS Perlis akan bertindak jika semua pintu bekalan dibuka sepenuhnya ketika berlaku banjir kilat.
Membantu ke arah
penjimatan air
(pemasangan iMAB dapat dijalankan tanpa pembuangan air sungai).
Memenuhi kehendak pelanggan &
stakeholder
Pelanggan Utama :
Memastikan
saliran air dapat mengalirkan air sebagaimana direkabentuk/
kemampuan sediada
Berlaku limpahan air dari tebing yang boleh menyebabkan banjir kilat dan aliran air pengairan lambat diagihkan.
6
Kaitan dengan agenda nasional
Dasar Kajian Hakisan Pantai Negara (National Coastal Erosion Study)
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan strategi dua (2) hala (jangka pendek dan jangka panjang) bagi pengawalan hakisan pantai.
Strategi jangka pendek yang memberi tumpuan kepada pembinaan struktur pengawalan hakisan pantai di kawasan kritikal, bertujuan mengelakan kehilangan lebih banyak lagi kemudahan, harta benda dan tanah bernilai akibat daripada hakisan pantai.
Kaitan dengan keadaan dan ekosistem semasa
Simpanan dan pelepasan air untuk kegunaan pertanian dan mengatasi
masalah banjir.
Pada musim tengkujuh negeri Perlis menerima jumlah hujan yang tinggi.
JPS Perlis memastikan saiz saliran pada keadaan yang sepatutnya untuk mengelakkan berlakunya banjir, penduduk, pemilik harta dan petani akan terjejas, berlaku juga bekalan air untuk tujuan tanaman padi terganggu.
7
Kaedah pemilihan projek dan analisis
Produk iMAB mudah
dikendalikan
semasa paras air normal atau meningkat dengan mendadak.
Tenaga manusia dan jentera dapat dikurangkan
berbanding
struktur sedia ada.
Dapat mengawal paras limpahan air/takungan air dan juga runtuhan tebing tanah pada paras yang ingin dikekalkan.
Dapat
menjimatkan masa
dan kos
pembinaan yang munasabah.
Meningkatkan nilai kepenggunaan.
Rujuk rajah 1 :
Kumpulan telah mengadakan pembentangan dalam Makmal Nilai bagi Projek Fenomena Air Pasang di Kedah pada bulan Ogos 2019. Ahli makmal bersetuju dengan cadangan penambahbaikan kepada binaan ban pantai sediada.
8
iii. Tindakan Penyelesaiaan
Kumpulan kami mengadaptasikan konsep building block (lego) iaitu gabungan dua bentuk segi empat sama dan segi tiga dengan mewujudkan empat lubang bersaiz 300mm diameter di bahagian tengah yang dinamakan sebagai Integrated Multiple Block, iMAB. iMAB ini diwujudkan sebagai struktur sementara/ kekal. Idea penciptaan imab terhasil daripada perbincangan bersama Kumpulan Gelombang Emas dan masalah tebing runtuh dan limpahan air sedia ada yang dikenalpasti untuk penambahbaikan.
Apabila iMAB ini digabungkan, pelbagai fungsi dan infrastruktur sementara dapat dibangunkan. Kaedah sediada menggunakan gabion sebagai struktur sementara atau struktur konkrit sebagai struktur kekal bagi menahan hakisan tebing dan limpahan air. Melalui gabungan kedua-dua struktur ini, struktur yang sesuai akan dipilih dipasang pada lokasi yang lemah. Sekiranya aras air atau tekanan yang lebih tinggi diperlukan iMAB ini boleh diubahsuai atau diangkat. Dengan cara ini kos dan masa pembinaan dapat dijimatkan dan pelbagai fungsi boleh dicapai.
Rajah 2 : iMAB Sedment Structure
Rajah 3 : iMAB Waterway Bed Protection
9
Rajah 4 : iMAB Slope Protection
Rajah 5 : iMAB Drainage System
Rajah 6 : iMAB Wear Structure
10
iv. Keberhasilan Projek (Outcome)/Impak Projek
Keberhasilan projek – Outcome projek dan Pembuktian
Pencapaian Outcome Faedah sampingan Pembuktian melalui data dan sumber rasmi
Lebih mudah dan efisien berbanding struktur sedia ada.
Produk iMAB mudah dikendalikan semasa paras air normal atau meningkat dengan mendadak.
Dapat mengawal paras limpahan air/takungan air dan juga runtuhan tebing tanah pada paras yg ingin dikekalkan.
Dapat menjimatkan masa dan kos pembinaan yang munasabah.
Meningkatkan nilai kepenggunaan.
Bahan mudah didapati.
Mudah untuk
dihasilkan.
Tenaga manusia dan jentera yang diperlukan tidak banyak dan dan masa yang diambil juga tidak panjang memandangkan
struktur pemasangan iMAB yang mudah.
Membantu ke arah penjimatan air.
Membuka mata semua pihak tentang pentingnya iMAB dalam penggunaan penyimpanan air dan penahan tebing di Malaysia, diharapkan penggunaan iMAB ini dapat dikembangkan lagi dalam core business JPS yang lain.
11
Keberhasilan projek – Impak projek dan Pembuktian
Pencapaian Impak Faedah sampingan Pembuktian melalui data dan sumber rasmi
Mengoptimumkan pengurusan air.
Memudahkan urusan pengendalian semasa berlakunya
peningkatan aras air secara mendadak.
Menjimatkan kos dan masa pembinaan berbanding struktur sedia ada.
Memasang iMAB dalam keadaan berair.
Menyumbang ke arah pembangunan sosio- ekonomi masyarakat melalui penambahan pendapatan, produktiviti dan taraf hidup rakyat.
Isu banjir kilat dan ketidakcukupan air selepas hujan tidak berlaku kerana aras air tidak perlu direndahkan sepenuhnya semasa pembinaan.
Penyelesaian kreatif bagi masalah-masalah yang sering berlaku terhadap masalah sampah yang sering tersangkut di struktur sediada.
Faktor keruntuhan
tebing dan
permasalahan lain dapat diminimumkan.
Media sosial JPS Perlis.
Rajah 7 : Komen/Ulasan Di Media Sosial
Kumpulan Gelombang Emas sedang menggunakan produk iMAB di 3 lokasi berbeza di Perlis iaitu:-
i. Membina Struktur Kawalan Hakisan Pantai Serta Kerja-kerja Berkaitan Dengannya Di Kampung Sungai Siput, Kuala Perlis, Perlis.
ii. Membina Struktur Kawalan Hakisan Pantai Serta Kerja-kerja Berkaitan Dengannya Di Pantai Kuala Perlis, Perlis.
iii. Sungai Perlis, Denai Larian Pengkalan Asam, Perlis (dalam proses penyediaan sebutharga).
12
v. Potensi Pengembangan Projek
a. Tahap Ketersediaan teknologi/sitem/proses
iMAB merupakan satu inovasi yang member impak yang positif kepada sistem Pengairan Pertanian, Pengurusan Banjir, Pantai dan Sungai. Malahan inovasi ini juga sangat berhubungkait dengan arus perdana dan memenuhi agenda nasional dari segi menyokong dasar, program dan tumpuan semasa kerajaan. Cirri-ciri iMAB membuktikan inovasi ini selari dengan agenda nasional dalam menyokong dasar kerajaan. Misalnya iMAB bertindak sebagai pemangkin kearah matlamat yang disasarkan seperti menaiktaraf infrastruktur iaitu jalanraya, tenaga dan air. Inovasi ini mudah dikendalikan. Hal ini adalah sangat menyokong arus perdana dari segi mengurangkan tenaga kerja dan masa.
b. Pengkomersialan dan Replikasi
Produk ini didaftarkan atas milik Koperasi JPS Negeri Perlis.
Koperasi JPS Negeri Perlis telah melantik sebuah kilang untuk membuat dan memasarkan produk iMAB. Projek dilapangan dilaksanakan pada tahun ini bagi tujuan menunjukkan aplikasi iMAB dan analisa keberkesanan.
13
Kerajaan Negeri melalui Pejabat SUK menyokong penuh projek ini dengan mengadakan lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan dalam merancang mewujudkan Pasar Terapong di Denai Larian, Pengkalan Asam.
14
3. SENARAI RUJUKAN
a. Garis Panduan JPS 1/97 – Kawalan Hakisan Berikutan Dari Pembangunan Kawasan Pantai
b. Urban Stormwater Management Manual For Malaysia (MSMA 2nd Edition)
c. Garis Panduan Penggunaan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai d. Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2016 –
Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif.