• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2020"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN PROJEK KHAS

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2020

Invasive Macrophytes Cutter – IMC

Mesin Pemotong Kiambang & Kemeling

PROJEK KHAS

(2)

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

RINGKASAN EKSEKUTIF 1

PERINCIAN PROJEK 1.0 PENGENALAN

1.1 Tajuk Projek 2

1.2 Latar Belakang Kumpulan

1.3 Penglibatan Pihak Pengurusan 3

1.4 Keterangan Projek 3

2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

2.1 Kriteria Pemililihan Projek 4

2.2 Kriteria Pemililihan Projek (Empathy) 4-5

2.3 Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan 6

2.4 Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Pemegang Taruh 6

2.5 Kaitan Dengan Agenda Nasional 6

2.6 Kaitan Dengan Keadaan Dan Ekosistem Semasa 7

2.7 Pembuktian Melalui Analisis 7

3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

3.1 Cadangan Penyelesaian 8

3.2 Pelan Tindakan Penyelesaian 9

3.3 Pembangunan Protaip Dan Ujicuba 10

3.4 Komponen Invasive Macrophytes Cutter (IMC) 11 4.0 KEBERHASILAN PROJEK

4.1 Outcome Projek (Dijangka) Dan Pembuktian 12 4.2 Impak Projek (Luar Jangka) Dan Pembuktian 13 5.0 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK

5.1 Pengkomersialan 14

5.2 Replikasi 14

5.3 Penambahbaikan 14

PENUTUP 14

LAMPIRAN i - xiii

(3)

RINGKASAN EKSEKUTIF

Invasive Macrophytes Cutter (IMC) - Mesin Pemotong Kiambang & Kemeling merupakan satu alat inovasi yang terhasil bagi mengawal pembiakan pokok kiambang dan kemeling di hadapan trash screen di rumah pam yang menyebabkan trash screen tersumbat dan mengurangkan aliran air daripada memasuki pump sump.

• Kadar pembiakan pokok kiambang dan kemeling dengan pantas menyebabkan berlakunya lebihan operasi pada trash rake dan menyekat aliran air ke pump sump.

Kesan daripada ini, pam banjir tidak akan beroperasi secara normal. Kos pengoperasian akan bertambah dan merugikan Kerajaan.

• Pokok kiambang dan kemeling memberi masalah kepada operasi pintu air terutama jenis navigation lock dan pintu air yang dibuka untuk laluan keluar masuk bot-bot kecil

• Pokok kiambang atau kemeling yang membiak dan bertaut antara satu dengan yang lain amatlah sukar untuk dibersihkan. Sehingga kini, operator pintu air dan rumah pam terpaksa menggunakan kaedah konvensional untuk membersihkan kawasan pump sump. Bagi kiambang dan kemeling yang telah banyak, jentera pembersihan amphibious excavator dan lain-lain digunakan.

Invasive Macrophytes Cutter (IMC) - Mesin Pemotong Kiambang & Kemeling yang diinovasikan ini digunakan oleh operator bagi pembersihan pokok kiambang dan kemeling secara berkala dapat melambatkan pembiakan tumbuhan makrosit invasive ini.

Pokok Kiambang & Kemeling merupakan sejenis tumbuhan yang terapung dan boleh membiak dengan cepat dalam tempoh 12 hari sahaja apabila pokok matang, panas dan cuaca mengizinkan. Tumbuhan ini mesti sentiasa dipantau kerana jika tidak akan menyebabkan kesusutan air yang pantas mempengaruhi ekosistem laman akuatik disebabkan oleh kurang cahaya matahari dan tidak dapat berfotosintesis.

Rajah 1 : Pintu Air JPS

(4)

PENGENALAN

1.1 TAJUK PROJEK

Invasive Macrophytes Cutter – IMC Mesin Pemotong Kiambang & Kemeling

1.2 LATAR BELAKANG KUMPULAN

Rajah 3 : Carta Organisasi Kumpulan Projek Khas

(5)

1.3 PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN

Penubuhan kumpulan ini telah mendapat kelulusan oleh Pengarah Bahagian Projek Khas menerusi Mesyuarat Perlaksanaan Inovasi Bil. 2/2020. Surat perlantikan kumpulan Projek Khas adalah seperti Lampiran A.

1.3 KETERANGAN PROJEK

Nama Projek : Invasive Macrophytes Cutter – IMC Mesin Pemotong Kiambang & Kemeling

Keterangan Ringkas : Pokok kiambang dan kemeling merupakan salah satu faktor permasalahan yang mempengaruhi tahap kefungsian pintu air dan sistem pengoperasian pam.

IMC dicipta dan direka sebagai satu alat pemotong pokok kiambang dan kemeling di pump sump dan pintu air JPS.

Operator pintu air dan pam tidak perlu lagi menggunakan peralatan/jentera yang berat, besar dan kaedah konvensional yang sukar bagi kerja-kerja pembersihan.

Jabatan pula tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk tujuan tersebut melalui sebut harga atau tender.

IMC merupakan alat pemotong kiambang dan kemeling yang pertama menggunakan motor yang dikuasai oleh bateri cas semula, lebih ringan, mudah alih, mesra pengguna dan selamat.

Tarikh Siap Projek : 27 Julai 2020

Bidang Inovasi : Penyampaian Perkhidmatan Kategori Inovasi : Penambahbaikan

(6)

SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK 2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK

Kumpulan Projek Khas membuat pemilihan projek berdasarkan kepada kriteria-kriteria iaitu:

2.2 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK (EMPATHY)

Bagi pemilihan projek, empat (4) Alat Kawalan Kualiti digunakan iaitu Brainstorming, Kenalpasti Masalah, Analisa SMART dan Kaedah 5W+1H bagi penentuan masalah utama.

Langkah 1 : Kaedah Brainstorming KEBERKESANAN

MASA KOS

MUDAH DIPEROLEHI DI PASARAN (BAHAN) MESRA PENGGUNA

SELAMAT

Rajah 4 : Sesi Brainstorming Kumpulan

1

➢Perbincangan telah diadakan bagi

membincangkan permasalahan pengoperasian pintu air dan rumah pam.

➢Kaedah Brainstorming digunakan bagi menyenaraikan permasalahan pengoperasian pintu air dan rumah pam.

1 2

3 4 5 6

(7)

Langkah 2 : Kenalpasti Masalah

Hasil daripada Brainstroming lima (5) masalah telah dikenalpasti seperti berikut:

Langkah 3 : Kaedah Analisa SMART

*Pembuktian dokumen disertakan di LAMPIRAN B Langkah 4: Kaedah 5W+1H

- Menggunakan kaedah 5W+1H bagi memperjelaskan lagi masalah utama yang dipilih:

Pokok kiambang/

tumbuhan liar

Sampah sarap

Enapan /sludge

Masalah bekalan elektrik

Masalah operasi pam

Rajah 5 : Kaedah Analisa SMART*

3

Melakukan kaedah Analisa SMART* bagi menentukan masalah utama yang kritikal &

jalan penyelesaian.

Masalah Utama:

Pokok kiambang dan kemeling

mempengaruhi tahap kefungsian pintu air dan sistem

pengoperasian pam.

WHAT

•Pokok kiambang &

kemeling memenuhi intake pump sump & pintu air

WHY

•Kadar pembiakan pokok kiambang &

kemeling sangat drastik (12 hari) dan bertaut

WHEN

•Apabila suhu panas dan air tenang (keadaan pintu air tidak dibuka dan pam tidak beroperasi)

WHERE

•Rumah Pam Banjir JPS dan pintu air tandop

WHO

•Operator &

Jurutera Daerah JPS

HOW

Intake pump sump dan pintu air perlu bebas dari pokok kiambang &

kemeling

4

2

(8)

2.3 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN

Selaras dengan Visi dan Misi Jabatan, Projek ini berkait rapat dengan bisnes utama Bahagian Projek Khas iaitu projek-projek rancangan tebatan banjir (RTB) yang akan diserahkan kepada Jurutera Daerah di Negeri seluruh Malaysia. Projek RTB ini adalah dilengkapi dengan komponen mekanikal dan elektrikal modul air. Antaranya, pintu air dan rumah pam yang akan dikendalikan oleh pihak Jurutera Daerah. Ini bermakna projek inovasi ini akan digunakan bagi mengatasi permasalahan tersebut.

2.4 MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN PEMEGANG TARUH

Projek IMC ini menepati kehendak pelanggan dan pemegang taruh (stakeholder) di mana ianya boleh digunakan semasa operasi rumah pam dan pintu air. Dengan adanya projek ini, tahap kefungsian sesebuah rumah pam dan pintu air boleh dikekalkan pada tahap optimum. Selain itu, projek ini sesuai digunakan oleh mana-mana rumah pam JPS dan pintu air.

2.5 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL

Inovasi IMC amat berkaitan dengan kehendak Pelan Strategik Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia 2016-2020 Teras Strategik 3: Strategi 6 iaitu penerokaan teknologi terkini dan inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan output yang berinovatif bagi meningkatkan kepuasan pelanggan. Selain itu, IMC menyokong kehendak Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSIN) yang menyasarkan Malaysia sebagai negara berinovasi dan maju sains (scientifically advance nation) dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

VISI Peneraju perkhidmatan kepakaran dan pengurusan air

negara

MISI

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan sumber air merangkumi pengurusan lembangan sungai, zon pantai serta pengurusan banjir dan kemarau

secara bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat

dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian

alam sekitar

OBJEKTIF PROJEK KHAS

Menyediakan perkhidmatan professional

bagi memenuhi matlamat organisasi

NILAI KORPORAT

"Doing The Right Thing" and "Doing Thing Right" dengan:

Kualiti, Integriti, Prihatin

(9)

Projek IMC juga selaras dengan kehendak Rancangan Malaysia ke-11 ke arah menjana kekayaan melalui inovasi yang diperkukuhkan menerusi integrasi dan kolaborasi antara industri, akademia, masyarakat dan Kerajaan. Di samping itu, ia turut mendokong usaha ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan seperti yang digariskan dalam RMK11.

Selain itu, penciptaan IMC adalah memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau ke arah meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau di samping mewujudkan kebolehupayaan di rumah pam JPS.

2.6 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA Dengan adanya projek IMC ini, tahap

pengoperasian rumah pam banjir dan pintu air dapat dikekalkan pada tahap optimum seterusnya mengurangkan isu-isu banjir. Projek ini juga tidak mengganggu ekosistem, malah membantu alam persekitaran yang lebih baik.

2.7 PEMBUKTIAN MELALUI ANALISIS

Analisa kos pengendalian pembersihan secara konvensional adalah seperti berikut:

Bil. Jenis Pengendalian Purata Harga (RM)

1. Memotong Secara Manual (Pencakar / Racun) Peralatan : Plastik sampah, jala, dll

Kos Upah Pekerja Am: 120/Hari/3 orang Kos Peralatan (Sewa/Beli): 10/Hari Kos Tapak Pelupusan: 150/Ton KESELURUHAN KOS: 280/hari 2. Amphibious Excavator Kos Sewa: 2600/Hari

Kos Bahan Api: 400/Hari Kos Upah Pekerja: 60/Hari (Pengemudi Jentera)

Kos Upah Pekerja Am: 40/Hari/Seorang Kos Tapak Pelupusan: 150/Ton

Kos Pengangkutan: 600/Trip KESELURUHAN KOS: 3850/hari

3. Pontoon Trash Rake Kos Sewa: 1500/Hari

Kos Bahan Api: 100/Hari Kos Upah Pekerja: 60/Hari (Pengemudi Jentera)

Kos Upah Pekerja Am: 80/Hari/ 2 orang Kos Tapak Pelupusan: 150/Ton

Kos Pengangkutan: 600/Trip KESELURUHAN KOS: 2490/hari

Jadual 1 : Analisa Kos Pembersihan Secara Konvensional

Rajah 6 : Pintu Air JPS

(10)

3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN 3.1 CADANGAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

Kumpulan Projek Khas menggunakan dua (2) kaedah dalam tindakan penyelesaian masalah iaitu Analisa SWOT dan Prioritization Matrix bagi menentukan penciptaan alat yang paling praktikal sebagaimana LAMPIRAN C & D

Rajah 7 : Kaedah Analisa SWOT Tindakan Penyelesaian

Rajah 8 : Kaedah Analisa Prioritization Matrix Tindakan Penyelesaian

(11)

Melalui Kaedah Analisis SWOT dan Prioritization Matrix, alat pemotong khas yang di beri nama Invasive Macrophytes Cutter (IMC) - Mesin Pemotong Kiambang & Kemeling sebagai alat yang efektif bagi menyelesaikan masalah pokok kiambang dan kemeling yang memenuhi intake pump sump dan pintu air.

Menggunakan kaedah 5W+1H bagi memperjelaskan lagi projek yang dipilih:

3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN

Kumpulan Projek Khas telah merancang carta perbatuan bagi pembangunan projek LAMPIRAN E.

Jadual 2 : Carta Perbatuan PDCA

WHAT

Invasive Macrophytes Cutter (IMC) -Mesin Pemotong Kiambang & Kemeling

WHY

Menggunakan motor yang dikuasai oleh bateri cas semula, lebih ringan, mudah alih, mesra pengguna dan selamat.

WHEN

Boleh digunakan pada bila-bila masa

WHERE

Rumah Pam Banjir JPS dan pintu air tandop atau struktur dalam kolam takungan banjir WHO

Operator dan Jurutera Daerah JPS Malaysia

HOW

Pemotong Pokok Kiambang dan Kemeling

(12)

3.3 PEMBANGUNAN PROTAIP DAN UJICUBA

TAKLIMAT Taklimat idea penciptaan IMC diadakan pada 01 April 2020 dan mendapat kelulusan pihak pengurusan bagi pembangunan projek. Brainstorming telah dijalankan bagi mengenalpasti tajuk projek.

PEMBANGUNAN PROTOTAIP Pembangunan prototaip IMC telah diadakan pada awal bulan Mei 2020 Prototaip pertama berjaya dilaksanakan dari segi reka bentuk.

LAMPIRAN F1

UJICUBA 1 Ujicuba kefungsian rekabentuk prototaip IMC telah dijalankan pada 01 Jun 2020 oleh ahli kumpulan Projek Khas bagi

menguji tahap keapungan di permukaan air.

FABRIKASI IMC

Kerja-kerja fabrikasi komponen IMC telah dijalankan pada bulan Jun 2020 dalam tempoh 3 minggu.

LAMPIRAN F2

UJICUBA 2 Ujicuba prototaip IMC telah dijalankan pada 26 Jun 2020 oleh ahli

kumpulan Projek Khas untuk menguji

kesesuaian rekabentuk, tahap

ketahanan dan pengendalian IMC.

PENAMBAHBAIKAN Data dan maklumat diambil.

Penambahbaikan ciri- ciri keselamatan iaitu mengunakan float sensor ON/OFF, saiz boat diselaraskan semula mengikut kesesuian alat.

UJICUBA 3 Ujicuba kedua IMC dilakukan di tapak pada 15 Julai 2020.

LAMPIRAN F3

HASIL UJICUBA 3 Didapati IMC berfungsi seperti yang dikehendaki dan dirancang dari segi pengendalian dan pemotongan namun beberapa penambahbaikan kefungisan float sensor.

PENAMBAHBAIKAN 2 Data dan maklumat diambil.

Penambahbaikan dari segi sistem

pendawaian dan kedudukan float sensor serta alat penyambung diselaraskan semula mengikut kesesuian mesin.

UJICUBA 4 Ujicuba kedua IMC dijalankan di tapak pada 24 Julai 2020.

LAMPIRAN F4

HASIL UJICUBA 4 Didapati IMC berfungsi seperti yang dikehendaki dan dirancang dari segi pengendalian dan pemotongan.

LAPORAN AKHIR Secara

keseluruhannya, IMC telah berjaya

dilaksanakan sebagai alat pemotong pokok kiambang dan kemeling.

(13)

3.4 KOMPONEN INVASIVE MACROPHYTES CUTTER (IMC) Berikut merupakan komponen-komponen yang terdapat pada IMC:

Rajah 9 : Komponen Invasive Macrophytes Cutter IMC

Rajah 10 : Komponen Invasive Macrophytes Cutter IMC

*Rujuk LAMPIRAN G1,G2,G3

(14)

4.0 KEBERHASILAN PROJEK

4.1 OUTCOME PROJEK (DIJANGKA) DAN PEMBUKTIAN Kesan Jangka Pendek

• Memudahkan kerja pembersihan pada bila-bila masa.

• Meningkatkan lagi inovasi kepelbagaian cara pembersihan kiambang dan kemeling secara cepat dan menjimatkan kos.

Nilai Tambah (Value Added)

Bil. Nilai Tambah Ciri-ciri

1. Pemasangan ringkas Tidak memerlukan kemahiran atau peralatan yang rumit untuk pemasangan dan ringan.

2. Kos dan bahan Kos murah serta bahan mudah diperolehi.

3. Mesra pengguna Rekabentuk tersendiri , saiz yang kecil, mudah alih, mudah dibawa, pemasangan mudah.

4. Keselamatan Rekabentuk yang dilengkapi dengan float sensor ON/OFF bagi pengoperasian.

Pembuktian Melalui Data Dan Sumber Rasmi : Penjimatan Kos Perbandingan harga konvensional dengan IMC:

Perbandingan Kos Antara Konvensional Dengan IMC Bil. Butiran Memotong Secara

Manual (Pencakar/ Racun)

(RM)

Amphibious Excavator

(RM)

Pontoon Trash Rake (RM)

IMC (RM)

1. Kos Upah Pekerja 120/hari(3orang) 60/hari/seorang 60/hari/seorang -

2. Kos Sewa - 2600/hari 1500/hari -

3. Kos bahan api - 400/hari 100/hari -

4. Kos pelupusan 150/hari 150/hari 150/hari -

5. Kos pengangkutan - 1000/trip 1000/trip -

6. Kos peralatan (sewa/beli)

10/hari - - 250

Kos keseluruhan 280 4210 2810 250

Kedudukan 2 4 3 1

Jadual 3 : Perbandingan Kos Antara Kovensional dengan IMC

Alat IMC menggunakan 70% barangan kitar semula dan anggaran kos pembuatan IMC adalah sejumlah RM250. Kadar penjimatan antara kaedah konvensional (Amphibious Excavator) berbanding dengan IMC adalah 94.0%.

(15)

4.2 IMPAK PROJEK (LUAR JANGKA) DAN PEMBUKTIAN

Kesan jangka panjang – kesan kepada pembangunan serta kemajuan negara.

• Alat IMC ini dapat menjimatkan kos operasi Jabatan.

• Pemuliharaan alam sekitar dengan penggunaan bahan-bahan kitar semula.

• Pengendalian alat mesra pengguna dan lebih cekap.

• Alat ini boleh ditambahbaik pada masa akan datang dengan teknologi terkini.

• Hasil daripada ciptaan alat ini telah mewujudkan kerjasama kumpulan.

Impak projek (hasil luar jangka)

• Alat IMC ini boleh memperbaiki tahap kefungsian sesebuah rumah pam banjir dan pintu air secara optimum.

• Masalah banjir dapat diatasi dengan lebih efektif dan membantu sosioekonomi masyarakat setempat.

• Apabila pembiakan pokok kiambang dapat dikurangkan hidupan air seperti ikan dan lain-lain akan terpelihara.

• Menggalakkan penggunaan barangan tempatan dan bahan-bahan kitar semula.

• Menggalakkan teknologi hijau.

(16)

5.0 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK 5.1 PENGKOMERSIALAN

Kumpulan Projek Khas berpandangan IMC ini berpotensi dikomersialkan untuk kegunaan orang awam disebabkan IMC boleh digunakan bukan sahaja di rumah pam JPS dan pintu air JPS malah boleh digunakan dikolam-kolam persendirian dan kolam-kolam takungan yang lain.

5.2 REPLIKASI

Projek ini boleh direplikasi dan dibuat semula untuk kegunaan lebih umum.

Kumpulan mensasarkan pengunaan IMC di agensi Kerajaan lain seperti Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani secara harian agar dapat dimanfaatkan oleh kakitangan agensi tersebut.

Projek ini mempunyai potensi yang besar untuk dikomersialkan peringkat nasional jika mendapat sokongan dan peruntukan pihak atasan.

5.2 PENAMBAHBAIKAN

Kumpulan Projek Khas bercadang untuk penambahbaikan IMC seperti berikut:

• Penggunaan alat kawalan jauh

• Penambahan aksesori (jaring) untuk memerangkap sisa pemotongan pokok kiambang dan kemeling.

• Penggunaan tenaga solar untuk mengecas bateri dan penggunaan sepenuhnya sewaktu operasi.

PENUTUP

Kumpulan Projek Khas merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung di dalam penghasilan projek IMC ini.

Projek IMC ini dilihat sebagai satu alat yang menjadikan kerja-kerja pembersihan pokok kiambang dan kemeling kepada satu tahap yang lebih tinggi daripada kaedah sebelum ini.

Secara kesimpulannya, projek IMC ini telah berjaya mengatasi masalah utama projek ini dan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

(17)

LAMPIRAN A1 SURAT LANTIKAN KUMPULAN KIK

(18)

LAMPIRAN A2 SURAT LANTIKAN KUMPULAN KIK

(19)

LAMPIRAN B KAEDAH ANALISA SMART

BIL. MASALAH S- SPECIFIC

Apa masalah sebenar?

M- MEASUREABLE

Adakah kos/data yang terlibat boleh diukur?

A- ACHIEVABLE

Adakah masalah yang dikemukakan dapat

diselesaikan &

dicapai tanpa bergantung banyak

pihak?

R- REALISTIC

Masalah yang terjadi adalah dalam bidang kuasa JPS &

mempunyai

outcome’ yang logik & realistik?

T- TIME BOUND

Adakah projek dapat dilaksanakan dalam

tempoh yang dirancang?

KEPUTUSAN

1 Pokok kiambang / tumbuhan liar

➢ Menghalang laluan air

➢ Menganggu bacaan paras air

➢ Masa yang panjang untuk membersih

➢ Kadar pembiakan yang cepat

➢ Alat berkos rendah

➢ Boleh dilaksanakan sendiri oleh operator

➢ Sesuai

➢ Barang mudah diperolehi,

➢ Boleh dilaksanakan dalam tempoh perancangan dan

kos rendah.

2 Sampah sarap ➢ Menghalang laluan air

➢ Pintu air tidak dapat ditutup

➢ Sepanjang masa ➢ Trash rake sediada

➢ Tidak realistik

➢ Sistem sedia ada

mencukupi

➢ Tempoh masa yang lama dan peruntukan tinggi

3 Enapan /sludge

➢ Menutup laluan air

➢ Sepanjang masa

➢ Tender pembersihan ➢ Kerja rumit ➢ Kerja khas telah diperuntukan

➢ Tempoh masa yang lama dan peruntukan tinggi

4 Masalah bekalan elektrik

➢ Gangguan bekalan elektrik daripada TNB

➢ Aduan ke TNB ➢ Di luar kawalan ➢ Kawalan TNB ➢ Tempoh masa tidak menentu

5 Masalah

pengoperasian pam

➢ Kerosakan mekanikal

➢ Tender kerja pembaikan

➢ Kos tidak menentu

➢ Penyelanggaraan berkala

➢ Kepakaran tertentu

➢ Tempoh masa tidak menentu

(20)

LAMPIRAN C ANALISA SWOT TINDAKAN PENYELESAIAN

KAEDAH PENYELESAIAN

S - STRENGTH W - WEAKNESS O- OPPURTUNITIES T- THREATS KEPUTUSAN

ALAT PEMOTONG KHAS (MESIN)

➢ Mudah alih

➢ Mudah Dipasang

➢ Ringan

➢ Bahan Mudah Didapati

➢ Jimat Kos

➢ Tenaga Kerja Minimum

➢ Jarak Pemotongan Yang Terhad

➢ Penggunaan Bahan Kitar Semula

➢ Ketahanan Struktur

➢ Bahan Eco- Friendly

Tiada

MEMOTONG SECARA MANUAL (PENCAKAR/ RACUN)

➢ Mudahalih

➢ Bahan Mudah Didapati

➢ Jimat Kos

➢ Tenaga Kerja Yang Tinggi

➢ Mudah Rosak

➢ Pengendalian Merbahaya

➢ Tiada Ancaman Daripada Binatang Berbisa

Terdedah Kepada Penyakit

Lemas AMPHIBIOUS

EXCAVATOR

➢ Tahan Lasak

➢ Tenaga Kerja Minimum

➢ Kuantiti

Pembeersihan Yang Maksimum

➢ Jimat Masa

➢ Kos Sewa/Beli Tinggi

➢ Kos

Penyelenggaraan Tinggi

➢ Pengendali Yang Kompeten

➢ Perlukan Tempat Penyimpanan Yg Luas

➢ Saiz besar dan memerlukan ruang yang besar

➢ Teknologi Jarak Jauh

Kerosakan Komponen Jentera

Pencemaran Alam Sekitar

Kecurian &

Vandalism

PONTOON TRASH RAKE ➢ Mudah Didapati

➢ Mudah Digunakan ➢ Merbahaya

➢ Kurang Berkesan

➢ Perlukan Peralatan Tambahan

➢ Saiz besar dan memerlukan ruang yang besar

➢ Bahan Eco- Friendly

Pencemaran Alam Sekitar

Merbahaya Kpd Manusia

Kesan Kpd Hidupan Air

(21)

LAMPIRAN D PRIORITIZATION MATRIX TINDAKAN PENYELESAIAN

KAEDAH

PENYELESAIAN KEBERKESANAN MASA KOS MUDAH DIDAPATI DI PASARAN

MESRA

PENGGUNA SELAMAT

Skor Ranking

WAJARAN

1 - RENDAH 2 - SEDERHANA 3 - TINGGI

1 - LAMA 2 - SEDERHANA 3 - CEPAT

1 - TINGGI 2 - SEDERHANA 3 - RENDAH

1 - SUKAR 2 - SEDERHANA 3 - MUDAH

1 - SUKAR 2 - SEDERHANA 3 - MESRA

1 - BERISIKO 2 - SEDERHANA 3 - SELAMAT

ALAT PEMOTONG KHAS

(MESIN)

3 2 2 3 3 3 16 1

MEMOTONG SECARA MANUAL

(PENCAKAR/

RACUN)

2 1 3 3 2 1 12 2

AMPHIBIOUS

EXCAVATOR

2 2 1 2 2 2 11 3

PONTOON TRASH

RAKE

3 1 1 1 2 2 10 4

(22)

LAMPIRAN E CARTA PERBATUAN (PDCA) PEMBANGUNAN PROJEK

Tindakan

Aktiviti Carta Perbatuan (PDCA)

Bulan Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept

Minggu 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

PLAN

Penubuhan Kumpulan Mengenalpasti Masalah Pemilihan Projek

Pengumpulan Data & Analisa Cadangan Penyelesaian

DO

Pembangunan Prototaip & Fabrikasi Ujicuba 1

Perlaksanaan uji cuba 2 Penambahbaikan Perlaksanaan uji cuba 3

Kumpul Data & Penambahbaikan Akhir Perlaksanaan Ujicuba 4

CHECK

Penilaian dan analisa data Pemantauan projek

ACTION

Laporan KIK

Persiapan Pembentangan KIK Pertandingan KIK

PERANCANGAN SEBENAR

(23)

LAMPIRAN F1 Pembangunan Prototaip Invasive Macrophytes Cutter

-

IMC

(24)

LAMPIRAN F2 Pembangunan Prototaip Invasive Macrophytes Cutter

IMC

(25)

LAMPIRAN F3 Ujicuba 3 Invasive Macrophytes Cutter

IMC

(26)

LAMPIRAN F4 Ujicuba 4 Invasive Macrophytes Cutter

IMC

(27)

LAMPIRAN G1 KOMPONEN INVASIVE MACROPHYTES CUTTER

-

IMC

Battery & Controller

Cutter

Structure PVC Bouyancy Boat Water Float Sensor

Main Platform

Lifting Hanger

D.C Motor

Tie Steel Band / Bracket

(28)

LAMPIRAN G2 KOMPONEN INVASIVE MACROPHYTES CUTTER

-

IMC

Main Pusher Rod

IMC

Extended Rod / Lifter

(29)

LAMPIRAN G3

Gambar

Rajah 1 : Pintu Air JPS
Rajah 3 : Carta Organisasi Kumpulan Projek Khas
Rajah 4 : Sesi Brainstorming Kumpulan
Rajah 5 : Kaedah Analisa SMART*
+7

Referensi

Dokumen terkait