• Tidak ada hasil yang ditemukan

KURSUS PASCASISWAZAH KALI KEENAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KURSUS PASCASISWAZAH KALI KEENAM"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 2 Asas Kecemerlangan UMS

KURSUS PASCASISWAZAH KALI KEENAM

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar pasca- siswazah yang baru mendaftar dan selamat meneruskan pengajian kepada para pelajar senior.

Program Pascasiswazah

Kini kursus Pascasiswazah telah diberi pendekatan baru. la lebih tertumpu kepada program-program yang melibatkan pelajar bersama penyelia. Ini sejajar dengan matlamat universiti agar syarat 'bermastautin' iaitu satu semester untuk pelajar sarjana dan dua semester untuk pelajar doktor falsafah dapat dijalankan lebih berkesan.

Pihak universiti dad semasa ke semasa juga sedang berusaha meningkatkan lagi bilangan pelajar pasca- siswazah terutama daripada pelajar di Semenanjung Malaysia. Walaupun terdapat peningkatan, namun sambutannya masih belum begitu menggalakkan.

Sehingga kini seramai 60 orang pelajar pascasiswazah telah mendaftar dan insya-Allah, pada majlis konvokesyen kali pertama kelak, seorang pelajar sarjana dari Unit Biologi Tropika dan Pemuliharaan akan menamatkan pengajian beliau.

Selain itu, bersesuaian dengan perkembangan industri komputer serta informasi teknologi yang serba canggih ini, universiti juga berharap agar para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan yang ada seperti berhubung dengan penyelia masing-masing menerusi e-mel atau intemet.

Diharap Kursus Pascasiswazah Kali Keenam ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan membantu mereka dalam pengajian masing-masing. Saya juga ingin memaklumkan, iaitu seorang pelajar telah berjaya menukar program sarjananya ke peringkat Ph. D. Saya berharap saudara dan saudari sentiasa mengikuti kehendak Akta dan Peraturan Pengajian Pascasiswazah serta tanggungjawab yang telah digariskan.

Dengan niat, hasrat dan perancangan yang teliti, saya rasa saudara dan saudari boleh berjaya dalam pengajian ini. Saya ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang pelajar telah diberhentikan kerana prestasi yang tidak memuaskan. Jangan pula saudara dan saudari mengikut jejak langkah rakan- rakan ini, sebaliknya contohilah langkah calon yang telah berjaya menyiapkan tesis mereka. Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa akan membantu. Namun pada masa yang sama juga tidak akan teragak- agak untuk memberhentikan saudara-saudari jika prestasi tidak memuaskan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Penasihat Kursus Pascasiswazah iaitu YBhg Prof. Dato' Dr. Wan Rafaei Abdul Rahman serta para ahli jawatankuasa pelaksana yang dihoskan oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPsiKS) yang dipengerusikan oleh YBhg Prof. Dato' Dr. Abdul Halim Othman, para penyelia, para penceramah serta semua yang terlibat dalam menjayakan Kursus Pascasiswazah Kali Keenam ini.

Ucapan di Kursus Pascasiswazah Kali Keenam di Kampus Teluk Likas, Universiti Malaysia Sabah pada 27 Oktober 1997.

33

Referensi

Dokumen terkait