• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAMPIRAN B

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "LAMPIRAN B"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 LAPORAN MENGHADIRI KURSUS JANGKA PENDEK

ASEAN WATER LEADERS’S ROUND TABLE IN KOREA INTERNATIONAL WATER WEEK 2019

A : PARTICIPANT’S PARTICULAR

Nama : DATO’ Ir. SABRI BIN ABDUL MULOK

Jawatan : TIMB. KETUA PENGARAH (SEKTOR PAKAR) (JUSA B) Organisasi : JABATAN PENGAIRAN DAN MALAYSIA

B: MESYUARAT

Tajuk Kursus : ASEAN WATER LEADERS’S ROUND TABLE IN KOREA INTERNATIONAL WATER WEEK 2019

Tarikh : 3 HINGGA 07 SEPTEMBER 2019

Jangkamasa : 05 HARI

Tempat : EXCO, DAEGU, REPUBLIC OF KOREA.

Penaja : K-WATER, KOREA SELATAN

C: OBJEKTIF KURSUS

Mengeratkan hubungan dan berkongsi maklumat serta teknologi terkini di antara negara-negara ASEAN dalam bidang pengurusan sumber air.

D: LATARBELAKANG

Pengurusan sumber air adalah penting untuk memastikan penggunaan air adalah pada pada tahap optimum dan sumber yang tersedia untuk jangka

(2)

2 masa sederahana dan panjang. Pengurusan sumber air yang berkesan juga dapat meminimumkan risiko berkaitan bencana air seperti banjir dan kemarau panjang. Selain itu pengurusan sumber air yang berkesan juga dapat pengurusan bekalan air domestik, pengairan, penjanaan bekalan kuasa elektrik terjamin pada masa sekarang dan akan datang terjamin.

Untuk mencapai sasaran ini ia melibatkan perkara-perkara berikut:

I. Pembangunan polisi.

II. Prosedur dan proses kerja.

III. Perancangan strategik melibatkan pengurusan risiko dan asset.

IV. Pelan komunikasi dan penglibatan stakeholder.

V. Pengawasan (surveillance).

VI. Perancangan penyelenggaraan dan implementasi.

VII. Audit pematuhan (compliance auditing).

Program ini memberi pendedahan terperinci berkaitan aspek pengurusan sumber air dan bencana air. Ianya merangkumi subjek-subjek seperti berikut:

i. Water resource management using satellite information.

ii. Real-time water-related disaster monitoring using drones.

iii. Drought management using satellite information

iv. Rainfall observation and prediction technology using small radar v. Introduction of water hazard information platform

vi. NASA LIS structural overview and case study

Program ini dijalankan adalah dibawah penajaan Kerajaan Korea Selatan melalui K-Water Institute dengan tujuan memperkenalkan teknologi-teknologi terkini yang ada di Korea berkaitan pengurusan sumber air dan bencana berkaitan air. Mesyuarat khas ini melibatkan antara wakil Kerajaan Korea Selatan dengan wakil-wakil dari negara ASEAN berkaitan cadangan kerjasama dalam bidang pengetahuan dan kepakaran teknikal yang boleh dijalinkan diantara kedua belah pihak.

(3)

3 K Water merupakan agensi teknikal pengurusan air di Korea Selatan dan berkepakaran dalam merekabentuk, membina dan menyelenggara infrastruktur air lebih daripada 50 tahun.

Program pengurusan sumber air dan bencana air ini menyediakan pendekatan berstruktur kepada peserta yang terlibat untuk mendapatkan pemahaman, pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang diperlukan bagi urusan berkaitan sumber air meliputi software and hardware yang berkaitan.

Hasil dari mesyuarat diantara wakil kerajaan Korea Selatan dan delegasi negara-negara ASEAN ini adalah mengeluarkan deklarasi seperti berikut:

i. Menghargai air adalah asas penting untuk mencapai pembangunan mampan dan akan memberi sokongan padu untuk mencapai

‘Sustainable Development Goal 6’ (SDG 6) dan SDG-SDG yang lain.

ii. Berkongsi idea dan kerjasama antara negara-negara ASEAN untuk mencari penyelesaian kepada masalah air dan bencana yang berkaitan dengan air dengan mengiktiraf bahawa air adalah factor utama yang diperlukan untuk mencapai SDG.

iii. Berkongsi teknologi pengurusan air yang terkini seperti ICT, Internet of Things, pengunaan satelit dan siste radar untuk mempertingkatkan sistem pengurusan air bagi mengatasi isu bencana yang disebabkan air dan bersedian untuk ‘4th Industrial Revolution’

iv. Mengadakan perbincangan dan rundingan lebih kerap bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai pengurusan air dan bencana yang disebabkan air di kalangan negara-negara ASEAN dan untuk memperkukuhkan ‘Intergrated Water Resources Management (IWRM).

Sesi meja bulat ini adalah satu platform yang penting dalam mencari penyelesaian terbaik dan praktikal untuk negara-negara ASEAN berkongsi

(4)

4 pandangan dan pengalaman berkaitan pengurusan sumber air masing-masing dibawah pengaruh perubahan Iklim.

E: PENDEDAHAN DAN INPUT TERKINI

Mesyuarat dan perbincangan ini diformulasi mengikut keperluan jurutera- jurutera yang terlibat dengan pengurusan air dan bencana yang juga berkaitan secara langsung dengan pengurusan lembangan sungai. Sesi taklimat yang dijalankan dibuat secara langsung dengan menekankan perkongsian maklumat dan pengalaman setiap negara ASEAN yang terlibat. Melalui sesi sebegini peserta-peserta dapat mengenalpasti bidang tertentu yang boleh ditambahbaik dalam pengurusan sumber air di negara masing-masing. Antara sesi/topik yang sangat bermanfaat adalah seperti berikut:

a) Pengurusan risiko bencana (risk assessment)

b) Kerja-kerja penambahbaikan struktur/fasiliti air seperti empangan c) Struktur pengurusan sumber air di Korea Selatan dan di negara-negara

ASEAN yang turut serta.

Setelah menghadiri program ini, peserta berupaya memahami dengan lebih baik dan jelas berkaitan elemen-elemen utama melibatkan pengurusan sumber air dan bencana air akibat perubahan cuaca dunia.

F. LESSON LEARNT

Pekara-perkara utama yang dipelajari:

1. Menggunakan data-data satelit bagi meramal bencana air yang berpotensi

berlaku seperti banjir dan kemarau panjang.

2. Kepentingan mewujudkan Land Information System (LIS) yang lebih terkini dengan sokongan data data satelit terkini bagi meramal bencana air.

(5)

5 3. Pentingnya mewujudkan instutute yang berkepakaran dalam analisis kualiti air dan menjadi badan yang berupaya mewujudkan sistem yang bersesuaian bagi memberi perkhidmatan air bersih di semua sektor.

4. Dapat melibatkan diri dengan pengetahuan baru melalui perkongsian dengan negara-negara ASEAN dalam bidang pengurusan sumber air dengan teknologi terkini.

5. Mempersiapkan pegawai dengan pengetahuan dan ‘tool’ untuk menghadapi cabaran dalam pengurusan lembangan sungai selaras dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan kelestarian sumber air di Malaysia.

G: KESIMPULAN

Program mesyuarat, taklimat dan lawatan tapak yang dihadiri adalah sangat berinfomatif yang berkaitan maklumat mengenai langkah struktu dan bukan struktur mengenai pengurusan sumber air dan bencana yang berkaitan dengan air. Pihak pengurusan atasan yang berkaitan dengan pengurusan sumber air dan aspek yang berkaitan dengannya harus diberi peluang untuk menghadiri program ini bagi memahami dan memajukan pengetahuan di dalam pengurusan sumber air dan bencana yang berkaitan dengan air yang lebih baik dengan pakar-pakar dari Korea Selatan.

(6)

6 H : FOTO SEMASA BERKURSUS

(7)

7

(8)

8

(9)

9

Referensi

Dokumen terkait