• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lindung Diri, Lindung Semua JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV) 9 Julai 2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Lindung Diri, Lindung Semua JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV) 9 Julai 2021"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

`

SIARAN AKHBAR

JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV) SPECIAL COMMITTEE FOR ENSURING ACCESS TO

COVID-19 VACCINE SUPPLY (JKJAV)

BEKAS PESAKIT COVID-19 TIDAK PERLU TUNGGU TIGA BULAN UNTUK VAKSINASI

Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam persidangan 8 Julai 2021 telah memutuskan bahawa bekas pesakit COVID-19, iaitu individu yang telah pulih daripada jangkitan virus SARSCoV-2 tidak perlu menunggu selama tiga (3) bulan untuk menerima suntikan vaksin.

Keputusan ini dibuat berdasarkan pendapat pakar yang dibentangkan di persidangan tersebut yang menyatakan walaupun bukti terkini menunjukkan jangkitan semula jadi virus itu menghasilkan perlindungan yang baik terhadap jangkitan semula selama sekurang-kurangnya tiga bulan, namun kemunculan varian baharu virus ini menyebabkan ada keperluan bagi pemberian vaksin yang lebih awal daripada tempoh ditetapkan sebelum ini.

Sehubungan itu, bekas pesakit COVID-19 yang telah disahkan bebas daripada virus COVID-19 kini dibenarkan untuk divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menurut janji temu yang telah diberikan.

Namun begitu, bagi pesakit COVID-19 yang mendapat antibodi monoklonal anti-SARS-CoV-2 (anti-SARS-CoV-2 monoclonal antibodies) atau convalescent plasma sebagai sebahagian daripada rawatan COVID-19 hanya dibenarkan mendapat suntikan vaksin sekurang-kurangnya 90 hari selepas tarikh pulih dari jangkitan virus tersebut.

(2)

Ini adalah langkah berjaga-jaga yang diambil kini, sehingga terdapat maklumat tambahan, untuk mengelakkan kemungkinan gangguan terapi antibodi dengan tindak balas imun yang disebabkan oleh vaksin.

JKJAV juga ingin menggesa orang ramai yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19 untuk tidak hadir ke PPV walaupun telah mempunyai janji temu atau sebagai pengiring. Mereka yang terpaksa membatalkan janji temu ini akan diberikan satu tarikh baharu secara automatik kelak.

Lindung Diri, Lindung Semua

JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV) 9 Julai 2021

Referensi

Dokumen terkait

Various factors affect people’s willingness to receive the COVID-19 vaccination, including the safety and effectiveness of the vaccine itself, knowledge and trust in COVID-19 and

PASUKAN PETUGAS KHAS IMUNISASI COVID-19 COVID-19 IMMUNISATION TASK FORCE CITF PENGUMUMAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN BUKAN WARGANEGARA DI LEMBAH KLANG Selari dengan