• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mahasiswa iKOM bantu Pengusaha IKS Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Mahasiswa iKOM bantu Pengusaha IKS Perlis"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA

7 Jun 2016

Mahasiswa IKOM Bantu Pengusaha IKS Perlis

Kangar 7 Jun:Fungsi sesebuah universiti bukan saja bertujuan melahirkan graduan semata-mata, tetapi segala kemahiran dan kepakaran yang dimiliki pelajar dan pensyarahnya boleh digunakan untuk kebaikan masyarakat setempat.

Atas dasar tersebut, Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknousahawan (iKOM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menggunakan kepakaran mereka dalam membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Perlis

Bagi Mohamad Haziq Mohd Hidzir, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu berkata, peluang yang diberikan pensyarah untuk membantu usahawan kecil adalah pengalaman yang baik untuk mereka.

“Kami perlu mencari sendiri usahawan dan membantu menjenamakan kembali produk keluaran mereka.

“Kumpulan kami telah memilih untuk membantu pengusaha acar rebung dan buah-buahan, jadi kami perlu memikirkan cara pembungkusan yang lebih menarik dan memikirkan strategi promosi mengikut cara yang terkini dengan menggunakan segala ilmu yang dipelajari di kelas,”katanya.

Sementara itu bagi, Muhammad Ajmal Harun ketua kumpulan yang memilih untuk membantu pengusaha keropok lekor berkata, usahawan yang dibantunya sebelum ini mempunyai masalah dalam memasarkan produk keluarannya.

“Jadi kumpulan kami telah membuat kajian tentang pasaran dan promosi tentang masalah yang dihadapi oleh usahawan ini supaya kami mengetahui dengan lebih jelas kekangan yang perlu diatasi.

“Oleh itu, setelah kajian dilakukan kami terus membantu usahawan ini bermula dari aspek pembungkusan, menjenamakan kembali syarikat, mempelbagaikan produk serta membantu untuk mendapatkan pengesahan sijil halal bagi produk makanan ini,”katanya.

(2)

Unit Media Page 2 Ujar Muhammad Ajmal, kumpulannya berasa bangga apabila segala idea yang dicurahkan kepada usahawan itu digunapakai untuk mengembangkan perniagaannya.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat membantu usahawan-usahawan ini mengembangkan perniagaan mereka, mungkin sebelum ini produk yang dihasilkan kurang mendapat sambutan kerana kurang pengetahuan mengenai pemasaran.

“Segala pengalaman yang kami perolehi sepanjang membantu usahawan ini tidak akan diperolehi melalui pengajaran secara teori di dalam kelas sahaja sebaliknya kita perlu melakukan kerja di lapangan untuk meraihnya,”katanya lagi.

Timbalan Dekan Akademik iKOM, Dr. Hanum Hassan berkata, Program Tanggungjawab Sosial Korporat Universiti (UCSR) itu diadakan untuk subjek Komunikasi Pemasaran Bersepadu.

“Para pelajar dibahagikan kepada 27 kumpulan untuk membantu para usawahan IKS di Perlis bagi mempromosikan produk-produk jualan mereka.

“Ini adalah cara terbaik untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang konsep dan kaedah mengenai komunikasi pemasaran bersepadu kerana mereka perlu menggunakan segala kemahiran yang dipelajari secara teori,”katanya.

Ujar Dr. Hanum lagi, penglibatan pelajar dengan IKS membantu mereka memahami situasi sebenar yang berlaku dalam dunia perniagaan.

“Pengalaman ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah yang betul untuk memulakan perniagaan dan sebaik sahaja kursus ini tamat, para pelajar akan menyerahkan plan yang dihasilkan kepada syarikat tersebut sebagai UCSR kepada masyarakat di Perlis,”katanya lagi.

Dikeluarkan Oleh :

Mohd Basri Basir ([email protected]) Penolong Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Maszlee Malik berkata kementerian akan berusaha untuk membantu mempertingkat hubungan Universiti Malaysia Sabah UMS dengan pihak industri.. Menjelaskan perkara itu, Maszlee berkata, UMS

Model Pengkayaan Insan Berdasarkan Metrik Faktor Kecemerlangan Dari Profil KIR Nur Azuki Yusuff [email protected] Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah Universiti

Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik JKR PROJEK KONTRAKTOR TARIKH SIAP MAJLIS PENYERAHAN PROJEK Universiti Malaysia Perlis Pembinaan Reservoir Bagi Bekalan Simpanan Air

Disediakan Pusat Islam UniMAP-Diedit Unit Media TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG

Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis UniMAP merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan Duli Tuanku berdua bercemar duli

Berlainan dengan Universiti Malaysia Perlis UniMAP yang meletakkan kepercayaan bahawa hiburan jika kena pada tempatnya mampu membantu malah memberikan kebaikan kepada orang lain.. Ini

KAMARUDIN HUSSIN UniMAP VICE CANCELLOR For MOU SIGNING CEREMONY UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS AND BENEVOLENT FUND FOR OUTSTANDING STUDENTS BFOS *17th FEBRUARY 2013* LIBRARY

-mala Si erlis PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR a UniMAP - Universiti luar Negara Pada tahun 2012, Universiti Malaysia Perlis telah menghantar seramai 6 orang pelajar dari Pusat