• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manfaatkan kumpulan WhatsApp bantu keluarga positif COVID-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Manfaatkan kumpulan WhatsApp bantu keluarga positif COVID-19"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

Manfaatkan kumpulan WhatsApp bantu keluarga positif COVID-19

Beberapaminggu lalu, kami sekeluarga dikejutkan berita abang sulung dan iste- rinya disahkan positif COVID-19. Ujian sa- ringan terhadap anak mereka juga me- nunjukkan hasil sama.

Kami adik-beradik sepakat menubuh- kan kumpulan WhatsApp khusus sebagai pusat penyaluran maklumat kesihatan COVID-19, perancangan dan tindakan su- sulan wajar diambil serta pemantauan ke- adaan kesihatan ahli keluarga terbabit.

Walaupun belum dihubungi petugas Ke- menterian Kesihatan (KKM), emak ayah dan keluar- ga dua lagi adik yang kami kategorikan kontak ra- pat diminta melakukan ujian saringan dan kuaran- tin kendiri segera.

Sementara menunggu keputusan saringan dan panggilan KKM, kumpulan WhatsApp turut berpe- ranan memberikan peringatan dan memantau ke- adaan kesihatan keluarga abang sulung kami yang bergejala.

Kami menyusun jadual untuk mengingatkan ba- caan tahap oksigen menggunakan alat oximeter se- tiap empat jam, ambilan ubat mengikut jadual serta ambilan makanan kesihatan tambahan.

Fasa ujian COVID-19 dihadapi keluarga kami se- makin getir kerana seorang demi seorang ahli ke- luarga disahkan positif termasuk emak dan ayah.

Kumpulan WhatsApp menjadikan adik-beradik lain

fokus memantau keadaan kesihatan, bantuan kewa- ngan serta sokongan moral.

Ditakdirkan tiga ahli keluarga termasuk ayah menghidap strok dibawa ke Hospital Sungai Buloh kerana demam, sesak nafas dan dikategorikan go- longan berisiko tinggi.

Emak pula dibawa ke Pusat Penilaian Covid (CAC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bagi gejala kategori sederhana, manakala selebihnya diminta kuarantin kendiri kerana gejala ringan.

diminta kuarantin kendiri kerana gejala ringan.

Kumpulan WhatsApp terus menjalankan peranan signifikan. Kami menganjurkan majlis bacaan Ya- sin dan doa selamat hampir setiap hari dalam ta- lian. Semua ahli keluarga positif turut diminta ha- dir sekurang-kurangnya mendengar untuk membi- na kekuatan rohani.

Selepas lebih seminggu di hospital, ayah bersama dua ahli keluarga dibenarkan pulang, sekali gus me- legakan kami semua.

Sementara itu, keadaan kesihatan emak di CAC MAEPS dimaklumkan tidak begitu baik. Saya di- minta mendesak emak mengadu keadaan kesihatan- nya kepada pegawai perubatan bertugas tanpa ber- lengah.

Langkah itu menatijahkan emak dipakaikan alat bantuan oksigen dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Walaupun awalnya dikategorikan berisiko seder- hana ketika mula dimasukkan, beliau dikategorikan

pada tahap 4 ketika hendak dikejarkan ke hospital.

Emak mengalami penurunan kadar oksigen kesan radang paru-paru.

Sememangnya emak dan kami sekeluarga berna- sib baik. Hasil pemantauan serta langkah segera menghalang jangkitan kuman lebih teruk pada pa- ru-paru.

Beberapa hari kemudian, emak disahkan pulih dan dibenarkan pulang. Adik-beradik lain termasuk anak mereka juga beransur pulih.

Tidak dapat kami bayangkan jika pemantauan dan tindakan segera tidak dilakukan. Kemungki- nan kami tidak dapat melihat wajah seorang ibu lagi.

Jika tiada pemantauan dan tindakan segera, ke- mungkinan ahli keluarga lain tidak mendapat ra- watan sewajarnya, kebajikan terabai serta tidak mendapat sokongan moral mencukupi.

Situasi semasa jangkitan COVID-19 masih di ta- hap membimbangkan. Justeru, beberapa aspek ke- lemahan aspek pemantauan dan pengurusan pesa- kit COVID-19 memang dapat kami fahami.

Atas dasar itu, kami sedar menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah. Langkah proaktif me- maksimumkan fungsi kumpulan Whatsapp bagi si- tuasi dialami seperti keluarga kami dilihat begitu wajar dan signifikan.

Semoga pengalaman kami memberikan sedikit pengajaran kepada pembaca.

Dr Muhd Imran Abd Razak, Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontempori, Universiti Teknologi MARA Kampus Seri Iskandar

AUTHOR: Dr Muhd Imran Abd Razak SECTION: NASIONAL PAGE: 13 PRINTED SIZE: 396.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 13,113.00 ITEM ID: MY0044249448

Page 1 of 2 23 JUN, 2021

Manfaatkan kumpulan WhatsApp bantu keluarga positif COVID-19

Berita Harian, Malaysia

(2)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

SUMMARIES

Beberapa minggu lalu, kami sekeluarga dikejutkan berita abang sulung dan isterinya disahkan positif COVID-19. Ujian saringan terhadap anak mereka juga menunjukkan hasil sama. Kami adik-beradik sepakat menubuhkan kumpulan WhatsApp khusus sebagai pusat penyaluran maklumat kesihatan COVID-19, perancangan dan tindakan susulan wajar diambil serta pemantauan keadaan kesihatan ahli keluarga terbabit.

AUTHOR: Dr Muhd Imran Abd Razak SECTION: NASIONAL PAGE: 13 PRINTED SIZE: 396.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 13,113.00 ITEM ID: MY0044249448

Page 2 of 2 23 JUN, 2021

Manfaatkan kumpulan WhatsApp bantu keluarga positif COVID-19

Berita Harian, Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Wakil pihak lelaki dalam upacara melamar Menurut Tuan Haji Abdullah, orang-orang tua dahulu berpegang kuat pada bidalan "kalau hendak melamar anak, ‘lamar’ ibu bapanya dahulu” dan