Headline MAQIS larang import telur dari Singapura Language Bahasa Melayu
Media Title Berita Harian Sec�on/Page No Nasional
Date 17 Mac 2021 Journalist Bernama
Source Suratkhabar Remarks Halal
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.
MAQIS larang import telur dari Singapura
Mac 17, 2021 @ 10:21pm
Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) tidak akan mempertimbangkan permohonan pengimportan semula telur yang
tercemar dengan bakteria Salmonella Enteriditis (SE), dari Singapura.
MAQIS berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan kenyataan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada Ahad lalu, berkaitan pengesanan kehadiran bakteria SE pada konsainan telur eksport daripada Malaysia.
"MAQIS akan memastikan pegawai di lapangan memantapkan lagi pemeriksaan, supaya kebarangkalian telur itu diimport semula tidak berlaku.
"Kerjasama strategik dan operasi bersepadu MAQIS akan sentiasa diperkemaskan dan dipertingkatkan, bagi memastikan kawalan import komoditi pertanian dapat diperkukuhkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu menyatakan, MAQIS sentiasa merujuk DVS bagi apa-apa keputusan berkenaan isu yang berbangkit, berkenaan pengimportan dan pengeksportan komoditi haiwan dan hasilan haiwan terutamanya telur.
Headline MAQIS larang import telur dari Singapura Language Bahasa Melayu
Media Title Berita Harian Sec�on/Page No Nasional
Date 17 Mac 2021 Journalist Bernama
Source Suratkhabar Remarks Halal
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.
"Pihak MAQIS sangat komited memastikan isu yang membabitkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dii samping penternakan negara dapat dibendung serta dikawal," katanya. - BERNAMA