Headline JHEAINS sasar 1,500 diberi sijil tauliah penyembelihan Language Bahasa Melayu
Media Title Berita Harian Sec�on/Page No Wilayah
Date 21 Mac 2021 Journalist Bernama
Source Suratkhabar Remarks Halal
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.
JHEAINS sasar 1,500 diberi sijil tauliah penyembelihan
Mac 21, 2021 @ 4:31pm
PORT DICKSON: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyasarkan untuk memberikan sijil tauliah penyembelihan kepada 1,500 ahli kariah masjid terpilih di negeri ini menjelang hujung tahun ini.
Pengarahnya, Datuk Mohd Zaidi Ramli, berkata pengiktirafan sijil yang diberikan kepada ahli kariah berkenaan akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat bahawa haiwan disembelih itu adalah halal.
"Kita mempunyai 300 masjid di seluruh negeri dan setiap masjid akan menghantar lima wakil untuk menyertai kursus selama sehari. Port Dickson adalah daerah pertama diadakan dan daerah lain turut akan diadakan dalam masa terdekat.
"Ia adalah suatu inisiatif untuk memberi pengiktirafan kepada penyembelih awam kerana sebelum ini kita hanya memberi sijil kepada penyembelih komersial," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Tauliah Penyembelihan Peringkat Port Dickson di sini, hari ini.
Beliau berkata kursus itu bertujuan meningkatkan kefahaman kepada orang awam selain melatih generasi baharu mengenai teknik sembelihan halal dan amalan penyembelihan secara lebih mendalam.
Terdahulu seramai 111 ahli kariah terpilih dari sekitar Port Dickson menyertai kursus yang diadakan di Masjid Kariah Kampung Paya, dekat sini, hari ini.
Headline JHEAINS sasar 1,500 diberi sijil tauliah penyembelihan Language Bahasa Melayu
Media Title Berita Harian Sec�on/Page No Wilayah
Date 21 Mac 2021 Journalist Bernama
Source Suratkhabar Remarks Halal
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.
Sementara itu, beliau berkata JHEAINS kini sudah bersedia dengan sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan aktiviti yang dibenarkan di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini.
"Sekarang kita sedang rangka SOP dan tunggu pengumuman daripada kerajaan.
Jika tidak dibenarkan untuk adakan aktiviti di masjid, kita sudah siap sedia dengan SOP yang ada," katanya.
Pada 16 Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi di seluruh negara bagi menyambut ketibaan Ramadan pada tahun ini selain solat tarawih juga dibenarkan. – BERNAMA