• Tidak ada hasil yang ditemukan

"Kita juga akan memberi jaminan peluang perniagaan antarabangsa apabila sekatan perjalanan ditarik balik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan ""Kita juga akan memberi jaminan peluang perniagaan antarabangsa apabila sekatan perjalanan ditarik balik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

KUALA LUMPUR: Pusat Sehenti Usahawan Global (GLOPEC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal membuka jalan untuk produk buatan Sabah dipasarkan ke pasaran United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU).

GLOPEC adalah program di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) dan ditubuhkan melalui perkongsian strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) pada 2020 sebagai platform untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Sabah mengembangkan operasi perniagaan dan menghubungkan mereka ke pasaran yang lebih besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata kerajaan komited untuk menyokong pemulihan perniagaan selepas gangguan ekonomi global yang berlaku dalam dua tahun kebelakangan ini disebabkan oleh COVID-19.

"Melalui MOU itu, kementerian akan bekerjasama dengan TERAJU untuk memudahkan dan membantu GLOPEC meneruskan usaha pemasaran dan perdagangan mereka.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Kita juga akan memberi jaminan peluang perniagaan antarabangsa apabila sekatan perjalanan ditarik balik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Majlis menandatangani perjanjian itu adalah kemuncak daripada Misi Promosi UK, selain aktiviti promosi Taste of Sabah, dengan kerjasama 11 restoran Asia terkenal di London dan pertemuan perniagaan ke perniagaan (B2B) dengan pemborong, dan pengedar serta peruncit dalam talian.

Sementara itu, TERAJU berkata, GLOPEC berfungsi sebagai titik hubungan yang membabitkan semua agensi berkaitan perniagaan dan pengawal selia dalam pasaran yang disasarkan.

Ia juga, katanya, menjadi platform penyebaran maklumat pembekal dan pembeli serta peluang perniagaan yang berkaitan dengan PKS Sabah yang mengambil bahagian.

"GLOPEC juga menyediakan kursus latihan kepada PKS untuk memberikan pandangan tentang iklim perniagaan global, program kempen promosi dan publisiti serta penyertaan dalam pameran promosi," katanya.

Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulam Haidar@Yusof Khan Bahadar, berkata kerjasama itu adalah satu pencapaian penting untuk GLOPEC dalam memperluaskan jejak antarabangsanya.

Beliau berkata, Kumpulan Yayasan Sabah gembira menyaksikan kemajuan kerja keras GLOPEC dan rakan perniagaan antarabangsa strategiknya itu.

"Kami teruja dengan peluang untuk bekerjasama dan memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman rakan kongsi untuk memasarkan produk buatan Sabah di UK, Perancis dan pasaran Eropah yang lain," katanya.

Referensi

Dokumen terkait

[r]

vi mRNA messenger RNA NeuroGAP Neuropsychiatric Genetics of African Populations NGO Non-government Organisation NHI National Health Insurance NIDS National Income Dynamics Study NIH