• Tidak ada hasil yang ditemukan

meningkatkan penguasaan pelajar terhadap topik taburan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "meningkatkan penguasaan pelajar terhadap topik taburan"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

62

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP TOPIK TABURAN KEBARANGKALIAN MENGGUNAKAN ‘VIDEO PROJECT BASED LEARNING’

NOR HAFIZAH BINTI ABD MUJIB1, ROSLINA BINTI MUSTAFA2, MOHAMAD AINAN BIN MOHD ANUAL3

123Kolej Matrikulasi Johor, 84900 Tangkak, Johor.

Article history: Received:04 July 2019 Received in revised form: 26 August 2019 Accepted: 31 November 2019 Published online: 31 December 2019

_____________________________________________________________________

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam topik Taburan Kebarangkalian. Kumpulan sasaran adalah semua pelajar matrikulasi dan fokus kajian adalah khusus kepada pelajar Kolej Matrikulasi Johor. Kajian ini melibatkan 38 pelajar aliran akaun. Tinjauan awal mendapati pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan berkaitan Taburan Kebarangkalian. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam menyelesaikan soalan berbentuk masalah dalam subtopik Taburan Kebarangkalian menggunakan video project based learning. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah penghasilan projek video dan pelajar memuatnaik di aplikasi Whatsapp dan Youtube bagi tujuan perkongsian. Seterusnya, pembelajaran berasaskan video dilaksanakan. Analisis min skor dan Ujian-t digunakan untuk membandingkan pencapaian ujian pra dan pos. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan positif prestasi pelajar. Purata peningkatan markah pelajar adalah sebanyak 53%. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar berasa seronok dan perkongsian hasil video tersebut antara pelajar menjadikan mereka lebih teruja dan mahukan aktiviti ini diteruskan di masa akan datang.

Kata kunci: Projek Video, Pembelajaran Interaktif, Pembelajaran Abad Ke-21, ‘Blended Learning’, ‘Flipped Classroom’

(2)

63

ENHANCING STUDENT MASTERY ON TOPIC PROBABILITY DISTRIBUTION USING 'VIDEO PROJECT BASED LEARNING'

ABSTRACT

This study was conducted to increase student mastery in the topic of Probability Distribution. The target group is all matriculation students and the focus of the study is on the students of Johor Matriculation College. This study involved 38 accounting students. Preliminary research found that students were not able to solve questions related to Probability Distribution. This study aimed to improve student performance in solving problem-solving questions in the Probability Distribution subtopics using video project-based learning. Action planning is focused on the method of producing video projects and students uploading them on the Whatsapp and Youtube for sharing purposes. Next, video-based learning is implemented. Mean scores and T-test were used to compare pretest and posttest performance. Post test result shows a positive improvement in student performance. Average student’s score increases by 53%. The survey findings show that the students are having fun and by sharing the video among them makes them more excited and keener to continue the activity in the future.

Key Words: Video Projects, Interactive Learning, 21st Century Learning, 'Blended Learning', 'Flipped Classroom'

_____________________________________________________________________

(3)

64 PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Tajuk Taburan Kebarangkalian merupakan tajuk yang memerlukan pelajar memahami dan menyelesaikan soalan berbentuk masalah dan pelajar perlu menukarkan ayat soalan kepada ayat matematik bagi memudahkan mereka menjawab soalan Taburan Kebarangkalian. Pembelajaran interaktif dan efektif dapat menghidupkan suasana kelas seterusnya pelajar dapat memberi fokus apa yang dipelajari (Johari et. al, 2010).

Pernyataan Masalah

Dapatan dari markah kuiz mendapati pelajar tidak dapat menguasai tajuk ini. Melalui pemerhatian penyelidik, pelajar menjadi bosan dan berasa putus asa untuk menyelesaikan soalan berkaitan Taburan Kebarangkalian. Penyelesaian kepada soalan berbentuk masalah menjadi halangan besar kepada pelajar untuk memahami kehendak soalan (Ngah et. al, 2016).

Kelas tutorial adalah tempat di mana para pelajar dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kuliah masing-masing. Di dalam kelas ini, pensyarah dan para pelajar akan membincangkan segala permasalahan yang dihadapi terutamanya tentang soalan-soalan tutoran yang telah diberikan.

Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan selama sebulan, penyelidik mendapati 65% pelajar meninggalkan ruang-ruang kosong semasa menjawab soalan-soalan yang sukar dalam topik Taburan Kebarangkalian. Penyelidik mendapati bahawa masalah ini perlu ditangani dengan segera. Diharapkan dengan kaedah video project based learning dapat meningkatkan pemahaman pelajar.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pencapaian dan kemahiran pelajar dengan membantu pelajar menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah terhadap tajuk Taburan Kebarangkalian melalui pembelajaran berasaskan projek video.

Objektif Umum : Meningkatkan pencapaian pelajar Perakaunan Kolej Matrikulasi Johor dalam subtopik Taburan Kebarangkalian menggunakan “video project based learning”.

Objektif Khusus : Mengenalpasti 90% pelajar kumpulan eksperimen lulus dalam ujian pencapaian setelah didedahkan dengan “video project based learning”.

Soalan Kajian

(4)

65

1. Adakah pelajar dapat menyelesaikan soalan Taburan Kebarangkalian selepas menggunakan “video project based learning”?

Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting untuk:

a) Meningkatkan penguasaan pelajar dalam topik Taburan Kebarangkalian, b) Menjadikan pelajar lebih kreatif dan berdaya saing,

c) Dijadikan rujukan untuk pelajar sebagai pembelajaran kendiri.

TINJAUAN LITERATUR

Razak (2013) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan projek multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memotivasikan pelajar, mewujudkan pembelajaran yang bermakna, meningkatkan pemahaman dan pencapaian serta kreativiti pelajar.

Salah satu medium utama dalam pembelajaran berasaskan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dan idea baru bagi memastikan guru dan pelajar menjana kemahiran abad ke-21. Tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Mohsin et. al, 2011).

Menurut Kailani et. al (2011), aktiviti pembelajaran berasaskan video dapat menggalakkan pelajar belajar secara kendiri sekaligus mengatasi masalah kekangan masa di dalam kelas. Web portal yang diperkuatkan dengan video dan animasi juga diharap dapat memudahkan pemahaman kepada para pelajar.

Dalam kajian pendekatan kaedah multimedia interaktif ini, pelajar diberikan peluang untuk menggunakan perisian mengikut arah kendiri. Selain itu, konstruktivis percaya bahawa pendekatan pembelajaran secara aktif, spontan dan arahan kendiri adalah perlu (Basiron, 2012).

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran, khususnya mengajarkan Bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan penggabungjalinan penggunaan multimedia. Menurut Zamri et. al (2008), multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Pelaksanaannya terhadap murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca atau menulis akan memberi impak yang lebih positif. Hal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa. Sehubungan itu, murid-murid yang

(5)

66

menggunakan multimedia interaktif sebagai medium menguasai kemahiran membaca lebih fleksibel dan lebih bebas untuk mencari ilmu pengetahuan. Manakala menurut Doyle (2007), komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian tindakan. Pelaksanaan kajian dijalankan bermula dengan pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pensyarah memberikan beberapa soalan berbentuk penyelesaian masalah. Pelajar akan berbincang tentang soalan Taburan Kebarangkalian dan pensyarah bertindak sebagai fasilitator. Setelah mereka membuat perbincangan dalam kumpulan masing-masing, pelajar menyemak jawapan bersama pensyarah. Seterusnya, pelajar akan menjalankan projek video dengan merakam cara menyelesaikan soalan menggunakan telefon pintar. Pelajar membuat suntingan video tersebut kemudian mereka akan memuatnaik ke aplikasi Whatsapp dan Youtube untuk berkongsi video bersama rakan-rakan dari kumpulan lain.

Pelaksanaan Intervensi:

• Ujian pra : Pelajar menjawab Ujian 1 yang disediakan bagi tujuan mendapatkan gambaran awal masalah yang dihadapi oleh pelajar.

• Pelaksanaan dan penerapan pembelajaran berasaskan projek video kepada kumpulan sasaran.

Minggu Aktiviti Catatan

2

Menjalankan ujian pra : Mereka bentuk soalan untuk ujian pra dan pos untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar.

Menjalankan ujian pra (30 minit) bagi kumpulan sasaran.

Ujian pra mengandungi soalan-soalan dalam subtopik Taburan Kebarangkalian.

3

Analisis Data Tinjauan Awal : Mengenalpasti, merekod dan melapor markah ujian pra.

4

Menjalankan aktiviti intervensi : Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan kecil terdiri daripada 3 atau 4 orang pelajar berlainan aras akademik.

Memulakan perbincangan dan pelajar akan menjawab atas kertas masing- masing.

Menjalankan aktiviti pembelajaran interaktif menggunakan telefon pintar bagi penghasilan video kumpulan masing-masing.

(6)

67 Menyemak jawapan sejurus pelajar selesai menjawab bagi memastikan kaedah yang digunakan adalah betul.

Pelajar mula merakam cara menyelesaikan soalan.

Pelajar menyunting video yang telah dirakam dengan menambah audio muzik dan tulisan.

Pelajar memuatnaik video yang telah siap disunting di aplikasi whatsapp dan youtube untuk dikongsi dengan rakan- rakan lain.

Pelajar belajar melalui video yang telah dihasilkan oleh kumpulan lain pula.

Rujuk Gambarajah 1 dan 2.

Rujuk Gambajah 3 dan 4.

5

Menjalankan ujian pos : Menjalankan ujian pos (30 minit) untuk kumpulan sasaran.

Soalan ujian pos merangkumi subtopik Taburan Kebarangkalian.

6

Analisis Data ujian pos : Mengenalpasti, merekod dan melapor markah ujian pra.

Membuat analisis data dan perbandingan antara markah ujian pra dan pos.

Gambarajah 1, 2 dan 3 menunjukkan pelajar sedang melaksanakan pembelajaran berasaskan video.

Gambarajah 1: Pelajar membuat rakaman video

Gambarajah 2: Pelajar menghasilkan video

(7)

68 Gambarajah 3: Pelajar berkongsi video

di aplikasi Whatsapp

Gambarajah 4: Antara video yang dimuatnaik di Youtube

Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 38 orang pelajar perakaunan dari empat kelas sesi 2018/2019.

Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data adalah berdasarkan markah ujian pra dan ujian pos.

Kemudian, data dianalisis menggunakan SPSS bagi melihat perbandingan antara ujian pra dan ujian pos.

Analisis Data: Taburan Markah

Taburan markah ujian pra berbanding ujian pos bagi 38 orang pelajar kumpulan sasaran ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1. Taburan markah ujian pra dan ujian pos 0

20 40 60 80 100 120

1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 29 31 33 35 37

Ujian Pra Ujian Pos

Pelajar

Markah (%)

(8)

69

Secara keseluruhannya, markah pelajar bagi kumpulan sasaran sewaktu ujian pra menunjukkan kepelbagaian markah. Bagi ujian pra, markah tertinggi adalah 75% dan markah terendah adalah 0. Bagi ujian pos pula, markah tertinggi adalah 100% dan terendah adalah 45%. Peningkatan markah bagi ujian pos dengan 12 orang mendapat markah penuh 100% dan 25 orang daripada 38 orang mendapat gred A (80 – 100).

Jadual 1

Taburan statistik ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan sasaran (Statistik Deskriptif)

N Minimum Maximum Mean Std.

Deviation

pra 38 .00 15.00 6.0526 4.77577

pos 38 9.00 20.00 16.6842 3.30524

Valid N (listwise) 38

Jadual 1 menunjukkan markah purata pelajar kumpulan sasaran bagi ujian pra adalah 6.05/20 manakala markah purata ujian pos adalah sebanyak 16.68/20. Peningkatan markah purata menunjukkan semua pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik walaupun tahap kesukaran soalan yang diberikan adalah tinggi.

Ujian t

Ujian t bagi satu sampel berpasangan (Paired samples t-test) telah dilaksanakan untuk menilai kesan terhadap hasil intervensi ke atas markah pelajar dalam Ujian pra dan Ujian pos seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.

Jadual 2:

Statistik Ujian t bagi kumpulan sasaran Paired Differences

t df Sig.

(2- tailed)

Mean Std.

Deviation

Std.

Error Mean

95% Confidence Interval of the

Difference Lower Upper Pair 1

pra- pos

-1.063E1 3.58240 .58114 -11.80908 -9.45407 -18.294 37 .000

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dari Jadual 2 menunjukkan terdapat perbezaan peningkatan yang signifikan secara statistik bagi skor markah pelajar dari Ujian pra (purata: 6.05, sisihan piawai: 4.78) kepada Ujian pos (purata: 16.68, sisihan piawai: 3.31) berdasarkan nilai p

< 0.05. Ho adalah ditolak bermaksud terdapat perbezaan antara markah pelajar sewaktu Ujian pra dengan markah sewaktu Ujian pos. Ini menunjukkan peningkatan dalam pencapaian pelajar selepas menjalani proses intervensi.

Markah ujian pos menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan kepelbagaian markah pelajar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Peratus

(9)

70

peningkatan markah purata adalah sebanyak 53%. Ini bermakna pelajar dapat menyelesaikan soalan Taburan Kebarangkalian dengan baik.

Jadual 3 menunjukkan dapatan dari soal selidik yang diberikan kepada pelajar berdasarkan skala 1 – Sangat tidak setuju, 2 – Tidak setuju, 3 – Kurang setuju, 4 – Setuju , 5 – Sangat setuju.

Jadual 3

Dapatan soal selidik refleksi pelajar

Bil. Item 1 2 3 4 5

1 Saya seronok semasa menyertai aktiviti

ini. - - - 71.1% 28.9%

2 Aktiviti ini dapat membantu saya lebih

faham tajuk ini. - - - 52.6% 47.4%

3 Saya membuat persediaan sebelum

menyertai aktiviti ini. 7.9% 13.2% 57.8% 15.8% 5.3%

4

Saya dapat mengaplikasi apa yang dipelajari selama

ini.

5.3% 13.2% 60.5% 21.1%

5 Arahan untuk aktiviti adalah jelas. - - - 44.7% 55.3%

6 Saya lebih yakin untuk menjawab soalan

Taburan Kebarangkalian selepas ini. - - - 23.7% 63.2%

7

Pada pandangan saya, aktiviti ini berjaya dan patut diteruskan pada masa yang akan datang.

- - - 47.4% 52.6%

Secara keseluruhannya, lebih 50% pelajar memberi respon bahawa mereka lebih menguasai topik Taburan Kebarangkalian dan dapat menjawab soalan berkaitan topik ini.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN Perbincangan

Secara keseluruhannya berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelajar dapat menjawab soalan berkaitan Taburan Kebarangkalian dengan lebih baik.

Ini dapat menjawab persoalan kajian. Daripada respon pelajar juga mendapati mereka lebih seronok belajar dengan penghasilan video dan belajar menggunakan video yang mereka dan rakan-rakan hasilkan sendiri.

Melalui penghasilan projek video ini juga pelajar boleh melakukan latihan sendiri di luar waktu kelas di mana mereka hanya menggunakan aplikasi media sosial untuk menonton

(10)

71

video yang dihasilkan. Mereka dapat memantapkan pengetahuan sedia ada mereka dalam mengingat formula Taburan Kebarangkalian.

Implikasi Kajian

Kekuatan video projek ini adalah semua pelajar dapat mengambil bahagian dalam penghasilan rakaman video ini dan pelajar dapat menonton video tersebut berulang kali untuk memahami cara menyelesaikan soalan berbentuk masalah. Pelajar tidak berasa jemu dan mengantuk semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran.

Kesimpulan

Daripada kajian yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa cara pembelajaran berasaskan video dapat meningkatkan motivasi belajar dan menjadikan pelajar lebih berdikari. Penggunaan teknik pembelajaran berasaskan video dapat memberi impak positif kepada pelajar terutamanya pelajar Perakaunan. Pembelajaran menggunakan projek video juga menyuntik semangat mereka untuk mempelajari topik Taburan Kebarangkalian walaupun pelajar berasa topik ini amat sukar bagi mereka.

Pelajar berasa mereka lebih yakin dalam menjawab soalan Taburan Kebarangkalian dengan betul. Ini dapat dirumuskan hasil dapatan daripada borang soal selidik yang diberikan kepada pelajar seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.

Cadangan Kajian

Pelajar mahukan aktiviti ini diadakan lagi pada masa akan datang. Penggunaan aplikasi media sosial dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar topik Taburan Kebarangkalian. Perkongsian video dapat diperluaskan lagi kepada institusi pendidikan lain terutamanya di kolej-kolej matrikulasi seluruh Malaysia.

Antara komen dan cadangan yang diterima dari soal selidik pelajar:

1. Seronok, aktiviti ini harus diteruskan pada masa akan datang.

2. Program ini sangat membantu!! Seronok!

3. Aktiviti yang sangat bermanfaat.

4. Melaksanakan aktiviti ini dengan lebih kerap lagi.

5. Buat pada hujung minggu lebih baik kerana jika masa yang lebih panjang diperuntukkan, adalah lebih menarik.

6. Saya dapat mengetahui kelemahan saya.

(11)

72 RUJUKAN

Basiron, I. (2012). Kesan kaedah pengajaran multimedia interaktif dalam pengajaran Seni Visual (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Doyle. M. (2007). Learning language through information technology. Educational Technology, 30 (7).

Johari, N. A., & Harun, J. (2010). Pembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Persekitaran Pembelajaran Sosial Menerusi Web Bagi Menggalakkan Pembelajaran Aktif (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Kailani, I., & Muhammed, L. H. (2011). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Ratios, Rates And Proportions 11 Tingkatan Tiga. Journal of Educational Science and Mathematics, 1, 35-43.

Mohsin, M., Aqmal, S. F., & Hassan, R. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan ‘Streaming Video’bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar Abad ke-21.

Razak, R. A. (2013). Pembelajaran Berasaskan Penghasilan Penceritaan Digital Multimedia Bagi Menganalisis Novel Bahasa Melayu (Learning Based on Multimedia Digital Story Telling in Analysing Malay Language Novel). Jurnal Pendidikan Malaysia| Malaysian Journal of Education, 38(1), 53-64.

Ngah, N., & Zakaria, E. (2016). Keupayaan Pelajar Dalam Menjana Masalah, Menyelesaikan Masalah Matematik Dan Sikap Pelajar Terhadap Penyelesaian Masalah (Students' Ability in Problems Posing, Mathematical Problem-Solving and Attitudes Towards Problem Solving. Jurnal Pendidikan Matematik, 4(1), 1- 16.

Zamri, M., & Mahamed, A.(editor) (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi alam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu . Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Bagi Soalan 2, secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan peratus pelajar lelaki yang betul bagi kesemua kemahiran yang berkaitan dalam menyelesaikan masalah

Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan tahap keyakinan diri pelajar, tahap penguasaan kemahiran komunikasi serta persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran komunikasi oleh

ABSTRAK: Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar sekolah

kalangan pelajar dari segi aspek komunikasi, penyelesaian masalah dan bekerja dalam kumpulan adalah tinggi. Kemahiran bekerja dalam kumpulan adalah paling tinggi dikuasai

KBAT dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan kemahiran yang mempunyai hubungkait dengan pencapaian akademik pelajar (Idris et al., 2009). Ini menunjukkan kedua-dua

Kaedah kajian yang dijalankan adalah kaedah deskriptif iaitu kajian berbentuk tinjauan yang mana untuk mendapatkan segala maklumat daripada guru dan pelajar berhubung dengan

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan bahasa (KPB) dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar terhadap kata kerja al-mudari

Justeru, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan kefahaman, membina pengetahuan, pemahaman dan