511 METODE QURAN DALAM MENYAMPAIKAN HUJAH KEPADA
PENGANUT AGAMA KRISTIAN A Irwan Santeri Doll Kawaid
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: +60136069775, E-Mel: [email protected]
Abstrak
Antara kumpulan sesat yang sering mendapat perhatian Quran dengan memberikan mereka pelbagai hujah agar mereka sedar tentang kesilapan dan kesesatan mereka adalah golongan Nasrani atau yang lebih dikenali sebagai penganut agama Kristian. Mereka telah menyekutukan Allah dengan mendakwa bahawa Nabi Isa AS adalah anak-Nya, percaya kepada tuhan yang tiga dan juga melakukan pelbagai kesilapan lain. Jika diteliti pada metode-metode yang digunakan oleh Quran dalam menyampaikan hujah-hujahnya kepada mereka, didapati ia tidak menggunakan suatu metode tertentu, akan tetapi dengan menggunakan pelbagai metode. Justeru, kertas kerja ini cuba menganalisa metode-metode yang digunakan Quran dalam berhujah dengan golongan Nasrani dan mendedahkannya. Antara metode yang digunakan Quran dalam berhujah adalah metode penceritaan, Silogisme, Reductio Ad Absurdum, Apagogik dan sebagainya. Metode-metode yang digunakan Quran dalam penyempaikan hujah kepada golongan Nasrani perlu menjadi model dan panduan kepada umat Islam untuk mereka berhujah dengan orang yang menyimpang daripada jalan yang benar.
Kata kunci: metode, quran, hujah, kristian, Nasrani, Isa.
1. Pendahuluan
Selain golongan musyrikin dan Yahudi, golongan yang sesat yang banyak disebutkan dalam Quran adalah golongan Nasrani atau penganut agama kristian. Allah SWT banyak kali menyebutkan tentang mereka dan akidah dalam Quran sama bertujuan untuk menjelaskan tentang kesesatan mereka kepada umat Islam atau memberi hujah kepada golongan Nasrani tentang hakikat sebenar akidah mereka.
Golongan Nasrani adalah mereka yang beriman dengan ajaran Nabi Isa AS yang merupakan ajaran kesinambungan daripada ajaran Nabi Musa AS (al-Juhani et al., 1999, hlm 537) Tetapi mereka telah tersesat dengan menjadikan Nabi Isa sebagai anak Allah dan mereka tidak beriman dengan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Malah sesetengah mereka lebih sesat lagi dengan mendakwa Nabi Isa AS adalah tuhan (al-Qurtubi, 1953, jld. 6, hlm. 98). Selain itu, mereka turut mendakwa dengan pelbagai dakwaan tentang ajaran mereka yang tiada asalnya dalam agama mereka.
Bentuk kesesatan mereka yang terlalu serius, terutamanya dakwaan majoriti mereka bahawa Nabi Isa AS adalah anak Allah. Allah SWT banyak menegur kesesatan mereka dalam Quran dalam banyak surah dan ayat dengan memberikan penjelasan tentang keadaan perkara yang sebenar. Hal ini menunjukkan bahawa Allah SWT amat mengambil berat tentang kesesatan mereka dan Dia tidak
512 membiarkan mereka dalam kesesatan. Justeru jika diperhatikan, hanya Nabi Isa AS, iaitu nabi yang mereka mengakui sebagai anak tuhan, satu-satunya nabi yang kisahnya disebutkan sejak sebelum kelahirannya. Bahkan bukan itu sahaja, terdapat kisah lain berkaitan beliau seperti kisah keluarga beliau; nenek, ibu, bapa saudara dan kisah-kisah lain berkaitan dakwahnya dan dialognya dengan Allah SWT pada hari akhirat tentang kesesatan kaumnya. Ayat-ayat berkaitan kisah beliau disebut berulang-ulang kali dalam dalam pelbagai konteks untuk menunjukkan bahawa masalah kaumnya adalah serius dan perlu dibetulkan.
Jika diperhatikan dalam ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Isa AS dan ayat-ayat yang menjelaskan tentang kesesatan kaumnya, dapat dilihat bahawa Quran menggunakan pelbagai metode penghujahan dalam meyakinkan mereka tentang kebenaran Allah dan kesesatan mereka.
Penghujahan adalah satu pendekatan yang digunakan Quran bagi menangani masalah akidah yang dihadapi oleh golongan Nasrani. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” ( Surah al- ‘Ankabut, ayat 46.)
Dalam ayat ini, Quran melarang umat Islam daripada berdebat dengan golongan Nasrani kecuali dengan cara yang baik. Cara yang baik adalah dengan niat yang ikhlas, berilmu, beradab dan menatijahkan natijah yang baik (Al-AlMa’iy, 1984, hlm. 50, al-Qasim, 1994, hlm. 157). Manakala cara yang tidak baik adalah dengan kekecohan, tanpa ilmu dan menyembunyikan kebenaran (Al-AlMa’iy, 1984, hlm. 63). Berhujah dengan cara yang baik tersebut bukan sahaja disarankan, malah Quran sendiri menunjukkan cara tersebut iaitu dalam pelbagai metode. Justeru kertas kerja ini cuba menjelaskan tentang metode-metode yang digunakan oleh Quran dalam berhujah dengan golongan Nasrani iaitu bagi menzahirkan kebaikan metode-metode tersebut serta mendedahkan keampuhannya dalam berhujah dengan golongan Nasrani.
2. Metode Quran dalam Menyampaikan Hujah kepada Penganut Agama Kristian
Terdapat pelbagai metode yang digunakan Quran dalam berhujah dengan golongan Nasrani. Metode- metode itu sama ada dalam bentuk akal, emosi dan motivasi. Berikut dipaparkan metode-metode yang digunakan oleh Quran dalam berdebat dengan golongan Nasrani:
2.1. Metode Penceritaan
Penceritaan adalah mengkisahkan cerita. Terdapat banyak kisah yang terdapat dalam Quran sepertimana diketahui umum. Ia dibawakan bagi tujuan yang pelbagai. Antaranya untuk dijadikan pengajaran dan tauladan oleh manusia (al-Qattan, 2000, hlm. 301-302) atau untuk memunculkan semangat, perasaan empati dan membangkitkan emosi orang yang mendengarnya sehinggu mereka meniru hal-hal baik dalam kisah-kisah tersebut (Zanal, 2000).
513 Antara kisah yang terdapat dalamnya adalah kisah Nabi Isa AS. Kisah beliau merupakan antara kisah yang agak berlainan dengan kisah-kisah lain dalam Quran dan agak panjang. Hal ini kerana beliau merupakan satu-satunya nabi yang kisah hidupnya diceritakan semenjak sebelum beliau lahir sehingga ketika beliau bertemu Allah SWT di hari akhirat. Kisah beliau disebut dalam Quran pada surah Al Imran (ayat 33-58), surah Maryam (ayat 16-36) dan surah al-Maidah (ayat 116-120).
Pendetailan tentang kisah-kisah beliau semenjak sebelum beliau lahir seolah-olahnya bukan sahaja hendak menunjukkan kekuasaan Allah pada kelahiran beliau sahaja, tetapi juga untuk memberi tauladan kepada orang lain tentang ketaatan keluarga beliau, malah untuk menunjukkan tentang keseriusan masalah golongan yang menganggap beliau sebagai anak tuhan atau tuhan.
Dalam kisah-kisah tersebut, terdapat banyak situasi, contohnya doa nenenda beliau, dialog ibu beliau bersama malaikat, kelahiran beliau tanpa bapa, dialog beliau dengan kaum beliau serta pelbagai kisah lagi. Kisah-kisah ini diceritakan secara terperinci dalam ayat-ayat tersebut bukan sahaja sebagai bukti kekuasaan Allah dan untuk menjadi pengetahuan dan tauladan bagi orang beriman, malah juga sebagai hujah kepada golongan Nasrani. Kisah-kisah tersebut diceritakan secara terperinci agar lebih jelas keadaan beliau yang sebenar dan agar mereka tidak menjadikannya sebagai tuhan.
2.2. Metode Silogisme
Metode ini adalah bentuk logik. Istilah Silogisme (Syllogism) berasal dari bahasa Yunani yang bererti “mengumpul untuk difikir, dikira dan disimpulkan" (Syllogism t.t.) Silogisme adalah logik yang berbentuk deduktif yang terdiri dari premis utama, premis kecil, dan kesimpulan. Kata sifat (suku kata) juga dikenali sebagai argumen kategorik atau silogisme kategorik standard (Purwanto, 2019). Contoh silogisme:
Premis utama: Semua penghuni penjara adalah penjenayah.
Premis kecil: Abu adalah penghuni penjara.
Kesimpulan: Oleh itu, Abu adalah penjenayah.
Quran menggunakan metode silogisme dalam berhujah dengan golongan nasrani pada ayat firman Allah SWT yang bermaksud seperti berikut:
“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surah Al Imran, ayat 59)
Dalam ayat ini, Allah menyamakan Nabi Isa AS dengan Nabi Adam AS. Kedua-duanya tidak berbapa. Malah Nabi Adam AS diciptakan tanpa ibu dan bapa. Sedangkan Nabi Isa AS hanya tidak berbapa sahaja. Mereka adalah sama pada makhluk ciptaan tanpa bapa. Justeru jika Nabi Adam AS tidak dianggap sebagai anak tuhan maka secara logiknya Isa AS juga bukan anak tuhan.
2.3. Metode Menuntut Bukti Tentang Dakwaan
Menuntut bukti dalam berhujah tentang dakwaan adalah meminta pihak yang mendakwa tentang sesuatu dakwaan agar membawakan bukti terhadap dakwaan mereka. Jika mereka gagal untuk membawakan bukti terhadap dakwaan mereka bererti dakwaan mereka adalah tidak berasas dan
514 hanya semata-mata dakwaan yang kosong. Justeru segala pegangan yang diasaskan atas dakwaan tersebut juga adalah palsu. Contoh demikian itu adalah firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.”( Surah al-Baqarah, ayat 111)
Dalam ayat ini, pertama Allah menempelak mereka dengan mengatakan dakwaan mereka merupakan angan-angan mereka. Kedua Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW agar menuntut bukti daripada mereka tentang dakwaan mereka yang hanya mereka sahaja yang akan masuk syurga.
Tuntutan ini adalah satu cabaran supaya mereka membuktikan dakwaan mereka. Apabila mereka gagal menunjukkan bukti tersebut, maka dakwaan mereka adalah tidak berasas dan pegangan yang diasaskan atas dakwaan tersebut juga menjadi palsu.
Metode ini juga digunakan Quran ke atas mereka pada surah yang sama pada ayat 135-140.
2.4. Metode Menafikan Dakwaan Yang Salah Dengan Menegaskan Perkara Yang Sebalikknya.
Contoh 1, firman Allah SWT:
“Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”.
Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).” (Surah Al-Nisa’, ayat 171)
Contoh 2 firman Allah SWT:
“Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?” Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Maidah, ayat 17)
515 Dalam ayat-ayat ini, Allah menafikan dakwaan mereka yang salah bahawa Isa AS adalah anak-Nya, malah Dia bukan sahaja menjelaskan perkara yang sebenar tetapi juga turut memberikan penegasan yang kuat tentang perkara yang sebaliknya, iaitu Dia tidak mempunyai anak.
Metode ini juga digunakan ke atas mereka pada surah yang sama pada ayat 73 dan 76.
2.5. Metode Mendedahkan Kesalahan Dengan Menggunakan Fakta Sejarah Selain menggunakan hujah logik serta penegasan tentang keadaan yang sebenar, Quran juga menggunakan metode mendedahkan kepalsuan mereka dengan menggunakan fakta sejarah.
Contoh firman Allah SWT:
“Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?” (Surah al-Taubah, ayat 30)
Dalam ayat ini, Allah mendedahkan fakta sejarah bahawa akidah yang dipercayai dan dipegang oleh mereka ada persamaannya dengan apa yang dianuti dan diamalkan oleh orang kafir sebelum mereka, iaitu agama paganism. Bermaksud golongan Nasrani meniru akidah dan pegangan agama orang lain.
Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa akidah mereka adalah saduran daripada agama lain.
Akidah-akidah seperti triniti, anak tuhan, perayaan hari natal dan sebagainya, adalah berasal daripada ajaran paganism yang turut menganuti kepercayaan tersebut sebelum mereka (Frend, W. H. C. 1984, King, t.t.).
Walaupun golongan yang ditiru tidak dijelaskan secara terperinci oleh Quran kerana bukan fokusnya untuk memperincikan semua perkara. Namun, pendedahan ini dapat dibuktikan.
Selain akidah-akidah mereka tersebut, satu lagi amalan yang ditambah ke dalam agama mereka yang pada asalnya tidak terdapat dalam agama itu. Amalan tersebut adalah ‘Rahbaniyyah’. ‘Rahbaniyyah’
adalah kerahiban atau monastisisme. Ia merupakan cara hidup beragama dengan menafikan urusan- urusan duniawi termasuklah perkahwinan untuk sepenuhnya memfokuskan kepada perkara kerohanian (al-Fayumi, 1994).
Amalan ini pada asalnya tidak terdapat dalam ajaran nabi Isa AS (Wikipedia, t.t.). Ia ditambah setelah kewafataan beliau.125 Quran turut mendedahkan fakta sejarah tentang amalan rekaan ini sebagai penghujan kepada mereka bahawa dari segi sejarah malan ini tidak wujud dalam agama mereka.
Firman Allah SWT:
“Kemudian Kami iringi sesudah – mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya:
Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara)
125 Ibn Taymiyah, Al-Jawab al-Sahih li Man Baddala Din al-Masih. Saudi Arabia: Dar al-`Ashimah, 1999. hlm. 361.
516
“Rahbaniyyah” – merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik – derhaka.”(Surah al-Hadid, ayat 27)
Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan “اهوعدتبا” yang berasal daripada perkataan “عدتبا” yang bererti mereka-reka, mencipta (Mustafa et al., 1996). Mereka-reka adalah mengadakan sesuatu yang tidak wujud sebelum itu. Sungguh amalah tersebut merupakan rekaan mereka yang mereka tambah ke dalam agama mereka.
2.6. Metode Reductio Ad Absurdum
Reductio Ad Absurdum adalah penghujahan yang membantah pernyataan dengan menunjukkan bahawa jika sesuatu perkara itu tidak benar ia akan mengarah pada perkara yang tidak masuk akal, mustahil, atau tidak praktikal, atau untuk membuktikannya dengan menunjukkan bahawa jika perkara itu tidak benar, hasilnya akan tidak masuk akal atau tidak mungkin (Djana, 2017).
Metode penghujan ini terbahagi kepada dua, iaitu:
Penghujahan dengan pembuktian bahawa jika suatu pernyataan itu palsu, maka hasilnya pasti tidak masuk akal dan mustahil (Nicholas, R, t.t.). Contoh bagi penghujahan dengan menggunakan metode ini adalah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata):
“Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.” (Surah Al Imran, ayat 79)
Dalam ayat ini, perkara yang disampaikan oleh rasul-rasul adalah agar menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan-Nya sesuatu. Justeru, jika perkara itu yang disampaikan oleh mereka, maka hasilnya pasti mustahil bahawa mereka menyuruh manusia agar menyembah mereka. Maka dakwaan mereka adalah tuhan adalah dakwaan yang tidak masuk akal.
Kedua: Penghujahan dengan menyangkal suatu pernyataan dengan menunjukkan bahawa ia pasti akan menghasilkan kesimpulan yang tidak masuk akal, tidak masuk akal, atau tidak praktikal.
Contoh firman Allah SWT selepas ayat di atas tadi iaitu:
“Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?”(Surah Al Imran, ayat 79)
517 Dalam ayat ini, Quran menimbulkan persoalan tentang perkara yang sukar difikirkan dan seolah-olah mustahil apabila seseorang itu setelah beriman dan sudah jelas kepadanya perkara ketuhanan lalu dia menyuruh orang lain untuk menjadikan orang lain sebagai tuhan. Ia seakan-akan suatu perkara mustahil. Bagaimana mereka menjelaskan perkara itu.
2.7. Metode Apagogik
Metode Apagogik adalah membuktikan kebenaran sesuatu penyataan dengan menyangkal lawannya atau menyangkalnya dengan membuktikan sebaliknya. Contoh penghujahan Quran terhadap
golongan Nasrani dengan menggunakan metode ini adalah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: “Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangi-Nya”. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu?
(Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali” (Surah al-Maidah, ayat 18)
Dalam ayat ini, Quran menyangkal dakwaan mereka bahawa mereka adalah anak dan kekasih Allah dengan membuktikan ia tidak benar berdasarkan bukti bahawa Allah menurunkan ke atas mereka bala dan menyeksa mereka. Dengan bukti tersebut, terbatallah dakwaan mereka bahawa mereka adalah anak dan kekasih Allah kerana tidak mungkin seorang kekasih atau bapa menyiksa kekasih atau ananknya sendiri.126
2.8. Metode Mubahalah
Mubahal dari sudut bahasa adalah saling melaknat.127 Dari sudut istilah, ia merupakan dua kumpulan yang saling bercanggah mengucapkan kalimat laknat Allah ke atas orang zalim di kalangan kami.128 Ia digunakan dalam berhujah dengan golongan Nasrani apabila mereka tetap kekal dengan pendirian mereka yang salah walaupun mereka telah diyakinkan dengan pelbagai hujah.129 Contoh penghujahan Quran terhadap golongan Nasrani dengan menggunakan metode ini adalah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami
126 al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad. al-Jami‘li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Shu‘ab, 1372H. jld. 6. hlm. 120-121.
127 Al-Razi, Muhammad bin Abu Bakar. Mukhtar al-sihah. Beirut: al-Maktabah al-Asriyah, 1999. Hlm. 41.
128 Al-Barakatī, Muḥammad 'Amīn al-Iḥsān al-Mujaddadī. Al-Ta'rīfāt al-Fiqhiyyah. Beirut: Dār al-Kutub al-'Ilmiyyah, 2003. Hlm.192.
129 Al-Ma’I, Manhaj al-Jadal fi al-Quran al-Karim. Hlm. 270-271.
518 serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-
sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.130
2.9. Metode Berhujah Dengan Kitab Suci Mereka Sendri.
Dalam berhujah, pihak yang dihujahi biasanya tidak menerima hujah atau bukti yang dikemukan oleh pihak lawan jika hujah tersebut diambil daripada kitab suci pihak lawan. Antara sebab mengapa mereka tidak menerima perkara tersebut adalah kerana mereka merasakan kitab suci mereka lebih superior daripada kitab suci pihak lawan dan mereka meragui kebenaran kitab suci pihak lawan.
Justeru, untuk membuatkan mereka yakin, Quran menggunakan bukti yang terdapat dalam kitab mereka sendiri untuk membuktikan apa yang Quran dakwa. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji;
dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang- orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”131
2.10. Metode Targhib dan Tarhib
Taghrib dalam istilah syara' ialah "menggalakkan manusia beribadat kepada Allah, membuat kebaikan, melakukan amal soleh, berakhlak mulia, dan melakukan segala perkara yang diperintahkan Allah dalam kitabNya dan melalui lidah RasulNya serta memimpin manusia ke arah tersebut dengan dorongan ingin mendapatkan apa yang telah dijanjikan Allah dengan balasan yang baik serta pahala yang banyak di dunia dan akhirat. Tarhib pula bermaksud memberikan rasa gerun dan menakut- nakutkan dengan perkara buruk.132
Selain menggunakan metode penghujahan berbentuk akal, Quran juga menggunakan metode penghujahan berbentuk jiwa, iaitu dengan memberi galakkan atau ancaman agar mereka sedar tentang kesilapan mereka dan tentang akibat baik dan buruk yang akan diterima sekiranya mereka patuh atau menolak kebenaran.
Targhib
Dalam penghujahan berbentuk targhib, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
130 Surah Al Imran, ayat 61.
131 Surah al-Araf, ayat 157.
132 Hussin, Syed Abdurahman Syed. Pendekatan Taghrīb dan Tarhīb dalam Penyampaian Dakwah. Jurnal Usuluddin, 2005, 21: 117-138.
519
“Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.”133
Dan firman Allah:
Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al- Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya. 134
Dalam ayat-ayat ini, terdapat seruan Allah agar mereka bertaubat. Seruan untuk bertaubat ini disertakan dengan penegasan dengan tentang sifat-Nya yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, janji syurga dan rezeki untuk mereka bagi mengalakkan dan meyakinkan mereka bahawa jika mereka bertaubat pasti mereka mendapat perkara itu. Ia adalah satu motivasi dari sudut jiwa agar mereka bertaubat.
Tarhib
Dalam penghujahan berbentuk tarhib, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): “Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)”. Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”135
Dan firman Allah:
“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” 136
133 Surah al-Maidah, ayat 74.
134 Surah al-Maidah, ayat 65-66.
135 Surah al-Maidah, ayat 19.
136 Surah al-Maidah, ayat 73.
520 Dalam ayat-ayat ini, terdapat ancaman daripada Allah SWT tentang kedegilan mereka dengan Dia menyatakan bahawa Dia maha berkuasa atas setiap sesuatu, iaitu Dia boleh melakukan apa sahaja termasuk menghukum mereka dengan hukuman yang sangat berat dengan kekuasaan-Nya dan Dia sungguh akan mengenakan mereka dengan azab yang sangat pedih jika mereka masih terus berdegil dengan kesesatan mereka. Hujah-hujah ini merupakan ancaman yang berat daripada Allah SWT agar mereka kembali ke jalan yang benar.
2.11. Metode Mencari Titik Persamaan
Mencari titik persamaan bukanlah bererti bertolak ansur terhadap kesalahan mereka. Tetapi bererti menumpukan kepada perkara yang sama pada kedua-dua pihak dan menfokuskan pada berpegang dengannya serta mengelakkan daripada perkara yang ranting yang menjadi punca pertikaian di antara kedua-dua belah pihak. Pihak yang bersalah terkadang leka sehingga mereka alpa dengan perkara yang pokok lalu mereka terus dalam kesesatan. Seruan ini kepada titik persamaan ini akan membuatkan mereka kembali sedar terhadap asas agama mereka yang selama ini mereka alpa.
Firman Allah dalam perkara ini yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.
Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. 137
Selain hujah ini menunjukkan bahawa asas agama mereka dan agama Islam sama, ia juga menunjukkan bahawa Islam bersifat objektif dan tidak bersifat radikal.
3. Kesimpulan
Berdasarkan metode-metode yang didedahkan dalam kertas kerja ini, didapati bahawa Quran menggunakan pelbagai metode dalam berhujah dengan golongan Nasrani bagi menyedarkan mereka tentang kesesatan mereka serta menjadi panduan untuk umat Islam. Metode-metode yang digunakan Quran dipelbagaikan bentuknya bagi mempelbagaikan sudut yang mereka boleh menerima kebenaran daripadanya. Namun, amat malang bagi mereka, malah bagi anak melayu yang terpesona dengan kepalsuan mereka, yang meskipun telah diberikan pelbagai hujah melalui pelbagai pendekatan tetapi masih ramai di kalangan mereka yang kekal dengan akidah mereka serta tidak menyedari kesilapan. Metode-metode Quran yang didedahkan sangat menarik dalam memberi penghujahan dan sepatutnya dijadikan model oleh umat Islam dalam mereka berhujah dengan orang bukan Islam.
4. Bibliografi
Al-AlMa’iy, Zahir Iwadh. (1984) Manhaj al-Jadal fi al-Quran al-Karim. T.t. p.
137 Surah Al Imran, ayat 64.
521 Al-Alusi, Mahmud al-Husaini. Ruh al-Maani fi Tafsir al-Qur'an al-Azim. Qahirah: Dar Ihya al-
Turath al-Arabi. T.t.
Al-Barakatī, Muḥammad 'Amīn al-Iḥsān al-Mujaddadī. Al-Ta'rīfāt al-Fiqhiyyah. Beirut: Dār al- Kutub al-'Ilmiyyah, 2003.
Al-Fayumi, Muhammad Ibrahim. Tarikh al-. Fikr al-Dinial-Jahili. Beirut: Dar al-Fikr al-ʿArabi, 1994.
Al-Juhani. Mani’ bin Hammad et al, Mawsu’ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Ahzab al- Mu’asarah. Riyadh: Dar al-Nadwah al-Ilmiyyah.
Al-Qasim, Khalid b. 'Abdullah. al-Hiwar ma`a Ahl al-Kitab: Ususuhu wa Manahijuhu fi al-Kitab wa al-Sunnah. Riyadh: Dar al-Muslim. 1414H.
Al-Qattan, Manna’. Mabahith fi Ulum al-Quran. Abidin: Maktabah Wabiyyah. 2000.
al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad. al-Jami‘ li Ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Shu‘ab, 1372H.
Al-Razi, Muhammad bin Abu Bakar. Mukhtar al-Shihah. Beirut: al-Maktabah al-Asriyah, 1999.
Djana, Sinarahardja. Pembuktian Definisi dengan Reductio Ad Absordum dan Aplikasi Reductio Ad Absordum dalam Akuntansi Biaya. Jurnal Digit, 2017.
Hussin, Syed Abdurahman Syed. Pendekatan Taghrīb dan Tarhīb dalam Penyampaian Dakwah. Jurnal Usuluddin, 2005, 21: 117-138.
Ibn Taymiyah, Al-Jawab al-Sahih li Man Baddala Din al-Masih. Saudi Arabia: Dar al-`Ashimah, 1999. hlm. 361.
Mustafa, Ibrahim et al. al-Mu'jam al-Wasit. Deoband: Kutub Khanah Husainiah. 1996.
Purwanto, Muhammad Roy Ilmu Mantiq/ Muhammad Roy Purwanto. Yogyakarta: Universitas Islam Indonesia, 2019.
Satiawan, Zenal. Kisah Al-Qur’an Sebagai Media Pendidikan. Nukhbatul'ulum: Jurnal Bidang Kajian Islam, 2020, 6.1: 30-49.
Laman Web
Nicholas, R. (n.d.). Reductio ad Absurdum. The Internet Encyclopedia of Philosophy. Diakses pada July 27, 2021, daripada https://iep.utm.edu/reductio/
Syllogism. (n.d.). Online Etymology Dictionary. Diakses pada July 27, 2021, daripada https://www.etymonline.com/search?q=Syllogism
522 King, M. L. J. (n.d.-b). The Influence of the Mystery Religions on Christianity. Stanford University’s
Martin Luther King, Jr. Institute. Diakses pada Julai 27, 2021, daripada
https://kinginstitute.stanford.edu/king-papers/documents/influence-mystery-religions- christianity.
Wikipedia. (n.d.). Monasticism. Diakses pada Julai 27, 2021, daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Monasticism