• Tidak ada hasil yang ditemukan

MIEIP 2020 tingkatkan kebolehpasaran bidang kejuruteraan Mikroelektronik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "MIEIP 2020 tingkatkan kebolehpasaran bidang kejuruteraan Mikroelektronik"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

MIEIP 2020 Tingkatkan Kebolehpasaran Bidang

Kejuruteraan Mikroelektronik

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 17 Ogos -Seramai 24 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) antara 102 peserta bagi program MoE Intel Elite Internship Program (MIEIP) Siri ke-2 iaitu program inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Intel Malaysia Sdn Bhd.

Program itu berlangsung selama lima minggu mulai 3 Ogos sehingga 4 September 2020 di Kulim Kedah bertujuan bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan khususnya dalam bidang kejuruteraan Mikroelektronik.

Lebih membanggakan pensyarah kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan

Mikroelektronik UniMAP, Ir. Ts. Dr. Razaidi Hussin turut dilantik sebagai Penyelia MIEIP 2020.

Dr. Razaidi berkata program itu direka untuk melengkapkan pelajar peringkat Sarjana Muda dengan kemahiran dalam merekabentuk litar terkamir menerusi bidang digital.

Ujarnya, program berkenaan mula diperkenalkan pada Jun 2019 dengan pengisian aktiviti kali ini diselaraskan oleh UniMAP iaitu menerusi Latihan Intensif Jurutera Rekabentuk Cip (Industry Certified Design) turut membabitkan 16 pensyarah Universiti Awam (UA) yang menawarkan Program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

“Latihan intensif ini adalah dengan memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah menggunakan perisian Synopsys yang memenuhi piawaian industri untuk merekabentuk cip serta industri berkait rapat dalam bidang semikundoktor elektronik,” katanya.

Selain UniMAP, 30 pelajar adalah dari Universiti Malaya, 22 pelajar Universiti Teknologi

Malaysia, 13 pelajar Universiti Sains Malaysia, lima dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Universiti Kebangsaan Malaysia (4 pelajar), Universiti Malaysia Pahang (UMP) (3 pelajar) serta seorang pelajar masing-masing dari Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tambah Dr Razaidi, kesinambungan daripada program berkenaan pelajar akan menghasilkan projek tahun akhir berdasarkan tajuk dari industri yang diselia bersama oleh mentor atau penyelia dari Intel selain dapat menyertai pertandingan Innovate Malaysia Challenge (IMDC) anjuran Dream Catcher Consulting Sdn Bhd.

“Fasa ketiga bagi program ini adalah dimana pelajar yang menyertai program ini akan ditawarkan pekerjaan sebagai Graduate Trainee di Intel Malaysia Sdn Bhd dan seterusnya diserap sebagai pekerja tetap.

(2)

“Oleh itu, program ini dilaksanakan berdasarkan elemen bidang kepakaran di dalam revolusi industri 4.0 yang banyak menekankan ke arah proses pengautomasi secara elektronik

sekaligus graduan dalam bidang ini dapat bersedia untuk terus diserap bekerja dalam industri elektronik tanpa latihan praktikal tambahan,” kata beliau.

Referensi

Dokumen terkait

BERSEPADU SERTA KERJA BERKAITAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA SELANGOR 08-06-2009 AKTIF KEJURUTERAA N ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KEMENTERIAN PENGAJIAN

Sc Hons Chemistry UKM, Malaysia 1993 Diploma in industrial Chemistry UiTM Malaysia 1986 CAREER HISTORY SENIOR LECTURER – Universiti Teknologi Mara UiTM Since 2007 until present

Kolaborasi UiTM, Nattest jayakan siasatan kerja kejuruteraan Oleh ABDUL RAZAK IDRIS 13 Januari 2022, 4:38 pm.. SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara UiTM melalui Institut Kejuruteraan

FEASIBILITY STUDY ON SOLAR POWER STRENGTH AND DISTRIBUTION IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UiTM PULAU PINANG SITI SALWA BINTI ZULKIFLI 2016666078 BACHELOR OF MECHANICAL ENGINEERING

Elankovan Sundararajan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Projek ini diadakan untuk membangun satu aplikasi khas untuk pelajar Universiti

Diterbitkan pada 11 APRIL 2022 JABATAN SAINS GUNAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PULAU PINANG PENANG, MALAYSIA SIDANG REDAKSI Penaung Prof.. Salmiah Kasolang Penasihat

SENARAIEDARANLUARA~ Pendaftar Universiti Malaya UM lembah Pantai 50603 KUALA LUMPUR Pendaftar Universiti Sains Malaysia USM 11800 Minden PUlAU PINANG Pendaftar ff,-- Universiti

Johan Keseluruhan SINARAN Universiti Kebangsaan Malaysia UKM 2 Inovasi Harapan TITANIUM Universiti Teknologi MARA UiTM 3 Fasilitator Terbaik BEST Universiti Putra Malaysia UPM Kategori