• Tidak ada hasil yang ditemukan

MOTAC komited bantu tangani isu industri pelancongan Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "MOTAC komited bantu tangani isu industri pelancongan Sabah "

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

MOTAC komited bantu tangani isu industri pelancongan Sabah

2022-12-08T17:12:46+08:00

KUNJUNGAN: Jafry (tiga kiri) dan Tiong (empat kiri) bersama rombongan KEPKAS dan wakil MOTAC selepas kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Isu pembaharuan lesen bas persiaran dan kenderaan sewa pandu (BPKSP) yang dihadapi oleh pengusaha pelancongan di Sabah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Jafry dan rombongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS) mengadakan kunjungan hormat kepada Tiong di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Putrajaya hari ini.

Tiong berkata, pihaknya memandang serius berhubung perkara yang melibatkan pengoperasian sektor pelancongan.

Beliau juga komited untuk menyelesaikan isu terbabit secara tuntas bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memulihkan sepenuhnya industri pelancongan negara mampu dicapai dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Tiong turut berbesar hati untuk membantu menaik taraf kawasan atau premis pelancongan tempatan di negeri ini.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Sementara itu, Jafry yakin kerjasama strategik di antara KEPKAS dan MOTAC bakal memberi impak besar khususnya kepada pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan di negeri ini.

Selain itu katanya, dalam memastikan penggiat industri pelancongan terus berdaya saing, KEPKAS akan memohon bantuan atau insentif kerajaan menerusi MOTAC.

Menurutnya, ia bagi membantu dari segi promosi dan pemasaran produk-produk pelancongan dan kebudayaan yang ada di Sabah.

Jafry berkata, trend pelancongan masa kini sama ada tempatan atau asing dilihat lebih memilih produk serta destinasi pelancongan berasaskan komuniti.

"Kita lihat trend pelancongan kita sudah berbeza, kini lebih ramai yang pergi ke tempat seperti ini dan mereka mahu melihat alam semulajadi yang cantik sekali gus merasai kehidupan serta budaya masyarakat di sesebuah tempat," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik hasrat Tiong untuk membantu pengusaha pelancongan menaik taraf kualiti infrastruktur sedia ada bagi memberi keselesaan kepada pelancong.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh Sandhu; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman dan Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan,

Kebudayaan dan Alam Sekitar Mohd Kurniawan Naim Moktar.

• oleh

Siti Aisyah Narudin

Referensi

Dokumen terkait

They found the taxonomy of various clustering and routing techniques in WSNs based upon metrics such as power management, energy management, network lifetime, optimal cluster head

Scope of the Research This research will be limited on the problems pronunciation and vocabulary in speaking faced by the third semester of students of English department at