NO SEBUTHARGA : JPS(SH)/PLSK/29/2020
TAJUK SEBUT HARGA :
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KELODAK DI DALAM CHAMBER RIVER WATER TREATMENT
PLANT (RWTP) BATU 2 SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN (TAWARAN SEMULA)
TAKLIMAT SEBUT HARGA
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SENARAI KANDUNGAN
1. PENGKHUSUSAN/KELAS KONTRAKTOR
2. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA DAN TARIKH MUAT TURUN SEBUT HARGA
3. LOKASI DAN KOORDINAT KAWASAN PEMBINAAN
4. SKOP KERJA
5. GAMBAR/VIDEO KEADAAN DI TAPAK 6. TEMPOH SIAP KERJA
7. PEGAWAI JPS YANG BERTANGGUNGJAWAB
PENGKHUSUSAN / KELAS KONTRAKTOR
Kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut :
a. Berdaftar dengan CIDB di WPKL.
b. Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).
c. Sijil Taraf Bumiputera (STB)
d. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dibawah bidang berikut :
GRED G1
KATEGORI CE
PENGKHUSUSAN
CE32 – Kerja Penyelenggaraan Kejuruteraan Awam Atau
CE21 – Pembinaan Kejuruteraan Awam
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA DAN TARIKH MUAT TURUN SEBUT HARGA
Tarikh Tutup Sebut Harga : 13 Ogos 2020 (Khamis)
(Dokumen sebut harga perlu dikembalikan dalam bentuk hard copy dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga secara pandu lalu di Kawasan Tempat Letak Kereta, Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 10.30 pagi sehingga
jam 12.00 tengahari pada hari tersebut)
Tarikh Muat Turun Sebut Harga :
7 Ogos 2020 (Jumaat) sehingga 13 Ogos 2020 (Khamis)
LOKASI DAN KOORDINAT KAWASAN PEMBINAAN
• Lokasi adalah di RIVER WATER TREATMENT (RWTP) BATU 2
• Koordinat adalah : (Lat : 3.247581 Long : 101.682550)
• Kontraktor diwajibkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan
tapak. Taklimat dan Lawatan tapak akan diadakan pada 6
Ogos 2020 (Khamis). Kontraktor diminta untuk sentiasa
mengambil perhatian dan mematuhi serta memenuhi SOP
yang telah ditetapkan oleh KKM dan MKN iaitu dengan
mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19
seperti mengawal penjarakkan sosial dan memakai pelitup
muka “mask”.
LOKASI
• Lokasi daripada Google Maps
LOKASI RWTP Lat : 3.247581 Long : 101.682550
SKOP KERJA
1) Melaksanakan kerja-kerja awalan
Kerja-kerja permulaan termasuk mobilization dan demolization, pembersihan tapak dan tanggungan kerosakan serta kerja berkaitan:
Menyediakan insuran dan dokumen-dokumen yang berkenaan dengan kerja ini termasuk tanggungan kerosakan kepada perkara berikut :
• Insurans Tanggungan Awam (Public Liability)
• Insurans Kerja (Insurance of Work)
• Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)
Menyediakan jadual pelaksanaan perkhidmatan (CPM) dalam bentuk softcopy dan hardcopy sepertimana arahan Pegawai Penguasa
Menyediakan gambar-gambar kemajuan kerja dalam bentuk softcopy dan hardcopy laporan bergambar sebelum, semasa dan selepas perlaksanaan kerja
Menyediakan peralatan keselamatan untuk kerja-kerja penyliaan dan pemantauan di tapak yang mematuhi (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) sepertimana yang di bawah
SKOP KERJA
2) Menyediakan peralatan, jentera, bahan, tenaga kerja serta keperluan dan kelengkapan untuk melaksanakan kerja membuang kelodak/pasir/sampah dan bendasing dalam struktur River Water Treatment Plant (RWTP) dengan sempurna
Kerja-kerja mengepam dan membuang air di dalam chamber
• Inlet (dari pintu slide gate), Balencing Tank, Aeration Tank, Sediment Tank, Filtration Tank dan Outlet
Kerja-kerja membuang kelodak/pasir/sampah/bendasing dalam strukur chamber
• Crest gate, Inlet, Balencing Tank, Aeration Tank, Sediment Tank, Filtration Tank dan Outlet
Kerja-kerja mencuci dan membuang segala kotoran/lumut/sisa kelodak di struktur dinding, rasuk dan lantai
• Inlet, Balencing Tank, Aeration Tank, Sediment Tank, Filtration Tank dan Outlet
Kerja-kerja membuka, mengangkat keluar biomedia cages dan mencuci bersih struktur cages tersebut termasuk biomedia jenis ASFF plastic bottle serta mengganti rosak
• Aeration Tank
SKOP KERJA
3) Menyediakan peralatan, jentera, bahan, tenaga kerja serta keperluan dan kelengkapan untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan di struktur River Water Treatment Plant (RWTP) dengan sempurna
Kerja-kerja berkaitan di struktur plant
• Kerja-kerja mebaiki struktur pipe blower termasuk pipe fitting diffuser size di Aeration Tank
• Kerja-kerja membekal dan mengecat struktur railing dan struktur A Frame menggunakan cat jenis acrylic mengikut struktur asal warna sediada
• Kerja-kerja membuka struktur asal dan membekal seta memasang baru atap jenis polycarbonate transparent roofing sheet di struktur Drying Bed
• Kerja-kerja membekal dan memasang Papan Tanda Keselamatan mengikut rekabentuk
• Kerja-kerja menyediakan peralatan Mekanikal seperti ekzos fan blower termasuk eksesori berkaitan bagi kegunaan sistem pengudaraan di dalam Chamber
menggunakan sistem Hembusan dan Sedutan
• Kerja-kerja membekal "Padlock" dan anak kunci untuk plant
TEMPOH SIAP KERJA
Tempoh siap kerja bagi sebut harga ini adalah :
Tiga (3) bulan
PEGAWAI JPS YANG BERTANGGUNGJAWAB
Pihak kontraktor boleh berhubung dengan pegawai- pegawai berikut sekiranya terdapat kemusykilan tentang sebutharga ini pada waktu pejabat sahaja
(9.00 pagi – 5.30 petang)
En. Shah Razif Bin Razali (018-365 1248)
SEKIAN, TERIMA KASIH
HAK MILIK
PEJABAT LEMBANGAN SUNGAI KLANG, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
MAKLUMAT INI DISEDIAKAN TANPA PREJUDIS