Menteri Mentor YB Datuk Johari bersama pelajar-
pelajar baharu dan pemimpin Pelajar
Hari pendaftaran pelajar baharu
Minggu Mesra Mahasiswa Baharu
3
Majlis Menandatangani MoU antara UKM dan Hadharamout Establishment for Human Development (HEHD). Memorandum Persefahaman bertujuan melihat kerjasama mengenai kemasukan pelajar ijazah dan ijazah lanjutan mengikuti pengajian di UKM
Memorandum Persefahaman akan melihat kerjasama mengenai perkara-perkara berkaitan kemasukan pelajar ijazah dan ijazah lanjutan
Majlis Penyerahan Endowmen Daripada Oticon Foundation Grant Kepada Program
Audiologi, Fakulti Sains Kesihatan
MoU with Abyres
ABYRES is a leading Enterprise Open Source
solution provider that brings extensive experience, innovation and value to our clients in the areas of Cloud Computing, UNIX to Linux, Big Data Analytics and Enterprise Mobility.
UKM menyampaikan bantuan kepada Kampung Chuweh, Pulau Banding, Grik, Perak
MoU antara Institut Islam Hadhari UKM dan Institut Dirosat Islamiyah Al-Amien (IDIA)
MoU ini bertujuan membuka jalan sebagai platform untuk kedua-dua institusi bergerak bersama-sama mengembangkan kajian dalam bidang keislaman dengan lebih luas dan terbuka.
National Science Challenge 2016 Grand Final di DECTAR
The National Science Challenge (NSC) is the nation's premier science competition for high school
students. This one-of-a-kind competition has
sparked the knowledge of hundreds of thousands of students and enhanced science exploration,
innovation and communication across Malaysia.
The National Science Challenge (NSC) Grand Prize winner will have the opportunity to go for a Study Visit to Stockholm, Sweden and witness the
prestigious Nobel Prize Award Ceremony held each year on 10 December.
MOU UKM dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Perniagaan Sosial Yunus, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan akan menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Global Innovation Creativity Centre
(MaGIC) bagi mempromosikan perniagaan sosial di Malaysia.
Kerjasama itu meliputi perkongsian
kepakaran dan penyelidikan. Dalam masa yang sama, ia juga dapat mengembleng usaha untuk meningkatkan aktiviti
keusahawanan sosial di peringkat kebangsaan. MoU ini juga akan memperkasakan usaha UKM bagi mewujudkan perkongsian pintar dan
keterlibatan strategik bersama agensi luar.
Perjumpaan Naib Canselor Bersama 200 Peserta Program Pementoran UKM (Mentor UKM)
Program Sukarelawan Belia ASEAN (AYVP) 2016 di Filipina
Program Sukarelawan Belia ASEAN (AYVP) 2016 anjuran UKM ,yang
diadakan di University of Philippines (UP), Manila telah berjaya
menyatupadukan belia ASEAN dalam membantu penduduk Manila
mengurus risiko bencana alam.
Program yang diadakan selama sebulan bermula itu telah menghimpunkan hampir 50 sukarelawan belia dari 10 negara ASEAN termasuk 13 dari Malaysia dengan
menggunakan tema Pengurusan Risiko Bencana.
Pelancaran sukarelawan pelajar baharu di bawah Program UKM4Bangi: 7000 langkah membersih Bangi
Program UKM4BANGI Sesi Pertama pada Rabu 31hb Ogos 2016.
7000 Langkah Membersih Bangi sebagai penerusan Kempen Bangi Bersih Berterusan dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Bangiku) dan UCTC UKM
Program Pementoran UKM di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi
Pemasangan Billboard UKM di Lebuhraya Utara Selatan di Jambatan Tol Bangi
Ke Arah Utara
Ke Arah Selatan
Majlis Pelancaran Dokumentari 'Ulama Nusantara' oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia
Dokumentari 13 episod 'Ulama Nusantara' berkisar mengenai penyebaran Islam di kepulauan Melayu serta tokoh yang bertanggungjawab dalam penyebaran itu di rantau ini sejak 1,400 tahun lalu. Dokumentari ini dihasilkan oleh pakar-pakar dari Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) dan anak
syarikatnya, Primeworks Studios , Khazanah Nasional Berhad (KNB) dan Yayasan Hasanah.
Pembentangan Projek UKM-Sime Darby Sisa Sifar kepada WIEF Council Members di Jakarta
Projek UKM-Sime Darby Sisa Sifar adalah projek yang dijalankan dibawah kursi endowmen Yayasan Sime Darby untuk menyelesaikan masalah pencemaran air, udara dan tanah oleh industri kelapa sawit.
Majlis Pelancaran Waqfworld Crowdfunding Platform pada 3 Ogos 2016 di WIFE, Jakarta
Projek ini adalah susulan dari cadangan oleh Research Centre for Islamic Economics and Finance (Ekonis) UKM dalam perbincangan meja bulat yang dianjurkan oleh Islamic Development Bank’s Research and Training Institute (IRTI) di Jeddah pada bulan Januari yang lepas.
Memorandum of Understanding (MOU) dan Research Agreement (RA) antara Jinko Solar Technology and SERI, UKM
Majlis menandatangani MoU antara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan Fakulti Undang-Undang, UKM
MoU yang ditandatangani itu akan memfokuskan kepada kerjasama yang meliputi hak terhadap akses
penerbitan, pelaksanaan program judicial clerkship, kemudahan penyelidikan, penempatan pelajar dan ahli akademik, program sangkutan pelajar dan ahli akademik, aktiviti mentoring, kursus serta persidangan dan penggunaan kemudahan seperti bahan rujukan bagi tujuan penyelidikan.
Perjumpaan Naib canselor dengan peserta Projek GerakNovasi untuk menyelesaikan permasalahan utama di UKM
1. Pengurusan Keselamatan Kampus 2. Pengurusan Pelupusan
3. Perabot dan Peralatan 4. Jati Diri Staf
5. Pemartaban Bahasa Melayu 6. Pengurusan Penyelenggaraan
Prasarana
7. Pengurusan Tempat Ketak Kenderaan
8. Pengurusan Penjimatan 9. Pengurusan ‘Big Data’
10. Pengurusan Laman Sesawang 11. Pengurusan Staf Bermasalah
12. Pengurusan Penjadualan Kuliah di KKL 13. Pengurusan Teknologi Pintar Dalam
Penilaian Pelanggan
Majlis Menandatangani MoA Endowmen antara Dr Nik & Associates (DNA) dan UKM. Syarikat DNA telah bersetuju untuk menaja jawatan Profesor Alam Sekitar Wan Fatimah di UKM dengan jumlah sumbangan sebanyak RM728,000 bagi tempoh dua tahun