• Tidak ada hasil yang ditemukan

on 07 November 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "on 07 November 2013"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

on 07 November 2013

ConFest medan raikan kejayaan graduan Unimas

PESTA Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang lebih dikenali sebagai ‘ConFest’

dalam kalangan graduan universiti itu sangat sinonim dengan Majlis Konvokesyen setiap tahun sejak penubuhan universiti itu 21 tahun lalu. Graduan universiti itu pula sering kali menantikan ConFest yang ternyata menjadi medan untuk meraikan kejayaan selepas berhempas pulas menimba ilmu sepanjang tiga atau empat tahun bergelar sebagai seorang penuntut.

Menurut Naib Canselor Unimas, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suadi, objektif ConFest dianjurkan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan Majlis Konvokesyen sebagai tanda penghargaan Unimas kepada bakal graduan atas kejayaan mereka.

‘Selain itu, penganjuran pesta juga bertujuan menjalinkan hubungan dan menjadi jambatan bagi mewujudkan meda integrasi dalam mengeratkan silaturahim di antara mahasiswa atau mahasiswi dan kakitangan Unimas serta masyarakat luar secara keseluruhannya,’ katanya ketika ditemui Utusan Sarawak. Menariknya, pelajar Unimas terlibat sepenuhnya dalam penganjuran ConFest di bawah pemantauan Pusat Khidmat Pelajar. Kadim menjelaskan, penglibatan para pelajar dalam ConFest adalah untuk memberi peluang kepada mereka mencipta sesuatu yang kreatif selaras dengan minat juga citarasa setiap generasi.

‘Penganjuran aktiviti yang akan diadakan diagihkan kepada Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Kelab dan Persatuan yang berdaftar di Unimas. Pada tahun ini, ConFest akan diadakan selama lima hari iaitu bermula 6 hingga 10 November 2013 dan jumlah pelajar terlibat adalah sekitar 600 hingga 700 orang. Ini termasuk pengurusan aktiviti kecil.

“Seramai 1,000 orang pelajar pula menyertai acara utama dalam Con- Fest seperti pertandingan Citrawarna, Cheers, MyBeautiful Campus dan sebagainya. Kami di pihak pengurusan tidak menjanjikan aspek bahan kepada mereka tetapi memberi penekanan kepada konsep ‘Unimasku Sayang’ dalam hati setiap pelajar. Dalam semuanya itu, apa yang lebih penting adalah pendedahan kepada mereka dalam menyertai sesebuah aktiviti serta pengalaman,” jelasnya. Beliau menambah, penyertaan pelajar dalam aktiviti di universiti akan menjadi satu kelebihan kepada mereka untuk dimasukkan ke dalam resume apabila hendak mencari kerja selepas bergraduat nanti.

(2)

"Bagi tahun ini, sebanyak 17 aktiviti utama dianjurkan dan 13 aktiviti sampingan sempena ConFest dan Pra ConFest yang sudah diadakan pada 17 hingga 23 Oktober lalu. Pelajar turut mewujudkan pasukan ConFest berbentuk sukarelawan bagi membantu kelancaran penganjuran aktiviti itu. "Bagaimanapun, pelajar antarabangsa tidak terlibat sebagai penganjuran dalam ConFest tetapi terlibat sebagai peserta menerusi aktiviti yang telah dirangka. Bagi peringkat promosi pula, kita laksanakannya seawal pertengahan bulan Oktober iaitu tiga minggu sebelum Majlis Konvokesyen bermula menerusi program Kembara Promosi di sekitar kawasan Kuching.

Terdapat juga pelajar melakukan promosi di pasar raya yang menjadi tumpuan penduduk Kuching seperti Pasar raya Summer," tambahnya. Katanya lagi, pihak Unimas tidak menyediakan gerai pameran pada tahun ini namun terdapat 52 gear basah, 38 gerai kering dan 10 gerai bunga di perkarangan Unimas. Kadim turut berkata, pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan sepanjang ConFest pada tahun ini seperti Pesta Pantun untuk memecahkan Buku Rekod Malaysia bagi penyertaan paling ramai selama 10 minit.

"Oleh itu, kita mengajak para pengunjung ConFest untuk bersamasama menyertai Pesta Pantun tidak kira lingkungan umur yang diadakan pada 8 November. Kita turut mengadakan aktiviti Joran Konvo, Bicara Ilmu, Unimas to Egypt, Diskusi Perpaduan, Pesta Tasik Unimas, Pertandingan Battle of the Band, Nyanyian Minus One, Rock the World Band Search Tour 2013 anjuran bersama The Fat Boys dan Gema Puisi Samarahan (GEMPAR).

"Acara ConFest tidak lengkap tanpa Konsert Perdana yang sangat popular dalam kalangan pelajar Unimas apabila menampilkan artis jemputan popular iaitu Kumpulan Forteen juga dua orang artis tempatan (Lucy M dan Gabriel Fairuz Louis) pada 9 November," ujarnya. Jelas Kadim, pihak Unimas mensasarkan seramai pengunjung yang hadir dan terlibat sama melalui pelbagai aktiviti sepanjang ConFest berlangsung. Beliau turut berharap agar ConFest berjalan dengan lancar dengan penuh kemeriahan dengan kerjasama dan komitmen semua pihak.

Sumber: Utusan Online

Referensi

Dokumen terkait

70 23 November 2013 Ketua Panitia Pelatihan PBJ Fakultas

Unimas sets sight on 300 foreign student enrolment KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak Unimas will undertake an aggressive promotional drive starting next month to meet their

— Photo by Muhammad Rais Sanusi UNIMAS registers highest intake of students since inception KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS registered 4,939 new students yesterday,

on 05 March 2014 Unimas rangkul pelbagai anugerah dalam Ekspo Teknologi Malaysia KOTA SAMARAHAN 4 Mac - Universiti Malaysia Sarawak Unimas berjaya membawa pulang beberapa anugerah

on 11 February 2014 Iconic UNIMAS Islamic Centre opens to public Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS has officially opened its new Islamic Centre, named Pusat Islam Tun

UNIMAS yang menghantar 11 produk termasuk beg tidur berkenaan di BIS 2012 yang diadakan pada 24 dan 27 Oktober ternyata mencatat satu lagi kejayaan apabila ke-semuanya mendapat pingat

ABSTRAK PERKAITAN ANTARA FAKTOR PEKERJAAN DENGAN KEPUASAN KERJA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PEKERJA SEMENTARA DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK UNIMAS Ashafinamor binti Arshat Kajian ini

SUBUR BUDAYA ALUMNI DEMI PEMBANGUNAN UNIMAS 16 November 2015 - My Metro Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS gigih mengesan bekas penuntut untuk aktif dalam program