• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pandangan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Pandemik COVID-19 (Teacher’s Views on Teaching and Learning at Home (PDPR) Online During the Covid-19 Pandemic)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pandangan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Pandemik COVID-19 (Teacher’s Views on Teaching and Learning at Home (PDPR) Online During the Covid-19 Pandemic)"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Pandangan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Pandemik

COVID-19

(Teacher’s Views on Teaching and Learning at Home (PDPR) Online During the Covid-19 Pandemic)

Mohd Fizal Omar1*, Aidah Abd Karim1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 January 2023 | Published: 31 January 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.23

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini dilaksanakan untuk melihat pandangan, tahap kesediaan guru dan cabaran semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilakukan secara dalam talian.

Responden terlibat 161 orang guru daripada beberapa buah sekolah menengah di Daerah Besut.

Reka bentuk kajian dibuat ialah kajian tinjauan kualitatif. Analisis deskriptif digunakan untuk menghurai dapatan kajian. Instrumen soal selidik berbentuk google form dijadikan sebagai alat memperoleh maklum balas yang lebih cepat dan menjimatkan masa. Data dianalisis menggunakan Social Package for Science Social (SPSS) versi 20 dan Google Form bagi menghuraikan data secara deskriptif. Hasil analisis kajian telah menunjukkan guru memberikan pandangan yang positif guru terhadap kesediaan guru untuk meneruskan sesi pembelajaran secara maya ini. Pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) adalah sederhana dengan nilai M = 3.37; SP = 0. 9723.Dapatan kajian juga menunjukkan nilai interprestasi yang tinggi bagi menjawab persoalan kesediaan guru terhadap PdPR dengan nilai M= 3.94; SP = 0. 0492.Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan guru menghadapi cabaran dalam melaksanakan PdPR iaitu kesukaran untuk berkomunikasi dua hala kerana masalah capaian internet dan juga kurang sokongan daripada ibu bapa. Kajian menunjukkan banyak kekangan yang dihadapi oleh guru semasa PdPR dilaksanakan yang menyebabkan PdPR tidak boleh dilakukan dengan baik. Hasil kajian boleh dijadikan rujukan oleh golongan pentadbir sekolah dan pengkaji pada masa hadapan untuk memastikan PdPR dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kata kunci: PdPR, Pandangan, Cabaran, Tahap kesediaan, pembelajaran dalam talian

Abstract: This study was conducted to see the views, level of readiness of teachers and challenges during Teaching and Learning at Home (PdPR) done online. Respondents involved 161 teachers from several secondary schools in Besut District. The design of the study was a qualitative survey study. Descriptive analysis was used to elaborate on the findings of the study.

The questionnaire instrument in the form of google form is used as a tool to obtain feedback faster and save time. Data were analyzed using the Social Package for Social Science (SPSS) version 20 and Google Form to describe the data descriptively. The results of the analysis of the study have shown that teachers give a positive view of teachers on the readiness of teachers to continue this virtual learning session. Teachers' views on home teaching and learning (PdPR) were moderate with a value of M = 3.37; SP = 0.9723. The findings also show a high value of interpretation to answer the question of teachers' readiness for PdPR with a value of

(2)

M = 3.94; SP = 0.0492. internet and also lack of support from parents. Studies show that there are many constraints faced by teachers during the implementation of PdPR that cause PdPR cannot be done well. The results of the study can be used as a reference by school administrators and researchers in the future to ensure that PdPR can be implemented more effectively.

Keywords: PdPR, Perspectives, Challenges, Readiness level, online learning

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Selaras dengan hasrat KPM untuk memastikan setiap murid menerima pendidikan yang sewajarnya, PPPM (2013-2025) menggariskan hak murid untuk mendapat pendidikan sewajarnya walau dalam apa jua situasi sekalipun KPM (2021). Dengan itu, guru perlu melaksanakan tugas dengan mendidik anak didik walau dengan cara apa sekalipun supaya murid tidak tercicir dalam pelajaran.

Dalam suasana negara kita yang sedang berdepan dengan situasi pandemik Covid-19, banyak sektor penting negara yang telah terjejas akibat daripada penularan pandemik ini yang semakin membimbangkan. Tidak ketinggalan, sektor pendidikan juga jelas terkesan dengan situasi ini kerana semua guru dan murid tidak dapat menjalani proses PdP seperti biasa di bilik darjah.

Kebanyakkan kawasan berada di zon merah diarahkan oleh pihak KPM untuk melakukan PdPR.

Sehubungan dengan itu, pihak KPM telah memperkenalkan Manual PdPR Versi 2 (2021) untuk dijadikan rujukan semua guru. Melalui Manual Pengajaran dan Pembelajaran Versi 2, PdPR bermaksud PdP perlu dilakukan di tempat tinggal atau kawasan perhimpunan masyarakat atau di tempat yang sesuai untuk belajar (KPM, 2021). PdPR boleh dijalankan dengan pelbagai cara yang sesuai dengan kawasan persekitaran guru dan murid. KPM (2020) turut menyarankan semua sekolah mematuhi garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah sekiranya pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka sudah boleh dijalankan.

Berikutan peningkatan kes, semakin ramai yang didiagnos positif COVID-19 menyebabkan pihak kerajaan mengeluarkan arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020.PKP ini terus dilanjutkan mengikut situasi semasa peningkatan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Fenomena ini menyebabkan banyak sekolah menggunakan kaedah atas talian dan memperkenalkan medium dalam talian untuk pertukaran maklumat. Semua pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dihentikan dan digantikan dengan e- pembelajaran (Anbareen Jaan, 2020).

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (2020) menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah telah menyatakan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) boleh dijalankan di rumah, pusat komuniti atau mana-mana lokasi yang bersesuaian. Guru diberi pilihan untuk melaksanakan PdP menggunakan kaedah dalam talian, luar talian atau off-site secara berstruktur dan terancang agar murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

Bagi mencapai objektif tersebut, guru haruslah bijak untuk memilih kaedah penyampaian dan sumber pengajaran yang fleksibel, mudah didapati serta diakses oleh murid supaya murid berpeluang melibatkan diri dalam pembelajaran.

(3)

Pandemik COVID-19 yang menular ke seluruh pelusuk dunia telah mengubah landskap pembelajaran pelajar-pelajar di pelbagai peringkat umur dan juga institusi. Inilah yang terjadi di Malaysia ketika ini. Disebabkan terdapat peningkatan kes jangkitan Covid yang tidak menentu di seluruh negara telah menyebabkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil tindakan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi negeri yang-negeri yang mengalami peningkatan kes yang membimbangkan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengambil inisiatif mengeluarkan arahan bagi institusi pengajian serta sekolah di seluruh Malaysia untuk menjalankan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) demi mengelakkan pelajar ketinggalan dari segi pendidikan. Ini sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan adalah menjadi hak bagi setiap pelajar mendapat akses kepada pendidikan bagi mencapai potensi diri untuk menghadapi masa hadapan (Veloo. V.R.M, 2020).

Seiring dengan keadaan kini yang membawa kepada implikasi besar dalam kehidupan seharian dan kegiatan seharian seseorang individu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan yang proaktif dengan mengeluarkan surat siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020 bertarikh 27 Mac 2020 iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan COVID-19 yang semakin serius. Surat siaran tersebut dikeluarkan bertujuan memastikan murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran dengan Cara mengikuti pembelajaran dari rumah masing-masing. Guru juga diarahkan untuk bekerja dari rumah iaitu melaksanakan proses pengajaran dari rumah secara dalam talian atau luar talian mengikut kesesuaian murid sepanjang tempoh PKP.

Dalam konteks ini,manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (2020) yang disediakan oleh pihak KPM ini telah menggariskan beberapa tatacara PdP boleh dijalankan di rumah, pusat komuniti atau mana-mana lokasi yang bersesuaian. Guru di beri pilihan untuk melaksanakan PdP dengan menggunakan pelbagai medium sesuai dan terancang agar murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum. Bagi mencapai objektif tersebut, guru haruslah bijak untuk memilih kaedah penyampaian dan sumber pengajaran yang fleksibel, mudah didapati serta diakses oleh murid supaya murid berpeluang melibatkan diri dalam pembelajaran.

2. Sorotan Literatur

2.1 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

PdPR merupakan salah satu kaedah baharu bagi menggantikan kaedah PdP di sekolah yang merupakan salah satu cara terbaik yang telah diarahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysi kepada semua sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya wabak COVID – 19 tidak terus menular dalam kalangan warga pendidik dan juga murid-murid semasa berada di sekolah.

Kajian yang telah dilakukan oleh Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin (2020) dalam kajiannya membincangkan pencapaian penggunaan aplikasi secara online. Tinjauan yang telah dilakukan terhadap 74 sampel guru prasekolah di daerah negeri Johor. Hasil daripada kajian mengatakan tahap penggunaan aplikasi online adalah sederhana dengan hanya guna WhatsApp untuk memberi arahan pembelajaran kepada murid semasa PKP.

2.2 Cabaran Pelaksanaan PdPR

Berdasarkan kajian Tamilmullai Thannimalai & Salini Baloh (2021) dalam yang menyatakan bahawa cabaran PdPR Bahasa Tamil di Sekolah Luar Bandar adalah berkaitan tentang cabaran

(4)

yang dialami oleh guru luar bandar di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk dijadikan panduan kepada murid mengikuti PdPR secara optimum dan panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang. Dapatan kajian ini telah memberi pernyataan bahawa guru kurang bersedia untuk menghadapi norma baru semasa pelaksanaan PdPR dan gangguan yang dihadapi murid semasa mengikuti PdPR. Khususnya bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pendalaman akan mengalami masalah capaian internet untuk meneruskan sesi pembelajaran. Hal ini menyebabkan guru-guru itu sendiri perlu turun untuk menghantar tugasan secara bersemuka ke kediaman murid mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Irfan Fauzia dan Iman Hermawan Sastra Khusuma (2020), Deepika Nambiar (2020) dan Rasmitadila et al. (2020) pula mendapati bahawa pendekatan pembelajaran dalam talian ini menjadi lebih bermakna apabila dilaksanakan semasa tempoh pandemik COVID-19. Guru berpendapat mealui pembelajaran secara maya ini menuntut guru menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk melaksanakan pelbelajaran secara maya.

Berdasarkan kajian lepas yang dilakukan oleh Nor Fauziana Mohd Sallleh (2020) tentang keperluan PdP secara dalam talian di Malaysia semasa negara kita bertarung melawan pandemik Covid 19. Kajian tersebut juga menjelaskan tidak semua ibu bapa mampu menyediakan peralatan elektronik kepada anak-anak menyebabkan mereka tidak dapat menyertai aktiviti yang dilakukan oleh guru menggunakan peranti elektronik. Oleh itu, pengkaji telah mencadangkan beberapa alternatif yang lain yang boleh dilakukan oleh guru seperti menghantar nota-nota kuliah melalui pos bagi memastikan pelajar tidak terus ketinggalan dalam pelajaran

3. Penyataan Masalah

Pendidikan di Malaysia pada saat sekarang sedang bergelut dengan norma baharu secara mendadak disebabkan oleh Pandamik Covid-19. Menurut Sajed & Amgain (2020), pandemik ini mula merebak ke seluruh dunia pada Disember 2019 yang bermula dari Wuhan, China.

Malaysia merupakan salah satu negara yang terkesan daripada penyebaran virus ini. Hal ini dapat dilihat kesannya terhadap sistem pendidikan di mana sekolah-sekolah mula ditutup pada tahun 2020. Arahan penutupan semua institusi pendidikan tinggi dan sekolah berkuatkuasa pada 16 Mac 2020 hingga15 Julai 2020 (KPM, 2020).

Sebelum pembukaan sekolah secara bersemuka dijalankan, pihak KPM telah memperkenalkan PdPR. Manual PdPR versi 1 dan Manual PdPR versi 2 telah diperkenalkan untuk membantu semua guru dan dijadikan sebagai garis panduan cara untuk melaksanakan PdPR dengan sistematik. Guru diberi pilihan untuk melaksanakan PdPR secara dalam talian, luar talian, gabungan kedua-duanya dan secara off-site. Walau bagaimanapun bagi sekolah yang berada di kawasan pedalaman seperti di Sarawak khususnya mempunyai pelbagai masalah dan kekangan apabila PdPR diperkenalkan. Masalah ini timbul apabila guru-guru perlu membuat aktiviti PdPR dan pelaporan secara atas talian kerana capaian internet di kawasan tersebut sangat terhad dan tidak berfungsi.

Selain daripada masalah capaian internet, kemudahan fasilitis ICT juga menjadi masalah utama guru-guru di kawasan luar bandar kerana kemudahan ini sangat terhad dan sukar diperoleh oleh sekolah kawasan tersebut. Oleh itu, kemudahan teknologi merupakan salah satu bahan penting dalam pelaksanaan PdPR secara dalam talian. Hashim et al. (2020) menjelaskan bahawa pengajaran atas talian merupakan satu fenomena baharu kepada semua guru. Guru sentiasa

(5)

perlu bersedia dengan apa cara sekalipun bagi memastikan PdPR dapat dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan dengan lancar walau pelbagai cabaran perlu diharungi.

4. Objektif Kajian

Tujuan kajian dilakukan adalah seperti berikut:

1) Pandangan guru sekolah menengah terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian.

2) Kesediaan guru-guru untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian.

3) Cabaran yang di alami oleh guru-guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian.

5. Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan tersebut:

1) Apakah pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa tempoh pandemik COVID-19?

2) Bagaimanakah tahap kesediaan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa tempoh pandemic COVID-19?

3) Apakah cabaran yang dihadapi guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian?

6. Metadologi Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah panduan yang digunakan untuk penkaji mencapai objektif kajian yang ingin dijalankan. Segala dapatan kajian termasuklah maklumat responden yang terlibat, populasi dan sampel, reka bentuk kajian, teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini.

6.1 Reka bentuk kajian

Kajian dilakukan untuk mengetahui pandangan guru terhadap pelaksanaan PdPR dijalankan oleh guru, kesediaan guru dan juga cabaran yang dihadapi oleh mereka semasa melaksanakannya. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan.

Fokus utama kajian terhadap warga pendidik di sekolah menengah di Daerah Besut. Kawasan ini dipilih kerana berada di kawan tempat tinggal penkaji.

Populasi terlibat ialah guru-guru sekolah menengah di Daerah Besut. Kaedah pensampelan secara rawak telah dipilih untuk digunakan. Seramai 161 orang responden dalam tinjauan kajian untuk melengkapkan borang soal selidik yang telah dihantarkan melalui Emil serta perkongsian link Google form. Kaedah ini merupakan salah satu cara yang paling cepat dan menjimatkan kos bagi mendapatkan data daripada responden kajian. Responden merupakan pengajar di kawasan Daerah Besut.

Kajian ini menggunakan lima jenis Skala Likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju untuk mengukur tahap kesediaan guru dalam pengunaan Google Classroom dalam tempoh PdPR. Taherdoost (2016) menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan dalam suatu kajian dapat diperoleh daripada soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji. Maklumat yang didapati daripada soal selidik adalah relevan dengan cara yang paling dipercayai dan sah. Set soalan soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah

(6)

diadaptasikan melalui kajian yang dijalankan oleh Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri.(2020) yang berjudul Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Melalui Pendekatan Home Base Learning (HBL) Semasa Tempoh Pandemic COVID- 19.

6.2 Instrumen Kajian

Instrumen soal selidik dijadikan alat untuk mendapatkan data untuk memenuhi kehendak kajian. Borang soal selidik kajian ini telah diadaptasi dan diubahsuai diadaptasikan melalui kajian yang dijalankan oleh Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri.(2020) yang berjudul Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Melalui Pendekatan Home Base Learning (HBL) Semasa Tempoh Pandemic COVID-19.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini mengandungi empat bahagian iaitu;

i. Bahagian A: Demografi

ii. Bahagian B: Pandangan Guru Terhadap pembelajaran dalam Talian.

iii. Bahagian C: Kesediaan Guru Terhadap dalam Talian.

iv. Bahagian D: Cabaran Guru Terhadap dalam Talian.

Bahagian A hingga Bahagian D. Bahagian A, demografi responden, Bahagian B pula pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa tempoh pandemik COVID-19. Bagi Bahagian C, merangkumi soal selidik berkaitan tahap kesediaan guru. Bahagian D adalah berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh guru .Oleh itu, lima skala Likert yang terdiri daripada Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Kurang Setuju (KS), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS).

7. Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini akan membincangkan hasil analisis kekerapan untuk demografi kajian, nilai Min (M) dan sisihan piawai (SP) dengan menggunakkan Perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS) versi 20 dan deskriptif Microsoft Excel.Data yang dianalisis dikumpul daripada soal selidik yang diidi oler responden dalam Google Form. Interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada cadangan Pallant (2010) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Interpreatsi Skor Min

Skor Min (M) Interprestasi Skor Min

1.00 - 2.33 Low

2.34 – 3.67 Medium

3.68 – 5.00 Hight

7.1 Bahagian A: Demografi Responden

Perkara-perkara yang berkaitan latar belakang responden dalam kajian ini adalah; umur, pengalaman mengajar, tahap pendidikan, jenis sekolah dan tahap pengetahuan dan penguasaan internet.

7.1.1 Jantina

Jadual 1: Analisis Responden mengikut Jantina Jantina

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Lelaki 34 21.1 21.1 21.1

Perempuan 127 78.9 78.9 100.0

Total 161 100.0 100.0

(7)

7.1.2 Umur

Jadual 2: Analisis Responden mengikut Umur Umur

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

24-34 82 50.9 50.9 50.9

35-44 34 21.1 21.1 72.0

45-60 45 28.0 28.0 100.0

Total 161 100.0 100.0

Rajah 1.1 Peratusan umur responden

Kategori umur responden yang paling ramai dalam kajian ini adalah 24 tahun hingga 34 tahun iaitu sebanyak 82 orang (50.9%) diikuti kategori umur 45 tahun hingga 60 tahun sebanyak 45 orang responden (28%). Hanya 34 responden (21.1%) dari kategori umur 35 tahun hingga 44 tahun terlibat dalam kajian ini.

7.1.3 Pengalaman Mengajar

Jadual 3: Analisis Responden mengikut Pengalaman Mengajar Pengalaman Mengajar

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

1-8 tahun 83 51.6 51.6 51.6

9-16 tahun 19 11.8 11.8 63.4

17-24 tahun 37 23.0 23.0 86.3

lebih 25 tahun 22 13.7 13.7 100.0

Total 161 100.0 100.0

50.9

% 21.1

% 28

%

(8)

Rajah 1.2: Peratusan kategori pengalaman mengajar responden

Kategori pengalaman mengajar antara 1 tahun hingga 8 tahun mencatatkan bilangan responden yang paling banyak dalam kajian ini iaitu seramai 83 responden (51.6%) diikuti pengalaman mengajar selama 17-24 tahun iaitu seramai 37 orang responden (23%) . Sebanyak 22 orang responden (13.7%) mempunyai pengalaman mengajar selama 25 tahun ke atas manakala bilangan paling sedikit adalah dalam kategori 9 tahun hingga 16 tahun iaitu seramai 19 orang responden (11.8 %).

7.1.4 Tahap Pandidikan

Jadual 4: Analisis Responden mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi Tahap Pendidikan

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Diploma 5 3.1 3.1 3.1

Ijazah Sarjana Muda 130 80.7 80.7 83.9

Sarjana 24 14.9 14.9 98.8

Phd 2 1.2 1.2 100.0

Total 161 100.0 100.0

51.6

% 13.7%

23

% 11.8

%

(9)

Rajah 1.3: Peratusan tahap pendidikan responden

Kategori tahap pendidikan Ijazah sarjana muda mencatatkan bilangan responden yang paling banyak dalam kajian ini iaitu seramai 130 responden (80.7%) diikuti Sarjana iaitu seramai 24 orang responden (14.9%) . Sebanyak 5 orang responden (3.1%) tahap pendidkan Diploma manakala bilangan paling sedikit adalah Phd iaitu seramai 2 orang responden (1.2%).

7.1.5 Jenis Sekolah

Jadual 5: Analisis Jenis Sekolah Jenis Sekolah

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Bandar 63 39.1 39.1 39.1

Luar Bandar 98 60.9 60.9 100.0

Total 161 100.0 100.0

80.7

% 14.9

%

3.1

% 1.2%

(10)

Rajah 1.4: Peratusan jenis sekolah

Kategori sekolah luar bandar paling banyak dala kajian ini iaitu seramai 98 orang responden (60.9%) dan diikuti sekolah di bandar iaitu seramai 63 orang responden (39.1%).

7.1.6 Tahap Pengetahuan Dan Penguasaan Internet

Jadual 6: Tahap Pengetahuan Dan Penguasaan Internet Tahap Pengetahuan Dan Penguasaan Internet

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Tidak Mahir 11 6.8 6.8 6.8

Mahir 126 78.3 78.3 85.1

Sangat Mahir 24 14.9 14.9 100.0

Total 161 100.0 100.0

Rajah 1.5: Peratusan tahap pengetahuan dan penguasaan Internet

39.1

% 60.9

%

78.3

% 14.9

%

6.8%

(11)

Kategori mahir tahap pengetahuan dan penggunaan internet mencatatkan bilangan responden yang paling banyak dalam kajian ini iaitu seramai 126 responden (78.3%) diikuti sangat mahir iaitu seramai 24 orang responden (14.9%) . Sebanyak 11 orang responden (6.8%) tidak mahir dalam pengetahuan dan penguasaan internet.

7.2 Bahagian B : Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran Dalam Talian

Pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa Pandemic COVID-19.

Jadual 7: Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian (n=161)

Pandangan Guru Min (M) Sisihan

Piawai (SP)

Interprestasi 1 Pembelajaran dalam talian mudah untuk dipelajari. 3.26 0.9651 Sederhana 2 Pembelajaran dalam talian memudahkan saya

menyediakan bahan pengajaran

3.52 0.9490 Sederhana

3 Pembelajaran dalam talian menjadikan bahan bantu mengajar saya lebih efektif dan menarik.

3.70 0.9262 Tinggi

4 Pembelajaran dalam talian memudahkan saya mengemas kini bahan pengajaran dari masa ke masa.

3.66 0.8510 Sederhana

5 Pembelajaran dalam talian memudahkan saya menghantar tugasan kepada pelajar.

3.65 0.9624 Sederhana

6 Pembelajaran dalam talian memudahkan saya membuat penilaian terhadap pelajar.

2.77 1.0443 Sederhana

7 Pembelajaran dalam talian lebih menarik berbanding pembelajaran tradisional.

3.08 1.1290 Sederhana

Min Keseluruhan 3.37 0.9723 Sederhana

Jadual 7 menunjukkan dapatan kajian tentang pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian semasa pandemic COVID-19 berada pada julat 2.77 hingga 3.70. Satu item iaitu item 3 menunjukkan interprestasi nilai min yang tinggi, iaitu ‘’pembelajaran dalam talian menjadikan bahan bantu mengajar yang lebih efektif dan menarik ‘’menunjukkan nilai (M = 3.70; SP = 0.9262) dengan peratusan responden bersetuju adalah 41.9% (n=67) diikuti responden yang menjawab kurang setuju adalah 28.1% (n=45). Responden menjawab sangat setuju adalah 20%

(n=32) dan tidak setuju adalah 8.8% (n=14).Hanya 1.3% (n=2) responden menjawab sangat tidak setuju bagi item ini. Enam item lagi menunjukkan interprestasi min sederhana iaitu pembelajaran dalam talian memudahkan saya mengemas kini bahan pengajaran dari masa ke masa menunjukkan nilai (M = 3.66; SP = 0.8510, Pembelajaran dalam talian memudahkan saya menghantar tugasan kepada pelajar menunjukkan nilai M = 3.65; SP = 0.9624, Pembelajaran dalam talian memudahkan saya menyediakan bahan pengajaran menunjukkan nilai M = 3.52; SP = 0.9490, Pembelajaran dalam talian mudah untuk dipelajari menunjukkan nilai M = 3.26; SP = 0.9651, Pembelajaran dalam talian lebih menarik berbanding pembelajaran tradisional menunjukkan nilai M = 3.08; SP = 1.1290. Item 6 mencatat nilai skor min paling rendah dengan (M = 2.77; SP = 1.0443). Kira-kira 26.3% (n=42) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala skala yang paling banyak di tanda oleh responden ialah kurang setuju dengan 38.8% (n = 62). Seterusnya skala setuju dengan 27.55 (n=28) dan sangat tidak setuju dengan 12.55 (n=20). Baki 5% (n= 8) responden memberikan maklum balas sangat setuju dengan pernyataan item 6. Keseluruhannya dapatan bahagian ini adalah sederhana iaitu dengan skor min 3.37 (SP = 0.9723).

(12)

7.3 Bahagian C : Tahap Kesediaan Guru

Jadual 8: Faktor Kesediaan Guru (n=161)

Tahap Kesediaan Guru Min (M) Sisihan

Piawai (SP)

Interprestasi 1 Saya bersedia melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa

pandemik Covid-19.

3.83 0.7656 Tinggi

2 Saya bersedia menggunakan modul bercetak sebagai alat untuk mengajar di rumah.

4.03 0.7149 Tinggi

3 Saya bersedia untuk menggunakan bahan pembelajaran yang terdapat di internet seperti Youtube untuk mengajar dari rumah.

4.04 0.7528 Tinggi

4 Saya bersedia menggunakan sistem pengurusan pembelajaran seperti Google Classroom, Zoom atau Meet sebagai alat untuk pembelajaran dalam talian.

3.93 0.8637 Tinggi

5 Saya bersedia menempuh cabaran dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian.

3.88 0.7614 Tinggi

Min Keseluruhan 3.94 0.0492 Tinggi

Jadual 8 menunjukkan dapatan kajian yang diperoleh berkait dengan kesediaan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan dapatan analisis pada bahagian ini berada dalam julat min 3.83 hingga 4.04. Item 3 ‘’Saya bersedia untuk menggunakan bahan pembelajaran yang terdapat di Internet seperti YouTube untuk mengajar di rumah’’

menunjukkan nilai min paling tinggi (M = 4.04: SP = 0.7528) dengan peratusan responden bersetuju adalah 60.6% (n=97) diikuti responden yang menjawab sangat setuju adalah 24.4%

(n=39). Responden yang menjawab kurang setuju 11.3% (n=18), dan tidak setuju adalah 2.5%

(n=4) .Hanya 1.3% (n=2) responden menjawab sangat tidak setuju bagi item ini. Min terendah bagi bahagian ini ialah item 1 ‘’Saya bersedia melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-1’’ dengan nilai min 3.83 (SP = 0.7656). Sebanyak 51.9% (n=83) responden setuju dengan pernyataan tersebut berbanding kurang setuju sebanyak 25.65 (N=41).Skala tidak setuju adalah sebanyak 4.4% (n=7) kurang berbanding dengan skala sangat setuju iaitu sebanyak 18.1% (n=29).Tiada responden yang tanda skala sangat tidak setuju dengan pernyataan item 1.Di samping itu, kesediaan guru menggunakan modul bercetak sebagai alat untuk mengajar di rumah menunjukkan nilai M =4.03 ; SP = 0.7149, tahap kesediaan guru menggunakan sistem pengurusan pembelajaran seperti Google Classroom, Zoom atau Meet sebagai alat untuk pembelajaran dalam talian menunjukkan nilai M = 3.93 ; SP = 0.8637 dan faktor kesediaan guru untuk menyahut cabaran dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian menunjukkan nilai M = 3.88 ; SP = 0.7614. Skor min keseluruhan bagi tahap kesediaan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berada pada tahap tinggi iaitu 3.94 (SP = 0.0492. Kesimpulannya, dapatan ini menggambarkan bahawa guru-guru sudah bersedia menggunakan pelbagai medium sesi pembelajaran untuk pelajar bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku untuk meneruskan sesi pengajaran secara maya dengan pelajar.

7.4 Bahagian D : Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru

Jadual 9: Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru (n=161)

Element Tahap Kesediaan Guru Min (M) Sisihan Piawai (SP)

Interprestasi

1 Kurang pengetahuan dan kemahiran. 3.10 1.0037 Sederhana

2 Kesukaran mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajar. 4.22 0.1936 Tinggi

3 Tidak mempunyai akses internet yang stabil. 3.91 1.1936 Tinggi

4 Tidak mempunyai kemudahan telefon, komputer riba, tablet atau sebarang peranti lain.

3.03 1.3248 Sederhana

(13)

5 Tidak mahir dalam penggunaan media sosial, e-mel dan platform pendidikan atas talian.

2.88 1.1884 Sederhana

6 Kurangnya sokongan pembelajaran daripada ibu bapa / penjaga. 3.78 1.0571 Tinggi

Min Keseluruhan 3.46 0.9935 Sederhana

Jadual 9 menunjukkan dapatan kajian yang diperoleh berkait dengan cabaran yang dihadapi oleh guru dan dapatan analisis pada bahagian ini berada dalam julat min 2.88 hingga 4.22.

Berdasarkan nilai min, dapatan kajian menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh guru adalah kesukaran mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajar, iaitu nilai M =4.22; SP = 0.1936.

Cabaran kedua yang dihadapi oleh majoriti responden ialah kekangan akses internet yang stabil dalam kalangan guru. iaitu nilai M = 3.91; SP = 1.1936. Seterusnya, Cabaran ketiga yang dihadapi oleh guru terhadap pengajaran di pembelajaran di rumah (PdPR) semasa tempoh pandemic COVID-19 ialah kurang sokongan pembelajaran daripada ibu bapa/penjaga iaitu nilai M = 3.78; SP = 1.0571. Manakala tiga item lagi menunjukkan min sederhana, iaitu kurang pengetahuan dan kemahiran dengan nilai M = 3.10;SP = 1.0037, Tidak mempunyai kemudahan telefon, komputer riba, tablet atau sebarang peranti lain dengan nilai M = 3.03; SP = 1.3248 dan Tidak mahir dalam penggunaan media sosial, e-mel dan platform pendidikan atas talian dengan nilai M = 2.88 ; SP = 1.1884.Secara kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa tempoh pandemic COVID-19 adalah kesukaran mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Dalam konteks ini, kekangan akses kepada internet yang tidak stabil merupakan salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh guru dan kurang sokongan pembelajaran daripada ibu bapa/penjaga.

7. Perbincangan

Pandangan guru terhadap (PdPR) secara dalam talian semasa Pandemic COVID-19.

Berdasarkan hasil dapatan kajian di atas, persepsi guru sangat positif. Hal ini kerana guru-guru sangat terkesan dengan keadaan sekarang di mana guru-guru terpaksa mengajar di dalam talian.

Apabila mengajar dalam talian masalah guru-guru untuk meluaskan daya kreativiti, melakukan aktiviti pergerakan juga terhad. Menurut (Hairia’an &Dzainudin, 2020) walau bagaimanapun perkara ini perlu di atasi oleh guru-guru untuk terus berfikir dengan menggunakan teknologi yang sedia ada untuk memperluaskan lagi kreativiti untuk pengajaran dan pembelajaran atas talian serta menarik minat pelajar untuk belajar. (Syed Chear, 2018) selain Google Meet, Zoom dan sebagainya. Aplikasi WhatSapp dan telegram juga boleh digunakan sebagai medium perhubungan antara pelajar untuk menghantar bahan dan tugasan yang boleh pelajar lakukan.

Dapatan kajian ini di sokong bahawa guru lebih mudah mempelajari dalam talian. Teknologi sekarang bersifat global yang boleh berhubung tanpa had dan batasan kepada semua. Keadaan sekarang menyebabkan guru-guru sedarkan bahawa teknologi ini bukan sahaja boleh menggunakan tugasan biasa tetapi mampu melakukan video interaktif untuk mempelbagaikan bahan pengajaran

Tahap Kesediaan Guru terhadap (PdPR) secara dalam talian semasa Pandemic COVID- 19.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa pandemic COVID-19 berlangsung guru-guru sentiasa bersedia dengan menggunakan aplikasi dan perisian terkini untuk pembelajaran yang lain seperti Google classroom, Google Meeting atau Zoom. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Lapada et. al (2020) dan Rasmitadila et al. (2020). Pembelajaran dalam talian dan penggunaan teknologi menjadi wahana kepada proses pengajaran dan

(14)

pembelajaran di rumah (PdPR) lebih bermakna semasa pandemic COVID-19. Hasil dapatan kajian adalah guru sudah bersedia dan berani untuk berhadapan dengan cabaran dan sentiasa bersedia ketika memberikan ilmu kepada pelajar menerusi online dengan pelbagai aspek untuk memberikan output pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Guru Sentiasa memenuhi keperluan pelajar dari aspek akademik. Seterusnya, guru juga sentiasa menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memberikan hasil pembelajaran yang baik kepada pelajar.

Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru terhadap (PdPR) secara dalam talian semasa Pandemic COVID-19.

Hasil dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa cabaran yang di alami oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian adalah guru sanggup berhadapan dengan pelajar yang bermasalah dengan sukar komunikasi dua hala dengan pelajar. Dapatan kajian ini disokong oleh Lapada et. al (2020) dalam kajiannya menyatakan bahawa kejadian ini berlaku kerana pelajar sudah terbiasa dengan sesi pembelajaran secara bersemuka. Dalam konteks ini, Pelajar juga hilang semasa perbincangan oleh kerana gangguan internet yang tiada, alatan ataupun peranti dalam keadaan yang baik akan menyebabkan gangguan semasa sesi pembelajaran sedang berjalan. Namun, kerana virus korona ini menyebabkan pelajar tidak dapat ke sekolah seperti biasa. Menurut kajian (Azizan

& Nasri, 2020) guru-guru juga mempunyai cabaran yang tersendiri dengan masalah penggunaan teknologi yang tinggi serta penggunaan e-learning memerlukan keadaan yang berfokus untuk guru-guru aplikasikan kepada pelajar. Oleh yang demikian, ada segelintir guru- guru juga mempunyai masalah bekalan internet yang tidak kuat untuk menyokong sistem pengajaran. Hal ini adalah salah satu cabaran yang juga guru-guru hadapi.

8. Kesimpulan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji secara mendalam tentang pandangan guru terhadap pembelajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa tempoh pandemik Covid-19 ini. Dalam kajian ini, hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa guru-guru memberikan pandangan yang positif dan bersedia melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sema pandemic COVID-19. Manakala analisis deskriptif tahap kesediaan guru terhadap Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa era pandemik Covid-19 adalah tinggi. Walau bagaimanapun, beberapa item dalam instrumen kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam keberkesanan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam berdasarkan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru.

Oleh itu, pihak KPM telah menyedari bahawa terdapat beberapa kekangan dalam pelaksanaan PdPR dalam talian. Guru-guru menyedari tentang kepentingan PdPR dalam talian semasa era pandemik ini dan dapat mengadaptasikan norma pengajaran baharu. Tambahan pula, kajian ini membantu guru menilai diri sendiri tahap keberkesanan pelaksanaan PdPR dalam talian dan dapat meningkatkan keyakinan diri. Justeru, guru harus mencari jalan penyelesaian dengan memantau penggunaan teknologi PdPR dalam talian di peringkat sekolah. KPM juga perlu menyemak semula kurikulum terkini yang berpusatkan pelajar agar mereka boleh belajar secara mudah dan menyesuaikan diri dengan PdPc dalam talian.

Implikasi kajian ini juga memberi cadangkan untuk menambahkan jumlah bengkel dan pembinaan bahan digital yang lebih inovatif bagi memudahkan proses PdPc berjalan secara lancar agar dapat mencapai perkembangan dalam dunia pendidikan setaraf dengan peringkat global. Kajian ini perlu diteruskan untuk memastikan peningkatan kemahiran dan kesediaan

(15)

guru melaksanakan PdPc dalam talian selari dengan pembangunan teknologi terkini di semua institusi pendidikan. Semua pihak harus berganding bahu untuk melaksanakan PdPc dalam talian agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam era pandemik. Kajian ini terbukti bahawa guru lebih mahir dan bersedia untuk melaksanakan PdPc dalam talian dalam era pandemik COVID-19 sebagai satu norma baharu dalam proses PdPc untuk meningkatkan keupayaan dalam persekitaran pembelajaran digital demi kepentingan murid.

9. Refleksi

Dalam melaksanakan mini kajian yang berkaitan dengan pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa era pandemik Covid-19, pengkaji telah mendapat impak yang positif dalam meneruskan PdPR dalam talian. Semasa melaksanakan mini kajian ini, pengkaji dapat mengkaji secara mendalam tentang pandangan, tahap kesediaan guru dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian semasa pandemic COVID- 19. Pengkaji juga mendapat pelbagai idea yang bernas daripada tinjauan literatur untuk menyediakan bahan pengajaran yang kreatif dan efektif untuk melaksanakan PdPR dalam talian secara berkesan. Sebagai seorang guru, pengkaji juga bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang telah disenaraikan dalam kajian-kajian lepas. Penkgaji juga bersedia untuk menyediakan bahan pengajaran yang kreatif dan inovatif dari pelbagai sumber. Literatur kajian yang dibuat telah memperkenalkan pelbagai sumber dan cadangan untuk guru dalam melaksanakan PdPR dalam talian tanpa sebarang gangguan.

Rujukan

Ahmad Zaki, Ahmed Thalal, Ahmad, Nor dan Mohd Shahriman. (2014). Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.com. Universiti Malaysia Kelantan. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014), Batu Pahat, Johor, 9-10 April 2014.

Anbareen Jaan, (2020), Online Teaching Practices during COVIC-19: An Observation Case Study. Taylor’s University Malaysia.

Azizan, S. N. C., & Nasri, N. M. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID- 19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.

Gravetter, F. J., & Wallnau, L. B. (2016). Statistics for the Behavioral Sciences. Cengage Learning.

Hairia’an, N. H., & Dzainudin, M. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021, Mei 1). Kementerian Kesihatan Malaysia.

Retrieved Mei 1, 2021, from Terkini Harian: http://COVID-19.moh.gov.my/terkini Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.

Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.

Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Surat siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020: Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan Jangkitan COVID-19 bertarikh 27 Mac 2020.

Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah.

(16)

Lapada Aris Alea, Miguel Frosyl Fabrea, Robledo Dave Arthur Roldan & Alam Zeba Farooqi.(2020). Teachers’ Covid-19 awareness, distance learning education experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges.

International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6), pp.127-144.

Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kebangsaan (Special Issue), Vol.9,2020 (18-28).

Ngah. K & Md. Akhir. R (1990). Kaedah penyelidikan panduan mudah kerja luar. Fajar bakti sdn bhd: p:12

Pallant, J. (2010). SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version 10). Buckingham Open University Press.

Rafiee et. al, 2020. Analisis Deskriptif bagi Penggunaan Aplikasi Quizizz ke atas Guru dalam Penilaian Prestasi Murid bagi Subjek Matematik. Mathematical Sciences and Informatics Journal.

Rasmitadila, Rusi Rusmiati Aliyyah, Reza Rachmadtullah, Achmad Samsudin, Ernawulan Syaodih, Muhammad Nurtanto & Anna Riana Suryanti Tambunan. (2020). the perceptions of primary school teachers of online learning during the COVID-19 pandemic period: A case study in Indonesia. Journal of Ethnic and Cultural Studies, 7(2), pp.90-109.

Sajed, A. N., & Amgain, K. (2020). Corona virus disease (COVID-19) outbreak and the strategy for Prevention. Europasian Journal of Medical Sciences, 2(1), 1-4.

Shahbudin, M. S. (2020, Jun ). Kepanikan Pengguna Media Sosial Terhadap Virus COVID- 19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 2.

doi:https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.1.2020

Tamilmullai Thannimalai dan Salini Baloh .(2021). Cabaran Pdpr Bahasa Tamil Di Sekolah Luar Bandar. Mualliam jurnal of social science and humanities (MJSSH). DOI:

https://doi.org/10.33306/mjssh/132.

Veloo. V.R.M, A. A. (2020, December). Pembelajaran Abad Ke-21: Implikasi Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Murid Sekolah Menengah.

International Journal Of Education, Psychology And Counselling (IJEPC), 332.

doi:10.35631/IJEPC.5370027.

World Health Organization. (2021, Mei 1). Retrieved Mei 1, 2021, from WHO Coronavirus (COVID-19) Dashboard: https://covid19.who.int/

Referensi

Dokumen terkait