• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PDF Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA MENGANDUNG

Anizan Binti Omar (11641)

(Teknologi Seni Reka)

(2)

KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA MENGANDUNG

ANIZAN BINTI OMAR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA MENGANDUNG

SESI PENGAJIAN: 2004/2005 Saya ANIZAN BINTI OMAR

mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *sila tandakan

Disahkan

__________________________ ___________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap:

189, Jalan Nuri, (F) Pengeli Timur, 81000,Kulai Johor

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) SULIT

TERHAD SULIT

TIDAK TERHAD

(4)

Projek bertajuk “Kajian Bukaan Praktikal Untuk Gaun Wanita Mengandung” telah disediakan oleh Anizan Binti Omar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni reka Tekstil dan Fesyen)

Diterima untuk diperiksa oleh:

__________________________

(Cik Norhayati Binti Suleiman) Tarikh:

__________________________

(5)
(6)

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan ………....i-iii Penghargaan ………iv Abstrak …….………v Abstract …….………...vi

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Pengenalan ………...1-3 1.1 Pernyataan Masalah ………...4 1.2 Objektif Kajian ………...4 1.3 Kepentingan Kajian ………...4-5 1.4 Skop Kajian ……….5 1.5 Limitasi Kajian ………..5-6 1.6 Kesimpulan ………6

BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.0 Pengenalan ……….7 2.1 Metodologi Kajian ……….7-8 2.2 Kaedah Primer ………8-10 2.3 Kaedah Sekunder ……….10-11 2.4 Kesimpulan ……….11

BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan ……….12 3.1 Pemerhatian ………13-15 3.2 Temubual ………15-16 3.3 Analisa Data dari Soalan Kaji Selidik ……….16

3.3.1 Analisa jawapan daripada bahagian A ……….17-20 3.3.2 Analisa jawapan daripada bahagian B ……….20-24 3.3.3 Analisa jawapan daripada bahagian C ………25-39 3.4 Pemilihan Kriteria Mengikut Purata Tertinggi ………..39-41

(7)

3.5 Eksperimen & persampelan ……….41

3.5.1 Sampel pertama ………..41-42 3.5.2 Sampel kedua ………..42-43 3.6 Kesimpulan ………43

BAB 4 PRODUK AKHIR 4.0 Pengenalan ……….44

4.1 Reka bentuk pakaian untuk gaun wanita mengandung ………..45

4.1.1 Rekaan pertama ………...45

4.1.1.1Cara bukaan rekaan pertama ……….46-47 4.1.2 Rekaan kedua ………..48

4.1.2.1Cara bukaan rekaan kedua ………49-50 4.1.3 Rekaan ketiga ………..51

4.1.3.1Cara bukaan rekaan ketiga ……….52-53 4.2 Kesimpulan ………54

BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pengenalan ……….55

5.1 Kelebihan produk ………...55

5.1.1 Material/bahan ……….55

5.1.2 Bukaan dan jenis bukaan ……….55-56 5.1.3 Warna fabrik ………....56

5.2 Kelemahan produk ………..…56

5.3 Batasan kajian ………...56

5.4 Kesimpulan ……….56

(8)

LAMPIRAN ………57 Lampiran A

 Borang kaji selidik Lampiran B

 Analisa borang kaji selidik Lampiran C

 Rekaan gaun mengandung pertama

 Rekaan gaun mengandung kedua

 Rekaan gaun mengandung ketiga

Lampiran D

 Harga jualan

RUJUKAN ………..73

(9)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulilah kehadrat ilahi, akhirnya dapatlah saya menyiapkan penulisan ilmiah kajian bukaan praktikal untuk gaun wanita mengandung setelah setahun penyelidikan dengan bantuan penasihat, rakan-rakan dan mereka yang terlibat secara tidak langsung.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada penyelia pertama saya iaitu Cik Norhayati Binti Suleiman dan Dr. Hjh. Nazlina Binti Shaari sebagai penyelia kedua yang banyak memberi tunjuk ajar dengan penuh kesabaran, sokongan serta galakkan semasa menyiapkan Projek Tahun Akhir. Para pensyarah dan tutor Teknologi Seni Reka juga tidak dilupakan kerana banyak memberi kritikan supaya dapat memperbaiki kelemahan, galakkan dan bantuan kepada saya dalam menjayakan Projek Tahun Akhir ini.

Ribuan terima kasih buat keluarga dan rakan sekelas di atas restu, galakkan dan sebagai teman di sisi selama tiga tahun pengajian di Universiti Malaysia Sarawak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas bantuan dan dorongan yang telah diberikan.

Wassalam.

(10)

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mereka gaun mengandung yang mempunyai nilai tambahan bukaan yang praktikal. Ia bertujuan untuk membantu memudahkan wanita mengandung memberi ruang pada bahagian perut ketika membuat pemeriksaan kandungan lazim serta menyapu pelembab yang sememangnya perlu dalam tempoh mengandung. Rekaan ini tertumpu pada bukaan di bahagian hadapan yang mempunyai dua lapisan dengan penggunaan jenis kancing zip tersembunyi, loop dan butang serta Velcro untuk memudahkan proses bukaan dan memberi ruang kepada bahagian perut tanpa mendedahkan bahagian badan yang lain. Kategori rekaan fesyen adalah pakaian kasual dengan menggunakan fabrik berasaskan gentian semula jadi yang bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan serta nilai estetika kepada pengguna.

(11)

Abstract

This study is to design a value added maternity dress with functional openings.

The aim is to help pregnant lady access their tummy area for common medical check – up and to apply lotion, which is frequently needed during this period. The design covers overlay, front side openings with invisible zips, loops with button and Velcro strips to give easy opening and access of their tummy without revealing other body part. The selection of design is focused on casual wear using natural fiber fabric which aims to give comfort and ease as well as aesthetic value to consumers.

(12)

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Pengenalan

Mengandung merujuk kepada proses pertumbuhan bayi di dalam perut wanita sehingga melahirkan anak. Lazimnya anggaran tempoh mengandung adalah empat puluh minggu di antara tempoh akhir haid dan kelahiran iaitu tiga puluh lapan minggu daripada proses persenyawaan. Pembesaran kandungan dan perubahan fizikal wanita mengandung terbahagi kepada 3 trimester iaitu trimester 1, trimester 2 dan trimester 3.

Setiap trimester mewakili perubahan di dalam jangka masa 3 bulan.

Pada trimester pertama sehingga trimester ketiga, terdapat banyak perubahan lazim berlaku dalam tempoh mengandung disebabkan perubahan hormon dan fizikal.

Antara perubahan fizikal adalah pembesaran perut dan payu dara, perubahan kulit kepada lebih sensitif disebabkan tegangan dan tekanan apabila kandungan semakin membesar. Perkara ini akan menyebabkan ketidakselesaan sepanjang tempoh mengandung. Berikutan perubahan ini, terjadilah perubahan emosi pula seperti perubahan perasaan wanita mengandung iaitu perasaan murung, sedih dan cepat berasa tidak yakin.

Wanita mengandung akan memenuhi jadual pemeriksaan kandungan pada setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh doktor. Pemeriksaan awal dilakukan bagi memastikan tahap kesihatan wanita mengandung dan kandungan. Pemeriksaan kandungan di lakukan pada trimester pertama lagi iaitu pada bulan pertama sehingga keenam, pemeriksaan yang perlu dijalani adalah sekali dalam sebulan. Pada bulan yang

(13)

seterusnya iaitu bulan keenam sehingga ketujuh adalah dua kali dalam sebulan dan pada bulan kelapan hingga menunggu kelahiran adalah empat kali dalam sebulan.

Menurut Nurul Akma Bt Ramlan, jururawat Hospital Besar, Ipoh Perak, semasa pemeriksaan kandungan, wanita mengandung perlu menjalani beberapa pemeriksaan.

Antaranya memeriksa kepekatan darah, tahap haemoglobin (perlu jika kekurangan darah) serta imuniti rubella (jika perlu), memeriksa air kencing untuk tahap kepekatan gula, protein dan ketones, pemeriksaan GTT glucose tolerance test untuk diabetes, menimbang berat badan, ultrasound scanning untuk melihat imej bayi dalam rahim serta dapat mengetahui bayi kembar, bayi normal dan abnormal, mendengar degupan bayi dengan menggunakan foetal heartbeat dan ukuran diameter perut dari symphysis pubis.

Penjagaan yang betul amat penting bagi membantu perkembangan kandungan dalam keadaan yang normal dan selamat. Wanita mengandung dinasihatkan mengambil makanan yang sihat seperti sumber makanan yang mempunyai vitamin A, B, C, D, Folate, Calcium, Zinc, Iron, Phosphorus dan magnesium.

Pemeriksaan kandungan menggunakan ultrasound scanning adalah bagi mengetahui jantina bayi, mengesan degup jantung kandungan, meneka pertumbuhan bayi abnormal atau normal dan pembesaran rahim.

(14)

Sumber bahan daripada internet

(Medline Plus Medical Encyplopedia in Pregnancy)

Rajah 1: Pemeriksaan menggunakan ultrasound scanning.

Semasa mengimbas kandungan, wanita mengandung perlu berbaring di atas katil yang disediakan dan mendedahkan bahagian perut. Bahagian perut akan disapu dengan gel pengimbas, ini bagi membolehkan transducer membantu mendapat imej kandungan.

Tranducer akan digerakkan di atas kulit perut dengan lembut dan imej akan terpapar di skrin LCD dan doktor akan menerangkan apa yang dipaparkan di skrin (Rujuk rajah 1).

Sepanjang menjalani pemeriksaan dengan alat pengimbas, wanita mengandung menghadapi masalah kerana tiada pakaian khas disediakan seperti kemudahan baju x- ray. Kebanyakkan wanita mengandung lebih gemar memakai gaun mengandung disebabkan faktor mudah semasa membuat pemeriksaan, mudah ketika membuang air, tidak panas dan selesa tetapi gaun mengandung sedia ada tidak memberi keselesaan ketika pemeriksaan perut. Ini adalah salah satu faktor permasalahan yang mempengaruhi kajian ini.

(15)

1.1 Pernyataan Masalah

Kajian ini telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang lazim dihadapi oleh responden melalui temubual secara tidak langsung. Antaranya adalah responden menghadapi masalah semasa menjalani pemeriksaan kandungan kerana jarang disediakan pakaian khas di pusat kesihatan yang dapat memberi keselesaan. Setakat ini hanya, baju khas x-ray sahaja yang disediakan.

Permasalahan yang kedua adalah, gaun mengandung yang sedia ada dipasaran tidak mempunyai bukaan yang bersesuaian serta menyukarkan pemakaian. Ini adalah disebabkan, kebanyakkan rekaan dipasaran mempunyai bukaan di bahagian belakang.

1.2 Objektif Kajian

• Mengenalpasti jenis-jenis kancing dan perletakkan bukaan yang sesuai untuk diaplikasikan pada gaun mengandung bagi memudahkan pengguna menjalani pemeriksaan kesihatan dan memberi ruang pada bahagian perut berdasarkan data maklumat daripada responden.

• Menghasilkan bukaan gaun mengandung yang praktikal bagi memberi kemudahan tambahan selain memberi keselesaan kepada pengguna.

1.3 Kepentingan Kajian

Daripada kajian ini, rekaan gaun mengandung akan lebih praktikal dengan fungsi dan estetikanya. Dengan ini, ia dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa jangka masa mengandung dan diharap dapat memupuk sikap para ibu yang

(16)

atau kepayahan. Ini juga dapat mengurangkan rasa malu dan segan ketika pemeriksaan kandungan.

Pemilihan fabrik adalah daripada kategori gentian semulajadi kerana sifat fabrik tersebut yang selesa, mudah menyerap peluh, sejuk dan mempunyai tekstura yang lembut. Ini adalah amat bersesuaian dengan kulit wanita mengandung yang sensitif bagi memberi keselesaan jika berpeluh dan mengelakkan kegatalan di bahagian perut.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini dilakukan di dua kawasan iaitu India Street, Klinik Jawa (klinik ibu- ibu mengandung) di sekitar Kuching dan Klinik Kesihatan, Kota Samarahan. Borang soal kaji selidik telah diedarkan kepada 30 orang wanita mengandung dan 20 orang wanita yang telah mengandung. Cara ini akan mendapat maklumat dengan lebih tepat tentang permasalahan yang akan dikaji serta dapat mencapai matlamat objektif supaya produk yang dihasilkan mempunyai bukaan yang praktikal untuk gaun mengandung.

1.5 Limitasi Kajian

Limitasi kajian ini adalah sukar untuk mendapatkan diameter perut yang tepat kerana setiap diameter perut ibu mengandung mempunyai ukuran yang berlainan walaupun badan bersaiz M. Ini adalah kerana faktor genetik, pemakanan ibu semasa mengandung (bayi kekurangan zat untuk membesar), bayi kembar dan beberapa faktor yang lain. Manakala kumpulan sasaran pasaran adalah terdiri daripada wanita bekerjaya yang berpendapatan antara Rm1200 ke atas. Ini disebabkan golongan dalam lingkungan ini, masih mampu membeli rekaan bukaan praktikal untuk gaun mengandung. Kategori

(17)

rekaan fesyen ini adalah kasual. Cadangan rekaan ini amat bersesuaian dengan wanita mengandung yang gemarkan penampilan bergaya, ringkas dan kemas.

1.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pada akhir kajian ini akan menghasilkan produk gaun mengandung yang mempunyai bukaan yang praktikal pada akhir kajian ini.

Pengaplikasian bukaan praktikal pada gaun mengandung ini adalah untuk memperkenalkan produk yang dapat membantu dan memberi keselesaan kepada ibu mengandung. Produk ini direka khas untuk wanita mengandung untuk menyenangkan semasa aktiviti pemeriksaan tahap kesihatan sepanjang tempoh mengandung serta masih praktikal digunakan selepas bersalin.

(18)

BAB 2

METODOLOGI KAJIAN

2.0 Pengenalan

Kaedah metodologi dalam kajian akan menekankan kepada aspek pemerhatian, mengumpul maklumat, mengenal pasti permasalahan dengan mengedarkan borang kaji selidik supaya dapat memahami kajian serta menghasilkan produk yang baru berdasarkan permasalahan yang telah di kenal pasti.

2.1 Metodologi penyelidikan

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan 2 kaedah iaitu:

Rajah 2: Menerangkan cabang metodologi kajian.

.

Kajian ini menggunakan kaedah metodologi kajian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu dengan mengumpulkan data secara primer dan sekunder. Data primer

METODOLOGI PENYELIDIKAN

DATA PRIMER

i) Temubual

ii) Borang kaji selidik iii) Eksperimen dan persampelan

DATA SEKUNDER

i) Pengumpulan data daripada pembacaan ii) Pemerhatian

(19)

adalah data yang paling penting kerana ia untuk mengumpul segala maklumat melalui dengan tiga cara pengumpulan secara langsung iaitu temubual, pengedaran borang soal kaji selidik serta membuat eksperimen dan persampelan.

Manakala data sekunder adalah data yang diperolehi daripada data kajian sebelumnya dan pengalaman. Data ini dapat menyokong maklumat yang diperolehi daripada data primer (Rujuk rajah 2).

2.2 Data primer

Data primer adalah data dengan mengumpul segala maklumat secara langsung, melalui tiga cara pengumpulan iaitu temubual, pengedaran borang kaji selidik dan membuat eksperimen dan persampelan.

2.2.1 Temubual

Temubual dilakukan pada pihak daripada pusat kesihatan bagi mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai aktiviti pemeriksaan yang dilakukan ke atas wanita mengandung Temubual juga dilakukan secara tidak langsung terhadap wanita mengandung dan wanita yang sudah mengandung. Temubual ini dilakukan adalah bagi mengetahui masalah penggunaan gaun mengandung yang sedia ada di pasaran semasa menjalani pemeriksaan kandungan.

Wanita mengandung bersetuju dengan cadangan rekaan bukaan praktikal untuk gaun mengandung kerana rata-rata berpendapat gaun mengandung yang ada dipasaran tidak dapat memberi keselesaan ketika pemeriksaan kandungan. Selain itu wanita

(20)

bukaan praktikal gaun wanita mengandung. Seluruh maklumat yang telah dikumpul dari temubual secara tidak langsung dan langsung digunakan dalam menghasilkan rekaan.

2.2.2 Borang soal kaji selidik

Borang kaji selidik diedarkan bertujuan untuk mengkaji tentang gaun mengandung dengan menerima setiap pendapat responden iaitu mengenai cadangan yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Borang soal kaji selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

Bahagian A adalah bahagian soalan demografi iaitu maklumat peribadi responden. Pada bahagian ini soalan mengenai umur dan status pekerjaan. Manakala bahagian B pula, adalah bahagian maklumat umum responden. Maklumat ini penting untuk mengetahui kesesuaian gaun mengandung yang sudah sedia ada di pasaran seperti maklumat keselesaan responden mengunakan gaun mengandung.

Bahagian C pula adalah mengenai cadangan reka bentuk baru gaun mengandung. Maklumat ini digunakan untuk mengenal pasti elemen yang tertinggi. Hal ini dikeranakan untuk membantu penghasilan produk akhir. Data bahagian C menggunakan kaedah linked scale iaitu kaedah purata menggunakan lima bahagian kod (Rujuk jadual 1).

Jadual 1: Menunjukkan kod jawapan bagi kaedah linked scale

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Tidak pasti 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

(21)

2.2.3 Eksperimen dan persampelan

Hasil daripada pengumpulan data yang telah dianalisa dijadikan elemen utama dalam mereka gaun wanita mengandung. Elemen utama ini dijadikan sebagai landasan semasa membuat eksperimen dan persampelan.

Persampelan dilakukan bagi mengenal pasti perletakan yang sesuai dan dapat memberi keselesaan apabila diaplikasikan pada mana-mana di bahagian hadapan, bahagian sisi dan diagonal (potongan serong). Selain itu jenis kancing dan saiz kancing juga diambil kira dalam persampelan. Eksperimen ini juga banyak tertumpu pada bahagian perut bagi memastikan bahagian perut terbuka tanpa mendedahkan bahagian badan yang lain.

Tujuan persampelan dan reka bentuk adalah untuk membantu menghasilkan produk yang mempunyai kedudukan bukaan yang sesuai dan selesa bagi menyelesaikan masalah produk yang sedia ada dan dapat memberi nilai estetika pada baju mengandung. Selain itu, dapat menghasilkan produk yang baik dan dapat memberi kemudahan tambahan berbanding daripada gaun mengandung yang sedia ada sekarang.

2.3 Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang diperolehi daripada data kajian sebelumnya dan pengalaman.

2.3.1 Pengumpulan data melalui pembacaan

Kajian ini telah menggunakan seluruh maklumat melalui laman web, majalah

(22)

mengandung, maklumat mengenai wanita mengandung, jenis fabrik dan jenis-jenis reka bentuk gaun.

2.3.2 Melalui Pemerhatian

Melakukan pemerhatian mengenai bukaan, jenis kancing, reka bentuk gaun dan jenis-jenis gaun mengandung di pasaran dan mengetahui kehendak serta pendapat responden mengenai gaun mengandung.

2.4 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menggunakan kaedah metodologi kajian bagi mendapat maklumat yang tepat tentang permasalahan gaun mengandung serta mengumpul data serta cadangan daripada responden berdasarkan tajuk kajian bukaan praktikal untuk gaun wanita mengandung.

(23)

BAB 3

HASIL DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bagi mendapat maklum balas mengenai maklumat-maklumat berkenaan dengan rekaan gaun wanita mengandung, borang soal kaji selidik telah diedarkan kepada 50 orang responden. Borang soal kaji selidik telah diedarkan kepada 2 kategori iaitu 30 orang responden yang sedang mengandung dan 20 orang responden yang telah mengandung.

Borang soal kaji selidik telah diedarkan di pusat kesihatan ibu-ibu mengandung iaitu Klinik Jawa, Kuching dan Klinik Kesihatan Kota Samarahan. Borang soal kaji selidik ini banyak diedarkan di pusat kesihatan. Pengedaran borang soal kaji selidik bertujuan untuk mendapat lebih maklumat yang tepat bagi membantu kajian ini serta mengenal pasti elemen-elemen yang perlu ada pada gaun mengandung bagi memenuhi kehendak responden.

Borang soal kaji selidik ini telah di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian demografi pada bahagian A iaitu maklumat peribadi responden, maklumat responden mengenai gaun mengandung pada bahagian B dan cadangan reka bentuk baru gaun mengandung pada bahagian C. Hasil daripada analisa jawapan responden ini dapatlah mengetahui masalah gaun mengandung yang sedia ada tidak sesuai dipakai untuk pemeriksaan kandungan.

(24)

3.1 Pemerhatian

Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenalpasti permasalahan gaun mengandung yang ada di pasaran. Sepanjang pemerhatian yang telah dilakukan mendapati gaun mengandung mempunyai bukaan biasa iaitu bukaan di bahagian hadapan dan belakang tetapi selalunya bukaan untuk memasukkan kepala, menjadi design line sebagai nilai estetik pada kolar dan ada sesetengah rekaan gaun mengandung tidak mempunyai bukaan. (Rujuk rajah 3 dan 4).

Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan, keperluan bagi wanita mengandung semasa pemeriksaan kandungan adalah keselesaan. Responden mencadangkan gaun mengandung yang akan dihasilkan dapat menutup pada bahagian yang tidak sepatutnya terdedah tanpa menyelak kain ke paras dada. Secara keseluruhannya, responden mementingkan keselesaan, masa jangka panjang dan kecantikan.

Rajah 3: Gaun mengandung yang tidak mempunyai bukaan pada mana-mana bahagian.

Referensi

Dokumen terkait

Every effort will be made by the mining operators to work out with the government plans for the administration of the industry on a basis fair and just to both, and we are sure that