Tawaran eBidding ini adalah dipelawa kepada pembekal bertaraf Bumiputera dan bukan Bumiputera yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 220801 dan telah ePerolehan enabled dalam bidang yang berkaitan bagi menyertai eBidding seperti berikut:-
1. Penyediaan perkhidmatan adalah tertakluk kepada Syarat dan Terma yang ditetapkan. Syarikat yang menyertai eBidding tetapi didapati tidak mematuhi semua syarat dan terma yang disenaraikan akan disenaraihitamkan.
2. Syarikat yang berminat untuk menyertai eBidding ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri Sesi Taklimat eBidding pada hari tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
TARIKH : 6 September 2012 (Khamis) MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Bangunan Pentadbiran,
Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia, Blok 5-A, Halaman Bukit Gambir,
11700 Pulau Pinang
PEGAWAI PERHUBUNGAN : En. Safuan Saleh - MOSTI (03-8885 8072)
En. Muhammad Azmir Bin Ishak – IPHARM (04-6521269)
3. Kehadiran wakil syarikat ke taklimat adalah wajib dan dihadkan kepada dua (2) orang wakil sahaja.
Cadangan dari syarikat yang tidak menghadiri taklimat tidak akan diproses dan dipertimbangkan.
4. Pihak syarikat bolehlah memuat turun dokumen eBidding ini di laman web ePerolehan iaitu www.eperolehan.com.my
5. Tarikh tutup mengemukakan tawaran awal (pra-kelayakan) eBidding ini ialah selewat-lewatnya pada 25 September 2012 (Selasa) jam 12.00 tengah hari.
NAMA TAWARAN :
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA) DI INSTITUT FARMASEUTIKAL DAN NUTRASEUTIKAL MALAYSIA (IPHARM), KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
NOTIS KENYATAAN TAWARAN