SUKAN RENANG BERDASARKAN PEMATUHAN SOP COVID-19
N O R H A Y A T I K A S M A T &
M O H A M A D N I Z A M N A Z A R U D I N
RENANG
PENGENALAN
Page 1
Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lepas mengakibatkan penutupan sementara semua operasi-operasi atau premis perniagaan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak termasuklah pemberhentian sementara aktiviti latihan sukan tanah air negara. Namun, kebenaran pembukaan kolam renang bagi meneruskan aktiviti-aktiviti latihan sukan air seperti sukan renang telah mula dikuatkuasakan pada 25 Jun 2020 yang lalu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Akibat penyebaran atau penularan wabak dalam negara yang semakin
membimbangkan seluruh rakyat di dalam Malaysia serta turut memberi impak yang besar terhadap perkembangan latihan sukan air atlet negara seperti sukan renang.
Walaubagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata walaupun kebenaran sektor sukan air dibenarkan beroperasi namun ianya tertakluk hanya dibuka untuk atlet-atlet sukan renang negara sahaja. Sukan air yang lain seperti renang berirama termasuklah yang bukan sukan air iaitu taman tema air masih tidak
dibenarkan beroperasi kerana bimbang penularan wabak tersebut berikutan aktiviti tersebut melibatkan sentuhan secara fizikal. Namun begitu, ada segelintir pihak mempersoalkan pembukaan kolam renang biarpun prosedur operasi standard (SOP) telah diperketatkan oleh pihak Kementerian Keselamatan.
Covid-19
Antaranya ialah adakah penularan wabak tersebut berjangkit melalui air?. Pernyataan atau
penjelasan dari (CDC) menyatakan bahawa
pihak mereka tidak mengetahui secara saintifik mengenai keberjangkitan wabak tersebut tersebar melalui air samada di kolam renang, kolam air panas atau taman permainan air kerana penggunaaan pembasmian kuman air seperti klorin atau bromin seharusnya
mematikan virus tersebut. Sungguhpun begitu, ada juga pihak tertentu yang melihat dari sudut lain iaitu mereka mempersoalkan adakah pernah berlaku sebarang kes kewujudan penularan wabak tersebut berjangkit melalui penggunaan kolam renang.
Centers for Diasease Control and Prevention
SUKAN RENANG BERDASARKAN PEMATUHAN SOP COVID-19
Mengikut petikan akhbar “Runners World” di United Kingdom menyatakan bahawa mereka telah memeriksa dengan adanya petunjuk bahawa akan dinyahhapus pada tahap klorin yang digunakan di kolam renang, pihak pertubuhan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengesyorkan tahap peggunaan klorin pada 15mg min./liter cukup untuk membunuh virus yang tidak diliputi seperti virus polio, rotavirus dan serta virus seperti akan dinyahaktif pada tahap yang sangat rendah. Oleh itu, kemungkinan besar keberjangkitan penularan wabak melalui penggunaan air kolam adalah sangat rendah dan tiada sebarang kes yang pernah dilaporkan sehingga ke hari ini. Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk sukan renang, hanya aktiviti-aktiviti seperti latihan renang tanpa sentuhan fizikal, terjun dan menyelam, atlet hanya dibenarkan mengikuti sesi latihan yang ditetapkan dan had jumlah mengikuti kapasiti kolam renang.
Selain itu, pihak Kementerian Keselamatan juga telah menetapkan siapa kumpulan yang terlibat dalam aktiviti sukan renang tersebut. Antaranya ialah atlet kebangsaan dan negeri, perenang kelab dan akademi renang, peserta atau perenang dalam program latihan
berperingkat atau peserta yang mewakili negara dalam sukan renang. Berikut merupakan SOP lain secara am dalam pengurusan kolam renang oleh operator :
covid-19
coxsackie covid-19
Page 3
1. Kawalan had jumlah perenang di dalam kolam dan bilik persalinan.
Pihak operator pengurusan sukan renang akan bertanggungjawap memastikan ada penjarakan sosial dikalangan perenang termasuklah penggunaan almari di dalam bilik persalinan yang perlu diselang-selikan. Penjarakan sosial di kawasan luar dan dalam kolam renang juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan keberjangkitan . Kementerian
Keselamatan menetapkan hanya 3-4 perenang sahaja termasuklah jurulatih di dalam atau luar kolam renang bagi meneruskan sesi latihan secara bergilir-gilir mengikut jadual.
Tujuan kawalan ini diperketatkan adalah untuk memastikan tiada jangkitan atau penularan wabak berlaku.
covid-19
2. Memastikan ujian tahap klorin dilakukan.
Kementerian Keselamatan juga telah menetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) bahawa pihak pengurusan perlu melakukan ujian tahap klorin dilakukan setiap 2 jam operasi mengikut piawaian Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan
pencemaran air seperti kuman-kuman atau virus serta memastikan kualiti air kolam terus terjaga selepas dan sebelum digunakan.
3. Membuat pendaftaran notifikasi pembukaan premis MySejahtera.
Kementerian Keselamatan mewajibkan mana-mana premis yang beroperasi membuat pendaftaran notifikasi pembukaan dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Pendaftaran ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengesanan kontak rapat sekiranya berlaku apa-apa seperti keberjangkitan wabak dikalangan pekerja dan perenang. Selain itu, pengimbasan suhu sebelum masuk ke dalam pusat latihan juga dilakukan bagi mengesan gejala-gejala .
Covid-19
Covid-19
4. Penggunaan face mask dan penjarakan fizikal di luar kolam.
Penetapan prosedur operasi standard (SOP) turut menekankan perenang digalakkan
memakai ataupun pelitup muka ketika di luar kolam dan membersihkan tangan mereka secara berkala serta tidak meludah merata-rata atau bersalaman dengan individu lain. Selain itu, peraturan penjarakan sosial yang ketat iaitu 1m hingga 3m untuk aktiviti statik dan 3 m hingga 5m bagi aktiviti dinamik dalam kolam. SOP tersebut harus dipatuhi oleh semua perenang termasuklah jurulatih serta pekerja-pekerja yang mengendalikan kolam renang bagi mengurangkan risiko jangkitan.
face mask
5. Tidak berkongsi sebarang alatan peribadi serta makanan dan minuman.
Kementerian Keselamatan juga mengambil berat keselamatan para perenang. Oleh itu, sebarang perkongsian barangan seperti alatan peribadi seperi beg, botol air, tuala badan dan muka, barang mandian, pakaian serta makanan dan minuman mereka adalah sangat tidak digalakkan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan tiada kes jangkitan berlaku.
Pandemik yang melanda seluruh dunia memberi kesan yang buruk kepada perkembangan ekonomi dan sosial masyarkat. Penularan wabak yang berlaku
menyebabkan wujudnya norma-norma baharu dalam kalangan masyarakat, ini adalah bertujuan bagi mengekang atau memutuskan rantaian wabak tersebut. Penguatkuasaan SOP bagi industri dunia sukan terutamanya sukan air turut diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak Kementerian Keselamatan demi memastikan prestasi dan kelangsungan latihan para atlet perenang negara berterusan.
Covid-19