Rujukan
Isa, Jumainah (2004) Kajian Tinjauan Pasaran Kuih Tradisional (Kuih Cincin) Sabah. Universiti Malaysia Sabah.Tesis Sarjanamuda.
PENGENALAN KUIH MUIH TRADISIONAL SIPITANG, SABAH
Sabah mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional terutamanya kuih- muih tradisional. Kepelbagaian kuih tradisional ini terhasil dari kepelbagaian suku kaum menetap di Sabah. Selain itu ia juga terhasil dari pertembungan budaya dan interaksi antara satu negeri serta negara yang lain. Kedudukan geografi daerah Sipitang yang bersempadan dengan negeri Sarawak dan negara Brunei telah menyebabkan terdapat persamaan diantara kuih muih tradisi bagi tempat – tempat ini.
Makanan di Sipitang terutamanya kuih muih tradisional boleh di kategorikan dari jenis kering dan basah. Kuih muih tradisional yang boleh di temui di Sipitang adalah seperti Biraksa, Bikang, Dalamu, Sakul, Tumpi Badaun, Wajik Beras Pulut, Wajik Ubi, Tapai Nasi, Tapai Ubi, Punjung Kosong, Kuya, Jelurut, Bahulu, Jala, Ardam, Penyaram, Kuih Rangin, Wajik Kerasik, Putu Mayang, Sasagun, Madu Kesirat, Kuih Calak Hijau, Pais Manis, Lamban, Seri Rupa dan Pipis.
Kebanyakkan kuih muih tradisi di Sipitang menggunakan teknik membakar, mengoreng, mengukus, dan rebusan. Disamping menggunakan bahan-bahan seperti tepung beras, santan dan gula apong sebagai bahan utama di dalam resipi.
Terdapat pelbagai jenis kuih tradisional di Sabah. Rajah 1 menunjukkan jenis-jenis kuih tradisional di Sabah yang.
Di Sipitang kebanyakkan makanan tradisional terutamanya kuih muih menggunakan pembungkusan daun nyirik, daun pisang, daun nipah, daun pandan dan pucuk kelapa yang mana ia mudah didapati di kawasan rumah atau persekitarannya. Contoh daun–daun yang di gunakan dalam pembungkusan boleh dilihat di gambar 1,2 dan 3 diatas.
LATAR BELAKANG JENIS-JENIS KUIH TRADISI SABAH
JENIS-JENIS PEMBUNGKUSAN
Gambar 1: Daun Pisang Sumber: Koleksi peribadi
Gambar 2: Daun Nyirik Sumber: Koleksi peribadi
Gambar 3:Daun Nipah Sumber: Koleksi peribadi
Jenis-Jenis
Kuih Tradisional Sabah Kuih Kukus
Apam Lawan Apam Kelapa
Bintanok Kuih Bakul Kuih Jelarut Kuih Ketumayang
Kuih Kesui Kuih Ku Kukus Labu
Kuih Sago Bahulu Pecah
Lapis Pelangi
Goreng Kuih
Kuih Bawang Kuih Berati Kuih Bubur
Kuih Cakar Ayam Kuih Jala
Kuih Lada Kuih Lidah Kuih Cincin Kuih Penyeram Kuih Patti Jagong
Kuih Penganan Jagong
Kuih Bakar
Geringit Kelapa Kuih Bahulu Kuih Rangin
Kuih Sepit
Kuih Rebus
Kuih Biji Salak Kuih Kochung
Kuih Lopis
Rajah 1: Jenis – Jenis Kuih Tradisional Sabah Sumber: Isa (2004)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel: +60 88320000 ext 8875
Fax: +6088320259
Email: [email protected]