• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Simptom Stres Dalam Kalangan Pelajar Era Covid 19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Simptom Stres Dalam Kalangan Pelajar Era Covid 19"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

487

SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19 Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira Ibrahimiv

i Zainora binti Daud. Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected]

ii Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected]

iii Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected]

iii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. [email protected]

Abstrak

Kajian berkaitan stres dalam kalangan pelajar banyak dibincangkan oleh para sarjana akademik.

Simptom stres akan membentuk peribadi dan pemikiran yang tidak sihat sehingga boleh menjejaskan pencapaian dalam pembelajaran. Malahan boleh menyumbang kepada peningkatan masalah tingkah laku seperti ponteng kelas dan sebagainya. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang pelajar dan meninjau simptom stres daripada empat aspek iaitu fizikal, psikologikal, gangguan fikiran dan tingkah laku yang dialami ketika pembelajaran secara dalam talian era covid 19.

Subjek kajian terdiri daripada para pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian di USIM. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 19 (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap stres para pelajar berada di tahap sederhana. Kajian ini juga membuktikan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk mengurus stres dengan baik ketika mendepani pandemik yang mencabar ini berpandukan ayat-ayat al-Quran dan amalan Islam yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

Kata kunci: stres, covid-19, pembelajaran, dalam talian.

PENDAHULUAN

Desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku pada mereka. Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap mengganggu keadaan diri seseorang. Simptom stres perlu dikenal pasti supaya dapat mengawal seseorang daripada melakukan seuatu yang di luar kawalan.

(2)

488

Stres menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk menghadapinya.63 Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Stres bukan merupakan sesuatu yang membahayakan kerana ia melibatkan hasil dan kualiti sesuatu pencapaian. Apabila mengalami stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja. Dan begitu sebaliknya apabila stres berada di peringkat tinggi, seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres. Manakala stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.64

Stres telah dikenal pasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang wujud dan kecelaruan psikologi. Stres sering dikaitkan dengan pembelajaran. Stres yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untukbekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental.

Cara kita menangani stres yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.65

Lantaran itu, tahap stres memainkan salah satu peranan penting dalam kehidupan seharian kita sama ada mengekalkan atau meruntuhkan semangat dan momentum kejayaan dengan tindak balas tanda-tanda stres untuk mendatangkan hasil positif atau negatif.

PENGERTIAN STRES DAN CIRI-CIRI STRES

Istilah stres sukar untuk didefinisikan kerana perkara yang menyukarkan atau menyedihkan individu mungkin menggembirakan individu lain. Stres boleh berbentuk positif atau negatif. Bagaimanapun, stres sering dianggap sebagai sesuatu negatif.

Kesimpulannya sefinisi stres secara holistik menunjukkan fenomena yang kompleks mempengaruhi seseorang, bukan sahaja fizikal badannya tetapi melibatkan faktor yang segelintirnya mungkin belum dikenal pasti oleh para cendekiawan dan penyelidik.66 Desakan yang terlalu banyak dapat menyebabkan berlakunya perubahan dari segi fisiologi, mental dan tingkah laku yang dikatakan stres.67

Dr. Mohd Nasir bin Abd Kadir membahagikan ciri-ciri stres kepada empat bahagian iaitu fizikal dengan membentangkan simptom-simptom yang dialaminya

63https://www.moh.gov.my/moh/ /6_Panduan_Menangani_Stres.pdf

64http://www.kmj.matrik.edu.my/mengenai-kami/jabatan-pengurusan-pelajar/

65 Abd. Rahman Yaacob, Ros Aini Ibrahim, Majdi @ Abd Hadi Ishak Rashdan Rashid. Punca Stres Di Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam https:// www. academia. edu.

66 Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan Pengurusan Efektif.

Nilai: USIM.19.

67 Ibid.23.

(3)

489

seperti gementar, berpeluh, rasa seram sejuk, tangan dan kaki rasa sejuk, sakit kepala atau rasa mual/nak muntah, bernafas laju, kering mulut, kerap buang air kecil atau air besar, cirit birit, kurang selera makan, mudah dapat serangan penyakit antaranya asma, sakit belakang badan, masalah penghadaman, sakit kepala dan gatal-gatal, masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual, sakit-sakit badan dan cepat letih.68

Manakala dari aspek psikologikal ialah kebimbangan, keliru dan kurang daya tumpuan, sukar kawalan diri, perubahan emosi daripada aspek tekanan perasaan, kekecewaan, mewujudkan permusuhan, rasa tak berdaya, kurang sabar dan cepat marah, lemah semangat, susah nak tidur dan mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak.69

Aspek gangguan fikiran pula memaparkan simptom-simptom stres seperti sukar membuat keputusan, kurang minat terhadap aktiviti harian, tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar, pemikiran positif terganggu disebabkan sering berfikiran negatif, kurang memberi perhatian, hilang keyakinan diri dan hilang tumpuan. Begitu juga penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah.70

Dan aspek tingkah laku pula seperti bercakap dengan cepat dan kuat, menguap, suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih, perasaan yang negatif seperti mudah tersinggung, terlalu bergantung kepada orang lain, suka memberi komen dan kritik orang lain, boleh bertindak ganas, bertindak secara tidak logik, bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi serta kurang kecekapan diri seperti mudah lupa, selalu membuat kesilapan serta sering terlibat kemalangan. Kurang produktiviti kerja dan menindakkan keupayaan diri sendiri juga simptom stres.71 Termasuk juga masalah tabiat makan, tingkahlaku agresif, buli dan vandalism.72

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidik memilih reka bentuk kajian deskriptif kerana dapat memberikan perihal fenomena sebenar. Pharmit Singh et.al menjelaskan penyelidikan dalam bentuk yang paling asas melibatkan deskriptif fenomena semulajadi manusia atau buatan manusia iaitu dari segi bentuk, tindakan, perubahan mengikut masa dan persamaan dengan

68 Pengurusan stres dalam talian http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-stres-2/

69 https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan/6_Panduan_Menangani _Stres.pdf

70 Pengurusan stres dalam talian http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-stres-2/

71 Ibid.

72 https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/6_Panduan_

Menangani_Stres.pdf

(4)

490

fenomena lain. Penyelidikan ini adalah sejenis penyelidikan kuantitatif yang membuat deskriptif teliti tentang fenomena pendidikan.73 Kajian deskriptif selalunya dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.74

Metodologi kajian ialah berbentuk kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu metode untuk mengumpul maklumat menerusi satu set soalan kepada satu sampel yang dipilih dari satu populasi yang hendak dikaji.75 Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Satu set soalan dalam bentuk tulisan yang dibina khusus untuk mengumpul maklumat bagi menjawab persoalan kajian.76

Sampling pula ialah proses memilih sejumlah individu untuk tujuan kajian, manakala persampelan ialah cara untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan sesuatu masalah tanpa menggunakan seluruh ahli sesuatu populasi.77 Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian, USIM yang terlibat dengan pembelajaran dalam talian ketika musim covid 19.

Pengkaji boleh menggunakan pengalaman sendiri tentang saiz sample untuk mengenal pasti sama ada sesuatu sample itu mewakili populasi atau sebaliknya.78 Pengkaji memilih semua pelajar disebabkan jumlahnya sedikit, sebanyak 46 set soal selidik telah diedarkan semua pelajar tahun dua tetapi hanya 33 set soal selidik sahaja berjaya dikembalikan. Responden terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian, USIM.

Instrumen soal selidik merupakan kaedah yang berkesan dengan persampelan yang sesuai dan tepat dapat mewakili populasi yang sebenar.79 Artikel ini akan

73 Pharmjit Singh dan Chan Yuen Fook. 2010. Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan Penyelidikan. Shah Alam: UPENA, UITM. 00.

74 Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 42.

75 Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd.149

76 Ibid.120.

77 Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan. Cet. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 63.

78 Mok Soon Sang. 2009. Literature dan Kaedah Penyelidikan. Terb.1. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

89.

79 Ibid.185-186.

(5)

491

menumpukan terhadap simptom stres yang mereka alami ketika sesi pembelajaran secara dalam talian, wabak covid 19 baru-baru ini.

Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi lima bahagian utama. Bahagian A merangkumi soalan berkaitan data demografi responden. Bahagian B berkaitan simptom stres daripada aspek fizikal, bahagian C simptom stres daripada aspek psikologikal, bahagian D simptom stres daripada aspek gangguan fikiran dan bahagian E simptom stres daripada aspek tingkah laku.

Lima skor skala likert telah ditentukan dalam kajian ini seperti dalam jadual 1 di bawah iaitu:

Jadual 1: Skala Likert Yang Digunakan Dalam Borang Soal Selidik

Peringkat Skala likert

Tidak Pernah 1

Kadang-kadang 2

Tidak Pasti 3

Kerap 4

Sangat Kerap 5

(Sumber: Diadaptasi daripada Mohd Majid Konting, 1990)

Pengkaji juga menilai tahap stres yang dialami oleh pelajar berdasarkan skor min dalam jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Ukuran Skor Min Tahap Stres

Skor min Interprestasi

3.80-5.00 Stres Tinggi

2.40-3.79 Stres Sederhana

1.00-2.39 Stres Rendah

(Sumber: Diadaptasi daripada Wiersme,1995 dalam Mohamad Zaid Mustafa etal.) DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian merangkumi dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan demografi pelajar dan bahagian B berkaitan simptom-simptom stres yang dialami oleh respoden ditunjukkan dalam jadual-jadual di bawah:

Dapatan kajian latar belakang pelajar meliputi maklumat jantina, umur, kawasan tempat tinggal, bilangan adik beradik, pekerjaan ibubapa dan kumpulan pengkelasan pendapatan. Kesemua dapatan ini boleh dilihat dalam Jadual 3 di bawah.

(6)

492

Jadual 3: Bahagian A Latar Belakang Pelajar

Item Kekerapan Peratusan

Jantina Lelaki 12 36.4%

Perempuan 21 63.6%

Umur 21 2 6.0%

22 23 25

27 3 1

82.0%

9.0%

3.0%

Kawasan Tempat Tinggal Bilangan adik beradik

Bandar 11 33.3%

Luar Bandar 22 66.7%

1-3 4-6 7-9 10-12

6 19 6 2

18.2%

57.6%

18.2%

6.0%

Adakah kedua ibubapa anda bekerja?

Ya 19 57.6%

Tidak 14 42.4%

Pengkelasan Pendapatan Keluarga

T 20 M 40

6 10

18.2%

30.3%

B40 17 51.5%

Sumber: Soal Selidik

Dapatan kajian dalam jadual 2 di atas menunjukkan 70% responden dalam bidang pengkhususan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian yang berjaya menyerahkan soal selidik kepada pengkaji. Dari aspek jantina, bilangan pelajar perempuan (63.6%) mengatasi bilangan pelajar lelaki (36.4%). Dari aspek umur, majoriti berusia 22 tahun (82.0%), 23 tahun (9.0%), 21 tahun (6.0%) dan 25 tahun (3.0%). Sebanyak (66.7%) responden mendiami kawasan luar bandar berbanding (33.3%) di kawasan bandar.

Manakala dari aspek bilangan adik beradik memaparkan (57.6%) mempunyai adik beradik seramai empat hingga enam orang, diikuti dengan peratusan yang sama iaitu (18.2%) bagi bilangan adik beradik satu hingga tiga dan seramai tujuh hingga

(7)

493

sembilan orang, hanya (6.0%) sahaja yang mempunyai bilangan adik beradik antara sepuluh dan dua belas orang. Dari aspek pekerjaan kedua ibubapa pula menunjukkan 57.6% ibubapa mempunyai kerjaya berbanding 42.4% responden yang tidak bersetuju.

Sebanyak 51.5% responden berada di tahap B40 dalam pengkelasan pendapatan seisi rumah, diikuti dengan (30.3%) di M40 dan 18.2% di T20.

Jadual 4: Analisis symptom stres yang dialami dari aspek fizikal

N Minimum Maximum Mean

Std.

Deviation Tahap Stres Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic

Gementar 33 1.00 5.00 2.3939 1.02894 Rendah

Sakit kepala 33 1.00 5.00 2.2727 1.03901 Rendah

Muntah atau loya 33 1.00 5.00 2.1515 1.09320 Rendah

Bernafas laju 33 1.00 5.00 2.5152 1.30195 Sederhana

Kering mulut 33 1.00 4.00 1.9091 1.04174 Rendah

Kerap buang air besar/kecil

33 1.00 5.00 3.7576 2.03148 Sederhana

Cirit birit 33 1.00 5.00 3.0000 .70711 Sederhana

Kurang selera makan 33 1.00 3.00 2.1515 .56575 Rendah

Masalah penghadaman 33 1.00 3.00 2.2121 .54530 Rendah

Gatal-gatal 33 1.00 5.00 3.9091 1.04174 Tinggi

Sakit belakang badan 33 1.00 5.00 3.6970 1.01504 Sederhana

Cepat letih 33 1.00 5.00 3.1818 .91701 Sederhana

Sakit badan 33 1.00 5.00 3.6667 .81650 Sederhana

Jantung berdebar-debar 33 1.00 5.00 2.6061 1.22320 Sederhana

Sukar tidur 33 1.00 5.00 2.8788 1.16613 Sederhana

Valid N (listwise) 33

Sumber : Soal Selidik

Hasil dapatan kajian dalam jadual 4 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada jumlah skor min tahap stres dari aspek fizikal berada di tahap stres sederhana (min=2.81).

Namun bagi item mengalami kulit gatal-gatal dilihat berada di tahap tinggi (min 3.90) seperti dalam carta pai 1 berbanding lapan item simptom-simptom lain berada di tahap sederhana iaitu antara min 3.75 hingga 2.51 bagi item-item seperti kerap buang air besar/kecil (min=3.75), sakit belakang badan(min=3.69), sakit badan (min=3.66), cirit birit, cepat letih, sukar tidur, jantung berdebar-debar, bernafas laju. Manakala item-item lain berada dalam tahap stres rendah antara min 2.39 hingga min 1.90 iaitu gementar, sakit kepala, masalah penghadaman, muntah atau loya, kurang selera makan dan kering mulut.

(8)

494

Carta Pai 1: Peratusan Tahap Item Gatal-gatal

Berdasarkan carta pai 1 menunjukkan peratusan tahap item rasa gatal-gatal yang dialami ketika stres iaitu sebanyak 51.2% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 27.27%

responden sangat kerap mengalaminya, 12.12% responden dalam keadaan tidak pasti, responden yang tidak pernah mengalaminya sebanyak 6.06% dam kadang-kadang mengalaminya sebanyak 3.03%.

(9)

495

Jadual 5: Analisis simptom stres yang dialami dari aspek psikologikal

N Minimum Maximum Mean

Std.

Deviation Tahap Stres Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic

Gelisah 33 2.00 5.00 3.8788 .73983 Tinggi

Cepat marah 33 2.00 5.00 3.8182 .72692 Tinggi

Bimbang 33 2.00 5.00 3.4545 .83258 Sederhana

Kurang daya tumpuan 33 1.00 5.00 3.6667 .95743 Sederhana

Mudah lupa 33 1.00 5.00 3.7273 .83937 Sederhana

Takut gagal 33 1.00 5.00 3.3030 .91804 Sederhana

Rendah diri 33 1.00 5.00 3.3636 .96236 Sederhana

Bosan 33 1.00 5.00 3.2424 .90244 Sederhana

Kecewa 33 1.00 5.00 3.2424 .83030 Sederhana

Lemah semangat 33 2.00 5.00 3.5758 .79177 Sederhana

Mewujudkan permusuhan

33 2.00 5.00 3.4848 .83371 Sederhana

Resah 33 1.00 5.00 3.4242 .90244 Sederhana

Sukar kawal diri 33 1.00 5.00 3.3333 .98953 Sederhana

Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak

33 1.00 5.00 3.3636 1.08450 Sederhana

Valid N (listwise) 33

Sumber: Soal selidik

Hasil dapatan kajian dalam jadual 5 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada jumlah skor min tahap stres dari aspek psikologikal berada di tahap stres sederhana (mn=3.48). Namun bagi item gelisah dan cepat marah berada di tahap tinggi (min 3.87 dan 3.81) dalam carta pai 2 dan 3, berbanding dua belas simptom-simptom lain yang dialami mereka berada di tahap sederhana iaitu antara min 3.72 hingga 3.24 bagi item- item mudah lupa, kurang daya tumpuan, lemah semangat, mewujudkan permusuhan, bimbang, resah, mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak, rendah diri, sukar kawal diri, takut gagal, bosan dan kecewa. Tiada item berada di tahap stres rendah.

(10)

496

Carta Pai 2: Peratusan Tahap Item Gelisah

Berdasarkan carta pai 2 di atas menunjukkan peratusan tahap item rasa gelisah yang dialami ketika stres iaitu sebanyak 63.6% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 15.1% responden pada tahap sangat kerap mengalaminya dan peratusan tidak pasti, tiada responden yang tidak pernah mengalaminya dan kadang-kadang mengalaminya sebanyak 6.06%.

Carta Pai 3: Peratusan Tahap Item Cepat Marah

Manakala carta pai 3 menunjukkan peratusan tahap item rasa cepat marah yang dialami ketika stres iaitu sebanyak 63.6% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 18.1%

responden tidak pasti, 12.1% responden pada tahap sangat kerap mengalaminya, tiada responden yang tidak pernah mengalaminya dan kadang-kadang mengalaminya sebanyak 6.06%.

Jadual 6: Analisis symptom stres yang dialami dari aspek gangguan fikiran

(11)

497

N Minimum Maximum Mean

Std.

Deviation Tahap Stres Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic

Sukar membuat keputusan

33 1.00 5.00 3.0303 1.04537 Sederhana Kurang minat terhadap

aktiviti harian

33 1.00 5.00 3.2121 1.02340 Sederhana Tidak merasa tercabar

terhadap situasi yang sukar

33 1.00 5.00 3.1515 .93946 Sederhana

Sering berfikiran negatif 33 1.00 5.00 3.1818 1.01411 Sederhana Kurang memberi

perhatian

33 1.00 5.00 3.0303 .98377 Sederhana Hilang keyakinan diri 33 1.00 4.00 3.1515 .87039 Sederhana

Hilang tumpuan 33 1.00 5.00 3.8788 .92728 Tinggi

Kekuatan mental menjadi lemah

33 1.00 5.00 3.2727 .97701 Sederhana

Valid N (listwise) 33

Sumber: Soal Selidik

Hasil dapatan kajian dalam jadual 6 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada jumlah skor min (3.23) tahap stres dari aspek gangguan fikiran berada di tahap stres sederhana. Tiada item berada di tahap stres rendah. Namun bagi item hilang tumpuan berada di tahap tinggi (min 3.87) seperti dalam carta pai 7 berbanding tujuh simptom- simptom lain yang dialami mereka berada di tahap sederhana iaitu antara (min 3.27 hingga 3.01) bagi item-item kekuatan mental menjadi lemah, kurang minat terhadap aktiviti harian, sering berfikiran negatif, tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar, hilang keyakinan diri, sukar membuat keputusan dan kurang memberi perhatian.

(12)

498

Carta Pai 4: Peratusan Tahap Item Hilang Tumpuan

Carta pai 4 menunjukkan peratusan tahap item hilang tumpuan yang dialami ketika stres iaitu sebanyak 48.4% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 24.4% responden sangat kerap mengalaminya, 21.2% responden pada tahap tidak pasti mengalaminya dan 3.03% pada tahap tidak pernah mengalaminya dan kadang-kadang mengalaminya.

(13)

499

Jadual 7: Analisis simptom stres yang dialami dari aspek tingkah laku

N Minimum Maximum Mean

Std.

Deviation Tahap Stres Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic

Bercakap dengan cepat dan kuat

33 1.00 5.00 3.5758 .90244 Sederhana

Menguap 33 2.00 5.00 3.9091 .67840 Tinggi

Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap

mengerakkan jari, letih

33 2.00 5.00 3.8182 .63514 Tinggi

Mudah tersinggung 33 1.00 5.00 3.3636 .96236 Sederhana

Terlalu bergantung kepada orang lain

33 1.00 5.00 3.9091 .84275 Tinggi

Suka memberi komen dan kritik orang lain

33 1.00 5.00 3.6667 .81650 Sederhana Boleh bertindak ganas 33 1.00 5.00 3.6970 .84723 Sederhana Bertindak secara tidak

logik

33 2.00 5.00 4.0000 .61237 Tinggi

Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi

33 2.00 5.00 3.9394 .74747 Tinggi

Selalu membuat kesilapan

33 1.00 5.00 3.9091 .72300 Tinggi

Sering terlibat kemalangan

33 1.00 5.00 3.7273 1.06867 Sederhana Kurang produktiviti

kerja

33 2.00 5.00 3.7273 .67420 Sederhana Menidakkan keupayaan

diri sendiri

33 2.00 5.00 3.8788 .64988 Tinggi

Valid N (listwise) 33

Sumber: Soal Selidik

Hasil dapatan kajian dalam Jadual 7 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada jumlah skor min tahap stres dari aspek gangguan fikiran berada di tahap stres sederhana (min=3.77) seperti dalam jadual 8. Tiada item berada di tahap stres rendah. Namun terdapat tujuh item berada di tahap stres yang tinggi iaitu antara min 4.00 hingga 3.81, item bertindak secara tidak logik merupakan simptom stres yang tertinggi diikut dengan item bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi, selalu membuat kesilapan, terlalu bergantung kepada orang lain, menguap, menidakkan keupayaan diri sendiri dan suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih.

(14)

500

Jadual 8: Taburan Peratusan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Tahap Stres Tinggi Pelajar

Jenis stres TP KK TP K TK Mi

n

S.P Interpret asi Bertindak secara tidak

logik Bertindak

keterlaluan dan terlalu beremosi

0% 3.0% 21.2% 66.7

%

9.1% 4.00 3.93

0.6 1 0.7 4

Tinggi Tinggi 0.0% 3.0% 21.2% 54.5

%

21.2

% Selalu membuat

kesilapan

3.0% 0.0% 12.1% 72.7

%

12.1

%

3.92 0.7 2

Tinggi Terlalu bergantung

kepada orang lain

3.0% 0.0% 21.2% 54.5

%

21.2

%

3.90 0.8 4

Tinggi

Menguap 0.0% 6.1% 9.1% 72.7

%

12.1

%

3.90 0.6 7

Tinggi Menidakkan keupayaan

diri sendiri

0.0% 3.0% 18.2% 66.7

%

12.1

%

3.87 0.6 4

Tinggi Suka gigit jari,

mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih

0.0% 3.0% 21.2% 66.7

%

9.1% 3.81 0.6 3

Tinggi

Sumber: Soal Selidik

Manakala enam item lagi berada di tahap sederhana iaitu antara min 3.72 hingga 3.36 bagi item-item sering terlibat kemalangan, kurang produktiviti kerja, boleh bertindak ganas, suka memberi komen dan kritik orang lain, bercakap dengan cepat dan kuat dan mudah tersinggung.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian berkaitan demografi pelajar menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki, majoriti pelajar berusia 22 tahun. Usia ini disokong dengan syarat kemasukan pelajar bagi program ini adalah mempunyai sijil hafazan 30 juzuk dan majoriti pelajar adalah lepasan Darul Quran, Jakim dan Ma’ahad Tahfiz Negeri di Malaysia.80

80 Dokumen Fail Kemasukan Pelajar, Peng.Qiraat, Usim. 2019.

(15)

501

Jika dilihat aspek tempat tinggal responden, hampir sebahagian besar daripada mereka tinggal di kawasan luar bandar. Bahkan kebanyakan mereka mempunyai bilangan adik beradik antara empat hingga enam orang. Sebahagian besar ibu bapa responden bekerjaya.

Malahan majoriti dalam kalangan mereka berada di tahap B40 dalam pendapatan seisi rumah. Ini boleh menyumbang faktor -faktor permasalahan stres. Sebagaimana hasil kajian81 tiga tema tekanan telah dikenal pasti berlaku dalam kalangan keluarga B40 iaitu tekanan ekonomi, tekanan emosi dan tekanan keibubapaan.

Jadual 9: Analisis Tahap Stres Terhadap Keseluruhan Simptom

Kategori Simptom Stres Skor Min

Fizikal 2.81

Psikologikal 3.48

Gangguan fikiran 3.23

Tingkah laku 3.77

Jumlah 3.32

Pengkaji memfokuskan artikel kepada empat bahagian simptom stres yang dialami oleh responden dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ketika covid 19, merujuk kepada jadual 9 menunjukkan bahawa simptom-simptom stres yang dialami berada di tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa para pelajar masih mampu dan boleh mengawal stres dan tekanan yang mereka alami, ditambah dengan pegangan dan pergantungan mereka yang kuat dengan hafazan al-Quran atau sebagai hamalah al-Quran yang berjaya mengekang mereka daripada sifat-sifat mazmumah dan lagha. Ini disokong dengan maksud fitrah di sisi al-Raghib bahawa fitrah merupakan isyarat Allah SWT ke atas fitrah yang Dia ciptakan dan difokuskan kepada diri manusia iaitu pengetahuan mengenai Penciptanya. Lantaran itu fitrah ialah apa yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia tentang potensi atau kekuatan diri manusia untuk beriman kepada- Nya.82

Bahkan fitrah manusia adalah dilahirkan secara bersih, suci, mulia dan baik. Islam memandang manusia secara fitrahnya mempunyai potensi diri memperbaiki diri sendiri83 selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Rum, ayat 30:

81 Keluarga B40 Tekanan dan Kekuatan B40 https:// www. researchgate. net/publication/ (diakses pada 27 September 2020).

82 Al-Asfahani, al-Raghib.2009. Mufradat Alfaz al-Quran. Damsyik: Darul Qalam.640

83 Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Wan Razali dan Hanit Osman. Kaunseling dalam Islam.

Nilai: USIM. 33.

(16)

502

Maksudnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;

(turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Walau bagaimanapun terdapat item-item simptom yang dikenalpasti berada di tahap yang tinggi. Para responden yang pernah dan kerap mengalaminya iaitu alahan gatal- gatal, gelisah, cepat marah, hilang tumpuan, bertindak secara tidak logik merupakan simptom stres yang tertinggi diikut dengan item bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi, selalu membuat kesilapan, terlalu bergantung kepada orang lain, menguap, menidakkan keupayaan diri sendiri dan suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih.

Justeru itu kestabilan emosi manusia adalah berbeza, oleh itu setiap individu perlu mengenali, memahami emosi mereka untuk menyeimbangkannya dan mengawal diri supaya mampu berfikir dan bertindak tanpa pengaruh emosi. Muhasabah perlu dilakukan untuk mengenalpasti tahap keterbukaan minda dalm mencari jati diri.84

Namun responden juga biasa mengalami simptom-simptom stres berikut tetapi dalam situasi yang boleh dikawal dan kemungkinan mereka cepat sedar dengan amalan rutin mereka yang sentiasa mengulang ayat-ayat hafazan al-Quran serta amalan ibadat sunat lain. Jenis-jenis simptom tersebut ialah seperti kerap buang air besar/kecil, sakit belakang badan, sakit badan, cirit birit, cepat letih, sukar tidur, jantung berdebar-debar, bernafas laju, mudah lupa, kurang daya tumpuan, lemah semangat, mewujudkan permusuhan, bimbang, resah, mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak, rendah diri, sukar kawal diri, takut gagal, bosan dan kecewa, kekuatan mental menjadi lemah, kurang minat terhadap aktiviti harian, sering berfikiran negatif, tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar, hilang keyakinan diri, sukar membuat keputusan dan kurang memberi perhatian, sering terlibat kemalangan, kurang produktiviti kerja, boleh bertindak ganas, suka memberi komen dan kritik orang lain, bercakap dengan cepat dan kuat dan mudah tersinggung.

Islam mengakui emosi sebahagian daripada manusia tetapi menyuruh umatnya supaya bijak mengawal emosi terutama yang bersifat negatif supaya tidak mempengaruhi pertimbangan akal yang waras.85

Bahkan para responden juga pernah mengalami simptom-simptom ini dalam tahap rendah iaitu kadang-kadang atau tidak pernah bagi item-item seperti gementar,

84 Ibid.

85 Ibid.

(17)

503

sakit kepala, masalah penghadaman, muntah atau loya, kurang selera makan dan kering mulut.

Tingkah laku individu adalah berkait rapat dengan persekitaran. Menurut Lockian, manusia secara semulajadinya dilahirkan sebagai neutral tidak mempunyai sifat baik atau buruk. Walau bagaimanapun personaliti seseorang individu terbina dan berkembang bergantung kepada interaksi mereka dalam persekitaran, dalam proses ini corak tingkah laku dan personality seseorang akan terbina.86

Malahan terdapat teori Gestalt dalam kaunseling yang menggalakkan kita melepaskan apa-apa perasaan terpendam. Ini selari dengan senario apabila dalam keadaan tertentu perasaan seperti marah, benci, sedih, bersalah dan sebagainya tidak dapat dilepaskan lantaran satu sebab. Implikasinya perasaan perasaan akan sentiasa terbuka di dalam sistem diri atau tubuh badan manusia. Seterusnya perasaan ini akan mengganggu kita dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari tanpa disedari selagi ia tidak dilepaskan dan disempurnakan.87

KESIMPULAN

Simptom stres yang dialami para pelajar ketika sesi pembelajaran secara dalam talian adalah tidak membimbangkan kerana berada di tahap sederhana. Ini terbukti bahawa stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.88 Tahap sederhana ini juga menunjukkan ketinggian nilai sabar yang mesti dimiliki oleh para haffaz dalam membendung perasaan stres yang dialami.

Dunia merupakan tempat ujian dan dugaan sama ada perkara baik atau buruk.

Lantaran itu Allah menguji para hambanya agar diketahui dalam kalangan hamba-Nya pejuang dan seorang benar-benar penyabar sehingga layak mendapat ganjaran yang setimpal di atas kesabarannya.89

Ini disokong dengan hasil dapatan bahawa stres yang dialami pelajar universiti hanya berlaku pada tahap yang sederhana dan tidak menimbulkan kesengsaraan psikologi yang tinggi.90

86 Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin. 2008. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai: USIM.147.

87 Ibid. 96-97.

88 Abd. Rahman Yaacob,Ros Aini IbrahimMajdi @ Abd Hadi IshakRashdan Rashid Punca Stres Di Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syedsirajuddin dalam ttps://www. academia.edu/7105868/Punca _STRES_ dikalangan_pelajar

89 Al-Zuhaili, Wahbah. 2003. Tafsir al-Munir. Damsyik: Darul Fikr. 1:404.

90 Ferlis B. Bullare @ Bahari & Rathakrishnan Rosnah Ismail. Sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang dialami pelajar universiti dalam Jurnal Kemanusiaan bil.13, Jun 2009, 46-62.

(18)

504

Lantaran itu stres dilihat daripada aspek pendekatan Imam al-Ghazali melihat konsep-konsep utama iaitu konsep roh, hati, nafsu dan akal. Stres sebagai satu cabaran hidup dan konsep kesepaduan antara akidah, Syariah dan akhlak juga merupakan asas kepada pembentukan kerohanian manusia yang terarah kepada penyembahan Allah SWT.91

Jati diri sebagai hamalah al-Quran yang dipasak dengan ayat-ayat Allah di dada mereka jelas terlakar pada keperibadian mereka, namun perlu sentiasa dibajai dengan nilai-nilai muhasabah yang tinggi. Ini bermakna para pelajar perlu sentiasa muhasabah dan mujahadah setiap perasaan dan tingkah laku yang dialami dan segera kembali kepada al-Quran dan Sunnah supaya dapat membendung simptom stres supaya tidak memberi implikasi negatif yang besar dalam pembelajarabn dan juga kehidupan.

RUJUKAN Buku

Al-Asfahani, al-Raghib.2009.Mufradat Alfaz al-Quran.Damsyik: Dar al-Qalam.

Al-Zuhaili, Wahbah. 2003. Tafsir al-Munir. Damsyik: Darul Fikr.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Wan Razali dan Hanit Osman. 2011.

Kaunseling dalam Islam. Nilai: USIM.

Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Cet. ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. 2009. Literature dan Kaedah Penyelidikan. Terb.1 (Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Pharmjit Singh dan Chan Yuen Fook. 2010. Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan Penyelidikan. Shah Alam: UPENA, UITM.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd.149

Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan Pengurusan Efektif. Nilai: USIM.19.

Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan Pengurusan Efektif. Nilai: USIM

Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

91 Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan Pengurusan Efektif.

Nilai: USIM.70.

(19)

505 Jurnal

Ferlis B. Bullare @ Bahari & Rathakrishnan Rosnah Ismail. 2009. Sumber Stres, Strategi Daya Tindak dan Stres Yang Dialami Pelajar Universiti. Jurnal Kemanusiaan bil.13, Jun 2009, 46-62.

Internet

Abd. Rahman Yaacob, Ros Aini Ibrahim, Majdi @ Abd Hadi Ishak Rashdan Rashid.

Punca Stres Di Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

www.academia.edu/7105868/Punca_STRES_di kalangan_pelajar (diakses pada 16 September 2020).

Keluarga B40 Tekanan dan Kekuatan B40 https:// www. researchgate.

net/publication/Keluarga_B40_Tekanan_dan_Kekuatan_B40_Family_Stres_and _Strength (diakses pada 27 September 2020).

Mohamad Zaid Mustafa, Ali Suradin, Siti Sarah Muhammad, Ahmad Rizal Madar dan Abdul Rashid Razza. Kajian Stres Dalam Kalangan Pelajar Wanita Program Sarjana Muda Kejuruteraan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Uthm).

mohamad_zaid_mustafa.ICTLHE.pdf (diakses pada 17 September 2020).

Panduan Menangani Stres. https:// www. moh.gov.my/moh/6_Panduan_ Menangani _Stres.pdf (diakses pada 16 September 2020).

Pengurusan Stres Pelajar. http://www.kmj.matrik.edu.my/mengenai-kami/jabatan- pengurusan-pelajar/ (diakses pada 17 September 2020).

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian menunjukkan daya tahan dari aspek keyakinan diri pelajar bandar dan luar bandar berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.78 dan 3.77.. Ini menunjukkan

Dapatan kajian menunjukkan daya tahan dari aspek keyakinan diri melalui pelajar bandar dan luar bandar berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.78 dan

Penyakit itu pada lazimnya berakhir dengan kematian”, kerana meskipun seseorang yang mengalami maradh al-mawt berada dalam keadaan sakit pada tahap yang serius dan boleh membawa

Oleh yang demikian, melihat kepada kepentingan ini, maka kajian ini dilakukan dengan memberi tumpuan dan fokus bagi mengenal pasti tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan remaja pada

Penemuan ini dijangka membantu usahawan luar bandar untuk memanfaatkan penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan keuntungan perniagaan dan menggunakannya untuk bersaing dalam

Kaedah Pembelajaran Tilawah Al-Quran Menggunakan Aplikasi Atas Talian Pada mulanya kaedah Talaqqi dijalankan secara langsung dengan pertemuan secara bersemuka antara guru dan pelajar

Rajah 1: Taburan demografi responden mengikut jantina Gaya Pembelajaran Yang Diaplikasikan Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Jadual 2: Skor min dan sisihan piawai bagi gaya

Kajian lepas yang memfokuskan kesan program upskilling dan pengaruh kebimbangan kerjaya terhadap kesediaan bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir dan ketahanan kendiri dalam