• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Siti Yusni Binti Azmi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Siti Yusni Binti Azmi"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

i

KAJIAN REKA BENTUK TROLI DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING

SITI YUSNI BINTI AZMI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Seni Reka Perindustrian )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

(2)

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Catatan : * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda

* Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / lsporsn ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

atau TERHAD.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN KAJIAN REKA BENTUK TROLI DI LAPANGAN TERBANG

KAJIAN KES: TROLI DI LAPANGAN T ERBANGANTARABANGSA KUCHING

SESI PENGAJIAN : 2004 / 2007 Saya SITI YUSNI BINTI AZMI________________

mengaku membenarkan tesis / laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. * sila tandakan 

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan

___________________ ____________________

Tarikh : Tarikh :

Alamat Tetap :

Kampung Kuala Janing,

06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

(3)

iii PENGESAHAN

Adalah dengan ini diakui kajian bertajuk “ Kajian Reka bentuk Troli Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching” disediakan dan dikemukakan oleh Siti Yusni Binti Azmi sebagai sebahagian dengan keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif

( Kepujian ) dalam Program Seni Reka Perindustrian telah Diterima.

Disahkan oleh :

………..

En. Musdi Bin Hj Shanat ( Penyelia I )

………..

En Musdi Bin Hj Shanat

Ketua Program Teknologi Seni Reka Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak

………

Prof. Madya Dr. Hj Khairul Aidil Azlin Bin Abd Rahman Timbalan Dekan

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak

(4)

iv PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa tiada daripada bahagian penyelidikan yang dilaporkan dalam tesis ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.

………..

Siti Yusni Binti Azmi No. Matrik : 13022

(5)

v PENGHARGAAN

Alhamdulillah , bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan lipah kurnianya dapatlah saya menyiapkan buku penulisan ilmiah ini pada waktu yang telah ditetapkan. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada dari segi pengetahuan, kewangan, masa dan kepakaran dalam menyempurnakan penulisan buku ini.

Pertamanya, penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan kepada pensyarah-pensyarah seni reka perindustrian dan juga semua staf di Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif terutamanya kepada En.Firdaus b. Abong, En.Musdi b. Hj Shanat dan Prof.Dr .Hj Khairul Aidil Azlin . Abd Rahman selaku penyelia saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar serta memberi idea-idea yang dan pandangan beliau dalam membantu menyiapkan penulisan ilmiah ini.Tidak lupa juga kepada semua responden terlibat kerana sudi memberikan kerjasama secara langsung ataupun tidak langsung disepanjang pengkajian ini dilakukan. Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada rakan-rakan saya yang juga turut sama bersusah payah membantu saya dalam menjalankan kajian serta berkongsi pendapat serta maklumat.

Oleh yang demikian tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kakitangan- kakitangan yang terlibat dalam sesi temubual untuk memberikankan sedikit sebanyak maklumat yang boleh membantu dalam menjalankan kajian.Penghargaan terakhir tidak lupa juga kepada ibu bapa saya, Azmi b Mahmud dan Siti Mariam bt Majid

(6)

vi

yang telah banyak berkorban dan memberi sokongan kepada saya. Saya juga tidak menafikan kemungkinan terdapatnya kekurangan dan kecacatan dalam penulisan buku ini. Justeru itu segala kritikan dan teguran yang membina amatlah diharapkan.Semoga teguran yang diberikan akan menyempurnakan lagi penulisan buku ini bagi menjamin para pembaca agar mendapat manfaat yang maksima.

(7)

vii

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Boring pengesahan i

Pengesahan ii

Pengakuan iii

Penghargaan iv

Isi kandungan vii

Abstrak ix

Abstract x

BAB 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Permasalahan Kajian 2

1.4 Objektif Kajian 3

1.5 Hipotesis Kajian 4

1.6 Skop Kajian 4

1.7 Definisi Troli 5

BAB 2

2.1 Sumber Pengumpulan Data 6

2.1.1 Kajian Lepas 6

2.2 Kesimpulan 7

2.3 Metodologi Penyelidikan 8

2.3.1 Kaedah Pemerhatian 8

2.3.2 Kaedah Wawancara / Perbualan 8

(8)

viii

2.3.3 Kaedah Borang Kaji Selidik 9

2.4 Limitasi Kajian 9

BAB 3

3.1 Analisis Kajian 10

3.1.1 Soal Selidik 10

3.1.2 Data Analisis 11

3.12.1 Keputusan Analisis Kajian 12

4.1 Dapatan Hasil Kajian ( Hasil Soal Selidik ) 18

4.2 Dapatan Kajian ( Secara Visual ) 18

BAB 4

4.1 Cadangan Kajian 20

4.2 Cadangan Penyelesaian Masalah 20

4.2.1 Reka bentuk

4.2.1.1 Bentuk 20

4.2.1.2 Saiz 21

4.2.1.3 Ergonomik 21

4.2.2 Proses Reka bentuk 23

4.2.2.1 Lakaran Awal 23

4.2.2.1 Lakaran Akhir 24

4.2.2.3 Lukisan Perspektif 25

BAB 5

5.1 Kesimpulan 26

5.2 Lampiran

5.2.1 Borang Kaji Selidik 28

(9)

ix ABSTRAK

Penyelidikan ini berkisarkan mengenai penggunaan troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). Pengkajian terhadap reka bentuk troli di Lapangan Terbang ini dijangka akan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan penggunaan troli. Selain itu memberitahu kepada pengguna bahawa reka bentuk identiti korporat dan fungsi yang merupakan faktor utama yang harus diberikan penekanan berbanding dengan nilai estetika. pengguna.

(10)

x ABSTRAC

This research is about the using trolley at the KIA. By designing the new trolley, it will help to solve the user problem. This research is focus on the corporate identity, functions of the trolley and also the design of the trolley.

(11)

1 BAB 1

1.1 PENGENALAN

Penghasilan produk troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) adalah dikatakan sesuatu yang menakjubkan dalam penghasilan sesuatu produk yang dijangka akan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan penggunaan troli, serta melengkapkan pemangkin produk troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Antarabangsa Kuching (KIA). Selain memberitahu kepada pengguna bahawa reka bentuk identiti korporat dan fugsi merupakan faktor utama yang harus diberikan penekanan berbanding dengan nilai estetik pengguna. Troli adalah dianggap salah satu benda salah satu benda yang amat berguna kepada pengguna sebagai bahan untuk membantu mengurangkan beban untuk membantu pengguna membawa barang-barang dan sebagainya.

Kebiasaannya troli digunakan di supermarket, pasar raya, kilang-kilang, di hospital dan di Lapangan Terbang Antarabangsa, setiap troli adalah mengikut kegunaan yang berbeza.

Di sini saya tekankan kepada troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).Rekaan yang melibatkan troli hendaklah mempertimbangkan bagaimana ia kelihatan dan dapatkan ia menimbulkan persekitaran seperti yang diharapkan.

(12)

2

Ergonomik berkait rapat dengan pergerakan postur badan sewaktu melakukan pergerakan tetapi apa yang menjadi isu utama dalam permasalahan yang melibatkan ergonomik ialah pemegang troli dan ruangan muatan barangan.Rekaan troli yang menepati spesifikasi dapat mengelakan permasalahan yang melibatkan keselamatan barangan muatan. Untuk memperlihatkan rekaan yang lebih menarik, unik dan menyelesaikan segala permasalahan yang melibatkan ergonomik, reka bentuk yang berkonsepkan ringkas dan mesra pengguna telah diperkenalkan dalam rekaan ini.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Kajian ini mendalami aspek reka bentuk troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Bagaimanakah penerimaan pengguna tentang troli yang sedia ada, dan mengkaji permasalahan yang timbul terutamanya yang melibatkan reka bentuk, saiz, material dan ergonomik. Adakah ia mampu memenuhi keperluan dan dapatkah ia berfungsi dengan baik. Selain itu menilai sejauh manakah tahap keberkesanan troli yang sedia ada.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Daripada pemerhatian yang dijalankan sering didengari rungutan yang menyatakan Troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching juga telah mendatangkan masalah kepada pengguna troli tersebut.Pertamanya sering dilihat masalah yang timbul adalah dari segi saiz, Merujuk kepada penyesuaian keperluan, saiz troli terlalu besar sehingga menimbulkan masalah apabila digunakan diruang

(13)

3

jualan. Selain itu ia juga tidak mempunyai sistem brek yang kurang menepati ciri-ciri sesebuah rekaan yang berjaya kerana reka bentuk yang sedia ada tidak ergonomik.

Saiz rekaan yang terlalu besar ataupun kecil juga akan mendatangkan pelbagai masalah kepada pengguna, iaitu seperti ketidakselesaan di kalangan pengguna dan ini akan membuatkan mereka berasa tertekan dan menambahkan penat.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Reka bentuk industri merujuk produk yang direka dalam sesuatu reka bentuk untuk keperluan tertentu.Ia bertujuan menjadikan hidup kita lebih mudah dan selesa.

Reka bentuk industri merangkumi penghasilan seperti perabot, peralatan elektrik, pengangkutan, permainan, perkakas rumah dan sebagainya. Penekanan kepada bentuk ini adalah lebih kepada fungsi dan kegunaannya. Reka bentuk luaran dihasil berdasarkan fungsi sama ada dengan mengambil kira atau tidak faktor estetik, ergonomik, bentuk, warna, dan sebagainya.

Penumpuan dan penekanan diberikan kepada rupa bentuk suatu produk.

Kebiasaannya, fungsi produk itu tidak akan terjejas walaupun bentuknya dipelbagaikan. Setiap objektif yang diperlukan dalam sesuatu reka bentuk produk adalah penting untuk kita ketahui bahawa reka bentuk itu perlu berkait rapat dengan fungsinya.selain itu rupa dan reka bentuk hendaklah menjadikan sesuatu produk itu dapat berfungsi dengan baik. Setiap bahagian sesuatu produk itu mempunyai bentuk yang perlu disesuaikan degan fungsi kecilnya. Ini akan memastikan reka bentuk

(14)

4

produk itu dihasilkan dengan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki berdasarkan fungsi utamanya.

Oleh yang demikian objektif bagi produk troli yang akan saya reka ini pula adalah untuk meningkatkan keupayaan penggunaan troli agar mudah digunakan.

Seterusnya mengkaji keberkesanan troli dari segi saiz, reka bentuk, keselamatan dan kepenggunaan yang wajar dan tepat dan memastikan troli tersebut akan membantu pengguna malah memudahkan penggunaannya. Selain itu juga adalah untuk mengekalkan kualiti produk troli dalam jangka masa lama.

- Meningkatkan tahap penggunaa troli agar mampu bersaing dengan produk troli lain

- Memperkenalkan reka bentuk baru troli yang lebih ringkas dan mesra pengguna

- Mengekalkan kualiti produk troli dalam jangka masa yang lama, tidak mudah berkarat dan tidak mudah lentur.

- Mengkaji keselamatan troli dari segi saiz, reka bentuk, keselamatan dan kepenggunaannya.

1.5 HIPOTESIS KAJIAN

Dengan pengkajian terhadap reka bentuk troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ini dijangka akan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dengan rekabentuk sekaligus dapat memperkenalkan produk yang lebih efektif. Disamping dapat melahirkan imej yang tersendiri kepada syarikat- syarikat yang terlibat. Memberitahu kepada pengguna bahawa reka bentuk identiti

(15)

5

korporat dan fungsi yang merupakan faktor utama yang harus diberikan penekanan berbanding dengan nilai estetik. Memastikan tahap reka bentuk yang bakal dikeluarkan mempunyai identiti yang tersendiri sekaligus menyelesaikan segala permasalahan yang dikenal pasti.

1.6 SKOP KAJIAN

Kajian ini dibuat dalam skop mengenali reka bentuk industri dalam bentuk produk yang dihasilkan. Hal ini memudahkan pengkaji mengkaji skop kajian yang dijalankan. Dengan memahami keputusan bentuk berdasarkan keperluan, bentuk dan fungsi, penampilan bahan serta reka bentuk.

Troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ini adalah dikaji hanya memfokuskan kepada keberkesanan kepenggunaanya serta meningkatkan kualiti penampilan mengenai reka bentuk troli tersebut.

1.7 DEFINISI TROLI

Reka bentuk industri telah diperkenalkan oleh seorang pereka bentuk industri dari Amerika Syarikat, iaitu Joseph Sinel pada tahun 1919 dengan skop awalnya berkaitan dengan produk pengguna yang menggunakan mesin. Namun demikian troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) adalah salah satu reka bentuk industri. Troli terdapat dalam pelbagai reka bentuk dan kegunaan yang berlainan seperti troli di supermarket, troli di kilang-kilang, troli di lapangan terbang dan sebagainya.

(16)

6

Troli di lapangan terbang kebiasaannya adalah digunakan untuk muatan kotak dan barang-barang. Terdapat troli yang ringan dan terdapat troli yang agak berat ini adalah disebabkan faktor material yang digunakan. Material yang kebiasaannya digunakan adalah seperti stainless steel, aluminums,Steel, and chrome plate. Troli terdapat dalam dua kategori iaitu kategori dua roda dan empat roda.

(17)

7 BAB 2

2.1 SUMBER PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data adalah hasil daripada kajian lepas oleh penyelidik- penyelidik lain yang di perolehi daripada buku-buku, majalah, artikel dan internet.

Kajian lepas ini merujuk kepada kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini dan kajian ini juga dilakukan adalah untuk memperlengkapkan pengkajian terhadap tajuk tesis.

2.1.1 KAJIAN LEPAS

Laman web ini membincangkan dengan lebih terperinci tentang penggunaan troli di Lapangan Terbang, serta fungsi-fungsi yang tersendiri. Laman web ini juga memberikan gambaran jelas mengenai ukuran-ukuran yang ideal mengenai troli. ini (http://www.carmeccanica.it/form.htm )

Laman web ini banyak menerangkan definisi produk di Hubei Sajiang, serta memberi beberapa catalog mengenai troli yang mempunyai cirri-ciri yang tersendiri.

Pembungkusan troli juga telah diterangkan satu- persatu bagaimana ia akan dihantar ke Lapangan Terbang. Didalam laman web ini juga telah menerang lebih lanjut penggunaan roda troli yang bersesuai terhadap beberapa jenis troli yang sedia ada. ( http://www.sl-caster.com )

(18)

8

Terdapat juga rujukan lain yang lelah saya perolehi tajuk Design and Aesthetics, Jerry Palmer and Mo Dodson ( 1980 ),terbitan Routledge , London And New York. Ia menerangkan tentang nilai-nilai estetik dalam rekaan dan pengkajian hubungan antara sejarah rekaan dengan teori estetik. Hasil maklumat yang dimuatkan dalam buku ini adalah sumbangan dari pihak yang telah lama menceburi bidang rekaan. Mereka berpendapat rekaan yang wujud sekarang banyak menimbulkan kontroversi. Rekaan-rekaan di sini termasuklah rekaan dari segi, perabot, pakaian , pembinaan dan lain-lain produk.

2.2 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian lepas yang telah dibuat, disini dapat disimpulkan bahawa kewujudan troli di lapangan terbang adalah sangat penting memandangkan kepada fungsinya. Kewujudan troli yang memenuhi keperluan pengguna, ia akan menyakinkan pengguna dalam penggunaan troli di lapangan terbang. Kriteria-kriteria yang harus diambil perhatian terhadap troli ini adalah dari segi saiz, ia haruslah besesuaian dengan penggunaannya. Sesebuah troli mestilah mempunyai sistem brek yang berkesan bagi mengelakan sebarang kemalangan apabila troli sedang digunakan. Selain itu faktor keselesaan juga harus diberi keutamaan, pastikan pengguna berasa selesa dan tidak kekok semasa mengenakan barang ke atas troli.

Begitu juga ruangan muatan juga harus dititikberatkan terhadap troli agar keselamatan barangan terjamin daripada terjatuh dan sebagainya.

(19)

9 2.3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Bab ini akan memberi huraian yang lebih terperinci mengenai metodologi penyelidikan yang digunakan iaitu soal selidik termasuklah data analisis serta analisa keputusan. Ini dilakukan bagi mengetahui kesedaran pihak umum tentang permasalahan kajian, pemahaman serta pendapat mereka terhadap penyelidikan ini.

Metodologi ini bergantung kepada kesesuaian kajian yang dilakukan oleh penyelidik.

Metodologi penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah secara pemerhatian, wawancara / perbualan dengan penggunatroli da Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, borang kaji selidik, dan melayari internet. Kaedah-kaedah ini dipilih adalah kerana yakin maklum balas yang bakal diterima adalah tepat, menjimatkan masa dan tidak membebankan mana-mana pihak yang terlibat.

2.3.1 KAEDAH PEMERHATIAN

Kaedah ini dibuat secara rawak di Lpangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA ), ( KLIA ) dan ( LCCT ). Selain itu, kaedah secara teori juga diaplikasikan dengan kaedah menyelidik, kaedah pemerhatian, dan kaedah tinjauan.

2.3.2 KAEDAH WAWANCARA/PERBUALAN :

Oleh yang demikian, kaedah lain yang digunakan adalah mewawancara atau menemubual secara terbuka dengan pengguna troli di Lapangan Terbang Abntarabangsa Kuching (KIA). Proses menemubual ini dilakukan terhadap pengguna di bahagian perlepasan dan ketibaan.

(20)

10 2.3.3 KAEDAH BORANG KAJIAN SELIDIK:

Kaedah ini dilakukan dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada pihak umum iaitu kepada semua pengguna troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kaedah ini terpaksa mengambil masa beberapa minit bagi setiap yang mengisi, sambil menjalankan pengisian boring kaji selidik dapat juga menemuramah beberapa orang umum mengenai beberapa soalan umum yang berkaitan. Borang- borang kaji selidik diperlukan adalah untuk penganalisaan iaitu untuk mengetahui graf sebenar permasalahan tentang pengkajian yang dibuat oleh penyelidik.

Soal selidik menggunakan kaedah ini merupakan nadi kajian kepada penyelidik dalam usaha untuk mengetahui pendapat serta maklum balas daripada orang awam secara terus. Soal selidik ini dibentuk dengan teratur dan teliti agar penyelidik dapat menonjolkan idea keperluan dan tinjauan penyelidikan yang dijalankan.

2.4 LIMITASI KAJIAN

Penyelidikan terhadap tajuk tesis ini tidak dapat diteruskan kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakan :

1 ) sikap responden yang kurang serius dalam menjawab soalan yang diajukan seterusnya menyukarkan penyelidik untuk membuat rumusan terhadap soal selidik yang dilakukan.

2 ) Masa yang agak terhad dimana boring kaji selidik tidak dapat dikumpul semula.

3 ) Tidak mendapat kerjasama daripada pihak yang terlibat.

(21)

11 BAB 3 3.1 ANALISIS KAJIAN

Analisis ini dibuat berdasarkan borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada sasaran pengguna. Peratusan dibuat hasil maklumbalas yang diterima daripada setiap persoalan yang diajukan. Maklumat yang telah dikumpul ini kemudiannya direkodkan dalam bentuk graf bagi memudahkan penyelidik untuk mengenalpasti sagala data. Tujuan dan matlamat utama analisis ini dibuat adalah untuk mengetahui tahap sebenar keberkesanan produk sedia ada dan juga untuk mengenalpasti permasalahan-permasalahan lain yang dihadapi oleh pengguna.

3.1.1 Soal selidik

Borang soal selidik diedarkan kepada orang ramai yang terdiri daripada 100 orang responden. Kategori responden yang terlibat adalah pelajar universiti, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan orang perseorangan (18%,28%,46%,8).yang berumur diantara 18 tahun hingga 30 tahun keatas.Kawasan kajian adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

(22)

12 3.1.2 Data Analisis

Berikut adalah contoh borang soal selidik yang ditanda oleh salah seorang responden. Bahagian C adalah menggunakan kaedah ‘Likert Scale’ iaitu setiap pilihan jawapan diberi penilaian seperti:

MINIMA 1 2 3 4 6 MAKSIMA

_______________ ↓ ________________→

NEUTRAL

Jadual 3.1: untuk soalan bahagian C -a-h

1 2 3 4 5

Sangat penting Penting Tidak pasti/

neutral

Tidak penting Sangat tidak penting

Jadual 3.2: untuk bahagian D- a-h

1 2 3 4 5

Sangat Tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti/

neutral

Setuju Sangat setuju

(23)

13 3.1.2.1 Keputusan Analisis Kajian

Soalan 1

Responden akan diberikan pilihan dari 1-5, & terpulang kepada responden itu sendiri untuk memilih tahap kecenderungan bagi setiap soalan.

1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Tidak pasti 4 Setuju 5 Sangat setuju

Jadual 1 peratusan maklumbalas respoden terhadap cadangan reka bentuk troli

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4

% Maklumbalas Responden

keputusan responden

Cadangan Reka bentuk Troli

Mudah dibaw a dan digunakan

Mempunyai sistem brek

Ringan

Mudah dikaw al

Tangkai pemegang yang selesa

Tahan lasak

Mudah disimpan

Tahap keselamatan muatan

(24)

14

Cadangan keputusan reka bentuk troli Jumlah responden

Mudah dibawa dan digunakan 4.0

Mempunyai sistem brek 2.6

Ringan 3.9

Mudah dikawal 3.6

Tangkai pemegang yang selesa 3.4

Tahan lasak 2.1

Mudah disimpan 3.1

Tahap keselamatan muatan 3.0

Graf di atas menunjukkan keputusan perbandingan analisis mengenai cadangan reka bentuk troli oleh pengguna troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Hasil analisis mendapati 4.0 peratus responden bersetuju bahawa troli yang mereka gunakan sekarang agar mudah di bawa dan mudah digunakan. Selain itu 3.9 peratus menunjukan jumlah kedua tertinggi responden yang bersetuju agar troli yang akan direka itu lebih ringan. Tetapi apa yang kelihatan pada rajah di atas responden yang sangat bersetuju dan setuju terhadap cadangan reka bentuk yang lebih mudah dikawal iaitu 3.6 peratus. Secara keseluruhan keputusan responden mendapati peratusan untuk setuju dan amat bersetuju adalah peratusan yang bersetuju untuk semua cadangan yang telah diberikan. Manakala ada juga responden yang menyatakan setuju dan sangat bersetuju terhadap cadangan pada reka bentuk troli yang tahan lasak iaitu dengan cacatan 2.1 peratus. Oleh yang demikian secara rasionalnya keempat-empat cadangan yang dinyatakan adalah akan dihasilkan dalam rekaan troli baru pada masa akan datang.

Gambar

Jadual 3.1: untuk soalan bahagian C -a-h
Jadual 3.2: untuk bahagian D- a-h
Jadual 1 peratusan maklumbalas respoden terhadap cadangan reka bentuk troli
Graf  di  atas  menunjukkan  keputusan  perbandingan  analisis  mengenai  cadangan  reka  bentuk  troli  oleh  pengguna  troli  di  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuching

Referensi

Dokumen terkait