• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF TEKS UCAPAN - Universiti Malaysia Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF TEKS UCAPAN - Universiti Malaysia Perlis"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1 Disediakan Unit Penyelarasan Program Diploma-Edited Unit Media

TEKS UCAPAN

Y.BHG. BRIG. JEN. DATO’. PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

UniMAP SEMPENA

PROGRAM GOTONG-ROYONG PELAJAR DIPLOMA PADA 05 JANUARI 2013 (SABTU)

DI INSTITUT AGROTEKNOLOGI LESTARI, SUNGAI CHUCHUH.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP di Hati

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP

Yang Berusaha Encik Zuber Bin Haji Mohamad, Timbalan Pendaftar UniMAP,

Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari UniMAP,

(2)

2 Disediakan Unit Penyelarasan Program Diploma-Edited Unit Media

Yang Berusaha Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan UniMAP,

Yang Berusaha Penolong-Penolong Naib Canselor UniMAP, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan,

Seterusnya para pelajar Diploma serta para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah kurnia dan keizinan-Nya dapatlah kita bersama-sama berkumpul dan mengambil bahagian dalam “Program Gotong Royong Bersama Pelajar Diploma” pada pagi yang berbahagia ini.

Setinggi‐tinggi terima kasih kepada semua pelajar dan staff kerana memberi komitmen untuk menghadirkan diri program ini.

Sesungguhnya kehadiran kita semua di sini pada petang yang ceria ini menunjukkan bahawa kuatnya semangat bekerjasama antara kita semua warga UniMAP.

Pelajar yang saya kasihi sekalian

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada anda semua. Saya berasa amat berbangga kerana permulaan tahun ini kita telah mengadakan program yang bermanfaat seumpama ini.

(3)

3 Disediakan Unit Penyelarasan Program Diploma-Edited Unit Media

Untuk makluman para pelajar sekalian, pada 1 Januari lalu, kita telah mengadakan Program Gotong Royong Mega yang bertempat di Kampus Tetap UniMAP, Pauh Putra.

Program seperti ini bukan sahaja akan memupuk gaya hidup sihat dikalangan kita, malahan ia juga akan mengeratkan hubungan kerjasama berpasukan serta hubungan silaturahim diantara para pelajar dengan pihak pengurusan UniMAP.

Hal ini bertepatan dengan konsep UniMAP sebagai juara perpaduan. Kerjasama dan permuafakatan yang diamalkan dalam UniMAP merupakan bukti bahawa warga UniMAP sangat komited dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan “Kampus Hijau”ini.

Para pelajar yang saya kasihi sekalian

Saya percaya melalui program ini, kita akan dapat membentuk membentuk masyarakat UniMAP selain mencetuskan kesedaran pada setiap warga kita bahawa betapa pentingnya menjaga kebersihan serta mewujudkan persekitaran yang ceria dan bersih.

Ini merupakan satu jalinan kerjasama di kalangan warga UniMAP bagi menjana satu formula ke arah mempertingkatkan tahap penglibatan serta sumbangan kepada UniMAP sendiri dan masyarakat umum dalam mencapai kecemerlangan pendidikan

(4)

4 Disediakan Unit Penyelarasan Program Diploma-Edited Unit Media

yang berterusan, ketinggian akhlak serta kesepaduan ilmu, iman dan amal.

Di kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua pelajar agar menggunakan semua ruang dan merebut segala peluang yang ada di universiti ini untuk memperkasakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, disamping mengembeling tenaga dan mencurahkan bakti pada agama, bangsa dan negara.

Manfaatkanlah dan sertailah semua aktiviti-aktiviti yang memberti manfaat seperti, kerana ia adalah salah satu usaha persediaan dalam melahirkan para pelajar yang berketrampilan, mapan, dan berilmu sebagai persediaan untuk anda generasi pelapis dalam masyarakat di masa hadapan.

Rasanya cukup setakat ini ucapan saya pada hari ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya merasmikan PENUTUP PROGRAM GOTONG ROYONG PELAJAR DIPLOMA 2013 pada pagi ini.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Disediakan PTKPI Edited Unit Media Page 5 Dengan lafaz Bismillahi Rahmaani Rahim, saya dengan ini merasmikan Bengkel Peningkatan Profesionalisme Dan Perancangan Strategik Pusat

Untuk makluman anda semua juga, Program ini berjaya memecah rekod sebanyak tiga kali berturut-turut untuk disenaraikan dalam Malaysia Book of Records bagi kategori “The Largest Foster

Tuan-Tuan, Puan-Puan Para Hadirin Sekalian, Program Engineering Invention and Innovation Exhibiton ENVEX 2010 ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang diambil oleh Universiti

PUSAT ISLAM UniMAP – Edited Bahagian Media PNC Page 2 Rasulullah dalam mengenangmu Kami susuli lembaran sirahmu Pahit getir pengorbananmu Membawa cahaya kebenaran Engkau

4 Unit Media PNC –Mohd Basri Hadirin sekalian, Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada para jemaah yang hadir pada malam ini untuk sama-sama berhijrah dan menetapkan azam yang

Hadirin sekalian, Bercakap soal ‘perkara yang perlu kita lakukan’, kita telahpun melakukan perkara yang sepatutnya dengan tertubuhnya Anjung UniMAP yang ke – 2 di Kulim.. Malah kita

Hadirin sekalian, • Sebagai penjawat awam lebih banyak usaha yang perlu dilaburkan untuk melonjakkan nama UniMAP di peringkat antarabangsa dengan membawa satu organisasi yang "segar"

Hadirin hadirat sekalian, Khamis lalu sekali lagi kita diuji apabila sebanyak 63 buah rumah termasuk kediaman pelajar, klinik kesihatan, rumah rehat dan dewan kuliah di sekitar Kampung