• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN ALUAN - Universiti Malaysia Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "TEKS UCAPAN ALUAN - Universiti Malaysia Perlis"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN ALUAN

BRIG JEN DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP

LAWATAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SURABAYA SELASA 13 MEI 2014

AUDITORIUM PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA KAMPUS PAUH PUTRA

Bismillahir rahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Malaysia-Indonesia, Salam Ilmi, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Yang dihormati ahli-ahli delegasi UMS

Terlebih dahulu saya berasa amat bersyukur terhadap Allah SWT

yang telah melimpahkan rahmatnya mengizinkan kita semua berkumpul pada petang ini. Tujuan majlis ringkas dan sederhana

pada petang ini ialah untuk mengalu-alukan dan meraikan tetamu-

tetamu dari Universitas Muhammadiyah Surabaya, Indonesia ke- UniMAP.

Untuk itu saya mengambil kesempatan ini dengan rasa rendah diri

mengucapkan selamat datang sekali lagi ke UniMAP, dan Negeri Perlis serta negara Malaysia secara amnya.

Senja gemilang bayu berpuput, Gugur kenanga di celah jerami, Besarlah hati kami menyambut ;

Tuan bertamu ke negeri kami.

Sampan kolek mudik ke hilir, Sarat muatan rempah dan jamu, Layar dikembang, senyum diukir ; Menyambut Tuan datang bertamu.

(2)

Harapan saya semoga ahli-ahli deligasi daripada Universitas Muhammadiyah seramai 14 orang kesemuanya yang terdiri daripada Rektor, dekan dan para dorsen berasa selesa sepanjang berada di sini.

Tujuan kehadiran delegasi Universitas Muhammadiyah ke mari sebagai tetamu UniMAP merupakan kunjungan balas dan pengukuh ikatan antara kedua-dua Universiti yang menandakan bahawa UniMAP dan Universitas Muhammadiyah sangat komited untuk mengadakan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Ia merupakan susulan kunjungan saya sendiri bersama delegasi ke Universitas Muhammadiyah minggu lalu bersempena penganjuran Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa Ke-3 di Surabaya. Alhamdulillah, hasil kunjungan dan pertemuan di Surabaya, UniMAP dan Universitas Muhammadiyah telah memeterai satu LOI (Letter of Intent) pada majlis Santapan Malam yang disaksikan sendiri oleh Canselor UniMAP yang amat kami kasihi, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dan hari ini, kerjasama strategik kedua-dua universiti diperkukuhkan lagi dengan memorandum persefahaman (MoU) dan saya mengharapkan, jalinan hubungan yang terjalin antara UniMAP dan Universitas Muhammadiyah akan terus mekar dan mampu menyumbang kepada perkembangan pendidikan dan memberi manfaat dari segi peningkatan ilmu pengetahuan kedua-dua negara.

Ini sudah tentunya dapat menyatukan kita dalam satu wadah dan perasaan untuk merealisasikan pembangunan akademik di kedua-

dua negara terutamanya dalam aspek peningkatan kualiti pendidikan, pertukaran maklumat serta melihat kerjasama yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.

(3)

Saya percaya kerjasama antara UniMAP dan Universitas Muhammadiyah adalah saling menyokong antara satu sama lain, lebih-lebih lagi untuk meningkatkan kecekapan sumber manusia, mengoptimum input untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kecekapan tadbir urus universiti.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada deligasi Universitas Muhammadiyah Surabaya kerana sudi datang ke Perlis. Saya memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang saudara- saudari berada di sini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada seluruh warga uniMAP terutamanya Pejabat Naib Canselor yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pada petang ini.

Sekian,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima Kasih.

Referensi

Dokumen terkait

a) Pelajar yang mendapat PMK kurang daripada 1.00 dalam mana-mana semester adalah GAGAL dan akan diberhentikan dari Universiti. b) Pelajar bertaraf LULUS BERSYARAT

x LIST OF ABBREVIATIONS MCDM Multi Criteria Decision Making MADM Multi Attribute Decision Making MODM Multi Objective Decision Making UniMAP Universiti Malaysia Perlis IMK Institute

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA SUTRAMAYA UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA DI FESTIVAL TARI 1MALAYSIA MAKUM 2017 Sintok, 22 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP

3 Disediakan Unit Penyelarasan Program Diploma-Edited Unit Media Untuk makluman para pelajar sekalian, pada 1 Januari lalu, kita telah mengadakan Program Gotong Royong Mega yang

Jutaan terima kasih saya titipkan buat Persatuan Bola Sepak Malaysia diatas kesudian bekerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis UniMAP bagi penganjuran Kursus Pengadil dan Penilai

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA UniMAP BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI DEWAN 2020 PADA 7 SEPTEMBER 2009

Saya begitu ingin melihat, Woodball ini dimainkan oleh golongan muda yang merupakan tonggak kegemilangan Negara dan atas sebab itulah juga saya melihat pengenalan kepada sukan ini di

Di sini, saya hanya ingin memaklumkan kepada semua kakitangan UniMAP bahawa kita telah menjalankan sesi jelajah road show untuk bertemu alumni kita bagi memperjelaskan situasi sebenar