• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Teks Penutup MURoC - Universiti Malaysia Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Teks Penutup MURoC - Universiti Malaysia Perlis"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA

3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP,

Pegawai-pegawai utama UniMAP, Dekan-dekan dan Ketua- ketua Jabatan,

Pegawai-pegawai pengiring IPTA dan Politeknik,

Wakil-wakil media,

Para peserta Pertandingan Robot Universiti-Universiti Malaysia (MURoC),

Seterusnya warga kerja serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

(2)

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita semua berkumpul bersama-sama pada pagi ini untuk menjayakan Majlis Perasmian Penutup Malaysian University Robot Competition 2010 atau MURoC 2010 ini.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana MURoC yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran pertandingan selama tiga hari ini berlangsung.

Sesungguhnya, komitmen dan kerjasama anda amat saya hargai.

Para hadirin sekalian,

Saya difahamkan kita menerima lebih dari tujuh penyertaan dari IPTA seluruh Malaysia dalam pertandingan yang julung kali diadakan ini. Ini merupakan sesuatu yang memberangsangkan dan harapan kita agar lebih banyak penyertaan di masa akan datang.

Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk menguji kebijaksanaan dan kreativiti peserta dalam menyelesaikan masalah yang disediakan pihak penganjur sekaligus dapat menjadi pemenang dalam pertandingan ini.

(3)

Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga adalah salah satu strategi untuk melahirkan saintis dan jurutera yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pada masa kini kita dapati tidak ramai mahasiswa yang mempunyai pemikiran yang kreatif kerana kebanyakkan mereka hanya menumpukan ke arah akademik semata-mata.

Oleh yang demikian, negara kita menghadapi ketandusan saintis yang dapat membantu untuk membangunkan negara.

Mahasiswa yang kreatif adalah mahasiswa yang sentiasa memiliki daya cipta terhadap sesuatu. Mereka akan selalu mempunyai idea-idea untuk mencipta produk baru dan menarik.

Untuk pengetahuan mahasiswa sekalian, kreativiti merupakan salah satu ciri yang dikehendaki oleh syarikat- syarikat multinasional untuk mencari pekerja. Ia merupakan nilai tambah untuk mahasiswa agar diterima bekerja di syarikat terbabit.

Ini kerana, syarikat-syarikat multinasional akan sentiasa mencari idea baru untuk memenuhi permintaan pelanggan disamping menghasilkan keuntungan.

(4)

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebenarnya sifat kreatif ini telah dikurniakan oleh tuhan kepada semua manusia di dunia ini. Ia bergantung terhadap kemahuan manusia itu sendiri untuk menggilap bakat yang terpendam dalam diri masing-masing.

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menggilap kreativiti sendiri, salah satu contoh adalah dengan memerhatikan corak kehidupan masyarakat dan memikirkan cara untuk menambahbaik produk atau kemudahan untuk memudahkan cara hidup mengikut peredaran zaman.

Pihak kerajaan juga telah menganjurkan pelbagai pertandingan dan menyediakan pelbagai insentif bagi menarik minat mahasiswa sekaligus mencungkil kreativiti mereka.

Besarlah harapan saya agar UniMAP sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan dapat menganjurkan lebih banyak pertandingan seperti ini sekaligus dapat menghasilkan lebih ramai mahasiswa yang mempunyai pemikiran kreatif dan dapat membangunkan negara. Insya Allah.

(5)

Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini, sukalah saya mengingatkan semua peserta agar bertanding secara sihat dan kepada pasukan yang mungkin tewas, terimalah kekalahan dengan hati terbuka. Cuba lagi di masa akan datang. Dengan ini saya merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Robot Universiti-Universiti Malaysia.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga kelmarin, berdasarkan data yang dikumpulkan, daripada 953 orang graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang bergraduat hari ini, sebanyak 536 orang (56.2%) telah

Sepanjang lebih 50 minit yang lalu, saya telah cuba untuk membawa perhatian dan pemikiran kita untuk menekuni peri mustahaknya migrasi berterusan Universiti ini dengan

Dan segi hubungan kerjasama universiti pula, sehingga kini lebih 50 buah universiti dan institusi luar negara telah mengadakan kerjasama dengan UMS sama ada dalam bidang pengajaran dan

Berikut merupakan kenyataan yang diberikan oleh informan: “…saya harapkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan universiti dapat diadakan secara berterusan since ramai je

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul bersama-sama untuk meraikan barisan atlit-atlit dan pengurusan

Terlebih dahulu patik bagi seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Tuanku berdua bercemar duli

Terlebih Dahulu Patik Bagi Seluruh Warga Kerja UniMAP Ingin Merafak Sembah, Menjunjung Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Perkenan Duli Tuanku Berdua Bercemar Duli Berangkat Ke Majlis

ALLAH MENGHENDAKI KEMUDAHAN BAGI KAMU, DAN TIDAK MENGHENDAKI KESUKARAN BAGI KAMU; DAN AGAR KAMU MENCUKUPKAN BILANGAN, DAN MENGAGUNGKAN ALLAH, BAHAWA DIA TELAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA