• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Rendah Swasta (The Implementation of the Integrated Special Education Program in a Private School)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Rendah Swasta (The Implementation of the Integrated Special Education Program in a Private School)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Rendah Swasta

(The Implementation of the Integrated Special Education Program in a Private School)

Jesceyla J. Mogunting1*, Manisah Mohd. Ali1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p111211@siswa.ukm.my

Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.38

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan program yang disediakan khas untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan akses pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Bilangan MBPK yang semakin meningkat mendorong pelaksanaan PPKI turut dilaksanakan di sekolah swasta.

Namun, pengetahuan dan sikap guru serta cabaran dalam melaksanakan program ini masih memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengetahuan dan sikap guru serta cabaran yang dihadapi di sekolah swasta. Reka bentuk kajian merupakan kajian kes yang menggunakan protokol temu bual bagi mendapatkan data dari tujuh orang peserta kajian yang juga merupakan guru Pendidikan Khas mengajar dalam kelas PPKI di daerah, Kota Kinabalu, Sabah. Data dianalisis secara tematik berbantukan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian telah dilaporkan berdasarkan tema – tema yang dihasilkan melalui data yang dikumpul iaitu bagi pengetahuan guru tema terdiri daripada dua tema iaitu pengetahuan konteks kurikulum dan konteks pendidikan dan sikap guru dengan dua tema iaitu sikap profesionalisme guru dan sikap tidak pilih kasih guru manakala bagi cabaran dengan empat tema iaitu ketiadaan peruntukan kewangan khusus, kurang pendedahan tentang PPKI, ketiadaan khidmat kolaborasi dengan pihak lain dan amalan profesionalisme guru. Guru didapati masih perlu memerlukan bimbingan dan pemantauan yang berterusan dengan memastikan mereka akan menzahirkan serta meningkatkan pelaksanaan program ini. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa lompong yang perlu diberikan perhatian oleh pihak pentadbir dalam memastikan pelaksanaan PPKI di sekolah swasta dengan merangka program khas yang berkaitan dengan aktiviti meningkatkan kemahiran guru pada masa akan datang.

Kata kunci: pengetahuan, sikap, cabaran, program pendidikan khas integrasi, sekolah swasta

Abstract: The Integrated Special Education Program (ISEP) is a program for students with Special Educational Needs (SEN) with access to education in line with the Malaysian Education Development Plan (2013-2025). The growing number of students with special educational needs has prompted the implementation of the ISEP in private schools. However, the knowledge and attitude of the teachers and the challenges of implementing the program still require the support of various parties. This case study explored teachers' knowledge, attitudes, and the challenges faced in Kota Kinabalu, Sabah district private school. An interview protocol was used to obtain data from seven participants who are special education teachers teaching in the ISEP class. Data are analyzed thematically using ATLAS. ti software.

(2)

Findings are reported according to the theme of the data collected, and teacher knowledge of the ISEP, which includes understanding the curriculum and educational context. Teacher attitudes with two themes: teacher professionalism and negligent teacher hiring, while the challenges in four themes are lack of dedicated financial allocation, lack of connection with ISEP, lack of collaborative services with others, and professionalism of teachers. The need for ongoing mentoring and teacher supervision will be determined by ensuring teachers disclose and improve the plans' implementation. The results also suggest that administrators must pay attention to several points to ensure the implementation of ISEP in private schools by designing specific programs related to future teacher capacity development activities.

Keywords: knowledge, behaviors, challenges, integrated special education program, private school

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan program yang disediakan khasnya untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan menghadiri kelas khas di sekolah bantuan kerajaan mahupun kerajaan. Seksyen 28 Akta Orang Kurang Upaya menyokong MBPK untuk mencapai kesaksamaan pendidikan selaras dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Pelaksanaan program ini di sekolah kerajaan mahupun bantuan kerajaan hendaklah mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan Khas 1996 seksyen 41 (Peraturan Pendidikan Khas, 2013). Pelaksanaan PPKI di sesebuah sekolah bertujuan untuk menyediakan keperluan pendidikan dengan menekankan perkembangan dalam kemahiran (Azian & Mohd Mokhtar, 2022). Sekolah boleh menawarkan Program Pendidikan Inklusif (PPI) yang membuka peluang kepada MBPK mengikuti pembelajaran dalam kelas perdana. Murid yang mengikuti PPI akan menikmati semua kemudahan belajar tanpa sebarang diskriminasi (Suzanna et al., 2021).

Evolusi dalam sistem pendidikan mempengaruhi perkembangan bahagian Pendidikan Khas khususnya penyertaan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) dengan menawarkan PPKI di setiap peringkat sekolah. Penglibatan IPS yang menawarkan program ini membuka peluang kepada MBPK mengembangkan potensi diri mereka dengan pendidikan yang sama rata walaupun berbeza cabang sekolah (Noorilham et al., 2021). Penyertaan MBPK menjurus kepada peningkatan terhadap keyakinan diri mereka secara optimum (Primus et al., 2021). Suzanna dan Norshidah (2022) menjelaskan pelaksanaan sifar penolakan merupakan langkah untuk mewujudkan kesaksamaan dalam pendidikan. Pelaksanaan ini membuka ruang kepada MBPK mendapat akses pendidikan seperti yang tercatat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (Ching & Mohd Mokhtar, 2021).

Pengetahuan guru yang kurang dalam bidang ini menyebabkan pelaksanaan PPKI di sesebuah sekolah tidak dilaksanakan secara proaktif. Azian dan Mohd Mokhtar (2022) menjelaskan bahawa kompetensi seseorang guru akan mendorong kepada kemenjadian MBPK. Cara, gaya, kemahiran pendekatan pengajaran dan komitmen guru menyebabkan pelaksanaan PPKI semakin diendahkan oleh organisasi sekolah. Mahathir dan Aznan (2021) ada menyatakan tahap pengetahuan guru mengenai pelaksanaan PPKI dikaitkan dengan kurangnya pendekatan elemen dalam kurikulum yang terdiri daripada pembelajaran sosial. Pembelajaran sosial seharusnya diterapkan bermula daripada diri seseorang guru lalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian justeru diamalkan di dalam bilik darjah agar menjadi amalan.

(3)

Sikap seseorang individu menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan PPKI di peringkat sekolah. Sikap seseorang terdiri daripada aspek kognitif dan afektif untuk mengukur tahap tingkah laku dengan pembaharuan yang berlaku (Kanafadzi & Khairul, 2021). Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap seseorang akan mempengaruhi amalan dan perbuatan terhadap orang lain yang jelas ditunjukkan melalui komunikasi. Kajian lepas oleh Chian dan Suziyani (2021) menerangkan kemahiran, pengetahuan dan sikap individu perlu ada pada seorang guru.

Kewujudan PPKI di sekolah semestinya menimbulkan banyak isu melibatkan pengetahuan dan sikap guru yang mendatangkan cabaran terhadap pelaksanaan PPKI. Yasmin dan Mohd Mokhtar (2021) menjelaskan guru perlu memainkan peranan untuk mengetahui murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Sikap yang ditunjukkan oleh guru terhadap pelaksanaan PPKI mendorong kepada kemenjadian MBPK. Halimah (2020) dalam kajiannya menegaskan sikap guru memberi kesan terhadap kesediaan MBPK untuk belajar. Kajian lepas mengenai pelaksanaan PPKI di sekolah kerajaan tetapi kurang dilaksanakan di sekolah swasta, maka kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meneroka pengetahuan dan sikap guru serta cabaran pelaksanaan PPKI di sekolah rendah swasta.

2. Tinjauan Literatur

Guru memainkan peranan yang penting dengan menyediakan persekitaraan yang kondusif agar MBPK memperolehi keyakinan diri melaksanakan tugasan yang diberi. Dalam kajian ini, pengkaji mengaitkan teori kognitif sosial dari aspek pengetahuan dan sikap seseorang dengan pembelajaran manusia yang berlaku dalam lingkungan sosial. Penerapan teori yang diperkenalkan oleh Bandura, bertujuan untuk meneroka pengetahuan dan sikap yang ditunjukkan oleh guru terhadap suatu pelaksanaan. Daripada teori Bandura pengkaji dapat mengaitkan pembelajaran sosial yang boleh dilihat melalui pergaulan mereka dalam sesebuah organisasi. Proses mengajar yang ditunjukkan oleh guru akan mempengaruhi murid untuk mengikutinya (Herly Janet, 2018). Perkara ini turut berlaku dalam persekitaraan guru yang bekerja akan cenderung untuk terpengaruh dengan pengetahuan dan sikap seseorang.

Pengetahuan dan sikap guru merupakan suatu perkara yang mendorong kepada cabaran pelaksanaan suatu program yang dijalankan di sesebuah sekolah. Pengetahuan merujuk kepada maklumat yang diketahui oleh seseorang Abdul Halim et al. (2019). Bagi profesion perguruan, ia merupakan tugas yang mulia dan berkait rapat dengan proses untuk memantapkan sistem pendidikan di sesebuah negara. Pengetahuan guru mengenai pelaksanaan PPKI dikaitkan dengan kurangnya pendekatan elemen dalam kurikulum iaitu pembelajaran sosial dan emosi (Mahathir & Aznan, 2021). Tanpa pengetahuan dan kefahaman akan sesuatu dasar maka guru tidak mampu melaksanakan tugasan mereka (Suzanna & Norshidah, 2022). Pengetahuan guru akan mendatangkan cabaran untuk meningkatkan pelaksanaan sesebuah program (Sapie et al., 2021). Kajian ini didasarkan dengan tiga model yang mendorong kepada cabaran pelaksanaan PPKI di sekolah swasta dengan andaian bahawa setiap kegiatan yang dijalankan bermula daripada pengetahuan guru yang menjurus kepada sikap dan tingkah laku mereka.

Siti Fatimah dan Mustafa (2018) menjelaskan bahawa guru dalam bidang pendidikan khas mempunyai kerisauan jika mereka masih kurang berpengetahuan. Pelaksanaan PPKI di sesebuah sekolah akan dapat dilaksanakan dengan jaya sekiranya pengetahuan dan sikap kesediaan yang dipamerkan oleh seseorang guru semakin kearah yang positif. Kefahaman dan kepribadian seseorang guru akan mempengaruhi sikap mereka semasa melaksanakan tugas (Ching et al., 2020 ; Husni et al., 2018). Kajian lepas menjelaskan bahawa sebahagian guru kurang didedahkan dengan bidang vokasional, hanya tertumpu kepada bidang teori (Nur

(4)

Hazwanie et al., 2020 ; Seriayuna, 2019). Pengetahuan guru dapat dipertingkatkan lagi jika mereka melibatkan diri dengan krusus mahupun taklimat (Chian & Suziyani, 2021).

Sikap individu dipengaruhi oleh faktor latar belakang, demografi, pengetahuan dan nilai kehidupan (Low et al., 2020). Hal ini berlaku disebabkan sikap kesediaan guru dari aspek kemahiran untuk mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran (Nurul Farahah

& Suziyani, 2018). Sikap guru terhadap murid memberi kesan terhadap kesediaan MBPK untuk belajar (Halimah, 2020). Sikap guru dapat dilihat dari segi kognitif, afektif dan perbuatan mereka untuk mengukur tahap tingkah laku terhadap pembaharuan yang berlaku (Kanafadzi &

Khairul, 2021). Amalan guru terhadap pelaksanaan PPKI dipengaruhi oleh sikap mereka (Azian & Mohd Mokhtar, 2022). Sikap prejudis yang ditunjukkan oleh guru akan mewujudkan jurang diantara guru dan murid serta faktor penghalang untuk membina kesatuan yang utuh dalam komuniti (Yong & Ku Hasnita, 2019).

Beberapa kajian lepas berpandangan bahawa guru sentiasa menghadapi pelbagai cabaran (Kamala et al., 2018) terutamanya pendekatan pengajaran dan pembelajaran (Rohaizat, 2019).

Ini berikutan kesediaan guru yang melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah menghadapi kekangan masa (Norazizah & Khairul, 2022). Beban tugas yang tinggi menyebabkan ada segelintir guru mengalami “burn-out” disebabkan oleh tugas yang diberi diluar waktu malahan mereka terpaksa berkerja lebih masa. Tekanan yang dihadapi oleh guru akan menjejaskan jalinan mesra antara murid justeru prestasi kerja terganggu (Dalila et al., 2022). Antara konteks cabaran yang dihadapi oleh guru merangkumi kelayakan, kecekapan, sokongan dan motivasi guru Seriayuna (2019).

Kajian ini juga berlandaskan Teori Kognitif Sosial sebagai kerangka yang menerangkan pembelajaran manusia berlaku dalam lingkungan sosial juga pengetahuan serta sikap yang ditunjukkan oleh individu terhadap suatu pelaksanaan. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk meneroka pengetahuan, sikap dan cabaran yang dialami oleh guru mengenai pelaksanaan PPKI di sekolah rendah swasta. Kesukaran yang dihadapi merupakan proses dinamik untuk memastikan pelaksanaan program dapat berjalan dengan baik. Kajian ini juga secara langsung akan meneroka pengalaman peribadi yang dialami oleh guru mengajar PPKI.

3. Metodologi Kajian

Kajian ini berlandaskan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes.

Kaedah kajian kes dipilih agar memudahkan pengkaji dalam mengumpul data secara terperinci hasil daripada penerokaan akan persekitaraan yang sebenar. Zetty et al. (2021) ada menjelaskan bahawa kajian kualitatif deskriptif membantu mengekalkan keaslian data yang dikumpul secara holistik.

3.1 Peserta Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan persampelan bertujuan dengan memilih tujuh orang peserta kajian yang juga merupakan Guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah yang mengajar dalam kelas PPKI. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk memilih responden kajian berpandukan kepada kriteria tertentu (Feng et al., 2021). Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang guru dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahun keatas, mereka berpengalaman mengajar dalam bidang pendidikan melebihi tempoh 6 bulan dan keatas. Pemilihan peserta kajian berdasarkan kepada kriteria pengalaman mereka yang memiliki ciri yang sama iaitu mengajar dalam kelas PPKI. Lokasi kajian dijalankan di sebuah sekolah rendah swasta daerah Kota Kinabalu, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada dua orang guru lelaki dan lima orang

(5)

guru perempuan. Tiga orang peserta kajian memiliki Ijazah Sarjana manakala seorang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan tiga lagi memiliki sijil. Bagi opsyen, empat orang peserta kajian dengan opsyen Pendidikan Khas manakala tiga peserta lagi bukan dengan opsyen Pendidikan Khas. Bagi tempoh perkhidmatan, dua orang peserta kajian berpengalaman mengajar lebih daripada lima tahun diikuti dengan seorang peserta kajian, masing – masing mempunyai pengalaman mengajar selama lima dan empat tahun. Dua orang peserta kajian dengan pengalaman mengajar selama setahun serta seorang peserta kajian mempunyai pengalaman kurang daripada setahun. Tujuh orang peserta dalam kajian tidak menggunakan nama yang sebenar untuk menjaga privasi mereka. Koding peserta kajian yang terlibat dalam temu bual dilabel dengan abjad A, B, C, D, E, F, dan G seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Analisis Demografi Peserta Kajian Peserta Kajian

(Cikgu) Jantina Umur Tahap

Pendidikan Opsyen Tempoh Perkhidmatan A. Anna P 30 tahun Ijazah Sarjana Pendidikan

Khas 5 tahun

B. Bill L 34 tahun Sijil Pendidikan

Khas < 1 tahun

C. Clay P 28 tahun Sijil Bukan

Pendidikan Khas

1 tahun

D. Dyna P 49 tahun Ijazah Sarjana

Muda

Bukan Pendidikan

Khas

> 5 tahun

E. Elor L 29 tahun Ijazah Sarjana Bukan

Pendidikan Khas

1 tahun

F. Fiona P 30 tahun Ijazah Sarjana Pendidikan

Khas 4 tahun

G. Grena P 56 tahun Diploma Pendidikan

Khas

> 5 tahun

3.2 Instrumen Kajian

Protokol temu bual separa berstruktur digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada sampel kajian. Item protokol temu bual dibina terdiri daripada empat konstruk iaitu konstruk soalan pembuka, konstruk soalan utama, konstruk soalan susulan dan konstruk soalan penutup yang boleh dirujuk melalui Jadual 2. Menurut Ong et al. (2017), protokol temu bual membantu pengkaji untuk memberi perhatian terhadap pengalaman yang dikongsikan oleh peserta kajian.

Temu bual dijalankan secara mendalam bagi membolehkan pengkaji mengumpul data untuk menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan seterusnya mencapai objektif kajian.

Jadual 2: Protokol Temu Bual

Bil Konstruk Soalan Utama Soalan Susulan (Prob)

1. Pengenalan Pengkaji perkenalkan diri, tujuan dan objektif kajian serta meminta keizinan untuk merakam temubual.

-

2. Objektif 1

Meneroka pengetahuan guru terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi

Bagaimana pengetahuan guru terhadap pelaksanaan program ini?

Bagaimana anda berkongsi pengetahuan dengan guru – guru lain tentang pelaksanaan PPKI?

Apakah anda mempunyai pengetahuan tentang polisi dan

(6)

3.3 Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data

Surat kebenaran untuk menjalankan kajian diperoleh terlebih dahulu daripada insitusi pengajian pengkaji. Tujuan dan prosedur protokol temu bual dterangkan secara terperinci kepada peserta kajian dan surat pemakluman turut diedarkan kepada guru besar. Sesi temu bual menerusi Zoom Meeting dijalankan dan dirakam sebagai dapatan data kajian setelah mendapat kebenaran daripada peserta kajian untuk memelihara privasi. Dialog temu bual telah ditranskrip secara verbatim dan salinan transkrip dihantar kepada peserta untuk penyemakan.

Proses transkripsi data dimulakan terlebih dahulu bagi tujuan pembentukan kod. Pembacaan turut dilakukan berulang – kali untuk mengelak berlakunya pertindihan data. Pengekodan dijalankan untuk memudahkan pengkaji mendapatkan tema – tema bagi memenuhi kehendak persoalan kajian. Kod yang terhasil akan dikumpulkan mengikut kategori yang bersesuaian dengan ciri – ciri persamaan bagi setiap kod tersebut Saldana (2016). Data yang terkumpul akan disemak sekali lagi untuk mengelakkan kecuaian berlaku dan juga sikap berat sebelah pengkaji terhadap maklumat yang dikongsikan. Data kajian yang ditranskrip akan dianalisis secara tematik dengan berbantukan kepada perisian ATLAS.ti versi 9 dan seterusnya dirumuskan dalam bentuk rajah berkaitan dengan pengetahuan dan sikap guru serta cabaran yang dialami mengenai pelaksanaan PPKI di sekolah rendah swasta.

(PPKI) di Sekolah Rendah

Swasta (SRS) dasar pendidikan bagi

pelaksanaan kelas PPKI?

Apakah anda mengetahui syarat – syarat penyertaan program ini?

3. Objektif 2

Meneroka sikap yang ditunjukkan oleh guru terhadap pelaksanaan PPKI

Bagaimanakah sikap guru

terhadap pelaksanaan PPKI? Apakah anda bersedia menyediakan bahan pembelajaran mengikut kategori MBPK?

Apakah pendekatan yang anda lakukan untuk mengajar murid PPKI mengikut tahap keupayaan mereka?

Bagaimanakah persediaan anda menghadapi kepelbagaian MBPK di dalam kelas?

4. Objektif 3

Meneroka cabaran yang dialami oleh guru dalam melaksanakan PPKI di sekolah mereka.

Apakah cabaran – cabaran yang anda alami sepanjang melaksanakan PPKI di sekolah anda?

Apakah bentuk cabaran yang anda hadapi daripada MBPK, ibu bapa dan warga sekolah?

Apakah cabaran bagi diri anda sendiri sepanjang melaksanakan program ini?

Bagaimanakah cara anda untuk menghadapi cabaran – cabaran tersebut?

5. Penutup Adakah anda mempunyai

sebarang perkongsian lagi yang hendak dikongsikan?

(7)

4. Dapatan Kajian

Hasil kajian mendapati pelaksanaan program ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu pengetahuan guru, sikap guru dan cabaran – cabaran yang dialami. Bagi pengetahuan guru, terdiri daripada dua tema utama iaitu pengetahuan konteks kurikulum dan pendidikan.

Manakala, bagi sikap guru terdiri daripada dua tema iaitu sikap profesionalisme guru dan sikap tidak pilih kasih guru. Bagi cabaran – cabaran yang dialami, terdapat empat tema iaitu ketiadaan peruntukan khusus, kurang pendedahan tentang PPKI, ketiadaan khidmat kolaborasi dengan pihak lain dan amalan profesionalisme guru.

Pengetahuan Guru

Melalui analisis data tersebut, pengkaji telah memperoleh dua tema mengenai pengetahuan guru terhadap pelaksanaan PPKI di sekolah rendah swasta. Tema yang dimaksudkan iaitu pengetahuan konteks kurikulum yang terdiri daripada sub – tema seperti had bahan rujukan, sekolah sumber, pengalaman asas pengurusan idea dan pengetahuan ciri - ciri pelajar. Bagi tema pengetahuan konteks pendidikan terdiri daripada sub – tema iaitu kemahiran guru dalam melaksanakan PPKI serta dasar dan polisi melaksanakan kelas PPKI.

Pengetahuan guru dari aspek kurikulum adalah sangat baik, peserta kajian dapat menjelaskan kefahaman mereka mengenai program ini dengan mendapatkan sumber rujukan. Sumber rujukan yang mereka perolehi adalah dengan merujuk kepada sekolah kerajaan seperti yang dijelaskan dalam petikan temu bual bersama dengan Cikgu Anna.

“…bagaimana saya berkongsi adalah dengan mendapatkan rujukan daripada sekolah kerajaan saya akan berhubung dengan guru di sana terutamanya yang melibatkan kokurikulum dan kurikulum..” (Cikgu Anna) Selain itu, guru mempunyai pengetahuan pedagogi am berdasarkan kepada pengalaman yang mereka lalui seperti yang dikongsikan bersama dengan Cikgu Dyna dalam petikan temu bual.

“…based my own experience how I share with its based my knowledge and my experience before…” (Cikgu Dyna) Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu sejauh manakah pengetahuan guru terhadap pelaksanaan PPKI di SRS, pengkaji telah memperoleh data melalui hasil temu bual.

Peserta kajian menyatakan bahawa mereka mempunyai pengetahuan akan ciri - ciri MBPK di sekolah, khusunya mereka yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Petikan temu bual bersama dengan Cikgu Bill menjelaskan lagi pengetahuan beliau mengenai MBPK.

“…apa yang saya faham tentang program ini ialah PPKI mensasarkan proses pembelajaran kepada kanak – kanak yang mengalami masalah pembelajaran samada dari segi daya tumpuan, pemahaman, perilaku dan juga dari segi

pertuturan…” (Cikgu Bill)

Pengetahuan guru dari konteks pendidikan mengenai pelaksanaan program ini sangat memberangsangkan kerana peserta kajian dapat menjelaskan bahawa program ini adalah fleksibel dengan mengambil kira keperluan semasa murid. Petikan temu bual bersama dengan Cikgu Grena menyatakan lagi pengetahuan beliau mengenai perkara ini.

(8)

“you know about education policy, one of the policies is ppki is flexible..”

(Cikgu Grena)

Pengetahuan guru bagi konteks kurikulum dan pendidikan ini sangat penting bukan sahaja boleh mendalami konsep serta pengertian kurikulum dan pendidikan namun sebagai pengetahuan am. Maka, pengetahuan yang semakin meningkat secara langsung akan meningkatkan keyakinan diri peserta kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pengetahuan guru mengenai pelaksanaan program ini kurang memuaskan dan memerlukan sokongan informasi kurikulum yang menyeluruh. Perincian bagi tema tersebut ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Pengetahuan Guru Mengenai Pelaksanaan PPKI

Sikap Guru

Pengkaji telah memperoleh dua tema yang memperincikan sikap guru berdasarkan kepada sub- tema bagi menerangkan lebih lanjut lagi akan sikap guru mengenai pelaksanaan PPKI. Tema yang dimaksudkan adalah seperti sikap profesionalisme guru dengan sub – tema iaitu penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), bahan pembelajaran mengikut kategori dan keupayaan MBPK dan komunikasi berkesan menggunakan kad gambar mahupun lukisan.

Manakala, tema yang seterusnya iaitu sikap tidak pilih kasih guru dengan sub – tema iaitu bersedia menerima kelemahan dan kelebihan MBPK serta memberi peluang tanpa diskriminasi. Sikap guru mengenai pelaksanaan program ini sangat memuaskan kerana peserta kajian dapat menggambarkan sikap yang mereka tunjukkan terhadap pelaksanaan program ini melalui perkongsian daripada pengalaman - pengalaman mereka. Peserta kajian menyatakan pengalaman mereka yang jelas menggambarkan sikap professional mereka dengan menyediakan bahan mengajar kepada MBPK. Dapatan kajian mengenai perkara ini telah diungkapkan dalam petikan temu bual bersama dengan Cikgu Anna.

“…saya sudah bersedia sebab saya mempunyai pengalaman untuk membantu murid yang mempunyai kefungsian rendah, sederhana dan tinggi, saya akan menyediakan bahan bantu mengajar sebelum kelas bermula, setiap sesi one on one dengan murid itu mengambil masa dalam 10 sehingga 15 minit untuk menyiapkannya…” (Cikgu Anna)

(9)

Guru perlu mempunyai sikap tidak pilih kasih dengan bersedia menerima kelemahan dan kelebihan MBPK terutama sekali bagi MBPK yang mempunyai tahap penerimaan yang berbeza. Petikan temu bual mengenai sikap tidak pilih kasih guru ini ada dikongsikan oleh Cikgu Grena.

(Terjemahan:"...kami dedahkan mereka dengan pertukaran gambar sistem komunikasi tetapi kerana kebanyakan mereka mampu berkomunikasi, sebagai seorang guru harus sabar. Kami perlu memastikan pemikiran mereka dan kemudian kami meletakkan diri kami seperti mereka. Aktiviti Brain Gym yang membantu mereka untuk meredakan tekanan..") (Cikgu Grena)

Selaras dengan pendekatan mahupun kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, sikap guru dari aspek pengajaran juga perlulah dipupuk dari awal. Dapatan temu bual bersama peserta kajian mendapati perkara yang penting berkaitan dengan sikap guru iaitu dengan bersedia menerima tugasan. Petikan temu bual bersama dengan Cikgu Anna membuktikan sikap guru dari aspek pengajaran sangat penting untuk perkembangan pelajar ke arah yang lebih positif.

“…pendekatan cara saya untuk membantu MBPK adalah dengan aktiviti bermain di dalam kelas. Aktiviti ini melibatkan aktiviti kognitif yang membolehkan mereka buat pergerakan, dalam masa yang sama mereka juga belajar. Contohnya, saya suka belajar melalui cerita pendek dengan tujuan untuk mereka melibatkan diri atau menyertai aktiviti..”

(Cikgu Anna) Perkara ini juga mendorong MBPK bersikap terbuka untuk mendengar kritikan mahupun

pandangan individu lain terhadap mereka juga rakan sebaya. Berdasarkan temu bual pengkaji dimaklumkan oleh guru bahawa aktiviti bermain turut meningkatkan keyakinan diri MBPK.

Cikgu Anna mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat dan perhatian MBPK yang mempunyai tahap kefungsian rendah. Sikap guru mengenai pelaksanaan program ini masih memerlukan perubahan yang positif untuk perkembangan MBPK. Perincian bagi tema dan sub – tema mengenai sikap guru ini ditunjukkan seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2: Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan PPKI

(10)

Cabaran Yang Dialami

Pengkaji memperoleh empat tema bagi menerangkan lebih lanjut lagi akan cabaran – cabaran yang dialami oleh guru sepanjang pelaksanaan PPKI. Tema – tema yang dimaksudkan adalah kurang pendedahan tentang PPKI dengan sub – tema iaitu pengetahuan yang sangat rendah terhadap kerja hakiki serta baharu bekerja dalam bidang ini. Seterusnya, tema ketiadaan khidmat kolaborasi dengan pihak lain diikuti dengan sub – tema iaitu tiada kerjasama dan komunikasi serta tanggungjawab disandarkan kepada guru manakala bagi tema ketiadaan peruntukan kewangan khusus dengan sub – tema iaitu kekurangan sumber sokongan dan pakar khidmat sokongan khas. Tema amalan profesionalisme guru dengan sub – tema iaitu peranan guru sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan.

Peserta kajian menyatakan bahawa cabaran yang mereka alami berpunca daripada diri sendiri iaitu kurang pendedahan tentang pelaksanaan PPKI. Peserta kajian menjelaskan bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang sangat rendah terhadap kerja hakiki dan baharu bekerja dalam bidang ini. Petikan temu bual bersama Cikgu Anna mengenai perkara ini.

“…Cabaran yang saya hadapi setakat ini datangnya daripada murid yang mempunyai masalah dalam pengawalan emosi. Murid ini terpaksa diasingkan dengan murid yang lain di dalam kelas untuk memberikan murid ini ruang untuk bertenang…” (Cikgu Anna) Berdasarkan petikan temu bual bersama dengan Cikgu Anna, beliau menjelaskan bahawa murid MBPK mempunyai kesukaran dalam aspek pengawalan emosi yang boleh menyebabkan masalah tingkah laku timbul dan menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, MBPK yang tidak dapat mengawal emosinya akan mulai menunjukkan tingkah laku agresif terhadap guru dan individu lain yang berada di sekitarnya. Temu bual bersama dengan Cikgu Anna menggambarkan kepribadian beliau sebagai seorang guru mempunyai sikap kesediaan menghadapi pelbagai cabaran yang sering tak terduga dengan situasi semasa MBPK.

Cabaran yang dialami oleh guru apabila ketiadaan kolaborasi dengan pihak lain. Hal ini berlaku kerana tiada kerjasama dan komunikasi antara satu sama yang lain. Perkara tersebut secara langsung menyebabkan jurang antara guru, pihak pentadbir, ibu bapa mahupun orang lain untuk bekerjasama. Malahan, cabaran yang turut dialami apabila tanggungjawab ibubapa disandarkan sepenuhnya kepada guru. Perkongsian ini dinyatakan oleh Cikgu Fiona dalam petikan temu bual berikut.

“…warga sekolah cabaran dari bentuk komunikasi atau kerjasama daripada guru terutama guru perdana kerana mereka juga tidak mempunyai pengetahuan mengenai murid pendidikan khas. So, kadang – kala terdapat banyak kerjasama yang tidak boleh dijalankan dengan guru perdana...” (Cikgu Fiona) Hasil temu bual turut menjangkakan cabaran yang dihadapi oleh guru sepanjang melaksanakan program ini datangnya daripada ibubapa. Cikgu Fiona turut menjelaskan bahawa ibubapa seharusnya memberikan semangat dan sokongan yang padu terhadap anak – anak mereka dengan memenuhi keperluan semasa mereka di rumah mahupun di sekolah. Sebagai contoh, sokongan dapat diberikan oleh ibubapa terhadap anak mereka dengan menyiapkan lembaran kerja yang diberi oleh guru.

(11)

“…cabaran bagi ibu bapa terdapat sebahagian ataupun sesetengah ibu bapa kadang kala tidak memberi sokongan kepada anak mereka terutamanya dalam penyediaan bahan pembelajaran dalam kelas yang sudah diarah oleh guru dan terdapat kerja yang dari sekolah ibu bapa tidak membantu untuk menyiapkan kerja sekolah tidak membantu mereka sehingga murid tersebut datang dengan kerja rumah yang tidak siap dan sebagainya…” (Cikgu Fiona) Tanggungjawab dan sokongan daripada ibubapa akan mendatangkan kesan yang positif terutama sekali terhadap peribadi MBPK. Pengetahuan guru di sekolah ini kurang memuaskan dan memerlukan sokongan informasi kurikulum yang menyeluruh mengenai pelaksanaan PPKI. Manakala, sikap guru terhadap pelaksanaan program ini memerlukan perubahan yang positif dan cabraran yang dialami juga memerlukan sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah sekaligus meningkatkan pelaksanaan program ini. Seterusnya, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pentadbiran sekolah untuk mengesan elemen – elemen yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan PPKI dari aspek pengetahuan, sikap dan cabaran yang dialami.

Dapatan kajian merumuskan bahawa cabaran yang dihadapi oleh guru sepanjang melaksanakan program ini juga berpunca daripada tanggungjawab yang ditunjukkan oleh ibubapa. Sokongan ibubapa juga membolehkan keperluan – keperluan semasa MBPK dapat dipenuhi terutamanya dari aspek fizikal dan mental. Perincian bagi tema tersebut ditunjukkan dalam Rajah 3.

Rajah 3: Cabaran – cabaran yang Dialami

5. Perbincangan Kajian

Kajian dijalankan bagi meneroka pengetahuan dan sikap guru serta cabaran yang dilalui mengenai pelaksanaan PPKI di sekolah swasta. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pengetahuan guru mengenai pelaksanaan PPKI di sekolah swasta sangat memberangsangkan dan pengkaji mendapati terdapat empat elemen utama yang menerangkan dengan lebih lanjut lagi akan pengetahuan guru di sekolah swasta. Dalam pada itu, pengetahuan merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk mendapatkan kebenaran melalui permasalahan yang dihadapi secara peribadi mahupun kelompok (Darsini et al., 2019). Pengetahuan individu sudah

(12)

tentu akan mempengaruhi sosial dan persekitaraan agar mampu menyesuaikan diri dalam keadaan yang nyata.

Dapatan kajian menjelaskan pengetahuan guru terdiri daripada beberapa elemen iaitu pengetahuan mengenai kurikulum, pedagogi am, pengetahuan akan ciri – ciri pelajar dan juga pengetahuan mengenai konteks pendidikan. Perkara ini bertepatan dengan tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) dengan membolehkan MBPK mendapat akses pendidikan secara sama rata.

Chian dan Suziyani (2021) turut menyatakan bahawa pengetahuan guru dapat dipertingkatkan melalui penglibatan mereka dalam krusus mahupun taklimat. Hashimah et al. (2020) menekankan pengetahuan guru merangkumi prinsip perkembangan, penyediaan persekitaraan dan pengalaman pembelajaran yang maximum. Kelemahan yang wujud perlu ditingkatkan dengan latihan keguruan agar dapat melahirkan guru yang berkualiti Juairiah et al. (2020).

Sikap guru mempengaruhi pelaksanaan program ini. Terdapat tiga elemen penting yang menghuraikan sikap yang ditunjukkan oleh guru iaitu sikap tidak pilih kasih guru, sikap professional guru dan juga sikap guru dari segi pengajaran mereka dalam melaksanakan program ini. Dengan sikap yang dipamerkan sudah tentu mewujudkan jalinan yang baik antara guru dan MBPK mahupun sesama warga sekolah. Syafiqah dan Tengku (2018), ada menekankan mengenai sikap guru yang menjadi ikutan kepada murid terlebih dahulu berbanding orang lain. Ling dan Intan (2022) menjelaskan bahawa sikap kesediaan guru untuk lebih bermotivasi tinggi secara langsung akan meningkatkan motivasi dalam diri seseorang murid.

Kajian Azian dan Mohd Mokhtar (2022) ada juga menyatakan bahawa sikap penerimaan guru juga merupakan salah satu cabaran dalam melaksanakan sesebuah program di sesebuah sekolah. Sikap guru mendatangkan impak sama ada positif mahupun negatif terutamanya terhadap kemenjadian murid. Kajian yang dilaksanakan oleh Heni Ekawati (2022) menekankan sikap guru melaksanakan kegiatan belajar di dalam kelas akan mendorong MBPK bersemangat untuk menelaah ilmu pengetahuan. Sikap guru yang terhasil daripada interaksi akan mengarah kepada sikap yang bakal ditunjukkan kepada orang yang berada di persekitarannya.

Sekiranya, elemen pengetahuan dan sikap tidak diterapkan serta diamalkan dengan sebaiknya sudah tentu pelbagai cabaran akan dihadapi. Cabaran yang muncul berpunca daripada kurangnya pendedahan dan krusus tentang PPKI, ketiadaan peruntukan dari segi kewangan, amalan profesionalisme guru serta ketiadaan khidmat kolaborasi dengan pihak lain. Perkara ini akan menjejaskan imej sesebuah sekolah jika elemen ini tidak ada pada diri seorang guru.

Hannah et al. (2019) ada menegaskan bahawa guru berperanan penting sebagai agen penggerak dalam pelaksanaan sistem pendidikan. Setiap elemen ini saling bergantungan untuk mencapai suatu kesepakatan dalam meningkatkan pelaksanaan ini terutamanya di sekolah swasta.

Pelaksanaan program PPKI juga memerlukan guru untuk memainkan peranan yang penting dalam institusi sekolah. Norazlin dan Siti Rahaimah (2019) menjelaskan teknik pengajaran guru perlu dipelbagaikan agar dapat memenuhi keperluan pembelajaran terutamanya kepelbagaian murid dengan mencungkil bakat mereka. Sebahagian guru tidak mencerminkan sikap penghayataan terhadap pengajaran mereka yang mendatangkan keraguan sehingga para pelajar menolak didikan (Ahmad et al., 2022). Oleh itu, pengetahuan dan sikap merupakan dua aspek penting yang perlu diketengahkan dalam melaksanakan program ini di sekolah swasta.

(13)

6. Kesimpulan

Kajian mendapati pelaksanaan PPKI di sekolah swasta sangat memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru bukan sahaja tertumpu kepada pelaksanaan PPKI namun merangkumi semua aspek yang melibatkan MBPK. Sikap yang ditunjukkan juga lebih ke arah positif dengan memastikan pelakuan yang ditunjukkan tidak mengabaikan pihak yang terlibat.

Cabaran yang dihadapi perlu dititik – beratkan kerana faktor – faktor pendorong kepada pelaksanaan program ini akan mendatangkan kesan yang positif mahupun sebaliknya.

Secara tuntas, dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada kajian selanjutnya dalam bidang Pendidikan Khas terutamanya sekali yang bersangkut - paut dengan pelaksanaan PPKI di sekolah swasta. Pengetahuan guru mengenai pelaksanaan program ini perlu dimantapkan lagi selaras dengan sikap positif yang bakal ditunjukkan oleh guru dari semasa ke semasa. Kesedaranqw guru tentang kepentingan ilmu pengetahuan menjadi pegangan utama untuk meningkatkan kesungguhan mereka. Maka, sikap yang dipamerkan akan mempengaruhi kemenjadian MBPK untuk menguasai pembelajaran secara menyeluruh. Bukan itu sahaja, kajian ini menyarankan agar kajian pada masa akan datang supaya mengambil perhatian bidang ini dalam sektor swasta untuk penambahbaikan.

Rujukan

Abdul Halim Masnan, Nur Ellina Anthony & Nur Arifah Syahindah Zainudin. (2019).

Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak – kanak Kebangsaan 8: 33-41.

Azian Tembren & Mohd Mokhtar Tahar. (2022). Penerimaan guru terhadap pelaksanaan program pendidikan khas integrasi (PPKI) di daerah Sibu. Jurnal Dunia Pendidikan.

4(1):127-144.

Chian, L. K. & Suziyani Mohamed. (2021). Pengetahuan guru dalam pelaksanaan pendidikan inklusif di kelas prasekolah. Jurnal Dunia Pendidikan 3(2): 253-260.

Ching, N. L., Hazura Abdul Rahim & Zubaidah Salamat. (2020). Tahap amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 33(1).

Dalila Abdul Muttalip, Ruslin Amir & Salleh Mat. (2021). Hubungan tingkah laku kepimpinan guru besae dan beban kerja guru terhadap prestasi kerja guru. Jurnal Dunia Pengurusan 3(1): 30-40.

Darsini, Fahrurrozi & Eko Agus Cahyono. (2019). Pengetahuan: Artikel Review. Jurnal Keperawatan 12(1): 95-107.

Doreen T. J. C. & Shahlan Surat. (2021). Faktor – faktor mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 6(12): 137-157.

Feng, F. L. Y., Fen, K. G., Liang, K. P. & Shin, L. H. (2021). Kaedah pengajaran dalam talian guru bahasa melayu dan motivasi murid sekolah kebangsaan cina sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11(1): 57-74.

Halimah Hj Ag Kanak. (2020). Coaching and mentoring in bridging the inclusive classes' social gap. International Conference on Special Education In South East Asia Region 10th Series 2020, hlm. 512-523.

Hannah Aqilah Amran, Rosadah Abd Majid & Manisah Mohd. Ali. (2019). Cabaran guru pendidikan khas pada abad ke-21. International Journal Of Education, Psychology And Counseling 4(26): 113-122.

Hashimah Hussien, Suppiah Nachiappan, Md Nasir Masran & Syaza Syafeeqah Mohammad Khasnan. (2020). Analisis pemupukan kemahiran berfikir dalam kalangan murid

(14)

prasekolah pendidikan khas masalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Awal Kanak – kanak Kebangsaan 9(2): 34-47.

Hazlin Haris & Khairul Farhah Khairuddin. (2021). Pelaksanaan pedagogi inklusif bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 6(2): 197-210.

Herly Janet Lesilolo. (2018). Penerapan teori belajar sosial albert bandura dalam proses belajar mengajar di sekolah. Jurnal Kajian Teologi 4(2): 186-202.

Heni Ekawati. (2022). Implementasi teori belajar sosial dalam pembelajaran pai pada masa pandemik covid 19. Journal of Education and Teaching 3(1):30.

Husni Abdullah, Abd Razif Zaini, Khairatul Akmar Ab Latif, Hasanah Ihsan, Ku Fatahiyah Ku Azizizan, Wan Sakiah Wan Ngah & Naqibah Mansor. (2018). Pendidikan abad ke-21 dalam pengajaran bahasa arab di sekolah menengah di Malaysia: Amalan dan cabaran.

Proceeding of 5th International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC 2018) 7 ogos 2018. Palm Garden Hotel, Puterajaya.

Kamala Ratnam, Aliza Alias & Hasnah Toran. (2018). Pengetahuan dan amalan aktiviti perbualan pagi oleh guru prasekolah pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Jurnal Pendidikan Malaysia 43(3): 59-66.

Kanafadzi, V. & Khairul Azhar Jamaluddin. (2021). Tahap kesediaan dan sikap guru terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan: Kajian sistematik terhadap artikel – artikel yang terpilih. Jurnal Dunia Pendidikan 3(3): 461-475.

Khairul Nizam Zainal Badri & Hari Khrisnan Andi. (2019). Kepentingan pendidikan humanistik dalam pengembangan psikologi. Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar 12(1):

34-43.

Juairiah Marjonet, Siti Hajar Abu Bakar Ah & Noralina. (2020). Pementoran dalam program pembangunan guru baharu kementerian pendidikan malaysia. The Malaysian Journal of Social Administration 14(2): 79-95.

Ling, G. J. & Intan Mafarrina Omar. (2022). Kesediaan guru arus perdana dan keberkesanan program pendidikan inklusif sekolah jenis kebangsaan (cina) di ampang, selangor.

Jurnal Kepimpinan Pendidikan 9(1): 44-5.

Low, H. M., Lee, L.W. & Aznan Che Ahmad. (2020). Knowledge and attitudes of special education teachers towards the inclusion of students with an autism spectrum disorder.

International Journal of Disability, Development, and Education 67(5): 497-514 Mahathir Muhammad & Aznan Che Ahmad. (2021). Meninjau tahap pengetahuan dan

perlaksanaan pembelajaraan sosial dan emosional dalam kalangan guru program pendidikan khas integrasi (PPKI) Sekolah Rendah: Jurnal Dunia Pendidikan 3(3):

395-407.

Norazizah Mohamed Norok & Khairul Farhah Khairuddin. (2022). Tahap kesediaan guru terhadap penggunaan kaedah bermain sambil belajar bagi murid berkeperluan khas pembelajaran. Malaysian Journal Of Social Sciences dan Humanities 7(1): 132-144.

Norfarazatul Asikin Zakari, Mohamad Zuber Abd. Majid & Muhammad Hussin. (2022).

Keciciran murid sekolah di malaysia: suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 7(2).

Noorilham Ismail, Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, Zarifah Arsani & Makmur Haji Harun. (2021).

National education philosophy: A review of its application in Malaysia’s education system. Research and Thought Elementary School of Islam Journal 2(2): 99-111.

Nur Hazwanie Azahari, Isa Hamzah & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2020). Tahap latihan dan kemahiran guru pendidikan khas menghadapi cabaran pelaksanaan mata pelajaran kemahiran vokasional spesifik (kvs) berdasarkan kurikulum standard sekolah menengah pendidikan khas (kssmpk). Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN 1170-184.

(15)

Nurul Farahah Derapa & Suziyani Mohamed. (2018). Kesediaan guru pendidikan khas dalam melaksanakan mata pelajaran asas tanaman. Jurnal Ortopedagogia 4(1): 66-71.

Ong, S. C., Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Meneroka kaedah pengajaran guru cemerlang bahasa melayu negeri sarawak: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 7(1): 93-108.

Phin, J. Y. & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2019). Sekolah dalam hospital: Isu, cabaran dan implikasi pelaksanaannya. Journal of Education and Social Sciences. 12(2).

Primus, V. W. & Musirin Mosin. (2021). Pengurusan bilik darjah murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif di sekolah rendah. Malaysian of Social Sciences and Humanities 6(8): 59-68.

Saiful Azam Khoo Abdullah. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid – murid Berkeperluan Khas di Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Suhana Mohamed Lip, Shazarina Zdanial Abidin &

Haslina Hamzah. (2021). Keberkesanan program latihan guru terhadap prestasi kerja melalui tingkahlaku pengajaran berasaskan ihes. Inteterational Seminar of Tarbiyah.

Seriayuna Sa’don Zubir. (2019). Isu dan cabaran guru: pendidikan khas di malaysia dan amerika syarikat: satu kajian perbandingan. Jurnal al-Sirat 18(1): 170-184.

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah pengajaran guru dalam program pendidikan inklusif di sekolah. Asian People Journal 1(2): 243-263.

Suzanna Harun, Zaharah Hussin & Abdul Muhsien Sulaiman. (2021). Pengajaran guru pendidikan islam di kelas inklusif: Fenomena semasa dan keperluan pembentukan model. Jurnal Sains Insani 6(2): 214-219.

Suzanna Jusimin & Norshidah Mohamad Salleh. (2022). Pelaksanaan dasar sifar penolakan, bersediakah guru sekolah pendidikan khas?. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 7(5).

Syafiqah Solehah Ahmad & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. (2018). Personaliti guru pendidikan islam dan kesannya terhadap akhlak pelajar: satu tinjauan awal di sekolah menengah daerah marang, terengganu. International Journal of Education, Psychology and Counseling 3(14): 59-75.

Rohaizat Ibrahim. (2019). Pengetahuan guru perdana terhadap program pendidikan inklusif.

Special Education International Conference 25-27september, Marriot hotel, Putrajaya, Malaysia.

Yasmin Ahmad Fuad & Mohd Mokhtar Tahar. (2021). Tahap pengetahuan dan sikap guru aliran perdana dalam mengenal pasti murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 696-706.

Yong Hie Hie & Ku Hasnita Ku Samsu. (2019). Sikap negatif guru sebagai penghalang kepada pembentukan perpaduan etnik di Sabah. Akademika 89(1): 149-159.

Zetty Nurzualiana Rashed, Mardhiah Yahaya, Mohd Faez Ilias, Mohd Fakhri Sungit & Ainul Hayat Abdul Rahman. (2021). Pengurusan infrastruktur sekolah: Kajian kes di maahad integrasi tahfiz selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 8(3): 75-90.

Referensi

Dokumen terkait