Pembangunan Video Animasi Dalam Mempertingkatkan Pencapaian Murid Bagi Matapelajaran Sains
(Development Of Animated Videos In Improving Student Achievement For Science Subjects)
Sarsikala T. Sivam1*, Norazah Mohd Nordin1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 February 2023 | Published: 1 March 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.16
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Pembaharuan pendidikan terkini di Malaysia bertujuan untuk merebut peluang dan melengkapkan semua pelajar di negara ini dengan semua kemahiran baharu yang mereka perlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus kajian adalah untuk melihat sejauhmana tahap pencapaian dan minat murid tahun 3 dengan membangunkan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan. Video animasi telah dibangunkan berdasarkan model ADDIE. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah analisis deskriptif yang berbentuk kuantitatif. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen seperti ujian pra, pasca dan borang soal selidik. Perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 26 digunakan bagi menganalisis data. Dapatan analisis memaparkan terdapat hubungan yang berbentuk signifikan antara pencapaian akademik dan penggunaan video animasi kerana terdapat peningkatan min markah murid. Selain itu, perolehan analisis soal selidik pula menunjukkan min keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan murid-murid lebih berminat mengikuti pengajaran yang menggunakan video animasi. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan video animasi dapat meningkatkan pencapaian akademik dan tahap minat murid terhadap matapelajaran Sains terutamanya dalam topik Proses Pencernaan Makanan. Cadangan kajian lanjutan adalah dengan membangunkan video animasi melalui pendekatan Augmented Reality (AR) bagi matapelajaran yang lebih kompleks yang memerlukan murid mengingati fakta seperti matapelajaran Sejarah. Ringkasnya, kaedah penyampaian isi pembelajaran melalui video animasi ini memberikan implikasi positif terhadap peningkatan tahap kefahaman, daya ingatan, semangat belajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Kata kunci: video animasi, pencapaian akademik, minat, teknologi, pengajaran dan pembelajaran
Abstract: The latest education reform in Malaysia aims to seize the opportunity and equip all students in the country with all the new skills they need to face the challenges of the 21st century. The focus of the study is to see the level of achievement and interest of year 3 students by developing animated videos for Science subjects in the topic of Food Digestion. An animated video that has been developed based on the ADDIE model. The research design used is a quantitative descriptive analysis. This quantitative study uses instruments such as pre-tests, post-tests and questionnaires. Statistical Packages for Social Science (SPSS) Version 26 software was used to analyze the data. The results of the analysis show that there is a significant relationship between academic achievement and the use of animated videos because there is
an increase in the mean score of students. In addition, the results of the questionnaire analysis show that the overall mean is at a high level. This shows that the students are more interested in following lessons that use animated videos. The findings of the study show that the use of animated videos can increase academic achievement and the level of student interest in Science subjects, especially in the topic of Food Digestion Process. A suggestion for further research is to develop animated videos through the Augmented Reality (AR) approach for more complex subjects that require students to remember facts such as History subjects. In short, this method of delivering learning content through animated videos has positive implications for increasing the level of understanding, memory, enthusiasm for learning and creating a fun learning atmosphere.
Keywords: animated video development, teaching and learning, model ADDIE, achievement, interest
___________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Dalam dunia moden kini, pedagogi berasaskan teknologi digital semakin berkembang pesat.
Tidak boleh dinafikan bahawa kehadiran teknologi digital dalam dunia pendidikan telah meningkatkan lagi kualiti pedagogi. Animasi merupakan salah satu elemen teknologi digital yang turut diterapkan dalam proses pendidikan, kerana ia dapat mengubah fantasi manusia menjadi realiti. Tambahan pula, animasi adalah satu teknik pengajaran yang mempunyai unsur visualisasi dan pendengaran yang sesuai untuk memudahkan memahami sesuatu fakta dan mengwujudkan suasana pembelajaran yang aktif (Liu dan Elms 2019). Oleh sebab itu, animasi dikatakan sebagai medium yang mampu dapat meningkatkan minat, penglibatan, kefahaman dan juga pengalaman pembelajaran dalam kalangan murid-murid. Secara tidak langsung, video animasi ini mendorong murid-murid untuk belajar secara fleksibel dan kendiri. Hal ini sedemikian kerana video animasi dapat dilihat secara berulang, tanpa bimbingan serta boleh diakses pada bila-bila dan dimana jua sahaja.
1.2 Penyataan Masalah
Matapelajaran Sains melibatkan proses pemerhatian, penjelasan, penerokaan penyiasatan, dan penjelasan hipotesis tentang fenomena semula jadi. Penglibatan murid secara aktif dalam proses ini adalah sangat mustahak bagi memupuk dan melahirkan generasi muda yang proaktif dalam era teknologi. Matapelajaran Sains di sekolah rendah sangat penting dalam meningkatkan minat terhadap sains. Pricahyo, Akhyar dan Suharno (2018) dalam kajiannya mendapati bahawa bahan pembelajaran Sains dibentangkan dengan membuat contoh teori dan logik serta berpegang pada buku teks. Selain itu, terdapat guru yang menggunakan gambar pegun yang dilukisnya pada papan putih untuk tujuan penerangan.
Pelajar hari ini lebih suka melakukan seuatu tanpa mengharapkan orang lain demi memperolehi pengetahuan yang berkaitan. Mereka muak dengan dorrongan yang melampau dan berterusan.
Situasi tersebut tidak dapat mengoptimumkan pencapaian pembelajaran pelajar Prestasi seseorang murid dalam pentaksiran sentiasa berkaitan dengan kemenangan atau kekalahan persekolahan murid. Minat merupakan faktor utama yang menakhluki dalam kejayaan pembelajaran seseorang (Rusmiati 2017). Di samping itu, sesetengah orang berasa kecewa mempelajari matapelajaran Sains kerana mereka tidak dapat melihat atau membayangkan betapa pastinya fenomena saintifik itu berfungsi (Ramli dan Marobi 2021). Sebagai contoh, konsep teori seperti tekanan udara, aliran arus dan fotosintesis adalah antara prinsip saintifik yang tidak boleh nampak melalui mata kasar manusia. Oleh itu, pembelajaran prinsip dan
konsep saintifik tersebut memerlukan kemahiran visualisasi secara menyeluruh. Apabila murid menghadapi masalah untuk visualisasikan dan memahami konsep dengan teliti, ia akan menyebabkan salah tanggapan dalam kalangan murid (Kasinathan et al. 2018).
Hanif (2020) dalam kajiannya menyatakan bahawa kebanyakan murid mengalami salah tafsir.
Hal ini sedemikian kerana, murid-murid berkhayal dan cuba membayangkan teori yang diberikan berdasarkan pengetahuan asas mereka sendiri yang terhad. Ini akan menimbulkan masalah apabila tidak dijangka dengan betul. Murid-murid akan memperoleh dan mentafsir bahan tanpa visualisasi dan pengesahan sama ada ianya benar atau tidak. Syawaludin, Gunarhadi dan Rintayati (2019) pula menyatakan bagi membawa pengetahuan konseptual yang kompleks tentang fenomena alam semula jadi dalam bilik darjah, guru harus memudahkan murid mengembangkan kebolehan pelajar untuk menaakul secara logik dan abstrak. Justeru dalam kajian ini, pengkaji telah membangunkan video animasi tentang pencernaan makanan bagi subjek Sains untuk murid tahun 3 dalam usaha mengatasi kesulitan-kesulitan seperti kurang keninginan mempelajari subjek Sains, teknik pengajaran berfokuskan pendidik dan memperolehi markah yang kurang dalam subjek sains ini. Topik ini dipilih kerana bagi membantu murid-murid membayangkan fenomena saintifik itu berfungsi kerana ia tidak boleh nampak melalui mata kasar manusia.
1.2.1 Objektif Kajian
1) Merekabentuk dan membangunkan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan.
2) Mengenalpasti pencapaian murid tahun 3 dengan menggunakan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan.
3) Mengenalpasti tahap minat murid tahun 3 dengan menggunakan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan.
1.2.2 Persoalan Kajian
1) Apakah rekabentuk pembangunan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan?
2) Apakah pencapaian murid tahun 3 dengan menggunakan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan?
3) Apakah tahap minat murid tahun 3 dengan menggunakan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan?
1.2.3 Hipotesis Kajian
𝐻𝑜1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian akademik murid dalam ujian pra dan pasca bagi matapelajaran Sains.
1.3 Kerangka Konseptual
Model ADDIE telah digunakan sebagai rekabentuk instruksional dalam kajian ini.
1.3.1 Model Addie
Model ADDIE merupakan model pendidikan yang berfungsi sebagai panduan utama untuk pembangunan perisian dan bahan pembelajaran berasaskan keperluan. Terdapat lima fasa utama dalam Model ADDIE iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. ADDIE merupakan istilah umum yang digunakan untuk tujuan menerangkan pendekatan sistematik terhadap pendidikan, di mana terdapat prosedur yang berbeza mengikut tahap fasa (Idris et al., 2018). Fasa pertama dalam proses pembangunan video animasi berdasarkan model ADDIE adalah analisis. Pengkaji mencugkil data tentang keadaan sebenar
yang berkaitan dengan kemudahan pembelajaran, guru, pelajar, dan proses pembelajaran yang dilaksanakan. Media pembelajaran yang digunakan oleh guru semasa pemerhatian ialah buku dan gambar. Terdapat beberapa murid bermain dan berbual semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pada akhir pembelajaran, ramai pelajar memerolehi tahap penguasaan yang rendah bagi topik pencernaan makanan. Fasa kedua dalam Model ADDIE adalah merekabentuk. Pengkaji menemui model reka bentuk pembelajaran Sains bagi topik pencernaan makanan yang unik sebagai penyelesaian kepada analisis masalah. Pengkaji mendapati video animasi akan membantu memudahkan murid-murid membayangkan fenomena saintifik yang berlaku dalam proses pencernaan makanan kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata manusia.
Fasa ketiganya adalah pembangunan. Selepas melalui peringkat reka bentuk, penyelidik kemudian memasuki proses pembangunan. Pengkaji menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam Ipad bagi membangunkan lukisan digital video animasi. Video animasi yang dibangunkan ini telah dimasukkan unsur-unsur seperti audio, video, warna yang berwarna- warni dan berlatarbelakangkan muzik bagi meningkatkan minat dan menghilangkan kebosanan murid-murid terhadap matapelajaran Sains. Fasa seterusnya adalah perlaksanaan.
Pada peringkat ini, pengkaji mengaplikasikan media pembelajaran yang dibangunkan iaitu video animasi dalam situasi sebenar. Sebelum itu, pengkaji menjalankan ujian pra untuk menilai hasil pembelajaran sebelum pembelajaran video animasi dilaksanakan. Langkah seterusnya ialah pengaplikasian video animasi bagi matapelajaran Sains bagi topik pencernaan.
Yang terakhir ialah pelaksanaan ujian pos bagi mengukur keberkesanaan video animasi. Fasa yang terakhir adalah penilaian. Peringkat penilaian dijalankan berdasarkan pelaksanaan media pembelajan yang diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Penilaian dijalankan oleh pengkaji berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pasca murid-murid yang diperolehi daripada pada pengukuran sebelum dan selepas pengaplikasian video animasi dalam pembelajaran.
2. Kajian Literatur
Kajian literatur yang berkaitan adalah seperti yang berikut :
2.1 Video Animasi dalam Pembelajaran
Animasi membawa maksud menghidupkan sesuatu unsur, idea tentang objek bernyawa, objek yang bergerak sendiri seolah-olah mendapatkan gerakan (Schulz, Torresen dan Herstad 2019).
Siti Sakinah et al. (2018) menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan video animasi menjadikan pembelajaran lebih menarik kerana pembelajaran menggunakan video animasi tidak sebosan pembelajaran tradisional yang hanya berdasarkan pengajaran guru secara nyata.
Animasi ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dengan memberikan maklum balas yang dijalankan secara mampan dan mengoptimumkan kesan visual. Kelebihan pembelajaran animasi ialah mempunyai penampilan yang menarik dalam imej bergerak yang boleh digabungkan dengan bunyi dan boleh dikendalikan secara bebas oleh pelajar untuk mendapatkan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.
Tambahan pula, dengan menggunakan video animasi pengetahuan pelajar juga bertambah meluas dan tidak hanya tertumpu kepada teks dan dokumen sahaja. Penggunaan pendekatan secara visual ini sesuai digunakan untuk menghasilkan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang merubah kaedah penyampaian. Mereka membuat media pembelajaran animasi menggunakan pelbagai perisian (software) yang dikendalikan melalui komputer, komputer riba, atau android (Bulkani et al., 2021). Maka, mempelajari matapelajaran Sains menggunakan video animasi dapat meningkatkan kefahaman murid-murid. Secara tidak langsung,
pembangunan video animasi dapat membantu mewujudkan perubahan dalam prestasi murid.
Kajian yang dilaksanakan oleh Lapammu dan Zamri (2017) juga menyatakan bahawa minat dan pencapaian murid sangat dipengaruhi oleh penggunaan multimedia. Bagi membangunkan video animasi yang mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran produktif ia perlu merangkumi unsur-unsur yang diberi penekanan dalam model reka bentuk pengajaran.
2.2 Model Reka Bentuk Pengajaran (Model ADDIE)
Pemilihan model ADDIE ini adalah kerana ia merupakan salah satu model yang memberi panduan kepada pengkaji semasa menjalankan kajian agar mereka tidak terpesong daripada perancangan dan pengendalian penyelidikan yang ingin dijalankan. Menurut Abyadati, Rusdiana dan Juanda (2017) pembangunan media pembelajaran iaitu pengintegrasian video sebenar dengan animasi bagi subjek Fizik berdasarkan model ADDIE sangat sesuai diaplikasi dalam aktiviti pembelajaran. Maka, tidak boleh dinafikan bahan pembelajaran yang dihasilkan berdasarkan model ADDIE ini dapat meningkatkan pencapaian murid.
2.3 Pencapaian Murid menggunakan Video Animasi
Pencapaian membawa maksud memberi penumpuan pada gred atau markah yang didapati oleh seseorang murid dalam pentaksiran yang dilaksanakan. Pencapaian akademik murid boleh diukur berdasarkan tahap yang telah dicapai. Dalam penyelidikan ini, pencapaian merujuk kepada markah yang ditunjukkan oleh peserta kajian dalam topik Pencernaan Makanan setelah melihat video animasi. Pencapaian pelajar diukur berdasarkan markah ujian pra dan pos.
Merujuk kepada kajian Muhammad Rusli dan Negara (2017), perbezaan dalam cara pembelajaran pelajar sama ada secara visual dan lisan boleh memberi perbezaan dalam hasil pembelajaran pelajar.
Kajian yang dijalan oleh Dina, Wuryanto dan Marjianto (2019) mendapati bahawa gred pelajar meningkat semasa mengendalikan pembelajaran yang berorientasikan visual berbanding dengan kaedah konvensional. Tambahan pula, menurut Rosdiana & Ulya (2021) dalam kajiannya menyatakan hasil pengedaran borang soal selidik kepada pelajar seramai 97% pelajar bersetuju bahawa media pembelajaran video animasi digunakan dalam pembelajaran sains kerana pelajaran sains lebih menyeronokkan dan dapat mengatasi kesukaran dalam pelajaran sains. Manakala Siti Sakinah et.al (2018) pula menyatakan dalam kajiannya bahawa prestasi murid berubah secara positif dengan adanya penggunaan video animasi.
2.4 Minat Murid menggunakan Video Animasi
Minat membawa maksud kecenderungan kepada sesuatu. Minat belajar dicerminkan dalam kecenderungan pelajar untuk terlibat dan berminat untuk belajar serta mengamalkan pembelajaran dengan niat yang baik. Minat yang kuat untuk belajar menyenangkan murid bagi memperoleh prestasi yang baik dalam pembelajaran mereka. Video membantu pendidik memudahkan aktiviti bilik darjah dengan membenarkan guru mempelbagaikan gaya pengajaran untuk memastikan pelajar sentiasa terlibat dan terlibat dalam pembelajaran mereka (Syamsulaini 2016). Weng et al. (2018) dalam kajian menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan multimedia menggalakkan minat pelajar dan memberi kesan yang signifikan terhadap pelajar untuk belajar dengan gaya pembelajaran yang berbeza. Kesan yang positif menunjukkan bahawa mereka mempunyai minat untuk belajar menggunakan video animasi.
Rosdiana dan Ulya (2021) dalam kajiaanya menyatakan animasi boleh digunakan untuk memaksimumkan deria lebih daripada sesuatu teks, supaya murid akan lebih berminat untuk memberi perhatian kepada animasi daripada membaca. Perhatian dan minat inilah yang menunjukkan motivasi belajar murid telah meningkat. Perkara ini menyokong pada kenyataan
yang telah dibincangkan dalam kajian Chanthira & Mohamed (2021) bahawa guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid kekal aktif dan lebih berminat untuk belajar.
3. Metodologi
3.1 Reka Bentuk Kajian
Analisis deskriptif yang berbentuk kuantitatif digunakan sebagai kaedah kajian. Pengkaji mengumpul data yang diperlukan melalui instrumen soal selidik, ujian pra dan ujian pasca.
Motif ujian adalah bagi melihat tahap pencapaian akademik murid sebelum dan setelah pembelajaran melalui video animasi. Pengkaji menggunakan ujian t-berpasangan bagi menganalisis data ujian pra dan pasca. Selain itu, instrumen soal selidik pula diedarkan bagi memperolehi maklumat tentang minat murid terhadap penggunaan video animasi bagi matapelajaran Sains tahun 4. menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 26 digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Seramai 30 orang murid-murid tahun 3 dari SJKT Ladang Tebong, Melaka dipilih sebagai sampel kajian.
3.2 Instrumen Kajian
Soal selidik, ujian pra, dan ujian pasca dipilih sebagai instrumen kajian.
3.2.1 Ujian pra dan ujian pos
Ujian digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Ujian ini dibangunkan berlandaskan pada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang meliputi tajuk Proses Pencernaan Makanan Manusia bagi matapelajaran Sains tahun 4. Ujian ini mempunyai tahap yang sesuai dengan murid. Terdapa soalan objektif dan subjektif dalam ujian ini dan masa yang diperuntukkan adalah selama 15 minit. Ujian pra-pasca digunakan sebagai pentaksiran sebelum dan selepas pengajaran video animasi. Kedua-dua ujian ini mempunyai pentaksiran yang sama supaya pengkaji dapat mengetahui sama ada penggunaan video animasi bagi topik Proses Pernafasan Manusia dapat meningkatkan pencapaian murid ataupun sebaliknya.
3.2.2 Soal selidik
Instrumen soal selidik diedarkan pada responden kajian bagi mendapatkan data tentang minat murid terhadap penggunaan video animasi bagi matapelajaran Sains. Soal selidik yang digunakan telah diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Abdullah dan Razak (2021). Kajian rintis telah dijalankan untuk memastikan kebolehpercayaan dan tahap kesahan item soal selidik. Cronbach Alpha bagi dapatan kajian rintis adalah a = 0.811. Soal selidik ini mempunyai dua bahagian. Konteks A adalah tentang latar belakang responden dan konteks B adalah berkenaan minat murid terhadap penggunaan video animasi bagi mata pelajaran Sains.
Responden diberikan masa selama 15 minit untuk menjawab soal selidik. Instrumen soal selidik ini menggunakan ‘Skala Likert’ sebagai pilihan jawapan responden.
4. Analisis dan Dapatan Kajian
Dapatan yang diperolehi berdasarkan analisis rekabentuk kajian, ujian pra pasca dan soal selidik adalah seperti yang berikut:
4.1 Rekabentuk Pembangunan Video Animasi
Model ADDIE telah dipilih oleh penyelidik sebagai model pengajaran dalam merekabentuk pangajaran yang berbentuk video animasi. Video animasi yang dibangunkan berdasarkan model ADDIE. Terdapat 5 fasa utama dalam model ini. Antaranya adalah fasa pembangunan iaitu fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Berikut adalah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh penyelidik berdasarkan model ADDIE tersebut. Fasa
analisis merupakan fasa pertama. Fasa analisis adalah fasa penyelidikan dimana penyelidik akan mengenal pasti kepentingan pengguna, suasana pembelajaran, menentukan kehendak pembentukan dan teknik pengajaran serta mengkaji keperluan perisian dalam usaha membangunkan bahan pengajaran. Bagi kajian ini penyelidik mendapati murid-murid kurang minat pada teknik pengajaran yang dilaksanakan, tidak memberikan perhatian, tidak dapat membayangkan fenomena saintifik dan sebagainya.
Seterusnya adalah fasa rekabentuk. Peringkat rekabentuk adalah melibatkan proses-proses seperti menyediakan alat bantu pengajaran yang sesuai. Oleh itu, penyelidik telah meneliti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 3 bagi mencipta video animasi yang bersesuaian. Video animasi yang dicipta merangkumi peringkat pemilihan imej yang bebas daripada hak cipta orang lain, papan cerita, pemilihan latar belakang dan audio yang bersesuaian. Maka, penyelidik melakar dan menghasilkan video animasi menggunakan perisian dalam Ipad iaitu keynote, garage band dan imovie.
Fasa ketiga merupakan fasa pembangunan. Peringkat pembangunan pula, penyelidik akan meneliti proses mencipta dan mewujudkan bahan pengajaran mengikut spesifikasi yang dikehendaki dalam fasa reka bentuk. Proses pengujian telah dilaksanakan dengan menggunakan teknik peer review yang melibatkan lima orang guru Apple dari kalangan guru- guru Apple Teacher’s Malaysia. Mereka telah memberikan maklum balas keseluruhan bagi memurnikan lagi kualiti video animasi termasuklah gambar, audio, video dan jalan cerita yang dibangunkan. Fasa Pelaksanaan merupakan fasa keempat. Peringkat pelaksanaan merangkumi penggunaan video animasi terhadap murid tahun 3 bagi topik Pencernaan Makanan dalam matapelajaran Sains. Penyelidik juga memastikan kesesuaian dan kebergunaan video animasi
Gambar 1.1 menunjukkan lakaran awal bahagian pencernaan makanan yang dilakar
menggunakan aplikasi keynote.
Gambar 1.2 menunjukkan lakaran bahagian pencernaan makanan setelah diwarnakan.
Gambar 1.3 menunjukkan animasi antara watak Gambar 1.4 menunjukkan pergerakan makanan berserta nama bahagian dalam Proses Pencernaan Makanan
Gambar 1.5: menunjukkan paparan video animasi Pencernaan Makanan dihasilkan
yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Segala gerak-geri murid diperhatikan bagi melihat keberkesanan video animasi tersebut dan membuat penambahbaikan jika diperlukan. Secara tidak langsung, perkara ini membantu penyelidik memastikan motif pembelajaran yang ingin disampaikan dicapai atau sebaliknya.
Fasa terakhir pula adalah fasa penilaian. Penilaian berbentuk formatif dan sumatif digunakan dalam peringkat ini bagi mengenalpasti keberkesanan bahan pengajaran berdasarkan video animasi dibangunkan. Ujian pra dan ujian pasca telah diedarkan oleh penyelidik kepada responden. Ujian pra dilaksanakan sebelum pelaksanaan pengajaran berasaskan video animasi dan ujian selepas pelaksanaannya. Tujuan ujian ini adalah bagi menilai keberkesanan pengajaran berbentuk video animasi dari segi aspek pencapaian dan minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Hasil pembangunan video animasi menjawab persoalan kajian 1 iaitu: Apakah rekabentuk pembangunan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan?
4.2 Ujian Pra dan Pasca
Dapatan yang dikumpul berdasarkan analisis ujian pra dan pasca adalah seperti yang berikut.
4.2.1 Data Demografi
Responden kajian seramai 30 orang murid telah dipilih oleh pengkaji. Seramai 18 orang (60%) responden kajian merupakan murid lelaki manakala seramai 12 orang (40%) responden kajian adalah murid perempuan.
4.2.2 Analisis ujian t-berpasangan
Berikut merupakan analisis ujian-t berpasangan.
Jadual 1: Analisis Keputusan Ujian-t Berpasangan
Ujian n Statistik dekriptif Ujian-t Berpasangan
M (Std.D) t df Sig.(2-tailed)
Pra 30 57.56 (17.99)
-10.636 29 0.000*
Pasca 30 79.53 (14.28)
*p<0.05: nilai signifikasi
Analisis keputusan ujian-t berpasangan ditunjukkan dalam jadual 3. Skor min bagi ujian pra adalah 57.56 manakala 17.996 merupakan sisihan piawaiannya. Ini menunjukkan bahawa pencapaian murid agak rendah. Manakala min skor yang didapati bagi ujian pasca adalah 79.53 manakala 14.282 merupakan sisihan piawaiannya. Keputusan ujian-t berpasangan menunjukkan bahawa setelah murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dengan menggunakan video animasi, nilai ujian pasca telah meningkat dan ia adalah signifikan. Maka, hipotesis nul pertama 𝐻𝑜1ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca bagi matapelajaran Sains.
Hasil dapatan ujian pasca menjawab persoalan kajian 2 iaitu: Apakah pencapaian murid tahun 3 dengan menggunakan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan?
4.3 Analisis Soal Selidik
Berikut merupakan analisis soal selidik berdasarkan item.
Jadual 2: Dapatan minat murid terhadap penggunaan video animasi bagi mata pelajaran Sains
Bil Item
Frekuensi (N) (Peratus %)
STS TS KP S SS
1 Saya berasa lebih semangat ketika mengikuti topik Proses Pernafasan Manusia menggunakan video animasi.
- (0%)
- (0%)
- (0%)
10 (33.3%)
20 (66.7%)
2 Saya berasa seronok sepanjang pelaksanaan pembelajaran menggunakan video animasi.
- (0%)
- (0%)
1 (3.3%)
6 (20.0%)
23 (76.7%) 3 Saya dapat mengekalkan fokus sepanjang
pelaksanaan pembelajaran menggunakan video animasi.
- (0%)
- (0%)
2 (6.7%)
9 (30.0%)
19 (63.3%)
4 Video animasi bersesuaian dengan isi pembelajaran yang disampaikan.
- -
(0%)
1 (3.3%)
7 (23.4%)
22 (73.3%) 5 Kaedah penyampaian isi pembelajaran
menggunakan video animasi sangat menarik.
- - 2
(6.7%)
9 (30.0%)
19 (63.3%) 6 Perancangan susun atur audio dan visual 3
dimensi yang berbentuk multimedia meningkatkan tahap kefahaman.
- - 1
(3.3%)
7 (23.4%)
22 (73.3%)
7 Penggunaan video animasi membantu saya mengingati isi pembelajaran yang disampaikan.
- - 1
(3.3%)
9 (30.0%)
20 (66.7%) 8 Penggunaan video animasi dalam pembelajaran
mampu menyampaikan mesej dengan lebih pantas.
- -
(0%)
2 (6.7%)
8 (26.7%)
20 (66.6%)
9 Video animasi mampu menyampaikan maklumat yang lebih realistik.
- - -
(0%)
6 (20.0%)
24 (80.0%) 10 Penggunaan video animasi meningkatkan minat
saya terhadap matapelajaran Sains.
- - 1
(3.3%)
7 (23.4%)
22 (73.3%)
Min Keseluruhan 4.66
Berdasarkan data yang diperolehi, kesemua responden iaitu 100% bersetuju bahawa mereka berasa semangat manakala 96.7% responden pula berasa seronok ketika mengikuti topik Proses Pernafasan Manusia menggunakan video animasi. Sebanyak 93.3% responden beranggapan mereka dapat berfokus sepanjang pelaksanaan pembelajaran. Selain itu, sebanyak 96.7%
responden mengatakan video animasi bersesuaian dengan isi pembelajaran yang disampaikan.
Sebanyak 96.7% responden bersetuju bahawa video animasi dalam pembelajaran memberi peningkatan dari segi tahap kefahaman dan minat murid. Seramai 93.3% responden pula berpandangan kaedah pembelajaran menggunakan video animasi sangat menarik, menjadi dorongan dalam mengingati isi pembelajaran dan dapat menyampaikan mesej dengan lebih pantas. Ksemua responden iaitu 100% beranggap maklumat yang disampaikan dengan menggunakan video animasi lebih realistik.
Berikut merupakan ringkasan analisis soal selidik.
Jadual 3: Analisis bagi pembolehubah dalam intrumen
Pembolehubah Nilai Min Sisihan Piawai Skewness Tahap
Minat 4.66 0.232 -0.430 Tinggi
Jadual 4 menunjukkan dapatan bagi pembolehubah minat. Min keseluruhan bagi minat murid terhadap penggunaan video animasi bagi matapelajaran Sains tahun 4 adalah sebanyak M = 4.66 dan berada pada tahap tinggi. Manakala nilai sisihan piawaiannya adalah SP = 0.232. Nilai Skewness yang diperolehi beradasarkan analisis keseluruhan ujian normaliti mengesahkan bahawa data adalah bertaburan normal. Hasil analisis pembolehubah menjawab soalan kajian 3 iaitu: Apakah tahap minat murid tahun 3 dengan menggunakan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan?
5. Perbincangan
Kandungan bab ini adalah mengenai perbicangan setiap persoalan kajian, implikasi dan kajian masa depan.
5.1 Pembangunan Bahan Pengajaran menggunakan Rekabentuk Instruksional
Rekabentuk instruksional membawa maksud penggunaan sesuatu teori pembelajaran dalam membangunkan sistem penyampaian yang teratur. Dalam kajian ini, pembangunan video animasi adalah berdasarkan model yang terdapat dalam rekabentuk instruksional. Model ADDIE telah dipilih sebagai panduan dalam pembangunan video animasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa video animasi yang dibangunkan berdasarkan model ADDIE lebih berkualiti dan sesuai digunakan bagi topik Pencernaan Makanan. Ini menunjukkan pembangunan bahan pengajaran berbentuk teknologi berkait rapat dengan model pembelajaran Dapatan yang dinyatakan adalah selari dengan kajian lepas yang dijalankan oleh Abyadati, Rusdiana dan Juanda (2017) dalam kajiannnya menyatakan pembangunan media pembelajaran iaitu pengintegrasian video sebenar dengan animasi bagi subjek Fizik berdasarkan model ADDIE sangat sesuai diaplikasi dalam aktiviti pembelajaran. Maka, dalam kajian ini, model ADDIE membantu penyelidik membangunkan video animasi yang bersistematik dan menuju tepat ke arah sasaran.
5.2 Video Animasi meningkatkan Pencapaian Murid
Video animasi salah satu bahan berbentuk multimedia yang mempunyai imej yang bergerak dan mempunyai penampilan yang menarik. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik, ia mendapati video animasi mempunyai hubungan signifikan dengan pencapaian murid. Hal ini dapat dikenalpasti daripada ujian pra pasca yang telah dikendalikan oleh penyelidik. Kenyataan ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Sakinah et.al (2018) dimana mereka mendapati pencapaian murid meningkat apabila menggunakan video animasi. Secara tidak langsung, ia membukti bahawa pemahaman pelajar turut meningkat dengan pendekatan visual sebegini. Pernyataan ini turut disokong dalam kajian Dina, Wuryanto dan Marjianto (2019) dimana mereka menyatakan bahawa gred pelajar meningkat semasa mengendalikan pembelajaran yang berorientasikan visual berbanding dengan kaedah konvensional.
5.3 Video Animasi meningkatkan Tahap Minat
Hasil perolehan menunjukkan bahawa murid-murid tertarik dengan penggunaan video animasi dalam topik Pencernaan Makanan. Hal ini kerana, video animasi mempunyai hubungan yang signifikan minat. Pernyataan ini telah disokong dalam kajian Weng et al. (2018) dimana ia menyatakan teknik pengajaran yang berasaskan multimedia seperti video animasi memberikan
kesan positif yang signifikan terhadap minat murid. Peningkatan minat pada isi pembelajaran yang dilaksanakan menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dan multimedia seperti video animasi dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan kesan yang baik. Dapatan ini turut diakui dalam kajian Lapammu dan Zamri (2017) bahawa minat dan pencapaian murid sangat dipengaruhi oleh penggunaan multimedia.
5.4 Implikasi Kajian dan Cadangan Kajian Lanjutan
Tidak boleh menafikan bahawa penggunaan video animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberikan impak yang positif kepada guru dan murid. Hal ini kerana, apabila tahap pencapaian akademik dan minat meningkat perkara ini membuktikan murid-murid telah memahami isi kandungan yang ingin disampaikan dengan lebih jelas. Suasana sebegini membantu para guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, teknik pengajaran yang berpusatkan murid dan menambah baik kaedah pengajaran guru itu tersebut. Penggunaan video animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga membantu murid-murid untuk sentiasa berfokus, meningkatkan kefahaman dan memudahkan mereka mengingati isi pembelajaran untuk jangka masa yang panjang. Teknik pengajaran sebegini secara tidak langsung menarik perhatian murid-murid, meningkat keseronokan, motivasi dan semangat belajar serta menghilangkan kebosanan. Kenyataan ini disokong dalam kajian Lin et.al (2017) mengatakan bahawa penggunaan pelantar digital dalam pembelajaran meningatkan motivasi murid-murid dan mewujudkan pengajaran yang lebih berkesan. Cadangan kajian lanjutan adalah dengan membangunkan dan menggunakan video animasi melalui pendekatan Augmented Reality (AR) bagi matapelajaran yang lebih kompleks yang memerlukan murid mengingati fakta seperti matapelajaran Sejarah. Ini kemungkinan dapat membantu penyelidik untuk melihat sejauhmanakah motivasi, minat, sikap murid-murid boleh mempengaruhi tahap pencapaian matapelajaran Sejarah.
5.5 Kesimpulan
Penggunaan video animasi bagi subjek Sains adalah merupakan salah satu teknik pengajaran yang berkesan kerana ia membantu para guru untuk mencapai objektif pembelajaran ditetapkan manakala murid-murid dapat menguasai kandungan pengajaran yang ingin disampaikan dengan mudah. Merujuk pada dapatan yang didapati, tidak boleh menafikan bahawa penggunaan multimedia seperti video animasi menerima sambutan yang hangat dalam kalangan murid-murid. Maka, penggunaan sebegini perlu dilanjutkan pada masa akan datang dengan kerap.
Rujukan
Abdullah, F., & Razak, K. A. (2021). Tahap Minat dan Penerimaan Pelajar Terhadap Gamifikasi dalam Bidang Sirah: Level of Interest and Acceptance of Students Towards Gamification in Islamic History. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 5(1), 27-38.
Abyadati, S., Rusdiana, D., & Juanda, E. A. (2017, January). Developing Integrated Real-life Video and Animation (IRVA) for Physics based on Constructivism with ADDIE model.
In International Conference on Mathematics and Science Education (pp. 34-37).
Atlantis Press.
Bulkani, M. Fatchurahman, Adella, H., & Setiawan, M. (2021). Development of animation learning media based on local wisdom to improve student learning outcomes in elementary schools. International Journal of Instruction, 1-18.
Chanthira Kumar, S., & Mohamed, S. (2021). Pengetahuan, pemahaman dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru prasekolah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-7, 270-281.
Dina, N. Z., Wuryanto, E. & Marjianto, R. S. (2019). Evaluation on the effectiveness of visual learning environment on programming course from students’ perspectives. IIUM Engineering Journal 20(1): 100–107. doi:10.31436/iiumej.v20i1.993.
Hanif, M. (2020). The Development and Effectiveness of Motion Graphic Animation Videos to Improve Primary School Students’ Sciences Learning Outcomes. International Journal of Instruction, 248-266.
Idris, S., Malim, T., Ab, W., Wan, A., Development, G., & Jeli, K. (2018). “Adaptation of ADDIE instructional model in developing an educational website for language learning”, Global Journal Al-Thaqafah, 8(2), pp. 7-16.
Kasinathan, V., Mustapha, A., Hasibuan, M. A., & Abidin, A. Z. (2018). First Discovery:
Augmented Reality for Learning Solar Systems. International Journal of Integrated Engineering, 149-154.
Lapammu, S. & Zamri Mahamod (2018). Tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan pembelajaran persekitaran maya vle frog dalam pembelajaran bahasa melayu. Malay Language Education Journal – MyLEJ 8(1):
2180–4842.
Lin, M. H., Chen, H. C. & Liu, K. S. (2017). A Study of the Effects of Digital Learning on Learning Motivation and Learning Outcome. EURASIA Journal of Mathematics Science and Technology Education, 13(7), 3553-3564.
Liu, C. and Elms, P. (2019). Animating student engagement: The impacts of cartoon instructional videos on learning experience. Research in Learning Technology, 1-31.
Muhammad Rusli, Negara, I. K. R. Y. (2017). The effect of animation in multimedia Computer-based learning and learning style to the learning results. Turkish Online Journal of Distance Education-TOJDE 18 (109): 177–190. Pricahyo, E. W., Akhyar, M., & Suharno. (2018). Development of motion graphic animation video in elementary school. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 165, 121- 125.
Ramli, R. Z., & Marobi, N. U. (2021). Microorganisms: Integrating Augmented Reality and Gamification in a Learning Tool. International Journal of Advanced Computer Science and Applications, 354-359.
Rosdiana, L., & R M Ulya. (2021). The effectiveness of the Animation video learning earth’s layer media. Journal of Physics: Conference Series, 1-8.
Rusmiati. (2017). Pengaruh Minat Belajar Terhadap Prestasi Belajar Bidang Studi Ekonomi Siswa Ma Al Fattah Sumbermulyo. Jurnal Ilmiah Pendidikan dan Ekonomi, 1(1), 21-36.
Siti Sakinah Mohd Yusof, Sarmila Marlini Mohd Rufin, Aizu Khalili Zohedi & Ng, C.
H.(2018). Penggunaan bahasa pengaturcaraan secara visual bagi mengurangkan kesalahfahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Jurnal Penyelidikan Dedikasi 14: 167–218.
Syamsulaini Sidek dan Mashitoh Hashim. 2016. Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT Education (JICTIE). 3: 24-33
Syawaludin, A., Rintayati, P., & Gunarhadi, G. (2019). Development of Augmented Reality- Based Interactive Multimedia to Improve Critical Thinking Skills in Science Learning.
International Journal of Instruction, 332-344.
Schulz, T., Torresen, J., & Herstad, J. (2019). Animation Techniques in Human- Robot interaction user studies : A systematic literature review. ACM Transactions on Human- Robot Interaction, 1-22.
Weng, F., Ho, H. J., Yang, R. J. & Weng, C. H. (2018). The influence of learning style on learning attitude with multimedia teaching materials. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education 15(1): 1–9.