PEMIKIRAN METAFIZIK BADIUZZAMAN SAID NURSI:
HAKIKAT DAN HIKMAH KENABIAN BERDASARKAN KITAB RASAIL AN-NUR
Muaz Bin Hj Mohd Noor
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Technology MARA (UiTM), Alor Gajah, Melaka.
Tel: 013-3528156 E-Mail: [email protected] S. Salahudin b. Hj. Suyurno
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Technology MARA (UiTM), Alor Gajah, Melaka.
Tel: 019-2991784 E-Mail: [email protected] Mohd Zaid Bin Mustafar
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Technology MARA (UiTM), Alor Gajah, Melaka.
Tel: 0132966419 E-Mail: [email protected] Muhammad Taufik Bin Md Sharipp
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Technology MARA (UiTM), Alor Gajah, Melaka.
Tel: 013-6291291 E-Mail: [email protected] Abstract
This study is an attempt to elaborate on metaphysical thinking of a mujaddid,a highly influential intellectual and reformer of the 20th century, Sheikh Badiuzzaman Said Bin Mirza (Said Nursi) on the question of prophethood. In this study, the authors has focused on the prophecies as well as the wisdom of prophethood. This study focuses on the great books of Said Nursi, Rasāil an-Nūr, which is sourced from the al-Qurān and al-Hadith. For further interpretation of each debate, the authors has presented an overview of some ‘scholars’ of various schools of thought as a comparison. From the aspect implementation of the study, the authors have adopted the use of documentation to gather all the necessary data, while the method of inductive, deductive and comparative are used to analyze all the data collected.
The findings of this study show that the existence of the prophet is in line with the creation of man, which is a necessity and guidance of mankind in this world. Said Nursi appears to have proved that the prophetic style of thinking can solve the issue of the community that exist on this day, though the prophecy has passed over 1400 years ago.
Keywords: Prophethood, Metaphysics, Wisdom, Badiuzzaman Said Nursi, Rasail an-Nur
A Refereed Journal ________________
Vol. 13 No. 14 2017
Pendahuluan
‘Metafizik’ merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia boleh di tafsirkan sebagai satu ilmu yang membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, termasuklah persoalan-persoalan yang berkaitan dengan disiplin ilmu kalam seperti nubuwwah atau keNabian1.
Di dalam kitab Rasail an-Nur, isu keNabian adalah salah satu persoalan dalam ilmu kalam yang begitu diberi penekanan oleh Said Nursi2 bukan sahaja dalam penulisannya, bahkan dalam segenap aspek pengamalan hidup sehariannya. Ianya kemudian menjadi agenda utama Said Nursi dalam gerak usahanya untuk mengangkat kembali keimanan dan akidah umat Islam, khususnya pada waktu itu, agar selari dengan akidah iman yang dibawa oleh Nabi-Nabi yang mulia.
Berdasarkan bacaan yang telah dilakukan penulis, antara kitab utama dalam Rasāil an-Nūr yang membahaskan tentang persoalan keNabian ialah kitab al-Kalimāt, kitab al- Maktūbāt dan kitab al-Lama’āt. Walaupun ketiga-tiga kitab ini bukanlah kitab khusus berbicara tentang keNabian, terdapat tajuk atau risalah-risalah di dalamnya yang membahas dan menghurai panjang tentang persoalan keNabian dan kerasulan. Berikut penulis sertakan judul kitab, serta isi-isi penting yang menyebut tentang keNabian secara umumnya.
KeNabian Dalam Al-Kalimat
Secara keseluruhannya dalam risalah al-Kalimāt (The Words) ini, banyak berkisar tentang soal ketuhanan, ibadah dan akidah. Adapun yang berkaitan dengan keNabian adalah seperti soal keperibadian Rasulullah s.a.w, kepentingan mukjizat baginda, peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi, perihal ibadah (cara ibadah dan solat Nabi) dan keistimewaannya dalam penyampaian dakwah. Ianya banyak ditekankan Said Nursi dalam bab atau ‘kalimat’ yang pertama, dan
‘kalimat’ yang ke-30.
Contohnya dalam ‘Kalimah’ yang pertama (The First Word), dalam ‘Perhentian yang kedua’, (The second Station), dan dalam ‘misteri yang ke-6 (Sixth Mystery), Said Nursi menggambarkan ibadah (solat) Nabi dengan pernyataan berikut,
“And so, O man! He who finds this Mercy finds an eternal unfailing treasury of light.
And the way to find it is through following the Practices of the Most Noble Proph- et (Upon whom be blessings and peace), who was the most brilliant exemplar and
1. Geisler, Norman L. Baker (1999), Encyclopedia of Christian Apologetics. Michigan: Baker Books, 446.
2. Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 M. di perkampungan Nurs yang berada di wilayah Bitlis. Nursi adalah gelaran kepada Said Nursi yang mengambil nama sempena nama kampungnya Nurs. Manakala nama sebenarnya ialah “Said” (Sukran Wahide, 1992). Beliau merupakah ulama serta tokoh mujaddid akhir abad ke-19, serta menjadi rujukan dalam beberapa bidang ilmu ilmu seperti ilmu tasawuf, falsafah, tauhid, ilmu kalam dan lain-lain. Melihat kepada keupayaan Said Nursi yang menguasai pelbagai disiplin ilmu ini, maka ulama-ulama dan masyarakat pada masa itu telah mengiktiraf keilmuan Said Nursi dan menggelarkan beliau sebagai ‘Bediuzzaman’ yang bermaksud
‘Keunggulan Zaman’ atau ‘The Wonder of The Age’ (Hasan Horkuc, 2004:105).
representative of Mercy, its most eloquent tongue and herald, and was described in the Qur’an as a ‘Mercy to All the Worlds.’
“To Conclude: Just as the most precious jewel in the treasury of Mercy and its doorkeeper is the Prophet Muhammad s.a.w (Upon whom be blessings and peace), so too is its first key In the Name of God, the Merciful, the Compassionate. And its most easy key the prayer for the Prophet.”3
Perihal keistimewaan dan kelebihan Nabi sebagai utusan Allah s.w.t pula digambarkan Said Nursi dalam ‘Kalimah’ yang ke-10 (Tenth Word), ‘Petunjuk ke-2’ (Second Indication), antaranya,
“In our story, we made mention of a Most Noble Commander and said that whoever is not blind and sees his decorations and medals will understand that he acts in accordance with the commands of a monarch and is his favoured servant. Now that Most Noble Commander is the Most Noble Messenger of God, may peace and blessings be upon him.”
“The sacred Creator of so ornamented a cosmos must of necessity have a Noble Messenger, just as the sun must of necessity have light. For the sun cannot exist without giving light, and Divinity cannot be without showing itself through the sending of prophets. Is it at all possible that a beauty of utter perfection should not desire to manifest itself by means of one who will demonstrate and display it?” 4
Dan ‘Kalimah’ yang ke-30 (Thirtieth Word) pula menceritakan tentang hubungkait antara keNabian dan falsafah. Persoalan ini dipersembahkan Said Nursi dalam tajuknya yang bertajuk ‘Ana dan Zarah’ (Ana and Zarrah). Dari hakikat ‘Ana’ inilah maka lahirnya pelbagai jenis pemikiran-pemikiran yang membezakan taraf darjat seseorang manusia itu, serta dari segi cara dan matlamat penggunaan pemikiran tersebut. Dan menurut Said Nursi, pemikiran ini bergerak (berfungsi) atas dua cara, iaitulah melalui jalan keNabian, ataupun falsafah.
KeNabian Dalam Al-Maktubat
Di dalam kitab al-Maktūbāt (The Letters) ini terbahagi kepada 33 risalah kecil, dan antara risalah atau bab yang menyentuh mengenai keNabian adalah pada ‘surat’ yang ke-19, iaitu Risālah al-Mu’jizah al-Ahmādiyyah (The Miracles of Muhammad s.a.w), dan Risālah al-Āyah al-Kubra (Risalah Supreme Sign). Dalam risalah al-Mukjizah al-Ahmādiah umpamanya, ia merupakan risalah khusus menceritakan tentang hakikat dan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. Said Nursi telah menghuraikan peranan Nabi Muhammad s.a.w ke atas Nabi-Nabi yang lain di mana beliau menyatakan bahawa semua keterangan, peranan, dan ciri-ciri yang berkaitan Nabi-Nabi yang lain boleh didapati menerusi Nabi Muhammad s.a.w.
“There will of a certainty be at the side of this Unseen Being His most beloved creature and most devoted bondsman, who, serving the purposes that have just been
3 Badiuzzaman Said Nursi (2004), The Words Collection (The Second Station of the Fourteenth Flash), terj. Şükran Vahide. Istanbul: Sozler Nesriyat, 25.
4 Ibid, 72.
Pemikiran Metafizik Badiuzzaman Said Nursi:
Hakikat dan Hikmah Kenabian Berdasarkan Kitab Rasail An-Nur
mentioned, discovers and unravels the talisman and riddle of the creation of the universe, who acts always in the name of that Creator, who seeks aid and success from Him, and who receives them from Him-Muhammad s.a.w of Quraysh (Peace and blessings be upon him!)”5
Dalam risalah ini juga, pada ‘surat’ yang ke-8 (The Eighth Letter), dan ‘surat’ yang ke-23 (The Twenty-Third Letter), Said Nursi telah menghuraikan secara tuntas akan perihal Nabi Yusuf a.s. Dan berdasarkan ‘surat’ yang ke-19 tadi, Said Nursi secara tidak langsungnya telah membezakan Nabi Allah Yusuf a.s dengan ‘Nabi’ Joseph 6 yang terdapat dalam kitab ajaran agama Mormon (Bible). Apakah benar dakwaan wujudnya Nabi Joseph (versi agama Mormon)? Apakah benar ianya utusan Tuhan dan perbezaannya dengan Nabi Muhammad s.a.w? Semua ini dijawab secara lebih lanjut oleh Said Nursi di dalam kitab al-Maktūbāt ini.
Secara umumnya, kitab atau risalah al-Maktūbāt ini banyak menceritakan tentang keistimewaan Nabi, keistimewaan serta mukjizat baginda yang menjadi kayu ukur perbezaan dengan manusia-manusia yang lain. Selain itu, turut dibincangkan dalam kitab al-Maktūbāt ini ialah persoalan-persoalan yang menyentuh mengenai Nabi Allah Khidr a.s, kisah perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w dengan Zainab, hikmah keluarnya Nabi Adam a.s dari Syurga, dan lain- lain isu berkaitan ilmu kalam atau nubuwwah. Hubungkait kenabian dan kesufian juga turut disentuh secara tidak langsung oleh Said Nursi dalam ‘Surat’ yang ke-5 (The Fifth Letter). 7 Kenabian Dalam Al-Lama’at
Sementara itu dalam kitab al-Lama’āt (The Flash), terdapat beberapa tajuk atau risalah yang menyentuh berkenaan Nabi-Nabi dan sunnah nabawiyyah. Antaranya pengajaran yang dinukilkan Said Nursi yang boleh diambil dari kehidupan harian kita berpandu- kan munajat Nabi Allah Yunus a.s dan Nabi Allah Ayyub a.s. Perkara ini telah disentuh Said Nursi di dalam risalah awalnya dalam kitab al-Lama’āt pada ‘cahaya’ yang ke-1 dan ke-2. Kisah dan munajat agung kedua Nabi ini telah dahulunya dirakam di dalam Al-Quran al-Karīm, tatkala berhadapan dengan musibah dan ujian yang begitu berat.
Sementara itu di dalam kitab yang sama, di dalam risalah ‘cahaya’ ke-4 dan ke-11, Said Nursi telah memberi penekanan tentang cara atau konsep sunnah Nabi (Risalah Minhāj as-Sunnah) dan darjat sunnah Nabi (Risālah Mirqāt Sunnah). Antara tajuk-tajuk yang dis- aring dalam risalah ini ialah pengenalan sunnah, kaitan sunnah dengan isu bid’ah, jenis-je- nis sunnah, serta kebahagian dalam menuruti sunnah. Dalam risalah ini juga, Said Nursi
5. Badiuzzaman Said Nursi (2001), The Letters (The Miracles of Muhammad), terj. Şükran Vahide. Istanbul:
Sozler Nesriyat, 262.
6. ‘Nabi’ Joseph Smith yang dibawa oleh agama Mormon berbeza dengan Nabi Joseph a.s di dalam Islam. Josep Smith dianggap oleh penganut Mormon sebagai manusia yang paling mulia, yang sehebat dan sebanding dengan Nabi besar kita Muhammad s.a.w. Sementara dalam Islam, Nabi Joseph adalah nama lain bagi Nabi Yusuf a.s di dalam bahasa Inggeris.
7. Badiuzzaman Said Nursi (2001), The Letters (The Miracles of Muhammad), terj. Şükran Vahide. Istanbul:
Sozler Nesriyat, 283.
telah mengumpulkan persoalan-persoalan yang dimainkan oleh puak sunni dan syi’ah terutamanya berkaitan latar belakang keluarga Nabi Muhammad s.a.w (khususnya berkaitan isu ahlu al-bayt), serta kupasan dan jawapan balas Said Nursi terhadap persoalan-persoalan tadi.
Demikianlah, disenaraikan secara ringkas judul kitab-kitab utama dalam Rasāil an-Nūr yang menyentuh tentang kenabian secara langsung. Ketiga-tiga judul kitab di atas, seperti al-Kalimāt, al-Maktūbāt, dan al-Lama’āt, serta judul-judul kitab lainnya yang memaparkan tentang kandungan kenabian (secara tidak langsung), ternyata menunjukkan kepada kita bahawa pemikiran Said Nursi adalah ibarat cahaya yang terjelma dari “Nur”
para Nabi.
Hakikat Alam Kenabian
Kenabian merupakan hak mutlak dan eksklusif Allah s.w.t di mana Dialah yang menentukan siapa yang Dia kehendaki untuk dipilih dan diangkat menjadi Nabi. Hakikat ini menggambarkan betapa hal pemilihan manusia mulia ini bukan hasil campur tangan sesiapa termasuk Nabi-Nabi yang lain mahupun malaikat Allah s.w.t. Ianya merupakan suatu yang bersifat ‘pemberian’ dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan, dan sesekali tidak mampu diperolehi walau dengan banyak berbuat ketaatan atau ibadah. Bahkan Nabi-Nabi itu sendiri tidak boleh menentukan anak keluarganya mewarisi kenabian, sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa alam kenabian bukanlah sebagaimana alam manusia biasa, yang sarat dengan keajaiban dan misteri Tuhan.
Bagi Said Nursi, untuk mengenali dan memahami alam kenabian dengan lebih mendalam, maka Said Nursi menganjurkan kepada kita agar kembali kepada (memahami dan menghayati) kalam Allah s.w.t itu sendiri, iaitu al-Quran. Selain merupakan himpunan (rangkuman kandungan) kitab-kita suci umat Islam terdahulu8 , ia juga merupakan mukjizat yang khusus diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi yang terakhir. Bahkan kata Said Nursi, tujuan al-Quran itu sendiri boleh dipecahkan kepada empat bahagian, iaitu; Tauhid (keesaan Allah), Kenabian, Penghakiman, dan Keadilan. Maka dengan memahami al-Quran ini, secara langsungnya kefahaman kita terhadap insititui kenabian ini dapat diperkasakan seterusnya dilaksanakan dalam kehidupan kita seharian9.
Sementara bagi Hamka, akal dan keNabian adalah anugerah istimewa Allah s.w.t dan ia saling memerlukan. Manusia primitif sekalipun mampu membayangkan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang berkuasa dan mempunyai kekuatan tanpa perlu kepada penerangan dan penjelasan tentang ke-Esaan-Nya. İanya tidak mustahil kerana perasaan ber-Tuhan ini sememangnya lumrah dan fitrah bagi setiap manusia. Hamka memberi contoh, seseorang yang menyembah berhala, dan mereka percaya pada kuasa Sang Hyang Widi, yang bermaksud Yang Maha Esa. Di sini menunjukkan bahawa manusia hanya memerlukan akal
8 Rujuk Surah al-Baqarah 2: 2-4, dan Surah al-Maidah 5: 48 dan lain-lain surah.
9 Bediuzzaman Said Nursi (2002), The Rays Collection, terj. Sukran Vahide. Istanbul: Sözler Publications, 310.
Hakikat dan Hikmah Kenabian Berdasarkan Kitab Rasail An-Nur
untuk berfikir tentang sesuatu yang mempunyai sifat ‘Esa’ tanpa perlu kenabian kerana ianya memang kemampuan akal. Namun sebagaimana yang dijelaskan di atas tadi, akal manusia adalah terbatas dan tidak mampu berfikir tentang alam ghaib, apatah lagi kewajiban- kewajiban terhadap Allah s.w.t, yang akhirnya memerlukan Nabi dan rasul-rasul sebagai pembimbing.10
Begitu juga pendapat yang dikemukakan oleh Said Nursi, betapa pentingnya kenabian dalam kehidupan manusia. Hakikat kepentingan ini boleh dijelaskan melalui analogi berikut. Bayangkan sebiji benih yang ditanam di dalam tanah. Ianya tumbuh dan menjadi pohon yang tinggi dan berbuah lebat. Atau cuba bayangkan sebiji telur burung merak yang apabila dieram, akan menetaskan seekor burung merak yang sangat cantik.
Ianya semakin membesar dan bertambah cantik. Jika diperhatikan pada kedua-dua elemen ini (iaitu sebiji telur dan sebiji benih) ianya mempunyai elemen sama yang seimbang pada peringkat awalnya, iaitu tiada apa yang hebat dan istimewa. Namun berbeza pada peringkat pembesaran, apabila kedua telur dan biji benih tadi menghasilkan sebuah pohon buah yang lebat ranum, dan seekor burung merak yang sihat cantik. Maka sudah pastilah kita tidak boleh samakan nilai biji benih dengan pohon buah, serta nilai telur dengan burung merak, kerana kedua entiti ini adalah berbeza sama sekali. 11
Kerana itulah menurut Said Nursi, sewaktu menggambarkan sifat-sifat biji benih dan telur itu dengan sebuah pohon dan seekor burung merak, penting sekali untuk kita membezakan dengan tepat dan jujur akan perihal kedua-duanya, agar ianya masuk akal bagi sesiapa pun yang mendengarnya. Begitu jualah ketika membahaskan atau mengutarakan akan perihal Nabi-Nabi Allah, sewajarnya para penulis-penulis atau sejarawan bersifat amanah, tidak terlalu fanatik, ekstrim, mereka-reka, mengurangkan atau menokok tambah fakta yang tidak benar, bagi mengelakkan kecelaruan fakta dan merosakkan kesucian perjalanan kisah dari sirah manusia-manusia sang mulia ini.12
Jika penceritaan tidak digambarkan mengikut keadaan sebenar, maka seseorang itu menurut Said Nursi sebenarnya telah gagal menerangkan tentang sifat dan hakikat Nabi yang sebenar, yang akhirnya menganggap kenabian adalah sesuatu yang ‘berkebetulan’, selain telah berlaku zalim (tidak amanah) terhadap utusan Nabi Allah s.w.t ini.
“The humanness of God’s Messenger may be likened to the seed or egg, and his essential nature, illumined with the function of messengership, to the Tuba-tree of Paradise, or to the birds of Paradise. His essential nature is, moreover, continually moving to greater perfection. That is why, when you think of the man who disputed in the market with a beduin, you should also turn the eye of imagination to that luminous being who, riding the Rafraf, leaving Gabriel behind, reached the Distance of Two
10 Ibid.
11 Said Nursi (2003), Risalah Nur: Menjawab Yang Tak Terjawabkan, Menjelaskan Yang Tak Terjelaskan, terj.
Sugeng Harriyanto. Jakarta: Murai Kencana, 120.
12 Badiuzzaman Said Nursi, The Letters (The Miracles of Muhammad), terj. Şükran Vahide. Istanbul: Sozler Nesriyat, 128.
Bowstrings. Otherwise you will either be disrespectful toward him, or fail to convince the evil-commanding soul.” 13
Begitulah jua dengan penulis-penulis atau tokoh Islam yang lain. Untuk memahami hakikat kenabian ini, selain berlandaskan fakta yang tepat dan sahih, juga memerlukan kemahiran bahasa yang indah dan sastera yang harmoni bagi tujuan pemahaman ummat yang lebih jitu.
Kitab Fiqh al-Sirah oleh Mohammed al-Ghazālī, serta kitab al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Syeikh Abū Hassan ‘Ali Nadwī dan lain-lain umpamanya, turut mengaplikasi keindahan dan kehalusan bahasa yang jarang didapati dalam penulisan-penulisan seumpamanya di kalangan penulis kontemporari. Gambaran penuh perasaan dan semangat ini, dalam menjelaskan makna dan hakikat kenabian Nabi-Nabi Allah, pastinya membuat pembaca dapat memahami dengan lebih jelas segala persoalan yang berkaitan pada Nabi-Nabi Allah, serta hikmah penciptaannya.
Maka dapatlah difahami di sini, sirah mulia dari susuk tubuh manusia pilihan Allah s.w.t yang dibincangkan oleh Said Nursi dalam kitabnya Rasāil an-Nūr, menjadikan intisari kenabian dalam kitab ini sentiasa segar dan diyakini. Seruan kepada kefahaman hakikat kenabian secara tuntas, sebagaimana yang diketengahkan oleh Said Nursi ini sebenarnya merupakan satu keperluan yang perlu dititikberatkan terutamanya oleh umat zaman mutakhir ini, sehingga Said Nursi mengunjurkan kepada kita agar ‘bersahabat dengan Nabi’, agar kita benar-benar menghayati objektif serta moral pengutusan Nabi Allah s.w.t.
“Perlu diketahui, bahawa ‘suhbah nabawiyyah’ itu dilatari dengan hakikat ketuhanan atau ia merupakan pembalikan dari ‘nur’ kebenaran itu. Seseorang insan itu hanya mampu menggerakkan cahaya tersebut untuk sampai ke tahap dan darjat kehambaan yang tinggi hanya dengan menuruti ajaran Nabi Muhammad s.a.w. seseorang boleh meningkat bersama-sama Nabi ke maqam yang tinggi di zaman itu, umpama ‘khadam sultan’ yang mampu meneroka ke tampat-tampat sulit dan utama dalam istana yang tidak boleh dimasuki oleh orang lain meskipun para menteri dan pembesar istana” 14
Hikmah Perutusan Kenabian
Dalam siri dakwah dan tulisan kitab Rasail an-Nur, Said Nursi sering menyatakan keperluan dan kepentingan Nabi dalam daerah kehidupan manusiawi, dan membayangkan ianya (isu kenabian) adalah termasuk dari salah satu ciri-ciri Ilahiyah Allah s.w.t. Namun dari suatu sudut yang lain, Said Nursi turut berpegang bahawa perutusan Nabi dan rasul-rasul kepada umat manusia itu bukan suatu yang bersifat wajib bagi Allah s.w.t, melainkan ianya hanyalah bersifat ‘mungkin’ (ja’iz). Said Nursi dilihat berkongsi pandangan dengan jumhur ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang tidak menetapkan sebarang hukum wajib secara mutlak ke atas Allah s.w.t, termasuk dalam isu penurunan atau perutusan Nabi-Nabi Allah s.w.t. 15
13 Ibid.
14 Badiuzzaman Said Nursi (2009), Persoalan Ijtihad Masakini Dari Koleksi Rasāil an-Nūr, terj. Ibnor Azli Ibrahim. Gombak: Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki, 39.
15 Ibid.
Pemikiran Metafizik Badiuzzaman Said Nursi:
Hakikat dan Hikmah Kenabian Berdasarkan Kitab Rasail An-Nur
Jika dilihat dalam konteks hikmah perutusan Nabi Allah s.w.t ini, golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah khususnya dari kelompok al-Asha’irah berpendapat, perutusan Nabi dan rasul-rasul merupakan perkara yang bersifat harus bagi Allah s.w.t, dan ia bukanlah satu kewajipan bagi Allah s.w.t sebagaimana pandangan dari kumpulan Mu’tazilah yang menetapkan Allah s.w.t berkewajiban mengutuskan utusannya (Nabi dan rasul) di kalangan manusia. Kebanyakan ulama al-Asha’irah menetapkan sesuatu yang berlaku adalah harus bagi Allah s.w.t (Allah dikatakan s.w.t tidak melakukan sesuatu yang wajib dan sesuatu yang tidak wajib), termasuk dalam hal penurunan Nabi-Nabi dan rasul-rasul. Sementara bagi golongan Salaf, mereka lebih menyatakan ianya adalah merujuk kepada sifat iradah (Maha Berkehendak) Allah s.w.t, dan Allah s..w.t Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
‘Abd. al-Jabbar, seorang tokoh terkenal aliran Mu’tazilah tidak bersetuju dengan golongan al-Asha’irah yang menyatakan perutusan Nabi dan Rasul adalah bersifat harus sema-mata. Kata ‘Abd. al-Jabbar, pendapat golongan al-Asha’irah adalah lemah dan tidak tepat. İni kerana dakwaan ini akan menyebabkan hilangnya kredibiliti akal manusia dalam menilai kebenaran perutusan Nabi-Nabi Allah s.w.t. Bagi ‘Abd. al-Jabbar, perutusan Nabi- Nabi adalah bersifat wajib, iaitu wajib bagi Allah s.w.t dengan kudrat dan kebijaksanannya mengutuskan seorang Nabi atau rasul ke atas umat manusia sebagai wakil atau utusan Allah s.w.t di kalangan manusia.
Sementara itu menurut Hamka, berpandangan bahawa Nabi dan rasul adalah sangat penting bagi manusia. Manusia tidak mampu meneruskan hidup tanpa panduan dari utusan- utusan Allah s.w.t ini. Menurut beliau, tidak mustahil akal seluruh manusia dapat berfikir Allah s.w.t itu wujud, serta mampu bezakan yang baik dan yang buruk. Walaubagaimanapun, akal manusia tetap tidak mampu sampai kepada tahap mengenali kewajipan-kewajipan manusia terhadap Allah s.w.t, seterusnya menunaikan hak dan kewajipan itu untuk kehidupan yang lebih abadi di akhirat nanti. Maka di sinilah manusia akhirnya memerlukan Nabi dan rasul sebagai penerang fungsi dan tujuan kemanusiaan.
Said Nursi sealiran dengan golongan al-Asha’irah yang menyatakan perutusan Nabi dan rasul itu bukanlah kewajipan bagi Allah s.w.t. Berbeza dengan tanggapan para ulama Mu’tazilah yang sering menggunakan logik akal dalam mengeluarkan sesuatu pandangan atau hukum sehingga menyatakan bahawa Allah s.w.t itu berkewajipan mengirim atau mengutus seorang Nabi atau rasul bagi tiap-tiap zaman atau kaum.
16 Husni Zayneh (1980), al-aql ‘Inda al-Mu’tazilah: Tasawwur al-‘Aql ‘Inda al-Qadi ‘Abd. Al-Jabbar, cet. II.
Beirut: Dar al-‘afaq al-Jadidah, 128.
17 Hamka, ‘Abdul Malik Karim 'Amrullah (1984), Falsafah Hidup. Jakarta: Pustaka Panji Mas, 60.
Kesimpulan
Al-Quran adalah sahabat Said Nursi walau dalam apa juga keadaan sekalipun. Maka ti- dak Hairanlah persoalan mengenai kenabian yang banyak dirakam di dalam al-Quran turut menjadi sandaran idea dan sumber Said Nursi dalam menyebarkan dakwah melalui politik, ceramah agama mahupun mata pena. Rasāil an-Nūr berjaya mengungkap rahsia risalah ken- abian dari sudut pandang yang berbeza, yang selama ini tersemat di dalam al-Quran melalui anugerah pemikiran kepada Badiuzzaman Said Nursi.
Tidak ada manusia lain, selain daripada Nabi boleh mengaku telah memberikan sumbangan yang lebih besar dalam memperkayakan budaya fikir dan menghalusi peradaban manusia. Bahkan ulama yang wujud di atas muka bumi ini tidak mampu mengalahkan atau menandingi ketinggian ilmu dan tahap iman Nabi-Nabi walapun mereka bersatu. Bahkan menurut Said Nursi, mereka (ulama-ulama besar dan wali Allah s.w.t) juga bersaksi atas kebenaran ‘guru’ terbesar mereka merangkap junjungan agung mereka yang suci, iaitulah Nabi Muhammad s.a.w. 18
Rujukan
Adem Kilicman. (2002), “Sedutan Perbahasan Dalam Rasael An-Nūr”. Makalah forum Badiuzzaman Said Nursi. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Al-Bazdawi, Abu al-Yusr Muhammad bin Muhammad bin Abdul Karim. (1963). “Kitab Usul al-Din”, tahqiq Dr. Hans Peter Linss. Qaherah: Isa al-Bābi al-Halabi.
Badiuzzaman Said Nursi. (2004). “The Words Collection (The Second Station of the Fourteenth Flash”)”, terj. Sukran Vahide. Istanbul: Sozler Nesriyat.
Badiuzzaman Said Nursi. (2001). “The Letters (The Miracles of Muhammad)”, terj. Sukran Vahide.Istanbul: Sozler Nesriyat.
Badiuzzaman Said Nursi. (2002). “The Rays Collection”, terj. Sukran Vahide. Istanbul:
Sozler Publications.
Badiuzzaman Said Nursi. (2009). “Persoalan Ijtihad Masakini Dari Koleksi Rasail an-Nur”, terj. Ibnor Azli Ibrahim. Gombak: Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki.
Faridah Mohd Sairi. (2012). “Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan Pengaruhnya di Turki”, Tesis kedoktoran, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hamka, ‘Abdul Malik Karim ‘Amrullah. (1984). “Falsafah Hidup”. Jakarta: Pustaka Panji Mas.
Husni Zayneh. (1980). “al-Aql ‘Inda al-Mu’tazilah: Tasawwur al-‘Aql ‘Inda al-Qadi ‘Abd.
Al-Jabbar”, cet. II. Beirut: Dar al-‘afaq al-Jadidah.
Geisler, Norman L. Baker. (1999). “Encyclopedia of Christian Apologetics”. Michigan:
Baker Books.
Said Nursi. (2003). “Risalah Nur: Menjawab Yang Tak Terjawabkan, Menjelaskan Yang Tak Terjelaskan”, terj. Sugeng Harriyanto. Jakarta: Murai Kencana.
18. Said Nursi (2003). Risalah an-Nur: Menjawab Yang Tak Terjawabkan, Menjelaskan Yang Tak Terjelaskan, terj. Sugeng Harriyanto. Jakarta: Murai Kencana, 285.
Pemikiran Metafizik Badiuzzaman Said Nursi:
Hakikat dan Hikmah Kenabian Berdasarkan Kitab Rasail An-Nur
Said Nursi. (2003). “Risalah An-Nur: Sinar Yang Mengungkap Sang Cahaya (Epitomes Of Light)”, terj. Sugeng Harriyanto, Sukono Mukidi dan Mohd. Rudi Atmoko. Jakarta: Murai Kencana.
Said Nursi. (2003). “Risalah An-Nur: Menikmati Takdir Langit (Lama’at)”, terj. Fauzy Bahreisy dan Joko Prayitno. Jakarta: Murai Kencana.
Sodik Ozata, Abdullah Dogan dan Mohd Firdaus Sahiddin. (2011). Badiuzzaman dan Dakwah Risalah An-Nur. Bangi: Biro Kajian Ilmiah Altinbasak.