• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan Wasatiyyah dalam interaksi inter-agama di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pendekatan Wasatiyyah dalam interaksi inter-agama di Malaysia"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Pendekatan Wasatiyyah dalam interaksi inter-agama di Malaysia ABSTRACT

Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan identiti unik yang dimiliki oleh Malaysia sejak kemerdekaan. Namun begitu, usaha mengekalkan keharmonian ini sudah pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya pada era ledakan teknologi maklumat dan komunikasi. Kemudahan yang ditawarkan teknologi kini telah disalahgunakan, terutamanya dalam media sosial. Kebebasan bersuara telah disalahtafsirkan hingga mengundang penghinaan terhadap agama dan kaum, juga ujaran kebencian yang semakin menjadi-jadi. Pasca Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 telah memperlihatkan bibit-bibit ketegangan mulai tumbuh sehingga membawa kepada lahirnya isu-isu sensitif terutamanya berkaitan agama dan kaum yang jika tidak diuruskan dengan baik, berpotensi membawa Malaysia ke arah perpecahan dan permusuhan. Hal ini demikian kerana elemen agama dan kaum merupakan komoditi yang sering dijadikan modal untuk menimbulkan rasa tidak puas hati dan konflik. Situasi ini sekiranya tidak ditangani secara harmoni dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. Maka, suatu asas yang kukuh berpaksikan prinsip wasatiyyah perlu dibina bagi memilih pendekatan yang bersesuaian dengan realiti semasa masyarakat majmuk di Malaysia.

Pendekatan ini dibina berdasarkan panduan nas al-Quran, teks al-hadis serta pandangan para sarjana Muslim dengan mengambil kira realiti semasa yang wujud di Malaysia pada hari ini.

Pendekatan yang seimbang ini mampu mengukuhkan dan mengharmonikan kembali interaksi sosial sesama masyarakat dalam rangka mengekalkan kerukunan dan perpaduan hidup bermasyarakat yang telah terbina sejak sekian lama.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena itu penyusun mencoba mengeksplorasi dengan suatu penelitian untuk mengungkap bagaimana interaksi Guru pendidikan agama islam dan peserta didik dalam

Hasil penelitian yang dilakukan, disampaikan bahwasanya interaksi Guru PAI dan peserta didik dalam membentuk kepribadian mulim di SMKN 1 Pacitan melalui

difokuskan pada interaksi antara kaum lesbian dengan jurnalis dalam memahami. persepsi mengenai pemberitaan-pemberitaan

Pendekatan agama dalam proses mediasi dapat dijadikan sebagai salah satu upaya yang dilakukan para mediator untuk menasehati suami istri yang bersengketa. Nilai-nilai agama

Hasil penelitian mengungkap bahwa pola interaksi antara guru dengan peserta didik dalam pembelajaran pendidikan agama Islam di SMA Daar el Hasanah Jawilan Kabupaten Serang

Jadi kompetensi sosial guru Pendidikan Agama Islam dalam interaksi belajar mengajar adalah kemampuan seorang guru sebagai bagian dari masyarakat untuk

Dari keterangan tersebut, dapat dipahami bahwa pendekatan di dalam memahami agama, cara untuk mengkaji, mempelajari serta memahami agama dengan menggunakan pola pikir,

Islam telah menyediakan beberapa asas yang dirasakan sesuai untuk dipraktikkan dalam membina interaksi harmoni antara penganut berlainan agama iaitu : a Komunikasi Berhikmah Interaksi