• Tidak ada hasil yang ditemukan

pendidikan bimbingan dan kaunseling

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "pendidikan bimbingan dan kaunseling"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

BIDANG PENYELIDIKAN:

PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAJUK PENYELIDIKAN:

KECERDASAN EMOSI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPIMPINAN KETUA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH

TAHAP PENYELIDIKAN:

TAHAP AKHIR SESI KEMASUKAN:

2010/2011 NAMA:

TENGKU ELMI AZLINA BT TENGKU MUDA

DI BAWAH SELIAAN:

PROF. DATUK DR.NORIAH BT ISHAK DR. SAKINAH BT MOHAMAD

(2)

PENGENALAN

Tahap kecerdasan emosi yang tinggi amat penting dalam kerjaya guru bimbingan dan kaunseling. Goleman (1999) mendefinisikan kecerdasan emosi kaunselor

sebagai kebolehan kaunselor menyedari, mengenalpasti dan mengurus emosinya sendiri serta menjaga hubungan yang mesra disamping memiliki motivasi kendiri yang tinggi.

Selain daripada kecerdasan emosi, guru bimbingan dan kaunseling juga perlu mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi lebih-lebih lagi dalam kalangan guru

bimbingan dan kaunseling telah diberi amanah untuk menjawat jawatan sebagai ketua guru bimbingan dan kaunseling .

Kecerdasan emosi juga mempengaruhi kepimpinan . Goleman (2005) turut

menyatakan bahawa pemimpin yang mempunyai kekuatan emosi yang baik adalah pemimpin yang boleh memimpin dan berupaya mengambil hati subordinat.

(3)

PENYATAAN MASALAH

Rorlinda (2009) melalui hasil kajiannya berkaitan kecerdasan emosi di kalangan guru kaunseling di Selangor mendapati guru kaunseling memperoleh skor sederhana pada empat domain kecerdasan emosi iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri dan kemahiran sosial.

Skor sederhana ini disebabkan guru kaunseling memperoleh skor yang rendah pada komponen yang terdapat dalam domain kecerdasan emosi berkenaan.

Kajian lain berkaitan kecerdasan emosi guru kaunseling telah dijalankan oleh Rorlinda, Syafrimen, Noriah & Amla (2010) berkaitan dengan profil kecerdasan emosi guru-guru kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi guru kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah berada pada peringkat sederhana di mana sepatutnya tahap kecerdasan emosi mereka adalah pada peringkat yang tinggi.Hasil kajian menunjukkan guru kaunseling tersebut mempunyai min skor yang sederhana bagi domain kesedaran kendiri, kemahiran sosial, regulasi kendiri dan motivasi kendiri.

(4)

Kajian-kajian lepas juga menunjukkan bahawa kepimpinan mempunyai kaitan yang signifikan dengan kecerdasan emosi. Individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang rendah tidak dapat menjadi pemimpin yang berkesan.

Hal ini adalah kerana kecerdasan emosi (EQ) dikatakan memainkan peranan yang sangat penting, bukan sahaja dalam proses penglibatan tetapi juga dalam proses kepimpinan (Gardner &Stough, 2005).

(5)

OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor .

Mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor mengikut jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling.

PERSOALAN KAJIAN

Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor?

Adakah terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor mengikut jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling?.

(6)

KERANGKA TEORITIKAL

MODEL KECERDASAN EMOSI GOLEMAN-NORIAH (2006)

Kecekapan Peribadi

Kesedaran Kendiri

Kesedaran emosi

Ketepatan penilaian kendiri

Keyakinan diri

Niat

Regulasi Kendiri

Kawalan kendiri

Kebolehpercayaan

Bertanggungjawab

Penyesuaian

Inovasi

Motivasi Kendiri

Dorongan pencapaian

Komitmen

Inisiatif

Optimis

Minat

(7)

Kecekapan Sosial

Empati

Memahami orang lain

membina potensi orang lain

Orientasi perkhidmatan

Mencungkil kepelbagaian

Kesedaran Politik

Penyayang

Kemahiran Sosial

Keupayaan berpasukan

Kolaborasi/kerjasama

Komunikasi

Pengurusan Konflik

Kepimpinan

Pemangkin Perubahan

Membina hubungan

Kematangan Kerohanian

(8)

MALAYSIAN LEADERSHIP

AUDIT TRAIL INVENTORY

(MLATI) NORIAH-ELMI

(2013) Strategi Perkhidmatan

dan Model Kepimpinan

Rekrut

Penilaian dan

Penghormatan

Penempatan

Penglibatan dan

Pengekalan Hubungan

dengan pemegang

Setara/

Stakeholders

Membina Kepimpinan

(9)

METODOLOGI KAJIAN

PENDEKATAN KAJIAN

 Pendekatan kuantitatif – analisa data menggunakan instrumen kecerdasan emosi dan kepimpinan

 Menggunakan kaedah persampelan rawak mudah POPULASI KAJIAN

 226 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian di Selangor

SAMPEL KAJIAN

 168 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling melibatkan 10 daerah di Selangor

(10)

INSTRUMEN KAJIAN

 Tiga jenis instrumen digunakan sebagai alat kajian iaitu:-

Instrumen Kecerdasan Emosi:

Inventori Kepintaran Emosi Malaysia – dewasa ( IKEM- MEQI) oleh Noriah et. al (2000)

Instrumen Kepimpinan:

Malaysian Leadership Audit Trail Inventory – Dewasa (

MLATI) oleh Noriah-Elmi (2013)

(11)

Persoalan Kajian 1:

Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di negeri Selangor.

Ho. 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor

Pembolehubah Kepimpinan

Kecerdasan Emosi (KE) 0.248

Signifikan 0.001

N 168

Signifikan pada aras p<0.01

(12)

Persoalan Kajian 2:

Adakah terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi dan kepimpina dalam kalangan ketua Guru bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling?

Ho.2 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kauseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktor jantina.

Source Dependent Variable

Type III Sum of Squares

df Mean

Square

F Sig.

Jantina KE 0.212 1 0.212 0.012 0.885

KPIM 11.991 1 11.991 0.340 0.561

Signifikan pada aras p<0.05

(13)

Ho.3 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktor umur

Signifikan pada aras p<0.05

Source Dependent Variable

Type III Sum of Squares

df Mean

Square

F Sig.

Umur KE 2.097 2 1.048 0.104 0.901

KPIM 113.700 2 56.850 1.612 0.203

(14)

Ho.3 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktor tahap pendidikan

Source Dependent Variable

Type III Sum of Squares

df Mean

Square

F Sig.

Tahap

Pendidikan KE 3.037 1 3.037 0.302 0.584

KPIM 4.214 1 4.214 0.119 0.730

(15)

Ho.4 Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi dan kepimpinan yang signifikan dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kauseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktor pengalaman

Source Dependent Variable

Type III Sum of Squares

df Mean

Square

F Sig.

Pengalaman KE 13.755 2 6.877 0.684 0.506

KPIM 101.009 2 50.505 1.432 0.242

(16)

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi dan kepimpinan keatas faktor jantina, umur, tahap pendidikan dan

pengalaman ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah

Perbezaan berkaitan kecerdasan emosi berdasarkan kesemua faktor selari dengan kajian rorlinda (2009) keatas guru kaunseling sekolah menengah.

Hasil kajian berkaitan kepimpinan pula tidak selari dengan dapatan kajian Hopkin (2005) , Jamer, Parker & Wood (2005), Stone et.al.(2005)yang

mendapati wujud perbezaan signifikan antara pemimpin lelaki dan perempuan.

Walaubagaimanapun, hasil kajian ini selari dengan kajian Farah Amira (2004).

Kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepimpinan dan ini selari dengan kajian Cherniss & Goleman (2001),Zinatul Azura (2011), Dulewiezz dan Higgs (2000), Rosete (2004) dan Sjoberg (2001)

(17)

SEKIAN TERIMA KASIH 

Referensi

Dokumen terkait

Artikel ini membahas tentang intervensi politik yang dilakukan oleh Presiden Soeharto dan Pemerintah Orde Baru terhadap pelaksanaan Muktamar Nahdlatul Ulama (NU) ketika

The objective of this thesis work is to develop the Hexapod robot and implement the distribute control to the Hexapod robot.. The Hexapod robot is equipped with 18 servos motor