• Tidak ada hasil yang ditemukan

penerimaan pelajar kursus bahasa arab terhadap penggunaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "penerimaan pelajar kursus bahasa arab terhadap penggunaan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENERIMAAN PELAJAR KURSUS BAHASA ARAB TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJAR DALAM TALIAN

Alif Fahmi Bin Abdullah

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur aliffahmi@kpbkl.edu.my

Najmuddin Bin Mohamad Said

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur najmuddin@kpbkl.edu.my

Siti Nabilah Binti Misnan

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur sitinabilah@kpbkl.edu.my

Perkembangan teknologi maklumat pada masa kini dilihat semakin pesat dan maju. Pada hari ini, teknologi digunakan dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan. Selaras dengan itu, para pendidik telah diperkenalkan dengan satu konsep baharu iaitu e-pembelajaran (e-learning). Melalui konsep ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku melalui saluran internet, sistem rangkaian ataupun tanpa rangkaian menggunakan teknologi elektronik (Mahizer, 2006).

Google Classroom merupakan salah satu aplikasi pembelajaran digital yang digunakan oleh para pendidik bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Semenjak tercetusnya pandemik Covid-19, aplikasi Google Classroom digunakan secara lebih meluas oleh para pendidik sebagai salah satu alternatif untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan pelajar kursus Bahasa Arab terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Secara ringkas, TAM merupakan teori sistem maklumat berkaitan kegunaan dan penerimaan pengguna terhadap sesuatu teknologi yang dikembangkan daripada Teori Tindakan Bersebab (TRA) yang dibina oleh Ajzen & Fishbein pada tahun 1980. Menurut Davis et. al (1989) yang bermatlamat untuk memberikan penjelasan tentang penentuan penerimaan komputer secara umum dan memberikan penjelasan tentang perilaku atau sikap pengguna dalam suatu populasi.

Berdasarkan model ini, terdapat dua pembolehubah yang menjadi kunci utama kepada penerimaan sesuatu teknologi iaitu kebergunaan (perceived of usefulness) dan tanggapan mudah guna (perceived ease of use). Rajah di bawah menunjukkan kerangka konsep Model Penerimaan Teknologi (TAM):

(2)

Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.

Kajian ini menggunakan instrument soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Al-Maroof dan Al- Emran (2018). Instrumen soal selidik ini mempunyai 21 item yang terdiri daripada lima konstruk utama iaitu persepsi penggunaan berkesan, persepsi mudah guna, sikap pengguna, tingkah laku pengguna dan penggunaan sebenar.

Kaedah persampelan dalam kajian ini ialah persampelan secara rawak di mana sampel kajian terdiri daripada 118 orang pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) yang mendaftar kursus Bahasa Arab Muamalat (BAM) bagi semester April-Ogos 2021. Responden menjawab soal selidik secara dalam talian dengan menggunakan Google Forms untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki bagi kajian ini. Hasil dapatan kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS).

Secara keseluruhannya, berteraskan kepada Model Penerimaan Teknologi (TAM), pengkaji mendapati bahawa penggunaan aplikasi Google Classroom dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab secara dalam talian menunjukkan penerimaan yang positif dalam kalangan pelajar. Dapatan dari aspek persepsi mudah guna pelajar terhadap aplikasi Google Classroom menunjukkan pelajar bersetuju aplikasi Google Classroom mudah digunakan dan bersifat mesra pengguna. Pelajar dapat mengakses bahan pengajaran yang disediakan oleh pensyarah melalui aplikasi Google Classroom. Selain itu, mereka juga dapat menghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah melalui aplikasi Google Classroom. Akan tetapi, pelajar juga memerlukan latihan dan tunjuk ajar dalam menggunakan aplikasi Google Classroom bagi meningkatkan kecekapan penggunaan aplikasi tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar perlu mendapatkan bantuan dalam penggunaan teknologi terkini supaya fungsi-fungsi yang terdapat pada aplikasi tersebut dapat difahami seterusnya dapat digunakan oleh pelajar secara optimum.

Pemboleh ubah Luaran

Kebergunaan (Perceived of Usefulness)

Kemudahgunaan (Perceived Ease

of Use)

Sikap Pengguna

Tingkah Laku

Penggunaan Sebenar

(3)

Seterusnya, persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan aplikasi Google Classroom dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian menunjukkan para pelajar mempunyai persepsi yang sederhana terhadap aspek produktiviti, prestasi dan kecekapan dalam pembelajaran menggunakan aplikasi Google Classroom. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi Google Classroom dapat meningkatkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran (Liu dan Chuang, 2016). Selain itu, penggunaan aplikasi Google Classroom juga dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari bahasa (Wahyu, 2019). Pendedahan yang lebih meluas kepada pelajar terhadap aplikasi ini memainkan peranan yang penting supaya pelajar dapat memanfaatkan aplikasi ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Hal ini kerana, aplikasi Google Classroom sangat berkesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Nur Alim et. al, 2019).

Dari aspek sikap, pelajar dilihat mempunyai sikap yang positif dan suka kepada idea menggunakan aplikasi Google Classroom semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab secara dalam talian. Pelajar juga bersetuju menggunakan aplikasi Google Classroom merupakan idea yang baik dan bernas. Seterusnya, penerimaan para pelajar Bahasa Arab dari aspek tingkah laku juga dilihat berjaya mencapai tahap yang tinggi berdasarkan nilai min yang direkodkan. Para pelajar berhasrat untuk meningkatkan penggunaan aplikasi Google Classroom dan berminat untuk menggunakannya dengan lebih kerap pada masa akan datang. Sikap dan tingkah laku pelajar yang positif terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab secara dalam talian amat penting bagi memastikan pelajar terus menggunakan aplikasi ini seterusnya memudahkan proses penyampaian maklumat kepada pelajar khususnya sepanjang penularan wabak Covid-19.

Tuntasnya, melihat kepada penerimaan yang positif dalam kalangan pelajar terhadap aplikasi Google Classroom semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada medium dalam talian merupakan alternatif yang terbaik di kala dunia sedang berhadapan dengan wabak Covid-19. Hal ini bagi memastikan sistem pembelajaran tidak lumpuh dan para pelajar terus menerus dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang sepatutnya. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab secara dalam talian berjalan dengan baik, para pelajar dan pendidik perlu diberikan pendedahan yang lebih luas berkaitan aspek teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran supaya fungsi setiap aplikasi dalam talian dapat digunakan secara optimum bagi mencapai objektif pembelajaran.

Selain itu, pengkaji juga melihat pembelajaran dalam talian tidak hanya tertumpu kepada penggunaan aplikasi Google Classroom sahaja, bahkan terdapat aplikasi-aplikasi lain yang boleh digunakan oleh para pendidik dan pelajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Para pendidik boleh menggunakan pelbagai aplikasi yang terkini dan menarik seperti Kahoot, Padlet, Tiktok, Instagram, Powtoon, Telegram, Facebook dan pelbagai lagi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Bahasa Arab. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk pada pendidik di Malaysia khususnya mengubah corak pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan sebelum ini kepada satu corak yang lebih fleksibel dan menarik dengan menerapkan penggunaan teknologi dan aplikasi terkini supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

RUJUKAN

Abdul Barir Hakim. (2016). Efektifitas penggunaan E-Learning Moodle, Google Classroom dan Edmodo. I-STATEMENT: Information System and Technology Management, Vol. 2, no 1.

(4)

Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information technology. MIS Quarterly, 13(3), 319–340.

Davis, F.D., Bagozzi, R.P., & Warshaw, P.R. (1989). User acceptance of computer technology: a comparison of two theoretical models. Management Science, 35 (8), 982-1003.

Izwan Nizal Mohd Shaharanee, Jastini Mohd Jamil, and Sarah Syamimi Mohamad Rodzi. (2016).

The application of Google Classroom as a tool for teaching and learning. Journal of Telecommunication, Electronic and Computer Engineering, Vol. 8 No. 10

King, W. R. & He, J. (2006). A meta-analysis of the technology acceptance model. Information &

Management. Vol. 43.

Mahizer Bin Hamzah. (2006). M-Pembelajaran: Era baru dalam pembelajaran, Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Johor Bahru: Fakulti Pendidikan, UTM. pp. 150 – 155.

Melvina Chung Hui Ching. (2021). Tahap penerimaan Google Jamboard sebagai alat digital dalam E-Pembelajaran: satu kajian. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil 9: 34-45.

Muhammad Syafiq Mansor & Megat Aman Zahiri Megat Zakaria. (2021). Penerimaan guru terhadap penggunaan Google Classroom semasa proses PdP secara dalam talian menggunakan Model TAM, Research Gate.

Nurun Najwa Mohammad Mustafa, Macliffton Tembak Sinau & Alloon J. Basinau. (2021).

Pengajaran dan pemudahcaraan secara maya – pelaksanaan melalui sistem pengurusan pembelajaran. International Conference on Business Studies and Education (ICBE). 64-71.

Rana A. Saeed Al-Maroof & Mostafa Al-Emran. (2018). Students Acceptance of Google Classroom:

an exploratory study using PLS-SEM approach. International Journal of Emerging Technologies in Learning, Vol. 13, No. 6.

Sinar Harian. (2020). Carian 'Google Classroom' Di Malaysia tertinggi di dunia. Sinar Harian Online, 17 Apr. https://Www.Sinarharian.Com.My/Article/79328/Berita/Nasional/Carian-Google-Classroom- Di-Malaysia-Tertinggi-Di-Dunia [11 September 2021].

Siti Asmah Mohamed & Maisurah Shamsuddin. (2020). Google Classroom sebagai sistem pengurusan pembelajaran (LMS) mod atas talian untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Creative and Innovative Teaching Practices During Covid-19 Movement Control Order (MCO), SIG: e-Learning@CS, Vol. 1, 66-75.

Tschannen-Moran, M. & Garies, C.R. (2004). Principal's sense of efficacy: assessing a promising construct. Journal of Educational Administration. 42 (5): 573-585.

Wahyu Nuning Budiarti. (2019). Meningkatkan motivasi belajar Bahasa Indonesia SD menggunakan Google Classroom, DWIJ A CENDEKIA, Jurnal Riset Pedagogik 3, (2), 2019, 257- 263.

Wijaya, A. (2016). Analysis of factors affecting the use of google classroom to support lectures. The 5th International Conference on Information Technology and Engineering Application, 61–6.

(5)

MODUL INTERAKTIF AL-MULAWWAN UNTUK MASYARAKAT AWAM (i- MAM)

Azlan Shaiful Baharum1*, Mohammad Loqman Ibrahim2

1, 2 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.

(E-mail: azlan_arab@usim.edu.my, loqmanib@gmail.com)

Abstrak

Pembelajaran bahasa al-Quran telah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh pengaruh media islamik berbentuk pengajaran al-Quran seperti tadabbur, tafsir serta siri bacaan al-Quran. Tambahan lagi, majlis-majlis ilmu di masjid juga turut giat menjalankan aktiviti berbentuk pengajian al-Quran. Maka, masyarakat tidak terlepas daripada pendedahan terhadap bahasa Arab yang menjadi bahasa pengantara bagi membawa mesej al-Quran dan Hadis.

Penguasaan yang mantap dalam kalangan ulama bahasa Arab terdahulu telah membuktikan bahawa aspek bahasa memainkan peranan yang penting dalam pentafsiran al-Quran. Tambahan pula, kesemua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat diterima oleh Allah SWT khususnya solat. Hal ini menjadikan bahasa Arab amat sinonim dengan Islam dan umatnya. Di Malaysia, pelbagai kaedah bahasa Arab untuk memahami al-Quran telah cuba dihasilkan. Hal ini adalah bagi memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk memahami bahasa al-Quran. Oleh itu, kajian ini bertujuan merekabentuk modul pembelajaran bahasa al-Quran dengan teknik yang menarik dan sesuai untuk segenap masyarakat di Malaysia.

Modul ini memperkenalkan pendekatan baru dalam mempelajari perkataan bahasa al-Quran iaitu menerusi warna asas atau primer. Di samping itu, ia turut memberikan pendedahan asas kepada orang awam tentang hukum-hukum tatabahasa Arab yang terdapat di dalam al-Quran secara mudah dan tuntas.

Kata kunci: reka bentuk, modul, pengajaran, bahasa al-Quran, masyarakat awam

Pendahuluan

Dewasa ini, minat orang ramai terhadap pembelajaran bahasa Arab semakin bertambah dengan rancaknya. Hal ini berikutan pengaruh media islamik hari ini yang giat menyiarkan rancangan- rancangan berbentuk al-Quran seperti kuliah tafsir serta siri bacaan Al-Quran. Menurut Afifah &

Suhaila (2014), kebanyakan orang awam di Malaysia mempelajari bahasa Arab adalah untuk tujuan memahami al-Quran dan bacaan di dalam Solat. Jadi, perkara ini menunjukkan fungsi bahasa Arab amat besar dalam perlaksanaan hal-hal ibadah terhadap kehidupan masyarakat di Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Pembelajaran bahasa Arab tidak lagi menjadi pilihan bahkan keperluan yang penting bagi mereka.

Menurut Rosni Samah (2009), pengajaran bahasa Arab telah bermula sejak dari kedatangan Islam secara tidak rasmi. Tujuannya adalah untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan ibadahnya.

Perkembangan pengajaran bahasa Arab dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan pengajian Islam di institusi pondok serta diperluas oleh sistem pendidkan madrasah lalu dipelbagaikan pula subjeknya hingga hari ini.

(6)

Reka Bentuk Modul i-MAM

Reka bentuk modul pengajaran merupakan elemen utama dan terpenting dalam menjayakan proses pengajaran & pembelajaran sesuatu kursus. Menurut Dick dan Reiser (1989), tujuan diadakan aktiviti reka bentuk pengajaran ialah untuk mengesyorkan kaedah pengajaran yang optimum yang boleh mengubah pengetahuan pelajar, kemahiran dan efektif pelajar. Oleh itu, pembangunan reka bentuk sebuah modul penting bagi menjadikan modul yang lebih efektif serta sesuai dengan perkembangan semasa yang mana masyarakat sekarang cenderung kepada pembelajaran bahasa al-Quran (Azlan, 2021). Modul ini mengambil inspirasi dan diadaptasi daripada modul terdahulu kemudian disesuaikan mengikut perkembangan semasa. Antara modul yang dirujuk adalah seperti berikut:

Pendekatan An-Nadwi daripada buku Qisas Al-Nabiyyin Lil Atfal (2000)

Sumbangan An-Nadwi dalam Bahasa Arab amatlah besar sekali terutamanya pada buku beliau yang berjudul “Qisas Al-Nabiyyin li Afal” iaitu kisah-kisah para nabi bagi kanak-kanak (Ahmad Fahmi:

2000). Beliau menyusun buku ini bagi kanak-kanak yang ingin mempelajari Bahasa Arab beradasarkan kisah-kisah para nabi. Bahkan, menurut Zaharuddin (2015), An-Nadwi menyarankan agar buku ini juga harus dibaca bukan sahaja oleh golongan kanak-kanak, malah juga golongan dewasa kerana buku ini beliau telah menyempurnakan aspek penting bahasa mencakupi unsur lahiriah dan batiniah.

Modul ini telah menyelitkan ayat-ayat al-Quran dengan pemilihan ayat yang sesuai dengan jalan ceritanya. Ramai dalam kalangan tokoh penulis Arab seperti Sayyid Qutb memuji Qisas Al-Nabiyyin lil At-Fal. Pengkaji merasakan pendekatan buku ini harus diberi perhatian yang sewajarnya untuk pembelajaran bahasa al-Quran di Malaysia.

Pendekatan Kaedah Pusar Oleh Rusdi Alias (2013)

Kaedah Pusar adalah sebuah kaedah yang telah diasaskan oleh Rusdi Alias pada tahun 2013.

Kaedah ini adalah sebuah pendekatan bahasa al-Quran melalui pembelajaran per kata. Ia telah disusun berdasarkan perkataan-perkataan yang dianggap popular di dalam Al-Quran berdasarkan 12 tahun pengalamannya mengajar al-Quran kepada orang awam. Di samping itu juga, beliau telah membuat penjenamaan semula terhadap istilah-istilah ilmu sorof menjadi formula tertentu seperti sifir Matematik yang mewakili setiap perkataan bahasa Arab. Tambahan pula, beliau juga telah merumuskan beberapa formula mudah dalam mempelajari Bahasa Arab pada masa kini.

Reka bentuk Modul al-Mulawwan (2021)

Pembinaan rekabentuk modul komprehensif pembelajaran Bahasa Arab al-Quran oleh pengkaji yang bertujuan mendekatkan orang awam dengan perkataan bahasa arab al-Quran melalui penggunaan warna primer. Modul ini direkabentuk dengan cara membahagikan setiap kategori utama perkataan di dalam al-Quran. Metodologi yang digunakan ialah penggunaan warna dalam membezakan kategori tersebut. Warna hitam akan mewakili perkataan al-fi‘l, merah mewakili al-ḥarf dan hijau mewakili al-ism. Daripada aspek nahu, rekabentuk modul akan menyediakan tajuk-tajuk asas dengan keterangan yang sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan tatabahasa arab peringkat asas dan pertengahan. Contoh-contoh pula akan diambil daripada ayat-ayat alQuran pelbagai tema yang lebih dekat dengan orang awam. Selain itu, aspek kosa kata pula, modul ini dicadangkan membahagikan perkataan-perkataan ini kepada 4 kategori, iaitu kata pinjaman bahasa Arab yang terdapat dalam bahasa Melayu, kosa kata yang berulang, kosa kata yang wajib diketahui dan kosa kata yang tidak diketahui maknanya. Kebiasaannya, orang awam secara umum mampu menguasai dan memahami 70% perkataan dalam al-Quran (Mohd. Rusdi, 2013). Di samping itu, kaedah ini juga menekankan aspek tadabbur makna dan tafsir bahasa dalam ayat al-Quran yang menjadikan pembelajaran lebih bermakna, realistik dan efektif. Oleh itu, melalui modul ini, mereka

(7)

dapat mengenal pasti perkataan dalam al-Quran dengan lebih mudah dan seronok, di samping memantapkan kefahaman mereka terhadap bahasa Arab itu sendiri dengan tepat. Ia bertepatan dengan logo yang dipaparkan di bawah (Gambar 2) yang menpati elemen tiga warna primer iaitu hijau, hitam dan merah dalam membentuk formula mudah membezakanpelbagau perkataan dalam bahasa al-Quran

Keistimewaan i-MAM Jadual dan Gambar Rajah

Modul yang direkabentuk ini memberi pendedahan kepada beberapa ciri-ciri inovatif yang menarik.

Antaranya :

Rajah 1: Contoh penggunaan warna primer dalam pembelajaran surah al-Asr.

Pembahagian perkataan di dalam Al-Quran menggunakan tiga warna primer bagi setiap perkataan.

Warna hijau mewakili Al-Isim (KN), merah Al-Huruf (KS) dan hitam Al-Fiel (KK). Seperti yang didapati dalam Rajah 1 di atas. Perkataan yang diwarnakan dengan hijau itu adalah tergolong daripada kata nama seperti al-Asr, al-Insan, Khusr, Allazina, Assolihat, al-Haq dan as-Sabr. Manakala perkataan yang berwarna merah adalah perkataan yang terdiri daripada kata sendi yang pelbagai seperti Waw al-Qasm, Inna, La fi, Illa, waw al-Atf dan huruf jar bi. Selain itu perkataan yang merupakan kata kerja menggunakan warna hitam iaitu Amanu, ‘Amilu dan Tawasau. Oleh itu para pelajar akan dapat membezakan dengan lebih mudah setiap jenis perkataan dan dapat mengenalpasti dengan pantas perbezaan ketiga-tiga jenis perkataan ini.

Penyediaan Tajuk Bagi Setiap Contoh

Penyediaan tajuk ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk merujuk isi penting atau pengajaran yang terkandung di dalam ayat berkenaan. Hal ini bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh pengkaji iaitu menggabungkan aspek lahiriah (bahasa) dan batiniah (pengajaran dan nilai). Ini adalah pendekatan yang diadaptasi daripada metod yang digunakan oleh Abu Hassan Ali An-Nadwi, salah seorang ulama’ tersohor pada awal abad ke-20. Ini dinyatakan oleh pengkaji sebelum ini dalam reka bentuk modul.

(8)

Rajah 2 : Contoh tajuk-tajuk yang disediakan mengikut ayat al-Quran yang diberikan

Pembahagian Kunci Penguasaan 70% perkataan Bahasa Arab di dalam Al-Quran. Figura 2:

Peratusan perkataan dalam Al-Quran.

(9)

Pembahagian kunci penguasaan 70% perkataan di dalam Al-Quran ini diadaptasi daripada buku Cara Mudah Menguasai Bahasa Al-Quran Kaedah Pusar oleh Rusdi Alias (2010). Pengajaran Kaedah Pusar ini adalah memfokuskan pengajaran kepada Al-isim dan Al-huruf asas dalam pengajaran yang merangkumi 40% perkataan di dalam Al-Quran. Manakala perkataan selainnya adalah terdiri daripada perkataan pinjaman yang terdapat dalam Bahasa Melayu serta perkataan yang dianggap berulang-ulang di dalam Al-Quran. Ia merangkumi 30% perkataan di dalam Al-Quran.

Penyediaan Kad Kunci Perkataan

Kad Kunci ini adalah sebuah kad atau kalendar yang mengumpulkan Al-Huruf dan Al-Isim yang wajib diketahui oleh pelajar. Pada permulaan pengajaran, pelajar akan didedahkan dengan mengenal perkataan Al-Huruf dan Al-Isim yang menjadi syarat wajib untuk mereka kenal sebelum mengenal tajuk-tajuk yang lebih besar. Kad ini penting bagi mereka sebagai rujukan pada setiap kali kelas berlangsung. Selain itu, kad ini juga mengandungi jadual mudah bagi mereka untuk mengenal Al- Fiel serta perubahan-perubahannya. Tambahan pula, ia mengandungi rujukan mudah bagi wazan atau formula morfologi yang disusun mengikuti susunan bernombor.

Pengiktirafan dan Penerbitan

Kajian dan penyelidikan ini telah menyertai beberapa pertandingan inovasi yang dianjurkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan memenangi pingat. Antaranya ialah pingat gangsa dalam Pertandingan e-Inovasi sempena Majlis Dekan Pendidikan peringkat Kebangsaan (MEDC) 2020 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Kajian dan Pendidikan Antarabangsa (Edu-INNOVATION) 2020 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

(10)

Kesimpulan

Diharapkan modul ini dapat memberi impak yang baik untuk masa depan bahasa Arab di Malaysia.

Kita mengharapkan sebuah modul Bahasa al-Quran yang mudah dan sesuai untuk segala lapisan masyarakat khususnya di Malaysia dapat diimplementasikan bagi membantu orang ramai memahami serta menghayatinya khususnya dalam ibadah. Dengan modul ini juga, pengkaji mensasarkan untuk menerbitkan lebih banyak produk yang lebih bersifat holistik seperti aplikasi bahasa al-Quran digital, e-Book pembelajaran bahasa al-Quran dan sebagainya. Pembinaan modul ini dilihat juga bersesuaian dengan kehendak semasa kini selain memberi nafas baru dalam dunia pembelajaran bahasa Arab. Hal ini memerlukan usaha dan pergandingan bahu antara banyak pihak agar terus segar dalam masyarakat.

Rujukan

Abdul Jalal Bin Abdul Manaf, Shamsul Bahari Bin Dahalan dan lain-lain. (2015). Keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat Al-Quran Berbantukan Al-Quran Terjemahan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Hifz Al-Quran. Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abu Ali Al Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi Bin Zamzam). (2000). Abul Hasan Ali Al-Hasani An- Nadwi : Sejarah Hidup Dan Pemikirannya. Khazanah Banjariah.

Dick, W. & Reiser, R.A. (1989). Planning Effective Instruction, United States: Prentice Hall.

Ibrahim, M. L., & Baharum, A. S. (2021). Kerangka pembentukan modul pengajaran bahasa al- Quran untuk masyarakat awam: The designing framework of Quranic language teaching module for the public. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(1), 482-494.

https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.170

James G. Clawson. (2008). Adult Learning Theory. Darden Business Publishing. University Of Virgina.

(11)

Ku Fatahiyah Binti Ku Azizan, Hanis Najwa Binti Shaharuddin, Farah Nur-Rashida Binti Rosnan, Wazzainab Ismail. (2019). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Wal Qiraat. Journal of Social Science and Humanities. Vol. 16, No.2 (1-15)

Mariam Adawiyah Dzulkifli, Muhammad Faiz Mustafar. (2012). The Influence of Colour on Memory Performance: A Review. Malays J Med Sci. Mar-May 2013; 20(2): 3-9.

Md Noor Bin Hussin, Kamal Azmi Bin Abd Rahman, Rosni binti Wazir. (2019). Kajian Deskriptif Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab di Kalangan Muallaf. International Conference On Muallaf (ICOM).

Mohamad Hussin, Abdul Hadi Marosadee. (2019). Pembinaan Modul Pembelajaran ‘Adad dan Ma’dud Berpandukan Ayat Al-Quran. Issues in Language Studies (Vol 8 No 1, 2019).

Mohd. Rusdi Bin Alias. (2013). Cara Mudah Menguasai Bahasa Al-Quran : Kaedah Pusar Gabungan Perkataan Popular dan Sifir. Cetakan Kibar Management.

Mohd Shafie Zulkifli, Hairun Najuwah Jamali, Hasanah Hj Iksan, Hj Ahmad Ismail. (2018). Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Interaktif Bahasa Arab Di Pusat Bahasa Arab Selangor (PBAS).

Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 5 Bil 1 (2018).

Mohd Shahrizal Nasir, Muhammad Sabri Sahrir, Mohd Firdaus Yahaya. (2015). Tinjauan Persepsi Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Tinjauan Ibadah Sebagai Satu Keperluan Bagi Masyarakat Muslim Awam di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 30, 51–72, 2015.

Nooraihan Ali, Mohd Hilmi Abdullah, Asyraf Ab Rahman. (2020). Penilaian Keberkesanan Modul Pembelajaran Kendiri Strategi Pemahaman Membaca Teks Bahasa Arab (MPK SPMBA) Untuk Pelajar Pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari.

Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin.

Nur Afifah Fadzil, Suhaila Zailani @ Hj Ahmad. (2014). Tinjauan Literature Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab untuk Orang Awam. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014.

Rosni Samah. (2009). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab Untuk Pelajar Bukan Penutur Jati. Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia.

Valerie Mcgrath. (2009). Reviewing the Evidence on How Adult Students Learn: An Examination of Knowles’ Model of Andragogy. The Irish Journal of Adult and Community Education 2009 , 99-110.

Zaharuddin Nawi Al-Qasimi. (2015). Qisas Al-Nabiyyin Li Atfal : Kisah Para Nabi Untuk Kanak-Kanak, Makna Kalimah, Penerangan Nahu & Saraf dan Terjemahan, Jilid 1. Basooir Global.

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perkaitan antara personaliti pelajar dan tingkah laku pengajaran guru dengan pencapaian Matematik.. Borang soal selidik

Persoalan kajian: Adakah terdapat tahap korelasi yang tinggi dan signifikan antara kebimbangan ujian, motivasi ekstrinsik dan intrinsik dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap minat pelajar Tahfiz Bestari terhadap pembelajaran bahasa Arab serta hubungan antara persepsi setelah mempelajari bahasa

a) Pelajar sewajarnya mengetahui kepentingan kemahiran membaca dalam menguasai bahasa Arab sebagai bahasa asing. Untuk menguasai dengan baik, pelajar perlu yakin dan

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji kesan pembelajaran berasaskan projek secara atas talian (e-PBP) ke atas sikap, pengetahuan dan tingkah

Gaya pengajaran guru yang berkesan mampu memberi perubahan yang besar dalam mempengaruhi penguasaan kosa kata bahasa Arab pelajar bagi sekolah menengah agama dan sekolah menengah

Oleh demikian, kajian tentang tahap penerimaan pelajar terhadap CIDOS dalam pembelajaran mereka sangat diperlukan sebagai proses penambahbaikan dalam sistem pengurusan

Oleh itu, kajian berkaitan tahap kefahaman dan tahap penglibatan melalui sikap dan tingkah laku dalam amalan filantropi melibatkan masyarakat semasa COVID-19 amat penting sebagai kayu