DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i12.2176
Penerokaan Stail Berfikir Sternberg dalam kalangan Murid Sejarah (An Exploration of Sternberg Thinking Style among History Students)
M. Kaviza1* , Che Saodah Ibrahim2
1SMK Tengku Suleiman, Beseri, 02400, Perlis, Malaysia.
Email: [email protected]
2SMK Tengku Suleiman, Beseri, 02400, Perlis, Malaysia.
Email: [email protected]
CORRESPONDING AUTHOR (*):
M. Kaviza
([email protected]) KATA KUNCI:
Stail berfikir Murid sejarah Dimensi
Sternberg-Wagner Thinking Styles Inventory
KEYWORDS:
Thinking style History students Dimension
Sternberg-WagnerThinking Styles Inventory
CITATION:
M. Kaviza. & Che Saodah Ibrahim (2022).
Penerokaan Stail Berfikir Sternberg dalam kalangan Murid Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(12), e002176.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i12.2176
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneroka profil stail berfikir Sternberg yang dominan diamalkan dalam kalangan murid sejarah berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran.
Seramai 150 orang murid terlibat dalam kajian ini.
Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang telah diadaptasi daripada Sternberg-WagnerThinking Styles Inventory. Data kajian ini telah dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa stail berfikir yang dominan diamalkan berdasarkan Min Dominan Sternberg ialah stail berfikir eksekutif dan judisial (dimensi fungsi), stail berfikir global dan lokal (dimensi peringkat), stail berfikir liberal dan konservatif (dimensi kecenderungan), stail berfikir hirarkik, monarkik, oligarkik dan anarkik (dimensi bentuk) dan stail berfikir luaran (dimensi skop).
Dapatan kajian ini juga melaporkan profil stail berfikir dominan adalah berbeza-beza walaupun tidak terdapat perbezaan min yang signifikan berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran. Implikasi kajian ini telah memaparkan murid-murid sejarah mengamalkan stail berfikir yang berbeza berdasarkan dimensi yang telah menyarankan guru-guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang lebih berkesan mengikut keupayaan stail pemikiran murid.
ABSTRACT
This survey study aims to explore the dominant Sternberg thinking style practiced among history students based on gender and subject stream. A total of 150 students were involved in this study. The research instrument is a questionnaire that has been adapted from the Sternberg Thinking Styles Inventory. This data of this study has been analyzed using descriptive and inferential statistics using IBM SPSS software. The findings of this study show that the dominant thinking style practiced based on Sternberg Dominant Mean among history students are executive and judiciary thinking styles (function dimension), global and
local thinking styles (stage dimension), liberal and conservative thinking style (tendency dimension), hierarchy, monarchy, oligarchy and anarchy (shape dimension) and external thinking style (scope dimension).
The findings of this study also report different dominant thinking styles profile even though there are no significant differences based on the gender and subject stream. The implications of this study have shown that the history students practice different thinking style that have suggested teachers to plan and implement a more effective history teaching and learning process according to student thinking abilities style.
Sumbangan/Keaslian: Kajian ini memberikan gambaran tentang stail berfikir Sternberg yang dipraktikkan dalam kalangan murid sejarah di sekolah menengah.
1. Pengenalan
Stail berfikir merupakan elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembelajaran murid. Hal ini demikian kerana stail berfikir membolehkan penentuan terhadap sesuatu keputusan dan tindakan seseorang murid dilakukan (Noriati, Boon, &
Sharifah Fakhiriah, 2009). Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid mempunyai stail berfikir masing-masing yang merujuk kepada perbezaan dalam proses pemikiran antara seorang murid dengan seorang murid yang lain. Hal ini demikian kerana setiap murid mempunyai proses pemikiran yang berbeza iaitu proses mental yang digunakan oleh murid untuk membina dan menyelesaikan masalah serta membuat rumusan dan memenuhi keinginan bagi memperoleh sesuatu jawapan secara implisit mahupun secara eksplisit (Noriati et al. 2009). Sehubungan dengan itu, domain perbezaan individu dari aspek kognitif iaitu keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya adalah penting bagi membolehkan proses pembelajaran yang bermakna dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana setiap murid adalah unik dan mempunyai ciri-ciri personaliti diri yang tersendiri dalam perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial yang menyeluruh (Mok, 2008; Suppiah Nachiappan et al, 2009).
Seperti yang diketahui, mata pelajaran sejarah merupakan satu disiplin ilmu yang dinamik yang bertujuan untuk menjadikan seseorang murid yang arif dan peka sejarah serta menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran masa depan dengan memahami peristiwa masa lalu serta menghayati perjuangan tokoh-tokoh negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, [PPK] 2018). Namun, proses transformasi kurikulum mata pelajaran sejarah yang menekankan perkembangan pembelajaran sepanjang hayat melalui penyepaduan antara enam tunjang utama dalam kurikulum iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika serta sains dan teknologi dengan elemen-elemen pemikiran kritis, kreatif dan inovatif telah menjurus kepada pelaksanaan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah (PPK, 2018). Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap aplikasi proses pembelajaran sejarah secara mendalam yang berteraskan pendekatan berpusatkan murid yang dapat meningkatkan kompetensi, potensi dan bakat murid secara sepenuhnya adalah diperlukan melalui pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Kulasingam & Kaviza, 2022). Namun begitu, tidak dapat disangkal bahawa kecenderungan stail berfikir murid perlu dikenal pasti terlebih dahulu
oleh guru-guru sejarah agar proses pembelajaran yang berkesan dapat dibentuk dengan mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Hal ini demikian kerana stail berfikir yang lebih dikenali sebagai gaya kognitif atau gaya belajar murid adalah terhasil daripada perbezaan individu yang memberi kesan kepada pembentukan kepelbagaian tingkah laku murid di dalam kelas (Halpern, 1998; Suppiah Nachiappan, Ramlah & Abdul Aziz, 2008; Suppiah Nachiappan et al, 2009).
Sehubungan dengan itu, Theory of Mental Self Government Sternberg (1997) juga telah menjelaskan bahawa aspek kecerdasan mempunyai kaitan dengan ciri–ciri personaliti seseorang individu (Sternberg, Grigorenko & Zhang, 2008). Terdapat lima dimensi stail berfikir utama yang disarankan dalam Theory of Mental Self Government Sternberg (1997) iaitu dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop dengan melibatkan 13 jenis stail berfikir yang berbeza yang didapati mempengaruhi proses pembelajaran dari aspek kognitif murid (Sternberg, 1997;
Sternberg & Zhang, 2005; Sternberg, Wagner & Zhang, 2008; Sternberg & Wagner, 1991;
Martinez-Romero, 2018) seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1. Kepelbagaian kecenderungan stail berfikir dalam Theory of Mental Self Government Sternberg (1997) telah memperincikan bahawa murid-murid mempraktikkan stail berfikir yang berbeza dalam menyiapkan suatu tugasan, menyuarakan pendapat dan idea, serta memperkembangkan potensi dan bakat mereka (Sternberg, 1997; Sternberg &
Grigorenko,1997; Zhang, 2008).
Jadual 1: Dimensi Stail Berfikir Sternberg Berdasarkan Jenis Stail Berfikir
Dimensi Stail Berfikir Penerangan
Fungsi
Legislatif Murid menyiapkan tugasan mengikut cara tersendiri
Eksekutif Murid menyiapkan tugasan mengikut arahan ditetapkan
Judisial Murid membuat penilaian terhadap sesuatu perkara dan individu
Peringkat
Global Murid membuat gambaran menyeluruh dan generalisasi
Lokal Murid membuat perincian spesifik Kecenderungan
Liberal Murid menyiapkan tugasan mengikut kaedah baru Konservatif Murid menyiapkan tugasan mengikut kaedah
kebiasaan
Bentuk
Monarkik Murid menyiapkan satu tugasan dalam masa ditetapkan
Hirarkik Murid menyiapkan pelbagai tugasan dalam masa ditetapkan
Oligarkik Murid menyiapkan pelbagai tugasan sekaligus mengikut keutamaan
Anarkik Murid menyiapkan tanpa mengikut garis panduan diberikan
Skop
Dalaman Murid menyiapkan tugasan bersendirian Luaran Murid menyiapkan tugasan secara berinteraksi
orang lain
Selain itu, Sternberg (1997) juga memperjelaskan bahawa stail berfikir adalah penting kerana keberkesanan proses pembelajaran seseorang murid adalah bergantung kepada bagaimana mereka menyesuaikan stail berfikirnya semasa proses belajar di dalam kelas mahupun di luar kelas secara optimum. Hal ini demikian kerana setiap murid
mempunyai stail berfikir yang tersendiri dalam menentukan dan mengorganisasikan proses pembelajarannya mereka dengan lebih berkesan, di samping mempunyai kaitan dengan proses pemikiran mental dan pemprosesan maklumat dalam menjana suatu tingkah laku pembelajaran. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran yang memberikan peluang kepada murid-murid untuk belajar dengan cara, gaya, kecenderungan dan stail berfikir tersendiri adalah ditekankan agar murid-murid dapat memperkembangkan potensi dan bakat mereka secara menyeluruh bagi mencapai matlamat pembelajaran (Sternberg, 1997; Sternberg, Wagner & Zhang, 2008).
1.1. Pernyataan Masalah
Oleh kerana elemen stail berfikir memainkan peranan penting dalam mencorak keberkesanan proses pembelajaran sejarah dan proses pembelajaran sepanjang hayat murid, maka terdapat satu keperluan kepada pengkaji untuk meneroka profil stail berfikir yang dominan diamalkan dalam kalangan murid sejarah yang masih belum diketahui lagi. Hal ini rentetan daripada sorotan kajian-kajian lepas yang telah memaparkan profil stail berfikir yang berbeza-beza berdasarkan pelbagai disiplin ilmu (Amnah Zanariah & Norzaini, 2012; Ojha, 2015; Handayani, Umah & Utama, 2019;
Roghayeh Sajedi, 2018; Heong et al, 2014; Kao, Lei & Sun, 2008; Hayati & Noer, 2021) yang telah menimbulkan terdapat satu keperluan untuk mengenal pasti jenis stail berfikir yang dominan diamalkan oleh murid-murid sejarah semasa proses pembelajaran mereka. Penerokaan profil stail berfikir dalam kalangan murid sejarah diharapkan dapat membolehkan guru-guru sejarah untuk merancang, mengolah dan melaksanakan suatu pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran sejarah secara bersepadu dan sistematik agar kesemua objektif yang disarankan dalam kurikulum mata pelajaran sejarah dapat tercapai. Maka, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti profil stail berfikir yang dominan yang diamalkan dalam kalangan murid sejarah berdasarkan Stail Berfikir Sternberg iaitu dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop.
1.2. Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil stail berfikir yang dominan yang diamalkan dalam kalangan murid sejarah berdasarkan Stail Berfikir Sternberg iaitu dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop, di samping mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan bagi profil stail berfikir yang dominan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran.
1.3. Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah:
i. Mengenal pasti profil stail berfikir yang dominan yang diamalkan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop
ii. Mengenal pasti profil stail berfikir yang dominan yang diamalkan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop berdasarkan jantina
iii. Mengenal pasti profil stail berfikir yang dominan yang diamalkan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop berdasarkan aliran mata pelajaran
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi profil stail stail berfikir yang dominan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop berdasarkan jantina
v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi profil stail stail berfikir yang dominan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop berdasarkan aliran mata pelajaran
1.4. Persoalan Kajian Persoalan kajian ini ialah:
i. Apakah profil stail berfikir yang dominan yang diamalkan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop?
ii. Apakah profil stail berfikir yang dominan yang diamalkan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop berdasarkan jantina?
iii. Apakah profil stail berfikir yang dominan yang diamalkan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop berdasarkan aliran mata pelajaran?
iv. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan bagi profil stail stail berfikir yang dominan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop berdasarkan jantina?
v. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan bagi profil stail stail berfikir yang dominan dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop berdasarkan aliran mata pelajaran?
2. Metod Kajian
Kajian berbentuk tinjauan melibatkan 150 orang murid Tingkatan Lima yang telah ditentukan berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang diadaptasi daripada Sternberg-WagnerThinking Styles Inventory. Instrumen tersebut telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Sharifah Amnah (2009) dalam kajian kedoktorannya. Kebenaran menggunakan instrumen tersebut telah diperoleh daripada pembina dan penterjemahnya. Proses kesahan kandungan oleh pakar penilai dan kebolehpercayaan telah dilaksanakan.
Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha 0.97 secara keseluruhannya yang dianggap sangat baik dan diterima bagi tujuan kajian ini (Nunnally
& Berstein, 1994). Tambahan pula, nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi setiap dimensi juga berada pada tahap yang dianggap baik iaitu dimensi fungsi 0.89, dimensi peringkat 0.81, dimensi kecenderungan 0.82, dimensi bentuk 0.90 dan dimensi skop 0.77 dan kesemua dapatan nilai kebolehpercayaan bagi kelima-lima dimensi tersebut adalah selari dengan nilai kebolehpercayaan yang dilaporkan oleh penterjemahnya. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif melalui perisian IBM SPSS. Penentuan min dominan stal berfikir dalam kajian ini telah diadaptasi daripada manual inventori tersebut yang
telah mentafsirkan bahawa min stail berfikir perlu melebihi daripada min dominan yang telah disarankan.
3. Dapatan Kajian
3.1. Profil stail berfikir yang dominan murid sejarah
Berdasarkan Jadual 2 dan Graf 1, profil dimensi berfikir yang dominan yang diamalkan dari segi dimensi fungsi ialah profil stail berfikir eksekutif (M=4.03, SD=1.12) dan stail berfikir (M=4.06, SD=1.03) dalam kajian ini. Bagi dimensi peringkat pula, profil dimensi berfikir yang dominan diamalkan ialah stail berfikir global (M=3.85, SD=0.99) dan stail berfikir lokal (M=3.82, SD=1.00) dalam kajian ini. Seterusnya, bagi dimensi kecenderungan, profil dimensi berfikir yang dominan yang diamalkan ialah stail berfikir liberal (M=4.12, SD=1.11) dan stail berfikir konservatif (M=4.13, SD=1.06) dalam kajian ini. Bagi dimensi bentuk, profil dimensi berfikir yang dominan yang diamalkan ialah stail berfikir hirarkik (M=4.06, SD=1.05), stail berfikir monarkik (M=3.84, SD=1.06), stail berfikir oligarkik (M=3.71, SD=1.26) dan stail berfikir anarkik (M=4.06, SD=0.99) dalam kajian ini. Manakala, bagi dimensi skop, profil dimensi berfikir yang dominan yang diamalkan ialah stail berfikir luaran (M=4.14, SD=1.03) dalam kajian ini. Justeru, dapat dirumuskan bahawa profil stail berfikir yang dominan diamalkan dalam kalangan murid sejarah ialah stail berfikir eksekutif bagi dimensi fungsi, stail berfikir global dan stail berfikir lokal bagi dimensi peringkat, stail berfikir liberal dan stail berfikir konservatif bagi dimensi kecenderungan, stail berfikir hirarkik, stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik dan stail berfikir anarkik bagi dimensi bentuk dan stail berfikir luaran bagi dimensi skop berdasarkan Min Dominan Sternberg dalam kajian ini. Namun begitu, secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa stail berfikir yang paling dominan diamalkan berdasarkan min tertinggi dalam kalangan murid sejarah ialah stail berfikir luaran dalam dimensi skop dalam kajian ini.
Jadual 2: Statistik Deskriptif bagi Min Stail Berfikir dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop
Stail Berfikir Min (M) Sisihan Piawai (SD)
Min Dominan
Keputusan Dominan Dimensi Fungsi
Legistatif 3.96 1.06 4.00
Eksekutif 4.03 1.12 3.57 Dominan
Judisial 4.06 1.03 3.71 Dominan
Dimensi Peringkat
Global 3.85 0.99 3.21 Dominan
Lokal 3.82 1.00 3.14 Dominan
Dimensi Kecenderungan
Liberal 4.12 1.11 4.07 Dominan
Konservatif 4.13 1.06 3.07 Dominan
Dimensi Bentuk
Hirarkik 4.06 1.05 3.64 Dominan
Monarkik 3.84 1.06 3.14 Dominan
Oligarkik 3.71 1.26 2.86 Dominan
Anarkik 4.06 0.99 3.57 Dominan
Dimensi Skop
Dalaman 3.91 1.00 4.00
Luaran 4.14 1.03 3.22 Dominan
Graf 1: Min Stail Berfikir dari segi dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop
3.2. Profil stail berfikir yang dominan berdasarkan dimensi fungsi, peringkat, kecenderungan, bentuk dan skop bagi murid lelaki dan perempuan
Berdasarkan Jadual 3, min stail berfikir eksekutif dalam dimensi fungsi adalah lebih tinggi bagi murid lelaki (M=4.08, SD=1.11) berbanding dengan murid perempuan (M=3.99, SD=1.14) dan bagi stail berfikir judisial adalah lebih tinggi bagi murid perempuan (M=4.10, SD=1.08) berbanding dengan murid lelaki (M=4.03, SD=0.99) dalam kajian ini. Bagi dimensi peringkat pula, min stail berfikir global adalah lebih tinggi bagi murid perempuan (M=3.85, SD=1.09) berbanding dengan murid lelaki (M=3.84, SD=0.87) manakala, bagi stail berfikir lokal pula, min murid perempuan (M=3.85, SD=1.10) adalah lebih tinggi berbanding dengan murid lelaki (M=3.78, SD=0.89) dalam kajian ini. Seterusnya, bagi dimensi kecenderungan pula, min stail berfikir liberal adalah lebih tinggi bagi murid perempuan (M=4.27, SD=1.20) berbanding dengan murid lelaki (M=3.97, SD=0.99) dan bagi stail berfikir konservatif adalah lebih tinggi bagi murid perempuan (M=4.19, SD=1.13) berbanding dengan murid lelaki (M=4.07, SD=0.98) dalam kajian ini. Berdasarkan dimensi bentuk pula, min stail berfikir hirarkik adalah lebih tinggi murid perempuan (M=4.09, SD=1.14) berbanding dengan murid lelaki (M=4.04, SD=0.95), min stail berfikir monarkik adalah lebih tinggi bagi murid lelaki (M=3.87, SD=0.94) berbanding dengan murid perempuan (M=3.83, SD=1.17), min stail berfikir oligarkik adalah lebih tinggi bagi murid lelaki (M=3.75, SD=1.24) berbanding dengan murid perempuan (M=3.68, SD=1.28) dan min stail berfikir anarkik adalah lebih tinggi bagi murid lelaki (M=4.12, SD=0.89) berbanding dengan murid perempuan (M=4.00, SD=1.06) dalam kajian ini. Bagi dimensi skop, min stail berfikir luaran adalah lebih tinggi murid lelaki (M=4.15, SD=0.99) berbanding dengan murid perempuan (M=4.13, SD=1.08) dalam kajian ini. Justeru, dapat dirumuskan bahawa profil stail
berfikir yang dominan yang diamalkan oleh murid lelaki ialah stail berfikir eksekutif bagi dimensi fungsi, stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik dan stail berfikir anarkik bagi dimensi bentuk dan stail berfikir luaran bagi dimensi skop berbanding dengan murid perempuan yang dominan mengamalkan stail berfikir judisial bagi dimensi fungsi, stail berfikir global dan stail berfikir lokal bagi dimensi peringkat, stail berfikir liberal dan stail berfikir konservatif bagi dimensi kecenderungan dan stail berfikir hirarkik bagi dimensi bentuk berdasarkan Min Dominan Sternberg dalam kajian ini. Namun begitu, secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa stail berfikir yang paling dominan diamalkan berdasarkan min tertinggi bagi murid lelaki ialah stail berfikir luaran dalam dimensi skop, manakala bagi murid perempuan pula ialah stail berfikir liberal dalam dimensi kecenderungan dalam kajian ini.
Jadual 3: Statistik Deskriptif Bagi Min Stail Berfikir Dominan Berdasarkan Dimensi Fungsi, Peringkat, Kecenderungan, Bentuk Dan Skop Berdasarkan Jantina
Jantina Lelaki
(N=73)
Perempuan (N=77)
Stail Berfikir Min (M) Sisihan
Piawai (SD) Min (M) Sisihan Piawai (SD) Dimensi Fungsi
Eksekutif 4.08 1.11 3.99 1.14
Judisial 4.03 0.99 4.10 1.08
Dimensi Peringkat
Global 3.84 0.87 3.85 1.09
Lokal 3.78 0.89 3.85 1.10
Dimensi Kecenderungan
Liberal 3.97 0.99 4.27 1.20
Konservatif 4.07 0.98 4.19 1.13
Dimensi Bentuk
Hirarkik 4.04 0.95 4.09 1.14
Monarkik 3.87 0.94 3.83 1.17
Oligarkik 3.75 1.24 3.68 1.28
Anarkik 4.12 0.89 4.00 1.06
Dimensi Skop
Luaran 4.15 0.99 4.13 1.08
3.3. Profil stail berfikir yang dominan murid aliran sains dan aliran bukan sains Berdasarkan Jadual 4, min berfikir eksekutif dalam dimensi fungsi adalah lebih tinggi bagi murid aliran sains (M=4.05, SD=1.18) berbanding dengan murid aliran bukan sains (M=4.01, SD=1.07) dan bagi stail berfikir judisial adalah lebih tinggi bagi murid aliran sains (M=4.08, SD=1.10) berbanding dengan murid aliran bukan sains (M=4.05, SD=0.98) dalam kajian ini. Bagi dimensi peringkat pula, min stail berfikir global adalah lebih tinggi bagi murid aliran sains (M=3.88, SD=1.04) berbanding dengan murid aliran bukan sains (M=3.82, SD=0.94) dan min stail berfikir lokal pula adalah lebih tinggi bagi murid aliran sains (M=3.85, SD=1.10) berbanding dengan murid aliran bukan sains (M=3.79, SD=0.91) dalam kajian ini. Seterusnya, bagi dimensi kecenderungan, min stail berfikir liberal adalah lebih tinggi bagi murid aliran bukan sains (M=4.25, SD=1.04) berbanding dengan murid aliran sains (M=3.98, SD=1.18) dan min stail berfikir konservatif adalah lebih tinggi bagi murid aliran bukan sains (M=4.14, SD=0.99) berbanding dengan murid aliran sains (M=4.13, SD=1.13) dalam kajian ini. Selain itu, bagi dimensi bentuk min stail berfikir hirarkik adalah lebih tinggi bagi murid aliran sains (M=4.07, SD=1.11) berbanding dengan murid aliran bukan sains (M=4.06,
SD=0.99), min stail berfikir monarkik adalah lebih tinggi bagi murid aliran bukan sains (M=3.90, SD=1.02) berbanding dengan murid aliran sains (M=3.79, SD=1.11), min stail berfikir oligarkik adalah lebih tinggi bagi murid aliran sains (M=3.78, SD=1.30) berbanding dengan murid aliran bukan sains (M=3.65, SD=1.22) dan min stail berfikir anarkik adalah lebih tinggi bagi murid aliran sains (M=4.07, SD=0.91) berbanding dengan murid aliran sains (M=4.05, SD=1.05) dalam kajian ini. Bagi dimensi skop pula, min stail berfikir luaran adalah lebih tinggi bagi murid aliran bukan sains (M=4.17, SD=0.96) berbanding dengan murid aliran sains (M=4.11, SD=1.13) dalam kajian ini.
Justeru, dapat dirumuskan bahawa stail berfikir yang dominan diamalkan oleh murid aliran sains ialah stail berfikir eksekutif dan stail berfikir judisial bagi dimensi fungsi, stail berfikir global dan stail berfikir lokal bagi dimensi peringkat, stail berfikir hirarkik dan stail berfikir oligarkik bagi dimensi bentuk berbanding dengan murid aliran bukan sains yang dominan mengamalkan stail berfikir liberal dan stail berfikir konservatif bagi dimensi kecenderungan, stail berfikir monarkik dan stail berfikir anarkik bagi dimensi bentuk dan stail berfikir luaran bagi dimensi skop berdasarkan Min Dominan Sternberg dalam kajian ini. Namun begitu, secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa stail berfikir yang paling dominan diamalkan berdasarkan min tertinggi bagi murid aliran sains ialah stail berfikir konservatif dalam dimensi kecenderungan, manakala bagi murid aliran bukan sains pula ialah stail berfikir liberal dalam dimensi kecenderungan juga dalam kajian ini.
Jadual 4: Statistik Deskriptif bagi Min Stail Berfikir Dominan bagi berdasarkan dimensi fungsi, peringkat, kecenderungan, bentuk dan skop Berdasarkan Aliran Mata Pelajaran
Aliran Mata Pelajaran Aliran Sains (N=70)
Aliran Bukan Sains (N=80)
Stail Berfikir Min (M) Sisihan
Piawai (SD) Min (M) Sisihan Piawai (SD) Dimensi Fungsi
Eksekutif 4.05 1.18 4.01 1.07
Judisial 4.08 1.10 4.05 0.97
Dimensi Peringkat
Global 3.88 1.04 3.82 0.94
Lokal 3.85 1.10 3.79 0.91
Dimensi Kecenderungan
Liberal 3.98 1.18 4.25 1.04
Konservatif 4.13 1.13 4.14 0.99
Dimensi Bentuk
Hirarkik 4.07 1.11 4.06 0.99
Monarkik 3.79 1.11 3.90 1.02
Oligarkik 3.78 1.30 3.65 1.22
Anarkik 4.05 1.05 4.07 0.91
Dimensi Skop
Luaran 4.11 1.13 4.17 0.96
3.4. Perbezaan min stail berfikir yang dominan Berdasarkan Jantina
Berdasarkan 11 profil stail berfikir dominan berdasarkan lima dimensi iaitu dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop dalam kajian ini, maka 11 sub hipotesis nul (Ho1) telah dibentuk untuk diuji kebenarannya pada aras kesignifikan p=0.05 iaitu:
Ho1a: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir eksekutif berdasarkan jantina
Ho1b: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir judisial berdasarkan jantina
Ho1c: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir global berdasarkan jantina
Ho1d: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir lokal berdasarkan jantina
Ho1e: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir liberal berdasarkan jantina
Ho1f: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir konservatif berdasarkan jantina
Ho1g: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir hirarkik berdasarkan jantina
Ho1h: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir monarkik berdasarkan jantina
Ho1i: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir oligarkik berdasarkan jantina
Ho1j: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir anarkik berdasarkan jantina
Ho1k: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir luaran berdasarkan jantina
Berdasarkan keputusan ujian Levene’s yang tidak signifikan kesemua stail berfikir dominan pada Jadual 5 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir berdasarkan jantina bagi stail berfikir eksekutif [t(148)=- 0.48, p=0.64], bagi stail berfikir judisial [t(148)=-0.41, p=0.69], stail berfikir global [t(148)=-0.03, p=0.97], stail berfikir lokal [t(148)=-0.47, p=0.64], stail berfikir liberal [t(148)=-1.66, p=0.10], stail berfikir konservatif [t(148)=-0.71, p=0.48], stail berfikir hirarkik [t(148)=-0.29, p=0.77], stail berfikir monarkik [t(148)=0.18, p=0.85], stail berfikir oligarkik [t(148)=0.36, p=0.73], stail berfikir anarkik [t(148)=0.69, p=0.49] dan stail berfikir luaran [t(148)=0.15, p=0.88]. Maka hipotesis nul (Ho1a, Ho1b, Ho1c, Ho1d, Ho1e, Ho1f, Ho1g, Ho1h, Ho1i, Ho1j, dan Ho1k) telah diterima. Justeru, dapat dirumuskan bahawa min stail berfikir dominan iaitu stail berfikir eksekutif, stail berfikir judisial, stail berfikir global, stail berfikir lokal, stail berfikir liberal, stail berfikir konservatif, stail berfikir hirarkik, stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir anarkik dan stail berfikir luaran adalah sama antara murid lelaki dan murid perempuan dalam kajian ini.
Jadual 5: Ujian-t Sampel Tidak Bersandar Bagi Min Stail Berfikir Dominan Berdasarkan Jantina
Ujian-t bagi persamaan min
Stail berfikir
Ujian
Levene’s t df p Perbezaan
min Min
ralat Piawai
99% selang keyakinan bagi perbezaan
F Sig Bawah Atas
Eksekutif 0.30 0.86 0.48 148 0.64 0.88 0.18 -0.28 0.45 Judisial 0.35 0.56 -0.41 148 0.69 -0.67 0.17 -0.40 0.27 Global 2.08 0.15 -0.03 148 0.97 -0.01 0.16 -0.33 0.31 Lokal 2.03 0.16 -0.47 148 0.64 -0.08 0.16 -0.40 0.25 Liberal 3.76 0.55 -1.66 148 0.10 -0.30 0.18 -0.65 0.59 Konservatif 1.10 0.30 -0.71 148 0.48 -0.13 0.17 -0.47 0.22 Hirarkik 1.85 0.18 -0.29 148 0.77 -0.05 0.17 -0.39 0.29 Monarkik 1.95 0.17 0.18 148 0.85 0.03 0.17 -0.31 0.38 Oligarkik 0.08 0.78 0.36 148 0.73 0.73 0.21 -0.33 0.48 Anarkik 1.02 0.32 0.69 148 0.49 0.11 0.16 -0.21 0.43 Luaran 0.50 0.82 0.15 148 0.88 0.03 0.17 -0.31 0.36
3.5. Perbezaan min stail berfikir yang dominan Berdasarkan Aliran Mata Pelajaran
Berdasarkan 11 profil stail berfikir dominan berdasarkan lima dimensi iaitu dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop dalam kajian ini, maka 11 sub hipotesis nul (Ho2) telah dibentuk untuk diuji kebenarannya pada aras kesignifikan p=0.05 iaitu:
Ho2a: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir eksekutif berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2b: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir judisial berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2c: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir global berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2d: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir lokal berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2e: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir liberal berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2f: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir konservatif berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2g: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir hirarkik berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2h: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir monarkik berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2i: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir oligarkik berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2j: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir anarkik berdasarkan aliran mata pelajaran
Ho2k: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir luaran berdasarkan aliran mata pelajaran
Berdasarkan keputusan ujian Levene’s yang tidak signifikan kesemua stail berfikir dominan pada Jadual 6 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi stail berfikir berdasarkan aliran mata pelajaran bagi stail berfikir eksekutif [t(148)=0.23, p=0.82], bagi stail berfikir judisial [t(148)=0.16, p=0.87], stail berfikir global [t(148)=0.36, p=0.72], stail berfikir lokal [t(148)=0.42, p=0.67], stail berfikir liberal [t(148)=-1.51, p=0.13], stail berfikir konservatif [t(148)=-0.97, p=0.92], stail berfikir hirarkik [t(148)=0.02, p=0.98], stail berfikir monarkik [t(148)=-0.66, p=0.51], stail berfikir oligarkik [t(148)=0.66, p=0.51], stail berfikir anarkik [t(148)=- 0.19, p=0.91] dan stail berfikir luaran [t(148)=-0.32, p=0.75]. Maka hipotesis nul (Ho2a, Ho2b, Ho2c, Ho2d, Ho2e, Ho2f, Ho2g, Ho2h, Ho2i, Ho2j, dan Ho2k) telah diterima. Justeru, dapat dirumuskan bahawa min stail berfikir dominan iaitu stail berfikir eksekutif, stail berfikir judisial, stail berfikir global, stail berfikir lokal, stail berfikir liberal, stail berfikir konservatif, stail berfikir hirarkik, stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir anarkik dan stail berfikir luaran adalah sama antara murid aliran sains dan murid aliran bukan sains dalam kajian ini.
Jadual 6: Ujian-t Sampel Tidak Bersandar Bagi Min Stail Berfikir Dominan Berdasarkan Aliran Mata Pelajaran
Stail berfikir
Ujian-t bagi persamaan min Ujian
Levene’s t df p Perbezaan
min Min
ralat Piawai
99% selang keyakinan bagi perbezaan
F Sig Bawah Atas
Eksekutif 0.42 0.52 0.23 148 0.82 0.04 0.18 -0.32 0.40 Judisial 0.93 0.34 0.16 148 0.87 0.03 0.17 -0.31 0.36 Global 1.25 0.26 0.36 148 0.72 0.06 0.16 -0.26 0.38 Lokal 1.29 0.26 0.42 148 0.67 0.07 0.16 -0.26 0.40 Liberal 1.35 0.25 -1.51 148 0.13 -0.28 0.18 -0.63 0.08 Konservatif 0.30 0.59 -0.97 148 0.92 -0.17 0.17 -0.36 0.33 Hirarkik 0.65 0.42 0.02 148 0.98 0.03 0.17 -0.34 0.34 Monarkik 0.88 0.35 -0.66 148 0.51 -0.11 0.17 -0.46 0.23 Oligarkik 0.11 0.19 0.66 148 0.51 0.14 0.21 -0.27 0.54 Anarkik 1.16 0.28 -0.19 148 0.91 -0.02 0.16 -0.34 0.30 Luaran 0.83 0.36 -0.32 148 0.75 -0.05 0.17 -0.39 0.28 4. Perbincangan Kajian
Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa profil stail berfikir yang dominan diamalkan dalam kalangan murid sejarah ialah stail berfikir eksekutif dan stail berfikir judisial bagi dimensi fungsi, stail berfikir global dan stail berfikir lokal bagi dimensi peringkat, stail berfikir liberal dan stail berfikir konservatif bagi dimensi kecenderungan, stail berfikir hirarkik, stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik dan
stail berfikir anarkik bagi dimensi bentuk dan stail berfikir luaran bagi dimensi skop berdasarkan Min Dominan Sternberg. Dapatan kajian ini telah menjelaskan bahawa murid-murid sejarah telah mengamalkan 11 jenis profil stail berfikir berdasarkan lima dimensi iaitu dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Hal ini demikian kerana kandungan mata pelajaran sejarah adalah berbentuk kronologi yang membincangkan perihal kehidupan masyarakat dan negara daripada aspek politik, ekonomi dan sosial yang telah menyebabkan murid-murid telah mengamalkan kepelbagaian jenis stail berfikir dalam memperkembangkan proses pemikiran mereka secara kritis dan analitik serta mempraktikkan elemen kemahiran pemikiran sejarah dalam mencari kebenaran tentang masa lalu (PPK, 2018; Kaviza, 2019).
Sungguhpun begitu, profil stail berfikir dominan yang berbeza-beza antara murid sejarah berdasarkan lima dimensi dalam kajian ini adalah seiring dengan profil stail berfikir yang berbeza mengikut kumpulan individu-individu tertentu yang telah dilaporkan dalam kajian-kajian lepas. Antaranya, kajian Amnah Zanariah dan Norzaini (2012) telah melaporkan bahawa terdapat lapan jenis stail berfikir dominan yang diamalkan dalam kalangan pelajar jururawat iaitu stail berfikir eksekutif, stail berfikir judisial, stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir anarkik, stail berfikir global, stail berfikir lokal dan stail berfikir konservatif dan dalam kajian Ojha (2015) pula juga telah melaporkan bahawa stail berfikir hierarki, stail berfikir oligarki dan stail berfikir lokal yang diamalkan dalam kalangan remaja adalah berbeza antara daerah Odisha dan Chattisgarth, India, serta diikuti dengan kajian Handayani, Umah dan Utama (2019) yang telah melaporkan bahawa murid-murid adalah lebih dominan mengamalkan gaya berfikir liberal dan konservatif dalam pembelajaran matematik.
Maka, ketiga-tiga dapatan kajian iaitu kajian Amnah Zanariah dan Norzaini (2012), kajian Ojha (2015) dan kajian Handayani et al. (2019) tersebut telah menyokong dapatan kajian ini secara tidak langsung. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga adalah sealiran dengan dapatan kajian Najmi Hayati et al. (2021) dan kajian Hayati dan Noer (2021) yang telah melaporkan bahawa stail berfikir dominan murid dalam kursus bahasa Arab di Universiti Riau adalah stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir global, stail berfikir lokal, stail berfikir luaran dan stail berfikir konservatif serta diikuti dengan stail berfikir dominan murid dalam pembelajaran bahasa Arab di Ittihadul Muslim Islamic Boarding School, Kampung Pangkalan Pisang adalah stail berfikir eksekutif, stail berfikir judisial, stail berfikir monarkik, stail berfikir hirarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir anarkik, stail berfikir luaran dan stail berfikir konservatif. Justeru, dapat dirumuskan bahawa stail berfikir murid yang dominan diamalkan dalam kalangan murid sejarah ialah stail berfikir eksekutif, stail berfikir judisial, stail berfikir global, stail berfikir lokal, stail berfikir liberal, stail berfikir konservatif, dimensi kecenderungan, stail berfikir hirarkik, stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir anarkik dan stail berfikir luaran dalam kajian ini.
Tambahan pula, profil stail berfikir dominan yang berlainan bagi murid lelaki dan murid perempuan dan antara murid aliran sains dan murid aliran bukan sains walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi stail berfikir berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran dalam kajian ini adalah sealiran dengan dapatan kajian Roghayeh Sajedi (2018) yang telah melaporkan bahawa stail berfikir eksekutif, stail berfikir judisial, liberal, stail berfikir oligarkik dan stail berfikir hirarkik adalah sama antara murid lelaki dan murid perempuan dan dapatan kajian Heong et al. (2014) yang telah melaporkan bahawa jantina mempunyai korelasi yang lemah bagi stail berfikir oligarki, stail berfikir
hirarkik dan stail berfikir anarkik serta dapatan kajian Hayati dan Noer (2021) yang telah melaporkan bahawa murid perempuan mempunyai min stail berfikir yang lebih tinggi dalam stail berfikir legislatif, stail berfikir judisial, stail berfikir anarkik, stail berfikir dalaman, stail berfikir liberal dan stail berfikir konservatif berbanding dengan murid lelaki yang mempunyai min stail berfikir eksekutif, stail berfikir monarkik, stail berfikir hirarkik, stail berfikir oligarkik, stail berfikir global, stail berfikir lokal dan stail berfikir luaran. Namun begitu, kajian Zhang (2004) yang telah menjelaskan profil stail berfikir hierarkik, judisial dan monarkik merupakan penyumbang kepada pencapaian akademik berdasarkan bidang sains sosial, kemanusiaan, sains semula jadi dan teknologi, dapatan kajian Wirawani Kamarulzaman et al. (2021) yang telah melaporkan bahawa terdapat perbezaan signifikan antara stail berfikir legistatif, eksekutif dan judisial antara guru lelaki dan guru perempuan serta kajian Kao, Lei dan Sun (2008) yang telah melaporkan stail berfikir global adalah dominan diamalkan dalam kalangan murid bidang teknologi semasa proses pencarian maklumat dalam web telah menyokong dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa profil stail berfikir dominan yang diamalkan dalam kalangan murid sejarah adalah berlainan mengikut aliran sains dan aliran bukan sains. Justeru, dapat dirumuskan bahawa murid sejarah mengamalkan stail berfikir yang berbeza dalam lima dimensi iaitu dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop bagi murid lelaki, murid perempuan, murid aliran sains dan murid aliran bukan sains dalam kajian ini.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa stail berfikir paling dominan yang diamalkan dalam kalangan murid sejarah berdasarkan min tertinggi ialah stail berfikir luaran dalam dimensi skop secara keseluruhannya, stail berfikir luaran bagi murid lelaki dan stail berfikir liberal bagi murid perempuan, stail berfikir konservatif bagi murid aliran sains dan stail berfikir liberal bagi murid aliran bukan sains. Stail berfikir luaran adalah lebih dominan diamalkan oleh murid semasa proses pembelajaran mata pelajaran sejarah adalah bertepatan sekali kerana murid-murid meneroka dan mencari kebenaran terhadap sesuatu peristiwa secara berinteraksi antara bahan, manusia dan perkara di sekeliling mereka. Tambahan pula, murid-murid sejarah juga mengamalkan stail berfikir liberal dan stail berfikir konservatif semasa proses pembelajaran mata pelajaran sejarah iaitu mereka menghayati dan menguasai kandungan sejarah secara fleksibel sama ada dengan menggunakan cara yang berlainan mahupun dengan menggunakan cara yang sedia ada.
5. Kesimpulan
Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa stail berfikir yang dominan diamalkan dalam kalangan murid sejarah berdasarkan Min Dominan Sternberg ialah stail berfikir eksekutif dan judisial bagi dimensi fungsi, stail berfikir global dan stail berfikir lokal bagi dimensi peringkat, stail berfikir liberal dan stail berfikir konservatif bagi dimensi kecenderungan, stail berfikir hirarkik, stail berfikir monarkik, stail berfikir oligarkik dan stail berfikir anarkik bagi dimensi bentuk dan stail berfikir luaran bagi dimensi skop. Tambahan pula, stail berfikir paling dominan yang diamalkan berdasarkan min tertinggi pula dalam kalangan murid sejarah ialah stail berfikir luaran dalam dimensi skop secara keseluruhannya, stail berfikir luaran bagi murid lelaki dan stail berfikir liberal bagi murid perempuan, stail berfikir konservatif bagi murid aliran sains dan stail berfikir liberal bagi murid aliran bukan sains. Implikasi kajian ini telah memaparkan bahawa murid-murid sejarah adalah mengamalkan stail berfikir yang berbeza-beza mengikut lima dimensi dalam Stail Berfikir Sternberg seperti dimensi fungsi, dimensi peringkat, dimensi kecenderungan, dimensi bentuk dan dimensi skop
yang telah menyarankan kepada guru-guru sejarah untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang lebih berkesan dengan mengambil kira profil stail berfikir murid agar potensi dan bakat mereka dapat diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kelulusan Etika dan Persetujuan untuk Menyertai Kajian (Ethics Approval and Consent to Participate)
Kebenaran dan persetujuan mengikuti kajian diperoleh daripada semua peserta kajian berdasarkan prosedur dan etika penyelidikan.
Penghargaan (Acknowledgement)
Penulis merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan kepakaran dalam sorotan literatur ini
Kewangan (Funding)
Kajian dan penerbitan ini tidak menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan.
Konflik Kepentingan (Conflict of Interest)
Penulis melaporkan tiada sebarang konflik kepentingan berkenaan penyelidikan, pengarangan atau penerbitan kajian ini.
Rujukan
Amnah Zanariah Ab Razak & Norzaini Azman (2012). Satil berfikir dan stail pembelajaran pelajar jururawat: satu kajian kes di kolej Jururawat Murni. AJTLHE, 4(1), 14-31.
Halpern, D. F. (1998). Teaching critical thinking for transfer across Domains:
Dispositions, Skills, Structure Training and Metacognitive Monitoring. American Psychologist, 53(4), 449-455
Handayani, T.R, Ummah, S.K. & Utama, D.P (2019). Analisis Gaya berfikir matematis berdasarkan Teori Mental-self Geverment (MSG) di tinjau dari Dimensi Pembelajaran Sternberg. Jurnal Ilmiah Pendidikan Matematika, 7(2), 93-103.
Hayati, N. & Noer, M.A. (2021). Understanding the importance of thinking styles in Arabic Language Teaching. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 10(40), 46-59.
Heong, Y.M., Jailani Md Yunus, Razali Hassan, Widad Othman, King, T.T. & Mimi Mohaffyza Mohamad. (2014). Hubungan antara gaya pembelajaran kolb dan bentuk gaya berfikir Sternebrg dalam kalangan pelajar teknikal. EDUCATUM- Journal of Sciences, Mathematics and Technology, 1(1), 63-81.
Kaviza, M. (2019). Tahap Pengamalan dan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah:
Perspektif Murid Berdasarkan Empat Dimensi Gaya Pembelajaran. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(31), 32-45.
Kao, G.X.M, Lei, P.L & Sun, L.T. (2008). Thinking style impacts on web search strategics.
Computer in Human Behaviour, 24(4), 1330-1341.
Kulasingam, K. & Kaviza, M. (2022). Pendekatan Proses Belajar dalam Kalangan Murid Sejarah: Permukaan atau Dalaman? Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e002005.
Martinez-Romero. (2018). Sternberg-Wagner thinking styles: A research tool in social sciences didactics. Journal of Technology and Science Education, 8(4), 308 – 407.
Mok, S. S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Najmi Hayati, Shahlan Surat & M.Ali Noer (2021). The relationship between student academic achievement and their thinking style. International Journal of Academic Research in Progressive Education & Development, 10(2), 79-88.
Noriati A Rashid, Boon, P.Y. & Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Nunnally, J.C., & Bernstein, I.H. (1994). Psychometric theory (3rd ed). New York: McGraw Hill.
Ojha, H.S.B.G. (2015). Thinking style of adolescence: A comparative study between two regions. Indian Journal of Health & Wellbeing, 6(8), 811-815.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat dan Lima. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Roghayeh Sajedi (2018). Relationship between thinking styles, critical thinking and creativity among students of Semman University of Medical Science. Journal of Advanced Pharmacy Education & Research, 8(32), 7-11.
Sharifah Amnah Syed Ahmad. (2009). Sumbangan peramal kognitif dan bukan kognitif terhadap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar di sebuah institusi Pengajian tinggi awam. Tesis Ijazah kedoktoran Universiti Sains Malaysia.
Sternberg, R. J., & Grigorenko, E. L. (1997). Are cognitive styles still in style? American Psychologist, 52(7), 700–712.
Sternberg, R.J. & Wagner, R.K. (1991). MSG Thinking Style Inventory Manual.
https://www.csus.edu/indiv/j/jelinekd/edte%20226/inventories/msgthinkingst ylesinventorymanual_19911.pdf
Sternberg, R.J. & Zhang, L.F. (2005). Styles of thinking as bass of differentiated instruction. Theory in practice, 44(3), 245 – 253.
Sternberg, R.J., Grigorenko, E.L. & Zhang, L.F. (2008). Styles of learning and thinking matter in instruction. Journal of perspective in psychological and sciences, 3(6), 486 – 506.
Sternberg, R.J. (1997). Thinking styles. New York. Cambridge Universiti Press.
Sternberg, R.J., Wagner, R.K., & Zhang, L.F. (2007). Thinking Styles Inventory-Revised II.
Unpublished test, Tufts University
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abdul Aziz Abd Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah, (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd
Wirawani Kamarulzaman, Oo, G.K., Khairul Hamimah Mohd Jodi, Ruzaina Che Aziz &
Rosinah Mahmood. (2021). The styles of thinking among primary school teachers.
International Journal of Modern Education, 3(11), 58-67.
Zhang, L.F (2004). Revisting the predictive power of teaching styles for academic performance. The Journal of Psychology, Interdisciplinary and applied, 138(4), 35- 37.
Zhang, L.F (2008). Thinking styles and identity development among Chinese university students. The American Journal of Psychology, 121(2), 255 – 271.