• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengetahuan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam kalangan komuniti di Pulau Mabul, Sabah - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pengetahuan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam kalangan komuniti di Pulau Mabul, Sabah - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Pengetahuan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam kalangan komuniti di Pulau Mabul, Sabah

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan tentang pengetahuan dan pemahaman komuniti mengenai COVID- 19 dan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk membendung wabak COVID-19 daripada tersebar. Komuniti yang diberi fokus dalam kajian ini adalah komuniti yang tinggal di pulau atau dikenali sebagai komuniti pulau. Dalam konteks negeri Sabah, sebahagian penduduk tinggal di kepulauan terutama di daerah Semporna. Oleh kajian ini menjelaskan sejauh mana sosialisasi pendidikan COVID-19 dan SOP PKP berlaku dalam kalangan komuniti pulau, khususnya di Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Metodologi kajian yang digunakan pendekatan kualitatif melalui dua kaedah iaitu borang tinjauan dan temu bual separa berstruktur terhadap 105 orang responden yang terdiri daripada 13 peratus warganegara Malaysia, 9 peratus penduduk tetap, 21 peratus orang pelarian dan 57 peratus penduduk tiada kewarganegaraan. Unit analisis kajian ini adalah komuniti yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin komuniti dan ketua isi rumah. Data kajian mendapati pengetahuan komuniti Pulau Mabul mengenai COVID-19 berada pada tahap baik. Hal ini kerana ciri-ciri COVID-19 telah dapat digarap oleh responden dengan memberikan pelbagai ciri COVID-19 berdasarkan pengetahuan mereka. Pengetahuan tersebut banyak diperolehi daripada televisyen dan media sosial. Oleh kerana unit analisis kajian adalah komuniti, maka totaliti pelbagai ciri yang responden berikan menunjukkan bahawa komuniti Pulau Mabul tahu mengenai COVID-19 secara umum. Walau bagaimanapun, pengetahuan COVID-19 tidak berhubung secara positif dengan pengetahuan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai tindakan kerajaan bagi memutuskan rangkaian COVID-19. Selain itu, aspek amalan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dilihat amat terabai dalam komuniti Pulau Mabul. Antara faktor utama yang menyebabkan pengabaian ini adalah ramai komuniti di Pulau Mabul tidak berpendidikan kerana majoriti penduduk adalah bukan warganegara. Oleh itu, mereka tidak dapat memahami dengan jelas kepentingan pematuhan SOP dalam membendung wabak COVID-19 daripada tersebar. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ianya boleh mendedahkan komuniti pulau terhadap jangkitan COVID-19.

Referensi

Dokumen terkait

• Pergerakan masuk penduduk dari luar kawasan PKP/PKPD kecuali dengan kebenaran PDRM & urusan/ aktiviti dibenarkan..

JADUAL BERTUGAS HAKIM MAHKAMAH SESYEN & MAJISTRET SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERMULA 5 FEBRUARI HINGGA 18 FEBRUARI 2021.. MAHKAMAH:

Gayana Eco Resort dan peluang pekerjaan komuniti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK Pelancongan merupakan salah satu industri yang amat penting kepada ekonomi Malaysia..