• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

825

KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Nurul Khadijah binti Mohamadi, Mohamad Redha bin Mohamadii, Mohamad Saifullah bin

Mohamadiii & Shahirah Sulaimaniv

i (Corresponding author). Guru Bahasa, Pusat Tamhidi, USIM. nurulkhadijah89@usim.edu.my ii Pensyarah, Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, KUIS. mohamadredha@kuis.edu.my

iii Pengurus Pusat, Sekolah Islam Hati Murni, mohamadsaifullah@hatimurni.com iv Guru Bahasa, Pusat Tamhidi, USIM. shahirah@usim.edu.my

Abstrak

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang sentiasa dibaca oleh umat Islam. Manurut ajaran Islam, al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam Bahasa Arab, melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat selama 23 tahun. Bagi pembaca kitab suci ini, setiap huruf dalam al-Quran akan dikira sebagai ibadah, bermula dari surah al-Fatihah hingga surah an-Nas. Al-Quran merupakan pegangan umat Islam yang kekal sepanjang zaman, dari zaman Nabi Muhammad S.A.W hinggalah kini, zaman penuh dengan era teknologi. Perkembangan dunia pendidikan seiring dengan kepelbagaian medium teknologi zaman kini, termasuklah pendidikan dalam bidang al-Quran. Sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, kebanyakan kelas-kelas pengajian al-Quran diadakan di surau, masjid, kelas, dewan kuliah, rumah dan, sebagainya. Rentetan tersebar luasnya virus Covid-19 di Malaysia, arahan PKP telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung dan mengawal rantaian Covid-19 ini. Natijahnya, seluruh sekolah, masjid, surau, institusi-institusi pengajian tinggi diarahkan tutup, semua rakyat Malaysia diarahkan bekerja dari rumah dan kaedah pembelajaran secara bersemuka ditukarkan kepada kaedah pembelajaran secara atas talian atau maya. Implikasi PKP kerana pandemik Covid-19 ini juga memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, termasuklah guru-guru al-Quran yang mempunyai kelas pengajian al-Quran secara bersemuka di surau, masjid, sekolah dan rumah, lebih-lebih lagi inilah sumber utama pencarian kewangan keluarga mereka. Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini menggambarkan tentang pengalaman barisan guru-guru al-Quran yang tetap berusaha melaksanakan kelas pengajian al-Quran sepanjang tempoh PKP dengan menggunakan medium teknologi sebagai medan pembelajaran dan pengajaran.

Kata kunci : Al-Quran, Pengajian secara maya, Covid-19, PKP

PENDAHULUAN

Agama Islam merupakan agama yang syumul, iaitu lengkap dalam segala aspek duniawi dan ukhrawi. Allah S.W.T telah menurunkan kalam mukjizatNya, iaitu al-Quran sebagai

(2)

826

panduan utama manusia dan mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk diteladani akhlaknya dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini dinyatakan dalam sebuah hadis Riwayat Muslim :

)) ِنآْرُقْلا ُهُقُلُخ َناَك ((

Maksudnya : “Akhlak Nabi S.A.W adalah al-Quran”

Hal ini meliputi sifat-sifat mahmudah dan akhlak yang mulia seperti malu, mulia, berani, menepati janji, ringan tulang, cerdas, ramah, sabar, memuliakan anak yatim, suka tersenyum, jujur, pandai menjaga diri, pemaaf, suka bersedeqah dan berjiwa bersih.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa individu yang berpegang utuh dengan al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak akan tersesat sehingga hari kiamat. Ini membuktikan betapa pentingnya al-Quran dalam membentuk dan membimbing umat manusia ke jalan yang benar dan lurus. Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

((

نَل ِنيَرمَأ مُكيِف ُتكَرَ ت

ِهِيَبَ ن ُةَّنُسَو ، ِالله ُباَتِك : اَمِِبُ مُتكَّسََتَ اَم اوُّلِضَت

مَّلَسَو ِهيَلَع ُالله ىَّلَص

-

))

Maksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya

kepada sesiapa yang berpegang teguh terhadap dua perkara ini, iaitu : al-Quran dan Sunnah Nabi.”

Allah S.W.T juga telah berfirman bahawa kandungan ayat-ayat suci al-Quran akan terjaga dan terpelihara dengan baik dan tidak akan dapat diubah oleh sesiapa pun hingga hari akhirat. Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Hijr, ayat 9 :

))

َنوُظ�

فََّٰحَل ۥُهَل اان�

إ َو َرۡك�

ذلٱ اَنۡلازَن ُن ۡحَن اان�

إ

٩

))

Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang

memelihara dan menjaganya.”

Kisah sejarah sirah nabawiyyah juga merakamkan tiada seorang pun orang kafir yang mampu dan Berjaya mengubah ayat al-Quran, walaupun pada ketika itu, bangsa Arab sedang berada dalam zaman kegemilangan bahasa mereka. Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am, ayat 115 :

))

ُمي�

لَعۡلٱ ُعي�

ماسلٱ َوُه َو �

ۦ�

ه�

تََّٰم�

لَك�

ل َل�

دَبُم ا� �ٗ

�ۡدَعَو اٗقۡد �

ص َك�

بَر ُتَم�

لَك ۡتامَتَو

١١٥

((

Maksudnya : “Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum

dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.”

(3)

827

Oleh hal yang demikian, telah terbukti bahawa kitab suci al-Quran itu kekal sepanjang zaman dan tidak akan berubah walau sedikit pun hinggalah akhir zaman. Malahan, menjadi pegangan dan panduan yang kukuh terhadap seluruh umat manusi bagi menjalani kehidupan seharian. Walaupun telah banyak zaman dilalui, al-Quran masih kekal dari zaman Rasulullah S.A.W. hinggalah zaman era teknologi kini.

Hal ini membuktikan, walaupun perkembangan zaman era teknologi kini pesat membangun, pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian.

Sesibuk mana pun umat manusia pada zaman yang moden ini, ilmu al-Quran wajib dipelajari, kerana ianya merupakan kalam Allah yang tiada bandingannya dengan mana-mana kitab. Malahan, dengan membacanya dan mengingati Allah, hati pasti akan menjadi tenang. Hal ini dinyatakan dalam firman Allah yang berbunyi :

))

ُبوُلُقۡلٱ ُّنِئَمۡطَت َِّللَّٱ ِرۡكِذِب َلاَأ َِّۗللَّٱ ِرۡكِذِب مُُبُوُلُ ق ُّنِئَمۡطَتَو ْاوُنَماَء َنيِذَّلٱ

٢٨

((

Maksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan

"zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” PANDEMIK KORONAVIRUS (COVID-19)

Tanggal 30 Mac 2020, wabak ini telah diwartakan sebagai penyakit pandemik, dimana ia telah merebak kepada lebih 200 buah negara dan mengakibatkan lebih 725 000 kes pesakit di seluruh dunia. Di Malaysia, peningkatan kes setiap hari turut memberi kesan dan implikasi yang sangat dahsyat bagi segenap lapisan masyarakat. Pandemik Covid-19 telah banyak meninggalkan impak dan perubahan bagi seluruh rakyat, dalam pelbagai aspek, khususnya terhadap aspek ekonomi dan pendidikan.

Sebagai contoh, penutupan institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini telah meninggalkan kesan terhadap struktur Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) iaitu daripada kaedah PdP secara bersemuka atau secara langsung di institusi dan sekolah, kepada PdP secara atas talian sepenuhnya.

Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP. KPT menerusi kenyataan media bertarikh 27 Mei 2020 memaklumkan bahawa semua aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan secara atas talian sehingga 31 Disember 2020. Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali beberapa kategori pelajar yang berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP

(4)

828

dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial.

Justeru itu, semua pihak haruslah mempersiap siagakan diri bagi menghadapi norma baharu iaitu kaedah PdP secara atas talian secara menyeluruh semasa tempoh PKP ini demi kelangsungan proses PdP pelajar.

PENGAJIAN AL-QURAN SECARA ATAS TALIAN ATAU MAYA

Perkembangan pesat dalam dunia teknologi zaman kini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Fenomena ini menggambarkan bahawa perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ini membuka lebih banyak ruang untuk pengintegrasian pelbagai aplikasi dalam memperkasa sistem pembelajaran sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi.

Dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah digital. Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan.

Terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan mempunyai banyak ruang untuk dieksplorasi seperti Blackboard, Edmodo, Google

Classroom, Zoom, Google Meet, MsTeams dan ClassDojo. Melalui platform yang tersedia,

kaedah hibrid pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan melalui kaedah sistem pengurusan pembelajaran seperti Docebo, Udemy, Skillshare, WizIQ, Adobe Captivative

Prime, dan SAP Litmos.

Sebagai contoh, antara kaedah pembelajaran secara digital yang seringkali digunakan masa kini adalah melalui aplikasi Whatsapp, Telegram, Zoom, Google Meet,

Youtube, Facebook, Instagram dan MsTeams. Kesemua kaedah pendidikan secara digital ini

telah digunakan sepenuhnya oleh barisan pendidik dalam melaksanakan sesi pengajian bersama para pelajar sepanjang tempoh PKP.

Situasi ini juga diaplikasikan oleh barisan pendidik al-Quran. Para guru al-Quran mengambil langkah inisiatif untuk mengadakan kelas pengajian al-Quran secara atas talian atau maya sepanjang tempoh PKP.

Kelas Pengajian al-Quran di Media Sosial

“Walaupun kita semua sedang berada dalam musim PKP, sesi pengajian al-Quran tetap kita

laksanakan. Ketika inilah, pengaplikasian pelbagai medium teknologi digunakan dalam sesi pengajian al-Quran.”

(5)

829

Kata Ustaz Mohamad Redha bin Mohamad, Pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau tetap melaksanakan kelas pengajian al-Quran secara maya kepada masyarakat luar secara percuma. Malahan, beliau menggunakan aplikasi Group

Whatsapp sebagai medium untuk saling berhubung dengan para pelajar beliau berkenaan

kelas al-Quran. Sesungguhnya, usaha ini sangat murni di sisi Allah.

Selain itu, Ustaz Mohamad Redha juga sentiasa berkongsi maklumat tentang ilmu al-Quran di dalam Group Whatsapp beliau bersama dengan anak-anak muridnya. Malahan, sejak tempoh PKP dilaksanakan, beliau dengan aktif telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Channel Youtube beliau sendiri untuk berkongsi dengan masyarakat luar tentang ilmu-ilmu al-Quran, di mana nama Channel Youtube beliau adalah Al-Quran

(6)

830

dan Al-Qiraat. Tambahan lagi, medan Facebook juga menjadi pilihan beliau sebagai medan perkongsian ilmu-ilmu al-Quran untuk masyarakat.. Aplikasi GoogleMeet juga menjadi medan perjumpaan secara atas talian antara Ustaz Mohamad Redha bersama masyarakat dalam menjalan kelas mengaji al-Quran secara atas talian pada setiap hari Sabtu, 8.30 – 9.30 pagi. Berikut dilampirkan bersama antara usaha Ustaz Mohamad Redha bin Mohamad berkongsi ilmu pengajian al-Quran dengan menggunakan metadologi pembelajaran secara atas talian atau maya sepanjang tempoh PKP.

(7)

831

Sebagai tambahan juga, sejak arahan PKP dilaksanakan di Malaysia, beberapa orang guru al-Quran yang bekerja sendiri juga telah melaksanakan kelas-kelas pengajian al-Quran secara atas talian. Sebagai contoh, Ustaz Mohamad Husaini Mahmur merupakan bekas pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pemenang tempat ketiga Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/ 2020 M merupakan salah seorang tenaga pengajar al-Quran yang bekerja secara sendiri. Selain sering dijemput menjadi qari jemputan di beberapa majlis dan rancangan televisyen, Beliau kini aktif mengadakan kelas-kelas al-Quran dan Tarannum secara atas talian sejak PKP. Beliau aktif dalam menggunakan aplikasi Zoom dan Instagram sebagai medan teknolgi massa dalam menyampaikan kelas pengajian al-Quran. Berikut dilampirkan bersama antara kelas-kelas pengajian al-Quran secara atas talian yang beliau telah laksanakan sepanjang tempoh PKP.

(8)

832

Kelas Pengajian al-Quran menggunakan aplikasi atas talian

Kaedah pengajian al-Quran secara atas talian juga telah diadaptasikan di sekolah-sekolah sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sebagai contoh, kaedah pengajian al-Quran secara atas talian ini telah diaplikasikan di salah sebuah sekolah swasta di Wangsa Maju, iaitu Sekolah Islam Hatimurni. Mereka telah menggunakan metadologi pembelajaran secara atas talian atau maya untuk mengajar al-Quran kepada para pelajar sepanjang tempoh PKP. Kata Ustaz Mohamad Saifullah bin Mohamad, Pengurus Pusat, Sekolah Islam Hatimurni, cawangan Wangsa Maju:

“Al-Quran merupakan pegangan utama kita dalam kehidupan seharian. Jadi, walaupun

semua institusi pengajian, sekolah, masjid dan surau ditutup sepanjang tempoh PKP, kelas pengajian al-Quran tetap kita laksanakan dengan menggunakan pelbagai kemudahan teknologi

yang ada zaman sekarang ini.”

Barisan pendidik di Sekolah Islam Hatimurni telah mengaplikasikan pelbagai kaedah teknologi dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, termasuklah untuk kelas pengajian al-Quran seperti aplikasi Zoom, Google Meet dan Facebook. Berikut dilampirkan antara usaha kaedah pengajian al-Quran para pendidik bersama pelajar di Sekolah Islam Hatimurni sepanjang tempoh PKP dilaksanakan

(9)

833 Kelas Pengajian al-Quran di Medium Televisyen

Selain daripada itu, sepanjang tempoh PKP juga, kita dapat lihat usaha pihak media telivisyen menyediakan rancangan yang menarik bagi mengisi masa yang terluang di rumah, kerana kebanyak rakyat Malaysia telah bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Ini adalah peluang terbaik untuk refleksi diri. jangan jadikan keterbatasan berpuasa pada saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk tidak mengejar markah penuh ibadah

ini. kita diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian. kita adalah umat Nabi Muhammad S.A.W, kita harus menjadi juara.”

“Kita yakin, TV al-Hijrah akan menjadi stesen pilihan utama rakyat Malaysia sepanjang Ramadan ini dek nadi penyiarannya yang mampu memberikan makanan jiwa buat penonton.

Lihat sahaja, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, TV al-Hijrah menjadi pilihan utama penonton untuk kandungan Islam dengan syer saluran 2 kali ganda di

(10)

834

hadapan saluran-saluran islamik yang lain. malahan laman Facebook TV al-Hijrah dilayari oleh 10.6 juta pengguna pada bulan ini iaitu 7 kali ganda melebihi jumlah pengikut sedia ada.”

Berikut adalah kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif TV al-Hijrah, Encik Namanzee Harris. Beliau bersama dengan rakan sejawat TV al-Hijrah telah berusaha menyediakan rancangan – rancangan berunsurkan makanan rohani kepada para penonton pada Ramdhan yang lepas, lebih-lebih lagi ianya ketika dalam tempoh PKP. Antaranya, ialah rancangan #QURANTIME, 30 minit bersama Ustaz Don dan Tilawah Interaktif di TV 1.

#QURANTIME adalah rancangan terbitan TV al-Hijrah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Warisan Ummah Ikhlas. #QURANTIME telah menggunakan tagline MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah. Penonton seisi keluarga berpeluang untuk bertadarus bersama-sama tetamu jemputan pelbagai latarbelakang seperti para ilmuan agama, ahli akademik, huffaz dan ramai lagi.

Rancangan ini disiarkan pada setiap hari, selama satu jam dari 12.00 tengahari hingga 1.00 petang, dan dihoskan oleh Tuan Fazrul Ismail, seorang pentadabbur al-Quran yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau bersama semua tetamu jemputan akan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari pusat penyiaran digital TV al-Hijrah. Rancangan #QURANTIME dilihat mampu dijadikan platform terbaik untuk menyatukan hati-hati penonton dalam membina tabiat baru dalam meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.

(11)
(12)

836 PENUTUP

Secara kesimpulannya, implikasi daripada wabak pandemik Covid-19 ini melahirkan kita semua ke dunia norma yang baharu. Seluruh umat manusia sedunia perlu membiasakan diri dalam menempuh keadaan norma baharu ini dalam segenap aspek. Sebagai contoh, aspek pendidikan, ekonomi, muamalah dengan masyarakat luar dan sebagainya.

Oleh itu, solusi dalam prospek pendidikan adalah, penukaran daripada kaedah bersemuka kepada kaedah atas talian. Ini juga termasuk dalam pengajian al-Quran, di mana para guru al-Quran telah menambahbaikkan kaedah PdP mengikut arus semasa kini.

Oleh hal yang demikian, kita sebagai umat Islam perlu berpegang dengan hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi :

((

اوُّلِضَت نَل ِنيَرمَأ مُكيِف ُتكَرَ ت

ِهِيَبَ ن ُةَّنُسَو ، ِالله ُباَتِك : اَمِِبُ مُتكَّسََتَ اَم

مَّلَسَو ِهيَلَع ُالله ىَّلَص

-

))

Maksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya

kepada sesiapa yang berpegang teguh terhadap dua perkara ini, iaitu : al-Quran dan Sunnah Nabi.”

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa individu yang berpegang utuh dengan al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak akan tersesat sehingga hari kiamat. Ini membuktikan betapa pentingnya al-Quran dalam memandu kehidupan seharian kita.

Walaupun kita dalam tempoh PKP, amalan norma baharu perlu kita biasakan. Ketika waktu inilah pengaplikasian medium teknologi perlu kita adaptasikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, termasuklah kelas-kelas pengajian al-Quran secara atas talian sepanjang tempoh PKP ini.

Walaupun, kita sedang dan akan hidup bersama dengan media-media massa teknologi yang hebat dan canggih, al-Quran jangan sesekali kita tinggalkan walaupun sedang dalam tempoh PKP, kerana al-Quran juga akan menjadi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak, sebagaimana dalam hadis Rasulullah S.A.W berbunyi :

وُسَو َةَرَقَ بْلا ِنْيَواَرْهَّزلا اوُءَرْ قا ِهِباَحْصَلأ اًعيِفَش ِةَماَيِقْلا َمْوَ ي ىِتَْيَ ُهَّنِإَف َنآْرُقْلا اوُءَرْ قا

َمَُّنَِإَف َناَرْمِع ِلآ َةَر

ْوَأ ِناَتَماَمَغ اَمَُّنََأَك ِةَماَيِقْلا َمْوَ ي ِناَيِتَْتَ ا

َةَروُس اوُءَرْ قا اَمِِبُاَحْصَأ ْنَع ِناَّجاَُتح َّفاَوَص ٍْيرَط ْنِم ِناَقْرِف اَمَُّنََأَك ْوَأ ِناَتَ ياَيَغ اَمَُّنََأَك

َلاَو ٌةَرْسَح اَهَكْرَ تَو ٌةَكَرَ ب اَهَذْخَأ َّنِإَف ِةَرَقَ بْلا

اَهُعيِطَتْسَت

ُةَلَطَبْلا

Maksudnya : “ Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai

pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah al-Zahrawan iaitu al-Baqarah dan ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti

(13)

837

burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya.”

Semoga kajian ini dapat memberikan kefahaman yang utuh tentang betapa pentingnya al-Quran dalam kehidupan seharian walaupun kita sedang dan bakal mendiami bersama dengan zaman teknologi media massa. Semoga kita sebagai umat Islam istiqamah menjadikan al-Quran itu peneman setia dalam kehidupan seharian.

RUJUKAN

Ashshiddiqi., Gani, & Jahya. Al-Quran dan Terjemahannya

Haji ‘Abdul Qadir Leong ( Al-Azhari). 2002. Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani. Muhd Mujahid. (2018). Ensikopledia Al-Quran. Must Read Sdn. Bhd.

Noradilah Binti Aziz & Lai Wei Sieng (2019) Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi

Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar 22(1): 69-75

Shahirah Sulaiman, Ahmad Safwan Raihan & Nurul Khadijah Mohamad. 2019. The Integration of Naqli and Aqli Knowlegde in Mobile Learning (m-learning)

Interaction, Whatapps. Contemporary Issues: Islam and Science; e-Proceedings of: International Seminar on Islam and Science 2019, p. 605-612.

http://covid-19.moh.gov.my/, n.d. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4442-irsyad-al-hadith-siri-ke-497-al- quran-datang-dalam-bentuk-lelaki-pada-hari-kiamat-adakah-al-quran-itu-makhluk, n.d. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496, n.d.) https://www.usim.edu.my/ms/berita/husaini-mahmur-wakili-malaysia-ke-pertandingan-tilawah-al-quran-antarabangsa-di-tehran-iran/, n.d. https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/qurantime-di-tv-alhijrah/

Mohamad Redha bin Mohamad. Pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 5 Oktober 2020.

Mohamad Saifullah bin Mohamad. Pengurus Pusat Sekolah Islam Hati Murni Wangsa Maju. 6 Oktober 2020.

Referensi

Dokumen terkait

● Tiga (3) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Kampung Meripoh

Nurcholis Madjid, Islam Kemodernan dan Keindonesiaan, Mizan, Bandung, 1987, h.49.. di malam hari. Mereka diperkenalkan dengan alam sedikit demi sedikit oleh KH. Beliau

Jika user ingin menambah data transaksi pengiriman, user harus mengisi setiap field yang ada lalu memilih tombol simpan. Ketika user memilih tombol simpan, maka

Setiap karyawan mempunyai hak yang berhubungan dengan data dan informasi yang disimpan pada komputer induk, sehingga diberikanlah username dan password untuk

Tujuan dari penelitian ini adalah: 1) Untuk mengetahui skor berbicara siswa sebelum diajar menggunakan permainan ular tangga, 2) Untuk mengetahui skor berbicara siswa

Manfaat Sistem Dinamik 15 Fokus Isu Strategis Memfokuskan pekerjaan pada isu strategis yang menjadi penggerak utama Komprehensif Menangkap fenomena secara

Teori pembelajaran preskriptif adalah metode pembelajaran lebih mengoptimalkan kepada pencapain tujuan dengan memberikan motivasi kepada siswa untuk lebih giat belajar