Penggunaan Kaedah “Flipped Classroom” Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Sorotan Literatur Bersistematik (The Usage of Flipped Classroom Method in Teaching and Learning
Mathematics: Systematic Literature Review)
Vanitha Chandran1*, Siti Mistima Maat1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 December 2022 | Published: 31 December 2022
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.14
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: "Flipped Classroom" (FC) ialah konsep pengajaran yang menggantikan kuliah di dalam bilik darjah dengan memberi peluang untuk meneroka dan mempelajari bahan di luar bilik darjah melalui klip video dan bahan bacaan. Masa pengajaran sehala berubah menjadi persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar, yang dilatih berasaskan inkuiri yang menggalakkan pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti seperti pembinaan pengetahuan, perbincangan kolaboratif dan penyelesaian masalah. Namun, kajian-kajian lepas mendapati kebanyakan guru masih menggunakan kaedah tradisional. Oleh itu, kajian literatur sistematik ini bertujuan untuk mensintesis trend penggunaan flipped classroom dalam pendidikan Matematik sepanjang tempoh 2018 hingga April 2022. Sebanyak 20 artikel yang berkaitan FC telah dipilih dengan menggunakan pangkalan data iaitu Scopus dan Web of Science (WOS). Model PRISMA digunakan sebagai panduan dalam pencarian bahan literatur. Sementara itu, hasil kajian juga mendedahkan bahawa penggunaan FC dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Kata kunci: flipped classroom, keberkesanan, persepsi, pengajaran dan pembelajaran matematik
Abstract: The flipped classroom is a pedagogical model that reverses the traditional educational model by delivering the lecture content online outside of class via video clips and reading materials. One-way teaching time is transformed into a student-centered, inquiry based learning environment that encourages students to actively participate in activities such as knowledge construction, collaborative discussion and problem solving. However, previous studies have found that most teachers still used traditional lecturing methods. Therefore, this systematic literature review aims to synthesize the trand of the usage of flipped classroom in Mathematics education throughout the period from 2018 to April 2022. A total of 20 articles were retrieved from Scopus and Web of Science (WOS). The chosen articles are only related to Mathematics education. The PRISMA model is used as a guide in the literature search. Meanwhile, the results of the study also revealed that the use of flipped classroom can improve student’s achievement in teaching and learning Mathematics.
Keywords: flipped classroom, effectiveness, perception, teaching and learning mathematics ___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Perkembangan teknologi telah membawa kepada gelombang perubahan dalam pelbagai bidang di Malaysia. Bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami pelbagai perubahan sama ad acara pengoperasian mahupun implementasi system pendidikan tersebut. Selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia, yang menekankan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan adalah apa yang perlu dilakukan dalam menghadapi abad ke-21. Jadi, pelbagai teknik dan kaedah pembelajaran diperkenalkan untuk memenuhi keperluan generasi kini, yang sememangnya dipupuk dalam era digital. Penggunaan teknologi secara tepat dan bersistematik bukan sahaja dapat membantu guru dalam pengajaran tetapi juga membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran yang sukar. Kementerian Pendidikan Malaysia amat komited untuk menyokong pelaksanaan pendekatan baharu seperti Flipped classroom.
Flipped classroom mula diperkenalkan oleh Dr. Baker, yang berasal dari Universiti Cedarville, Ohio, Amerika Syarikat (Baker & Mentch, 2018). Flipped classroom ialah kaedah yang memerlukan pelajar memahami konsep topik tertentu melalui pembelajaran kendiri sebelum PdP bilik darjah berlaku. Bagi sesetengah pelajar, situasi ini boleh menjadi sukar kerana ia memerlukan mereka berfikir, memahami dan menyelesaikan tugasan sendiri.
Berdasarkan Chua dan Lateff (2014), model pembelajaran FC mempunyai kelebihan berdasarkan dua fasa pembelajaran iaitu fasa pertama dengan memberi ruang kepada pelajar untuk belajar secara kadar kendiri dan fasa kedua iaitu pelajar belajar membina pengetahuan melalui pengalaman atau melalui bimbingan guru dan rakan. Sehubungan dengan itu pakar pendidikan berpendapat kaedah FC dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif.
Sehubungan itu, guru perlu mencabar pemikiran pelajar dengan memberi pelbagai tugasan yang memerlukan pemikiran kritis dari peringkat awal lagi. Kemahiran berfikir aras tinggi pelajar perlu diasah sejak kecil lagi, bukannya di penghujung pengajian seperti yang berlaku dalam pengajaran tradisional yang sedia ada (Smith et al., 2018).
Oleh itu, kajian ini meneliti sorotan literatur mengenai trend penyelidikan seperti tahun penerbitan, negara dan penggunaan pendekatan flipped classroom dalam pendidikan Matematik. Tujuan kajian adalah untuk meneliti tentang pencapaian dan persepsi penggunaan FC dalam pendidikan Matematik. Oleh sebab kajian lepas telah merangkumi pelbagai jenis pandangan persepsi penggunaan FC, pengkaji membahagikan persepsi dalam kajian ini kepada tiga aspek yang utama iaitu kemahiran, sikap dan pengetahuan. Selain itu, skop kajian ini adalah meninjau dari segi pencapaian dalam akademik, hubungan yang aktif dalam pembelajaran, persekitaran yang kondusif, keberkesanan yang positif. Kajian ini diajalnkan untuk menjawab persoalan seperti berikut:
i. Apakah trend penyelidikan seperti tahun penerbitan, negara dan pendekatan kajian yang digunakan bagi penyelidikan penggunaan flipped classroom (FC) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?
ii. Apakah keberkesanan penggunaan pendekatan flipped classroom (FC) dalam pendidikan Matematik?
2. Metod Kajian
Sorotan Literatur Bersistematik ataupun Systematic Literature Review (SLR) adalah kajian yang memerlukan pembentukan persoalan kajian yang jelas dengan menggunakan kaedah sistematik dan eksplisit dalam mengenal pasti, memilih, menilai, mengumpulkan dan menganalisis data daripada kajian lepas yang relevan (Moher et al., 2009). Kajian yang
dijalankan turut menggunakan gambar rajah aliran Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses (PRISMA) dalam pemilihan artikel yang berkaitan dengan persoalan kajian yang dikemukakan. Gambar rajah aliran prisma bagi pemilihan artikel merangkumi empat peringkat iaitu pengenalpastian, penyaringan, peringkat kelayakan dan peringkat memasukkan artikel dalam kajian SLR yang dijalankan (Liberati et al., 2009).
Dengan itu, kajian SLR yang dijalankan merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi artikel yang diperolehi.
Pangkalan data terkemuka iaitu SCOPUS dan Web of Science (WOS) digunakan dalam pencarian artikel bagi SLR yang dijalankan. Kata kunci “flipped classroom”, “flipped classroom AND perception” dan “inverted learning” digunakan untuk mencari artikel yang berkaitan menggunakan Bahasa Inggeris. Kata kunci tersebut adalah untuk mendapatkan artikel yang berkaitan dengan pembelajaran yang berkaitan dengan flipped classroom dalam pendidikan Matematik. Berdasarkan kata kunci tersebut, artikel yang dipaparkan pada pangkalan data adalah berkaitan dengan pendekatan flipped classroom dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dalam fasa penapisan pengkaji menetapkan kriteria penerimaan dan penolakan artikel. Kriteria penerimaan yang diterhadkan dalam pangkalan data adalah tahun penerbitan, jenis penerbitan, bahasa, metodologi kajian, lokasi kajian dan skop kajian iatu yang berkaitan dengan persepsi dalam penggunaan flipped classroom bagi subjek matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kriteria penolakan artikel yang ditetapkan adalah kajian yang tanpa bukti empirikal dan artikel yang tidak berkaitan dengan kehendak tajuk yang dicari. Tahun artikel yang sebelum tahun 2018 tidak akan diterima apabila membuat pemilihan artikel. Seterusnya, artikel yang akan tidak akan diterima adalah prosiding buku, SLR dan sebagainya.
Jadual 1: Kriteria penerimaan dan penolakan artikel
Kriteria Penerimaan Penolakan
Tahun penerbitan Penerbitan daripada tahun 2018 hingga 2022
Penerbitan sebelum tahun 2018 Jenis penerbitan Jurnal (artikel penyelidikan) Tesis, prosiding, persidangan
dan buku
Bahasa Bahasa Inggeris Selain Bahasa Inggeris
Lokasi Seluruh negara Tiada
Metodologi Kuantitatif, kualitatif dan kaedah campuran
SLR
Skop kajian Bidang Matematik Selain bidang Matematik Akses Akses terbuka (percuma) Akses berbayar
Bagi mengelakkan ralat yang berlaku, pengkaji memastikan artikel yang dipilih adalah memenuhi kriteria-kriteria seperti yang telah dijelaskan dalam jadual 1. Dengan ini, sebanyak 725 artikel telah dikecualikan kerana tidak menepati kriteria kemasukan. Untuk melaksanakan tinjauan sistematik ini, pengkaji telah meneliti semua artikel dengan menyaring tajuk, abstrak dan artikel sepenuhnya. Akhirnya, sebanyak 20 artikel yang bersesuaian untuk kajian ini telah dipilih (Jadual 2).
Rajah 1: Gambar rajah aliran PRISMA
Jadual 2: Senarai artikel yang diplih untuk kajian
No Nama Penulis Tajuk Kajian
1. Elian, S. M., & Hamaidi, D.
A. H. (2018)
The Effect of Using Flipped Classroom Strategy on the Academic Achievement of Fourth Grade Studentsin Jordan
2. Carter, C. L., Carter, R. L.,
& Foss, A. H. (2018).
The Flipped Classroom in a Terminal College Mathematics Course for Liberal Arts Students 3. Zandra de Araujo, Samuel
Otten, Slih Birisci (2019)
Mathematics teachers’ motivation for conception of and experiences with flipped instruction
4. Ramadhani, R., Umam, R., Abdurrahman, A., & Syazali, M. (2019)
The Effect of Flipped-Problem Based Learning Model Integrated with LMS-Google Classroom for Senior High School Students
5. Belmonte, J. L., Cabrera, A.
F., Núñez, J. A. L., &
Sánchez, S. P. (2019).
Formative Transcendence of Flipped Learning in Mathematics Students of Secondary Education 6. Turra, H., Carrasco,
V., González, C., Sandoval, V., Yáñez, S. (2019)
Flipped classroom experiences and their impact on engineering students’ attitudes towards university- level mathematics
7. Angela Flick (2019) The effects of flipped learning in the Sixth-Grade Mathematics Classroom
Sumber yag dikenalpasti melalui pangkalan data
SCOPUS : 745 WOS = 112 (n = 857)
Jumlah artikel yang disaringkan (n = 113)
Teks artikel lengkap diakses untuk memenuhi syarat (n = 63)
Jumlah Artikel terpilih dalam kajian sistematik
(n = 20)
Kriteria penolakan jurnal:
1. Buku, prosiding, disertasi 2. Bahasa selain daripada
Bahasa Inggeris 3. Tahun diterbitkan
sebelum tahun 2018.
4. Bidang selain Matematik (n= 744)
Artikel dikeluarkan kerana tidak melibatkan guru dan pelajar serta ulasan tentang topik yang tertentu sahaja (n = 43)
Termasuk (Included) Kelayakan (Eligibility Penapisan (Screening) Pengenalpastian (Identification)
8. Alqahtani, A. (2019). Mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah terhadap gaya pembelajaran matematik dalam FC.
9. Jeong, J. S., González- Gómez, D., & Prieto, F. Y.
(2020).
Sustainable and flipped stem education: Formative assessment online interface for observing pre- service teacher’s performance and motivation.
10. Moreno, D., Palacios, A., Barreras, Á., & Pascual, V.
(2020).
An Assessment of the Impact of Teacher’s Digital Competence on the Quality of Videos Developed for the Flipped Math Classroom
11. Özüdoğru, M., & Aksu, M.
(2020)
Pre-service teachers’ achievement and perceptions of the classroom environment in flipped learning and traditional instruction classes.
12. Dori, Y. J., Kohen, Z., &
Rizowy, B. (2020).
Mathematics for Computer Science: A Flipped Classroom with an Optional Project.
13. Spotts, J. D., & Gutierrez de Blume, A. P. (2020).
A Pilot Study on the Effect of the Flipped Classroom Model on Pre-Calculus Performance.
14. Sutama, Prayitno, H. J., Ishartono, N., & Sari, D. P.
(2020).
Development of Mathematics Learning Process by Using Flipped Classroom Integrated by STEAM Education in Senior High School
15. Gonda, D., Pavlovičová, G., Tirpáková, A., & Ďuriš, V.
(2021).
Setting up a flipped classroom design to reduce student academic procrastination.
16. Sharkia, H., Kohen, Z. (2021) Flipped classroom among minorities in the context of mathematics learning: The israeli case
17. Al-Zoubi, A. M., & Suleiman, L. M. (2021)
Flipped Classroom Strategy Based on Critical Thinking Skills: Helping Fresh Female Students Acquiring Derivative Concept
18. Cevikbas, M., & Kaiser, G.
(2021).
Flipped classroom as a reform-oriented approach to teaching mathematics.
19. Ishartono, N., Nurcahyo, A., Waluyo, M., Prayitno, H.J., Hanifah, M. (2022)
Integrating GeoGebra into the flipped learning approach to improve students' self-regulated learning during the covid-19 pandemic
20. Sablan, J.R., Prudente, M.
(2022)
Traditional and flipped learning : Which enhances student’s academic performance better?
3. Hasil Kajian
3.1 Tujuan Kajian
Objektif utama kajian Sorotan Literatur Bersistematik (SLR) ini adalah untuk mengenal pasti pencapaian murid dan persepsi guru dan murid dalam penggunaan flipped classroom dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik. Kajian ini turut membangunkan kerangka konseptual berdasarkan penggunaan flipped classroom yang paling kerap digunakan oleh pengkaji lepas. Hasil penelitian daripada artikel kajian yang lepas terdapat 20 artikel yang menepati semua kriteria. Hal ini demikian telah meringkaskan rumusan mengenai tujuan kajian dan tahun penerbitan artikel yang dipilih serta ia akan memberikan gambaran tentang kajian yang dijalankan pada setiap artikel. Jadual 2 menunjukkan rumusan mengenai tujuan kajian artikel.
Jadual 3: Senarai artikel dan tujuan
No Nama Penulis Negara Tajuk Kajian
1. Elian, S. M., &
Hamaidi, D. A. H.
(2018)
Jordan Meninjau kesan FC melalui pembelajaran berasaskan projek terhadap pencapaian akademik pelajar tahun 4
2. Carter, C. L., Carter, R. L., & Foss, A. H.
(2018).
USA Menilai kesan FC ke atas markah peperiksaan akhir pelajar kolej pendidikan dalam kursus matematik.
3. Zandra de Araujo, Samuel Otten, Slih Birisci (2019)
USA Melihat hubungn antara bahan kurikulum digital dan buku teks dengan menggunakan FC bagi subjek matematik.
4. Ramadhani, R., Umam, R.,
Abdurrahman, A., &
Syazali, M. (2019)
Indonesia Mengetahui kesan penggunaan model pembelajaran berasaskan LMS-Google Classroom-based Flipped-Problem Based Learning Model (FPBLM) dalam proses pembelajaran matematik di sekolah menengah di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.
5. Belmonte, J. L., Cabrera, A. F., Núñez, J. A. L., &
Sánchez, S. P. (2019).
Spain Menganalisis keberkesanan pembelajaran FC terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran tradisional dalam mata pelajaran matematik.
6. Turra, H., Carrasco, V., González, C., Sandoval,
V., Yáñez, S. (2019)
Spain Mengkaji keberkesanan FC untuk meningkatkan kefahaman dan sikap pelajar kejuruteraan dalam pembelajaran matematik tahap university
7. Angela Flick (2019) USA Mengenal pasti persepsi antara pelajar dengan instuktor dalam flipped algebra di bilik darjah 8. Alqahtani, A. (2019). Spain Mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah
terhadap gaya pembelajaran matematik dalam FC.
9. Jeong, J. S.,
González-Gómez, D.,
& Prieto, F. Y.
(2020).
Spain Mengklasifikasikan dan menyiasat kriteria untuk pendidikan matematik dengan kaedah analisis keputusan pelbagai kriteria/makmal dalam konteks sistem e-pembelajaran (flipped classroom).
10. Moreno, D., Palacios, A., Barreras, Á., &
Pascual, V. (2020).
Spain Menentukan amalan dan persepsi kecekapan digital guru dalam menyediakan video pendidikan yang diperlukan untuk mempraktikkan model FC bagi mata pelajaran matematik.
11. Özüdoğru, M., &
Aksu, M. (2020)
Turkey Menyiasat sama ada pembelajaran dalam FC mempengaruhi pencapaian dan persepsi guru pra perkhidmatan berkaitan persekitaran bilik darjah.
12. Dori, Y. J., Kohen, Z., & Rizowy, B.
(2020).
USA Mengkaji kesan pembelajaran dalam persekitaran FC dengan dan tanpa PBL, terhadap prestasi penyelesaian masalah, pemahaman konsep dan persepsi afektif pelajar.
13. Spotts, J. D., &
Gutierrez de Blume, A. P. (2020).
USA Mengkaji keberkesanan FC untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran konsep asas matematik dan juga konsep kalkulus.
14. Sutama, Prayitno, H.
J., Ishartono, N., &
Sari, D. P. (2020).
Indonesia Menghuraikan proses dan pencapaian pembelajaran matematik dengan menggunakan FC yang diintegrasikan dengan sains, teknologi, kejuruteraan, seni, dan matematik (STEAM) di sekolah menengah.
15. Gonda, D., Pavlovičová, G., Tirpáková, A., &
Ďuriš, V. (2021).
Czech Republic
Menerangkan kebaikan FC supaya pelajar disokong dan bermotivasi untuk melaksanakan tugas individu secara berterusan.
16. Sharkia, H., Kohen, Z. (2021)
Arab Meninjau keberkesanan FC terhadap pemahaman konsep dan motivasi murid sekolah menengah Arab
17. Al-Zoubi, A. M., &
Suleiman, L. M.
(2021)
Jordan Menyiasat kesan kaedah FC dengan menggunakan sistem e-pembelajaran (Papan Hitam) berasaskan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar perempuan bagi konsep terbitan kalkulus.
18. Cevikbas, M., &
Kaiser, G. (2021).
Germany Mengkaji kesan kaedah FC terhadap penglibatan tingkah laku, kognitif, dan emosi pelajar dengan menggunakan perspektif konstruktivis sosial.
19. Ishartono, N., Nurcahyo, A., Waluyo, M., Prayitno, H.J., Hanifah, M.
(2022)
Indonesia Menghuraikan proses dan pencapaian pembelajaran matematik dengan menggunakan FC yang diintegrasikan dengan sains, teknologi, kejuruteraan, seni, dan matematik (STEAM) di sekolah menengah.
20. Sablan,
J.R., Prudente, M.
(2022)
Philippines Mengkaji kesan penggunaan FC berdasarkan pencapaian akademik, motivasi dan pendapat pelajar.
3.2 Tahun Penerbitan
Berdasarkan artikel yang dipilih dari tahun 2018 sehingga 2022, kajian ini mendapati bahawa kajian penggunaan FC dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik paling banyak diterbitkan pada tahun 2019 dan 2020 (Rajah 2). Daripada 20 artikel yang terpilih, terdapat 6 artikel yang diterbitkan pada tahun 2019 (Zandra et al., 2019; Ramadhani et al., 2019;
Belmonte et al., 2019; Turra et al., 2019; Angela Flick, 2019; Alqahtani, 2019), dan bilangan kajian yang sama juga diterbitkan pada tahun 2020 (Jeong et al., 2020; Moreno et al., 2020;
Özüdoğru & Aksu, 2020; Dori et al., 2020; Spotts & Gutierrez, 2020; Sutama et al., 2020).
Selain itu, minoriti kajian iaitu sebanyak 2 kajian dilaksanakan pada tahun 2018 (Elian &
Hamaidi, 2018; Carter et al., 2018) dan 2022 (Ishartono et al., 2022; Sablan et al., 2022). 4 kajian dilaksanakan pada tahun 2021 yang berkaitan tentang FC dalam Matematik (Gonda et al., 2021; Sharkia & Kohen, 2021; Al- Zoubi & Suleiman, 2021; Cevikbas & Kaiser, 2021).
Rajah 2: Trend kajian berdasarkan tahun
3.3 Lokasi Kajian
Kajian yang dihimpunkan telah diterbitkan di beberapa buah negara. Rajah 3 menunjukkan bilangan kajian yang dijalankan mengikut negara. Majoriti artikel yang diterbitkan adalah daripada Amerika dan Spain iaitu 25% dan diikuti dengan negara Indonesia (3%). Seterusnya, terdapat tiga negara (Turkey, Czech Republic, Arab, Germany dan Philippines) yang mempunyai bilangan terbitan yang sama iaitu 1 artikel (5%). Sebanyak 2 artikel berkaitan penggunaan FC telah diterbitkan dari negara Jordan. Antara artikel yang diterbitkan dari Amerika (Carter et al., 2018; Zandra et al., 2019; Angela Flick, 2019; Dori et al., 2020; Spotts & Gutierrez, 2020), Spain (Belmonte et al., 2019; Turra et al., 2019; Jeong et al., 2020; Moreno et al., 2020); Turkey (Özüdoğru & Aksu, 2020), Jordan (Elian & Hamaidi, 2018; Al- Zoubi & Suleiman, 2021), Czech Republic (Gonda et al., 2021), Arab (Sharkia & Kohen, 2021), Germany (Cevikbas & Kaiser, 2021), dan Philippines (Sablan et al., 2022).
Rajah 3: Lokasi kajian 2
6 6
4
2
0 1 2 3 4 5 6 7
2018 2019 2020 2021 2022
Tahun Penerbitan
Tahun Penerbitan
5 5 3
2 1
1 1 1 1
0 1 2 3 4 5 6
USA SPAIN INDONESIA JORDAN TURKEY CZECH REPUBLIC ARAB GERMANY PHILIPPINES
Lokasi kajian
Lokasi kajian
3.4 Jenis Instrumen Kajian
Kajian-kajian lepas telah dibahagikan kepada tiga kategori metodologi iaitu kajian kuantitatif, kajian kualitatif dan kajian kaedah campuran. Senarai lengkap kajian lepas berdasarkan ketiga- tiga kategori metodologi ditunjukkan dalam jadual 4. Secara keseluruhannya, hubungan persepsi penggunaan flipped classroom diteliti dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap.
Kemahiran dalam konteks kajian ini adalah merujuk kepandaian dalam menguasai perkakasan teknologi dengan mengaplikasikan untuk mengakses maklumat dalam talian. Pengetahuan pula merujuk kepada kefahaman yang sedia ada dalam diri sendiri terhadap penggunaan suatu kaedah yang baru. Sikap dimaksudkan sebagai sikap komitmen, sikap minat dan sikap amanah dalam menggunakan flipped classroom sebagai kaedah pengajaran abad ke-21.
Daripada keseluruhan artikel, didapati para penyelidikan lebih memberi fokus kepada aspek kemahiran iaitu terdapat 14 daripada 20 artikel. Para penyelidikan ingin melihat strategi yang digunakan semasa penggunaan flipped classroom dalam PdP. Berdasarkan jadual 4, kebanyakan kajian lepas menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk campuran atau gabungan. Kaedah campuran boleh memberikan peluang kepada pengkaji untuk mengetahui sesuatu isu dengan lebih mendalam dan kontekstual. Cara pengumpul data adalah menggunakan set borang soal selidik dan temu duga untuk memperoleh data kajian. 11 daripada 20 iaitu 55% kajian artikel adalah menggunakan kaedah campuran. Manakala, kaedah kualitatif adalah sebanyak 35% (7 daripada 20 artikel). Data menunjukkan bahawa kaedah yang paling sedikit digunakan dalam persepsi penggunaan flipped classroom adalah kaedah kuantitatif dengan jumlah 2 daripada 20 artikel. Jelas bahawa, kaedah kuantitatif kurang mampu untuk mentafsirkan secara generalisasi berkenan isu yang hendak dibincangkan.
Jadual 4: Senarai kajian lepas berdasarkan jenis instrumen kajian dan persepsi penggunaan flipped classroom
3.5 Peserta Kajian
Data dalam jadual 5 menunjukkan peserta kajian yang terlibat telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu pelajar, guru dan pihak pentadbir dalam sekolah. Hasil dapatan mencatatkan bahawa majoriti responden yang dikaji adalah golongan guru sebanyak 12 artikel (60%).
Seterusnya, tinjauan yang fokus tentang persepsi pelajar 6 artikel (30%) dan diikuti 2% iaitu 6 artikel pihak pentadbir di sekolah. Selain itu, kajian SLR mendapati 3 artikel (15%) penyelidikan yang dilakukan pada peringkat sekolah rendah dalam tempoh 5 tahun yang terkini. Kaedah flipped classroom ini yang menumpukan pembelajaran berpusat pelajar lebih sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah menengah 8 artikel (40%) dan Institut Pendidikan Tinggi 9 artikel (45%).
Jadual 5: Senarai kajian lepas berdasarkan golongan yang terlibat dan peringkat pengajian
3.6 Jenis skop kajian dan sifat-sifat penggunaan flipped classroom
Dalam tinjauan kajian ini, terdapat empat kategori yang berkaitan sifat-sifat persepsi penggunaan flipped classroom akan dibincangkan iaitu pencapaian dalam akademik, hubungan yang aktif dalam pembelajaran dan keberkesanan flipped classroom yang positif. Pengkaji membahagikan tiga sifat yang telah dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu kesan positif (+), kesan sederhana (=) dan kesan negatif (-). Berdasarkan jadual 6, skop kajian yang paling kerap dikaji oleh pengkaji lepas adalah persepsi tentang keberkesanan flipped classroom iaitu sebanyak 9 artikel daripada 20 artikel telah ditinjau. Daripada 9 artikel tersebut, terdapat tujuh keberkesanan yang positif dalam penggunaan flipped clsssroom mankala lagi dua artikel menunjukkan kesan sederhana. Menurut kajian Angela (2019) menunjukkan kesan yang positif dalam kalangan ibu bapa, guru-guru dan pelajar dalam penggunaan flipped classroom (Angela, 2019). Namun, terdapat 2 daripada 9 artikel yang menunjukkan kesan yang sederhana ke atas penggunaan flipped classroom kerana ketidakstabilan talian yang merupakan satu cabaran yang
sukar diatasi. Skop kajian yang kedua adalah flipped classroom dapat mewujudkan hubungan yang aktif dalam pembelajaran iaitu 4 daripada 20 artikel yang ditinjau. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat 3 artikel yang memberikan kesan yang positif, ini boleh mewujudkan hubungan yang aktif dalam kalangan pelajar, guru dan instruktor dan terdapat 1 artikel yang menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan dengan penggunaan kaedah flipped classroom.
Berdasarkan rumusan ini, didapati bahawa skop kajian yang paling banyak memberikan kesan yang positif adalah (c) mengenal pasti keberkesanan flipped classroom dan diikuti dengan persepsi dalam pencapaian akademik. Kajian lepas mendapati kesan yang positif iaitu hubungan aktif wujud dalam pembelajaran flipped classroom.
Jadual 6: Senarai kajian lepas berdasarkan skop kajian
4. Perbincangan
Perbincangan kajian ini dijalankan berdasarkan trend penyelidikan dan penggunaan kaedah FC dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Walaupun trend kajian tidak dijalankan sehingga akhir tahun 2022 namun didapati kaedah FC dalam PdP Matematik semakin ditikberatkan dan dikaji oleh pengkaji dari semasa ke semasa. Pada tahun 2020 artikel berkaitan keberkesanan FC banyak diterbitkan terutamanya pada musim pandemik COVID-19. Selain itu, kebanyakkan kajian tentang penggunaan FC dilaksanakan di negara Eropah dam Amerika Syarikat berbanding dengan negara Asia. Hasil kajian mendapati seramai 11 pengkaji menggunakan kaedah bercampur yang merupakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Kaedah ini kerap digunakan kerana ini boleh mejadikan persoalan kajian lebih komprehensif berbanding menggunakan hanya satu kaedah kajian sama ada kuantitatif atau kualitatif (Creswell & Clark, 2017). Kaedah bercampur telah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data penggunaan kaedah FC dalam PdP Matematik dengan lebih terperinci.
Sebaliknya, hanya 2 kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan 7 kajian menggunakan kaedah kualitatif. Hasil analisis menunjukkan 14 daripada 20 kajian melibatkan warga pendidik
berlandaskan kepada keperluan tujuan kajian iaitu mendapatkan maklumat secara mendalam dan berfokus tentang penggunaan FC dalam PdP Matematik.
Secara keseluruhannya, didapati semua aspek yang dikaji menunjukkan kesan yang positif dan sederhana sahaja terhadap sifat-sifat penggunaan FC. Sebanyak 16 artikel menunjukkan kesan yang positif kerana penggunaan FC dalam PdP Matematik. Pencapaian pelajar, persepsi guru dan murid, penglibatan pelajar meningkat dalam mata pelajaran Matematik dengan menggunakan kaedah FC. Dapatan ini selaras dengan kajian Trujilo Torres et al., (2020) yang mendapati FC memupuk pembeljaran berpusatkan murid dan murid membina pengetahuan sedia ada untuk meningkatkan pemahaman. 4 artikel yang dikaji mendapati penggunaan FC hanya memberi kesan yang sederhana terhadap PdP Matematik. Hal ini demikian kerana menurut Moreno et al., 2020 pelajar kurang berkomunikasi antara satu sama lain kerana terlalu tertumpu kepada penggunaan alat teknologi.
Berdasarkan tinjauan literatur ini didapati kajian menggunakan FC dalam PdP matematik telah kerap dikaji dari tahun 2018 hingga 2022. Ini menunjukkan keberkesanan kaedah FC dalam PdP matematik. Kaedah FC membantu pelajar menguasai kemahiran menyelesaikan masalah matematik, yang disokong oleh dapatan Belmonte et al., (2019) yang menjelaskan bahawa pencapaian pelajar juga meningkat dalam kelas FC. Ini juga bertepatan dengan kajian Sharkia
& Kohen, (2021) yang mendapati penggunaan FC dalam matematik meningkatkan pemahaman konsep dan motivasi murid dalam penyelesaian masalah Matematik. Manakala, Cevikbas &
Kaiser, (2021) menyatakan kaedah FC lebih memberi kesan terhadap penglibatan tingkah laku pelajar dan kemahiran berfikir dengan menggunakan perspektif konstruktivis social. Ini kerana kaedah FC adalah kaedah berasaskan TMK (teknologi maklumat dan komunikasi). Oleh itu, penggunaan perisian teknologi seperti Google slide, Quizizz, video, Google form dan youtube menarik perhatian pelajar untuk fokus kepada pembelajaran matematik. Ini disokong oleh Baelmonte et al., (2019) yang mendapati penggunaan kaedah FC yang berpusatkan pelajar ini meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam PdP matematik berbanding pembelajaran tradisional. Oleh itu, kaedah ini sesuai digunakan semasa PdP matematik selaras dengan hasrat KPM yang menggalakkan penyertaan aktif pelajar di dalam kelas.
5. Kesimpulan
Tinjauan sistematik yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan flipped classroom dalam PdP Matematik. Oleh itu, tinjauan sistematik ini berfokus untuk menerangkan penggunaan flipped classroom. Tiga aspek yang utama bagi pemboleh ubah persepsi penggunaan flipped classroom iaitu kemahiran, pengetahuan dan sikap. Hasil kajian ini memberikan implikasi bahawa menggunakan keadah FC guru dapat membuat keputusan yang lebih baik tentang cara mengajar Matematik di sekolah. Dapatan kajian ini dapat mengisi jurang kajian masa depan dengan menyumbang idea kepada pengkaji dalam pemilihan skop yang ingin dijalankan terhadap pelaksanaan FC dalam matapelajaran Matematik. Selain itu, hasil kajian yang berkaitan dengan penggunaan FC perlu didedahkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk dijadikan sebagai panduan untuk mengambil tindakan bagi memperkasakan lagi penggunaan kaedah ini dalam PdP Matematik.
Kajian terdahulu lebih tertumpu kepada negara Eropah dan Amerika Syarikat berbanding negara Asia. Oleh itu, adalah dicadangkan kajian akan datang untuk mengkaji keberkesanan FC dalam pendidikan matematik di negara-negara Asia juga. Selain daripada penggunaan FC dalam PdP matematik, dicadangkan juga kajian masa depan dapat memberi tumpuan kepada minat murid dalam penggunaan kaedah FC, cabaran pelaksanaan FC, serta Tahap pengetahuan
dan kesediaan guru dalam melaksanakan kaedah FC dalam PdP Matematik. Ini dapat membekalkan hasil kajian yang berguna dalam bidang pendidikan matematik terutama untuk kaedah FC dalam PdP matematik.
Rujukan
Alqahtani, A. (2019). Journal of Technology and Science Education. Journal of Technology and Science Education, 9(3), 326–339.
Al-Zoubi, A. M., & Suleiman, L. M. (2021). Flipped classroom strategy based on critical thinking skills: Helping fresh female students acquiring derivative concept. International Journal of Instruction, 14(2), 791–810. https://doi.org/10.29333/iji.2021.14244a
Baker, J. W., & Mentch, M.W. (2018). Imowa Curriculum Materials. Retrieved from http://www.imowa.org/curricula/flip/.
Belmonte, J. L., Cabrera, A. F., Núñez, J. A. L., & Sánchez, S. P. (2019). Formative transcendence of flipped learning in mathematics students of secondary education.
Mathematics, 7(12). https://doi.org/10.3390/MATH7121226
Carter, C. L., Carter, R. L., & Foss, A. H. (2018). The Flipped Classroom in a Terminal College Mathematics Course for Liberal Arts Students. AERA Open, 4(1), 233285841875926.
https://doi.org/10.1177/2332858418759266
Cevikbas, M., & Kaiser, G. (2020). Flipped classroom as a reform-oriented approach to teaching mathematics. ZDM - Mathematics Education, 52(7), 1291–1305.
https://doi.org/10.1007/s11858-020-01191-5
Dori, Y. J., Kohen, Z., & Rizowy, B. (2020). Mathematics for Computer Science: A Flipped Classroom with an Optional Project. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 16(12), 1–20. https://doi.org/10.29333/ejmste/9149
Elian, S. M., & Hamaidi, D. A. H. (2018). The Effect of Using Flipped Classroom Strategy on the Academic Achievement of Fourth Grade Students in Jordan. International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET), 13(02), pp. 110–125.
https://doi.org/10.3991/ijet.v13i02.7816
Gonda, D., Pavlovičová, G., Tirpáková, A., & Ďuriš, V. (2021). Setting up a flipped classroom design to reduce student academic procrastination. Sustainability (Switzerland), 13(15).
https://doi.org/10.3390/su13158668
Héctor Turra, Valeria Carrasco, Ciro González, Vicente Sandoval & Soledad Yáñez (2019) Flipped classroom experiences and their impact on engineering students’ attitudes towards university-level mathematics, Higher Education Pedagogies, 4:1, 136-155, https://doi.org/10.1080/23752696.2019.1644963
Ishartono, N., Nurcahyo, A., Waluyo, M., Prayitno, H.J., & Hanifah, M. (2022). Integrating GeoGebra into the flipped learning approach to improve students' self-regulated learning during the covid-19 pandemic. Journal on Mathematics Education, 13(1), 69-86.
http://doi.org/10.22342/jme.v13i1.pp69-86
J.R. Sablan (2022). Traditional and flipped learning: Which enhances student’s academic performance better? International Journal of Information and Education Technology, Vol. 12, No. 1, January 2022. https://doi:10.18178/ijiet.2022.12.1.1586
McDonald, K. and C.M. Smith., (2018) The flipped classroom for professional development:
part I. Benets and strategies. The Journal of Continuing Education in Nursing,.44(10): p.
437-438
Goodwin, B., & Miller, K. (2013). Research says evidence on flipped classrooms is still coming in. Technology Rich Learning, 70(6), 78-80.
Moreno, D., Palacios, A., Barreras, Á., & Pascual, V. (2020). An assessment of the impact of teachers’ digital competence on the quality of videos developed for the flipped math classroom. Mathematics, 8(2). https://doi.org/10.3390/math8020148
Özüdoğru, M., & Aksu, M. (2020). Pre-service teachers’ achievement and perceptions of the classroom environment in flipped learning and traditional instruction classes. Australasian Journal of Educational Technology, 36(4), 27–43. https://doi.org/10.14742/AJET.5115 Page, M. J., McKenzie, J. E., Bossuyt, P. M., Boutron, I., Hoffmann, T. C., Mulrow, C. D., …
Moher, D. (2021). The PRISMA 2020 Statement: An Updated Guideline For Reporting Systematic Reviews. BMJ, 372.
Rafiepour, A., khesali, N. (2020). Effect of Flipped Classroom Teaching Method on Learning of Mathematics of Grade 7 Female Students. Journal of Curriculum Studies, 15(57), 129- 154.
Ramadhani, R., Umam, R., Abdurrahman, A., & Syazali, M. (2019). The effect of flipped- problem based learning model integrated with LMS-google classroom for senior high school students. Journal for the Education of Gifted Young Scientists, 7(2), 137–158.
https://doi.org/10.17478/jegys.548350
Sharkia, H.; Kohen, Z. Flipped Classroom among Minorities in the Context of Mathematics Learning: The Israeli Case. Mathematics 2021, 9, 1500.
https://doi.org/10.3390/math9131500
Spotts, J. D., & Gutierrez de Blume, A. P. (2020). A Pilot Study on the Effect of the Flipped Classroom Model on Pre-Calculus Performance. SAGE Open, 10(4).
https://doi.org/10.1177/2158244020982604
Sutama, Prayitno, H. J., Ishartono, N., & Sari, D. P. (2020). Development of Mathematics Learning Process by Using Flipped Classroom Integrated by STEAM Education in Senior High School. Universal Journal of Educational Research, 8(8), 3690–3697.
https://doi.org/10.13189/ujer.2020.080848