Penggunaan Humor dalam Pembelajaran Sains dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Memori
(The Use of Humour in Science Teaching and Its Relationship with Students’ Concentration and Memory)
Muhamad Afiq Syukri Arni1*, Muhammad Syawal Amran1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.41
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Kajian ini merupakan sebuah kajian tentang hubungan antara pembelajaran berasaskan humor dalam pembelajaran sains dengan konsentrasi dan daya ingatan murid sekolah rendah di sebuah kawasan luar bandar di utara negeri Sarawak. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan amalan humor dalam pembelajaran Sains dan hubungannya dengan konsentrasi dan daya ingatan murid. Pemilihan peserta kajian adalah seramai 200 orang murid tahap 2 sekolah rendah yang memenuhi kriteria yang telah ditentukan. Hasil kajian mendapati bahawa persempsi murid terhadap amalan humor guru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah sederhana iaitu dengan nilai skor min=3.56 dan sisihan piawai = 0.55. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara terus antara pembelajaran berasaskan humor dalam pembelajaran Sains dengan tahap konsentrasi murid manakala terdapat hubungan secara songsang antara pembelajaran berasaskan humor dalam pembelajaran Sains dengan tahap daya ingatan murid.
Kata kunci: konsentrasi, memori, sekolah
Abstract: This study is a study on the relationship between humour-based learning in Science learning with the concentration and memory of primary school students in rural areas in Sarawak. This study will use a quantitative research method in the form of a survey aimed at collecting information and studying empirically and systematically related to the practice of humor in science learning and its relationship with students' concentration and memory. The selection of study participants was a total of 200 students from level 2 primary schools who met the criteria that had been determined. The results of the study found that the students' perception of the teacher's humor in teaching and learning Science was at a moderate level, with a mean score of 3.56 and a standard deviation of 0.55. The study also found that there is a direct relationship between humor-based learning in Science learning and the level of student concentration while there is an inverse relationship between humour-based learning in Science learning and the level of student memory.
Keywords: concentration, memory, school
___________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Humor boleh diklasifikasikan sebagai sebuah elemen penting dalam pembelajaran yang menyeronokkan serta merupakan salah satu kaedah mengajar berbentuk ‘Didik Hibur’. Jenaka atau humor yang baik boleh meningkatkan hampir setiap aspek kehidupan, ia boleh meningkatkan kesihatan mental dan fizikal kita serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dan daya tarikan keseluruhan kita. Meyer dalam Cyrene Riman dan Minah Sintian (2019) menyatakan bahawa humor atau jenaka merupakan sebuah aktiviti yang berbentuk lisan atau bukan lisan yang boleh merangsang kognitif dan afektif pendengar.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dalam membantu pendidik dalam menangani perkara ini dengan memperkenalkan konsep pembelajaran yang menyeronokkan bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dapat dihasilkan bagi proses pembelajaran yang berkesan (Hassan & Mohd Aris, 2019). Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan antara usaha yang dilakukan bagi melahirkan modal insan kamil melalui persekitaran sekolah yang ceria dan menarik (Amin Senin, 2018). Perkara ini menunjukkan komitmen pihak kementerian dalam menyokong suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dalam bilik darjah.
Penerapan elemen humor dalam sesi pembelajaran merupakan antara kaedah yang mudah dan boleh diterapkan dalam konep pembelajaran yang menyeronokkan.Kenyataan ini juga disokong oleh Amir, Biederman, Wang, dan Xu (2015) yang juga menyatakan humor adalah salah satu perbuatan yang lucu dan menghiburkan dan boleh mengurangkan tekanan dalam pembelajaran. Humor merupakan tingkah laku kreatif individu yang boleh membawa kegembiraan, keseronokan dan mengurangkan tekanan serta keresahan dalam kalangan murid (Amran & Bakar, 2020).
2. Latar Belakang Kajian
Humor diterjemahkan sebagai lawak, lucu dan kelakar serta keupayaan untuk menimbulkan keseronokan atau kegembiraan dikenali sebagai jenaka. Humor sering digunakan bagi mengurangkan ketegangan dan meningkatkan mood semasa berkomunikasi. Kenyataan ini disokong oleh Amir et al. (2005) dan Chan, Hsu dan Chou (2018) yang menyatakan bahawa humor merupakan suatu tingkah laku dan perasaan yang dizahirkan melalui gelak tawa dan diterima secara positif oleh orang yang lain. Tambahan lagi, Berge (2016) juga menyatakan bahawa humor mampu untuk menggalakkan keseronokan dan menghiburkan orang lain melalui tingkah laku tertentu seperti senyuman dan ketawa. Oleh itu terbukti bahawa humor adalah keseronokan dan kegembiraan yang diekspresikan oleh seseorang individu untuk mengurangkan ketegangan dan tekanan dalam diri orang lain (Bakar & Amran, 2020).
Jenaka atau humor yang baik boleh meningkatkan hampir setiap aspek kehidupan, ia boleh meningkatkan kesihatan mental dan fizikal kita serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dan daya tarikan keseluruhan kita. Jenaka atau humor adalah merupakan kebolehan ataupun bakat seseorang individu yang dapat menimbulkan perasaan gembira atau menyeronokkan. Menurut Desberg (1981) suasana yang tegang dapat diredakan dengan menggunakan kaedah humor yang bersesuaian dengan situasi pada ketika itu. Penerapan amalan humor dalam sesi pengajaran guru di dalam kelas dapat membantu untuk menghasilkan suasana kelas yang kondusif, selesa dan ceria. Suasana pembelajaran seumpama ini akan dapatr membantu murid
untuk mengurangkan tekanan sekaligus membantu murid untuk lebih fokus belajar di dalam kelas.
Terdapat beberapa kajian telah dilakukan yang menekankan tentang penerapan humor dalam pembelajaran pelbagai matapelajaran tetapi tidak bagi matapelajaran Sains (Aboudan, 2009, Ketabi & Simin, 2009, Jamian & Ismail, 2013). Kajian yang telah dilaksanakan oleh Lovorn (2008) dalam penggunaan humor dalam pembelajaran bidang bahasa menunjukkan hasil yang positif dalam peningkatan proses pembelajaran murid. Humor digunakan bagi menarik minat murid melalui kaedah bercerita dan main peranan dalam literasi pembelajaran. Kaedah yang digunakan ini akan dapat menghasilkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan, kondusif dan menggembirakan murid.
Selain itu, Durdevic dan Mirkovic (2013) juga telah menjalankan kajian tentang kesesuaian penggunaan humor dalam komunikasi bagi pembelajaran matematik. Hasil kajian mereka mendapati bahawa fokus dan minat murid dilihat semakin meningkat apabila elemen humor digunakan dalam pembelajaran dalam kelas.
Kajian-kajian yang lepas ini menyatakan bahawa humor merupakan sebuah teknik pengajaran yang berkesan dalam menarik minat murid belajar. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk melihat tahap penggunaan humor dalam pembelajaran Sains dan hubungannya dengan konsentrasi dan memori
3. Metod Kajian
Secara amnya, kajian ini akan menggunakan kaedah Kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan amalan humor dalam pembelajaran Sains dan hubungannya dengan konsentrasi dan daya ingatan murid. Smith et al. (1979) juga menyatakan reka bentuk kajian kuantitatif merupakan sebuah kajian berdasarkan kepada pengujian teori, boleh diukur dengan menggunakan nombor dan boleh dianalisis.
Creswell (2005) menyatakan bahawa kajian kuantitatif merupakan salah satu kaedah reka bentuk kajian yang boleh digunakan bagi kajian berbentuk tinjauan. Oleh itu pendekatan reka bentuk kuantitatif dipilih bagi menjawab kesemua persoalan kajian ini. Semua data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan soal selidikyang diberi kepada murid-murid dan carta alir reka bentuk kajian ini boleh dilihat dalam rajah berikut:
Rajah 1 : Carta alir reka bentuk kajian Analisis Data SPSS
-Analisis Deskriptif
Hasil Dapatan Kajian Data Kuantitatif
Soal Selidik (200 peserta kajian)
Rajah diatas merupakan sebuah komponen Reka bentuk Kajian yang telah dilaksankan dengan adaptasi dan perubahan daripada model reka bentuk campuran oleh Creswell et al., (2003).
Data kuantitatif akan dikumpul dengan menggunakan set soal selidik yang diberi kepada 200 peserta kajian. Selepas itu, data yang berjaya dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan pengkaji akan menganalisis data, menghuraikan hasil dapatan kajian dan menjawab soalan kajian berdasarkan data yang telah dikumpul.
4. Peserta Kajian
Seramai 200 orang murid dipilih secara rawak untuk menjadi peserta kajian. Peserta kajian ini dipilih daripada beberapa buah sekolah luar bandar di daerah Limbang. Peserta kajian ini dipilih dalam kalangan murid tahap dua setiap sekolah iaitu tahun empat sehingga tahun enam.
Peserta kajian juga telah dipastikan untuk telah menguasai asas kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum dipilih sebagai peserta kajian.
5. Lokasi Kajian
Daerah Limbang adalah sebuah daerah di bahagian utara negeri Sarawak. Daerah Limbang merupakan sebuah daerah yang terpisah dengan keadaan geografi yang unik kerana ianya dipisahkan dengan sempadan antarabangsa negara Malaysia dan Brunei. Satu-satunya akses laluan darat ke daerah Limbang adalah dengan melalui sempadan negara Brunei iaitu melalui Pos Kawalan Imigeresen Labu dan Pos Kawalan imigeresen Kuala Lurah. Pemilihan lokasi kajian ini adalah sesuai dengan tujuan kajian dilaksanakan iaitu untuk mengkaji murid-murid di kawasan luar bandar.
6. Instrumen Kajian
Othman Mohamed (2001) menyatakan bahawa kebanyakan kajian dilaksanakan dengan menggunakan alat kajian yang akan membantu menjawab persoalan. Dalam kajian ini, Instrumen Pembelajaran Berasaskan Humor Dalam Pembelajaran Sains Dan Hubungannya Dengan Konsentrasi Dan Ingatan Murid yang diadaptasi dari kajian Rosmadi Mohd Salleh dan Hafizhah Zulkifli dan kajian Syawal Amran Muhammad telah digunakan.
Sebuah soal selidik yang mengandungi 45 buah item telah diberikan kepada peserta kajian untuk dijawab. Instrumen kajian yang digunakan adalah sebuah soal selidik yang mempunyai 5 skala likert. Instrumen kajian berbentuk soal selidik ini digunakan untuk melihat tahap konsentrasi dan daya ingatan murid dengan kaedah pembelajaran humor dalam bilik darjah.
Set soalan soal selidik ini telah dibina berdasarkan adaptasi instrumen yang digunakan dalam kajian Rosmadi Mohd Salleh dan Hafizhah Zulkifli dan kajian Syawal Amran Muhammad telah digunakan. Dalam kajian lepas, nilai pekali alpha cronbach bagi soal selidik yang digunakan adalah melebihi 0.9 menunjukkan nilai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik:
Jadual 1: Nilai Pekali Alpha Cronbach Kajian Lepas
Komponen Nilai Alpha Cronbach
Persepsi pelajar terhadap penggunaan humor oleh guru 0.957 Keutamaan pelajar terhadap penggunaan humor oleh guru 0.936
Motivasi 0.924
Keseluruhan 0.975
Dalam kajian ini pula, nilai pekali alpha cronbach menunjukkan nilai 0.823 menandakan bahawa soal selidik yang digunakan adalah baik dan boleh diterima untuk kajian ini. Berikut merupakan hasil analisis pekali alpha cronbach SPSS bagi kajian yang telah dijalankan :
Jadual 2: Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Kajian Rintis
Komponen Nilai Alpha Cronbach
Amalan Humor Guru 0.875
Ingatan 0.851
Tumpuan 0.849
Keseluruhan 0.823
Berdasarkan jadual statistik kebolehpercayaan tersebut, nilai alpha cronbach bagi keseluruhan item adalah 0.823 menunjukkan bahawa item soal selidik ini mempunyai tahap ketekalan yang baik dan boleh digunakan dalam kajian ini. Menurut Model Rasch, nilai alpha Cronbach yang diterima adalah 0.71-0.99 (Bond & Fox, 2015) seperti jadual di bawah :
Jadual 3: Interpretasi Skor Alpha Cronbach
Skor Alpha Cronbach Interprestasi Kebolehpercayaan
0.9 - 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap
0.7 – 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 – 0.7 Boleh diterima
< 0.6 Item perlu dibaiki
< 0.5 Item perlu digugurkan
Soal selidik ini menggunakan kaedah 5 skala likert bagi mengumpul data berkaitan kajian dan terbahagi kepada empat bahagian seperti berikut :
Jadual 4: Aras Persetujuan 5 Skala Likert
Skala Aras Persetujuan
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Agak Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju
Jadual 5: Maklumat Soal Selidik
Bahagian Kategori Jumlah Item
A Demografi Responden -
B Amalan Humor Guru Dalam Pengajaran 15
C Tumpuan Belajar Murid 11
D Tahap Ingatan Murid 19
Jumlah Item 45
7. Hasil Kajian
7.1 Persepsi Murid Terhadap Amalan Humor Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains.
Terdapat beberapa konstruk yang digunakan bagi mengenalpasti persepsi murid terhadap amalan humor guru dalam pemngajaran dan pembelajaran Sains iaitu interaksi guru, emosi guru dan kaedah pengajaran. Jadual 6 menunjukkan perbandingan min dan sisihan piawai bagi konstruk yang digunakan.
Hasil analisis mendapati bahawa nilai min keseluruhan persepsi murid adalah 3.57 dengan sisihan piawai 0.56. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap amalan humor guru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah berada pada tahap yang sederhana.
Dalam analisis deskriptif persepsi murid terhadap amalan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ini, perspektif murid terhadap interaksi guru menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 3.96 dengan sisihan piawai 0.66 berbanding emosi guru dan kaedah pengajaran.
Keputusan ini menunjukkan bahawa interaksi guru dengan murid di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi minat belajr murid dalam pembelajaran Sains.
Jadual 6: Analisis deskriptif persepsi murid terhadap amalan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.
Konstruk Min Sisihan Piawai
Interaksi Guru 3.96 0.664
Emosi Guru 3.30 0.908
Kaedah Pengajaran 3.54 0.879
Keseluruhan 3.5690 0.55853
7.2 Hubungan Antara Amalan Humor Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dengan konsentrasi dan memori
Jadual 7 menunjukkan nilai korelasi antara amalan humor guru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dengan konsentrasi dan memori murid. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi murid. Hal ini membawa maksud bahawa guru yang mengamalkan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam kelas akan dapat membantu meningkatkan konsentrasi murid semasa belajar di dalam kelas.
Namun begitu, hasil analisis keputusan menunjukkan bahawa terdapat hubungan songsang antara amalan humor guru dengan memori murid. Hal ini bermaksud bahawa daya ingatan dan memori murid akan menurun sekiranya guru mengamalkan amalan humor di dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.
Jadual 7: Korelasi antara amalan humor dengan konsentrasi dan memori
Pembolehubah Konsentrasi Murid Memori Murid
Amalan Humor 0.487 -0.157
8. Kesimpulan
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat dihasilkan dengan menerapkan elemen humor dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini akan membantu mengurangkan tekanan dan keresahan murid semasa belajar. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid lebih suka belajar matapelajaran Sains apabila elemen humor diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, kenyataannya guru kurang mengamalkan humor dalam sesi pengajaran mereka di dalam kelas. Amalan humor mampu memberi impak yang positif terhadap tumpuan murid di dalam kelas kerana humor boleh mewujudkan suasana yang kondusif dan membuatkan murid berasa diterima dan disayangi di dalam kelas.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mengemukakan konsep pelajaran Sains yang mempunyai elemen humor sememangnya mempengaruhi motivasi pelajar untuk belajar. Ini membawa maksud bahawa penggunaan humor dalam pengajaran dan [embelajaran Sains adalah relevan dan boleh diimplementasikan di dalam kelas. Hal ini juga disokong dengan kajian-kajian lalu yang menyatakan bahawa humor di dalam bilik darjah boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.
Rujukan
Aboudan, R. (2009). Laugh and Learn: Humor and Learning a Second Language. International Journal of Arts and Sciences, 3, 90-99.
Amin Senin. (2018). Melangkah Ke Hadapan: Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Amir, O., Biederman, I., Wang, Z., & Xu, X. (2015). Ha Ha! Versus Aha! A Direct Comparison of Humor to Nonhumorous Insight for Determining the Neural Correlates of Mirth.
Cerebral Cortex, 25, 1405-1413. https://doi.org/10.1093/cercor/bht343
Amran, M. S., & Bakar, A. Y. A. (2020). We Feel, Therefore We Memorize: Understanding Emotions in Learning Mathematics Using Neuroscience Research Perspectives.
Universal Journal of Educational Research, 8, 5943-5950. https://doi.org/10.13189/
ujer.2020.082229
Bakar, A. Y. A., & Amran, M. S. (2020). Does Humour Relieve Mathematics Anxiety and Make Your Brain Better? From Laboratory to Classroom Research. International Journal of Advanced Science and Technology, 29, 12677-12686.
http://sersc.org/journals/index.php/IJAST/article/view/27960
Berge, M. (2016). The Role of Humor in Learning Physics: A Study of Undergraduate Students. Research in Science Education, 47, 427-450. https://doi.org/10.1007/s111 65-015-9508-4
Chan, Y., Hsu, W., & Chou, T. (2018). Dissociation between the Processing of Humorous and Monetary Rewards in the “Motivation” and “Hedonic” Brains. Scientific Reports, 8, Article No. 15425. https://doi.org/10.1038/s41598-018-33623-4
Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Upper Saddle River, NJ: Pearson.
Creswell, J. W. (2003). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.
Desberg, P., & Others, A. (1981). The effect of humor on retention of lecture material. (ERIC Document Reproduction Series No. ED223118).
Durdevic, I., & Mirkovic, A. (2013). Humor in Teaching Mathematics and Computers Science Course. In Proceeding Educational Conference (Vol. 1, pp. 271-279).
Fraenkel, J. K., & Wallen, N. E. (Eds.). (2003). How to design and evaluate research in education. The McGraw-Hill Company, Inc. New York.
Hassan, J. & Mohd Aris, A. (2009). Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi di Kalangan Pelajar Tahun Akhir di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Jamian, A. R., & Ismail, H. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3, 49-63
Ketabi, S., & Simin (2009). Investigating Persian EFL Teachers and Learners’ Attitudes towards Humour in Class. International Journal of Language Studies, 3, 435-452.
Lovorn, M. G. (2008). Humor in the Home and in the Classroom: The Benefits of Laughing While We Learn. Journal of Education and Human Development, 2, 300-312.
Meyer, J. (1990). Ronald Reagan and humor: A politician’s velvet weapon. Communication Studies, 41,76-88
Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Smith, M. E. et al. (1994) Management Research: An Introduction. London: Sage.