• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan (The Use of Information and Communication (ICT) in Education)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan (The Use of Information and Communication (ICT) in Education)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan

(The Use of Information and Communication (ICT) in Education)

Nur Aisyah Kamaluddin1*, Hazrati Husnin1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 July 2022 | Published: 1 August 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.29

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah satu fenomena yang baru. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) banyak mempengaruhi budaya masa kini, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) anjakan ketujuh dari 11 anjakan dalam pelan tersebut adaah mengenai keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Anjakan ketujuh bertujuan untuk meningkatkan kapasiti internet dan pembelajaran lebih kursus selain dimanfaatkan dalam mata pelajaran kritikal. Pembelajaran maya yang merupakan proses PdPc berasaskan internet turut berkembang dalam era TMK ini.

Secara tidak langsung, ia akan membantu dan memudahkan pengajaran berkualiti guru dan menarik minat murid untuk belajar. Dalam menerapkan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masalah seperti kesukaran dalam melaksanakan sistem TMK disebabkan kurangnya kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi. Guru lebih memilih menggunakan kaedah pengajaran tradisional berbanding pengajaran secara teknologi kerana kurang pengetahuan untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sikap guru dalam menyampaikan maklumat mengenai TMK juga merupakan salah satu faktor yang membuatkan murid kurang berminat dalam mempelajari dan menggunakan TMK semasa proses pembelajaran. Justeru itu, pelbagai strategi dan kaedah yang perlu seorang guru rancang bagi melaksanakan pengajaran yang menarik dan kreatif dengan menggunakan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan TMK sebagai alat bantuan untuk proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dengan lebih kreatif serta dapat menarik minat murid serta memberi motivasi kepada murid untuk belajar.

Kata kunci: Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK), pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan guru

Abstract: The use of information and communication technology in education in the 21st century is not a new phenomenon. The development of information and communication technology (ICT) has greatly influenced today's culture, and the application of this technology in teaching and learning provides a new shift in teacher pedagogy techniques. Through the Malaysia Education Development Plan, PPPM (2013-2025) the seventh shift out of 11 shifts in the plan is on the need for information and communication technology (ICT). The seventh shift aims to increase internet capacity and learning over courses in addition to being utilized in critical subjects. Virtual learning which is an internet-based PdPc process is also evolving in this era of ICT. Indirectly, it will help and facilitate teacher quality teaching and attract

(2)

students to learn. In implementing the use of ICT in the teaching and learning process, problems such as difficulties in implementing ICT systems due to a lack of skills and knowledge in the field of technology. Teachers prefer to use traditional teaching methods compared to teaching by technology because of a lack of knowledge in using ICT in teaching and learning.

The attitude of teachers in conveying information about ICT is also one of the factors that make students less interested in learning and using ICT during the learning process. Therefore, various strategies and methods that a teacher needs to plan to implement interesting and creative teaching with the help of information and communication technology. The use of ICT as an aid for the teaching and learning process can also help teachers in implementing teaching more creatively and can attract students and motivate students to learn.

Keywords: information and communication technology (ICT), teaching and learning, teacher knowledges

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Penggunaan internet dalam sistem pendidikan di Malaysia telah lama diaplikasikan dan banyak memberi impak yang positif dalam pembelajaran dan pengajaran (Zaira, Zolkefli & Saidon, 2016). Sistem internet banyak memberikan perubahan dalam kehidupan masyarakat di seluruh negara dan juga memberi penerangan berkaitan penggunaannya dalam bidang pendidikan.

Dalam era teknologi ini, pembelajaran yang bersandarkan internet adalah salah satu aspek yang turut dipraktikkan dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi ini memberi anjakan baru dalam teknik pedagogi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat merevolusikan dan meningkatkan teknik pengajaran guru, kaedah belajar murid dan perubahan dalam bidang pendidikan.

Menurut Ghavifekr et al. (2016), penggunaan teknologi dalam pendidikan juga merupakan anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025), 11 anjakan disenaraikan bagi mentransformasikan sistem pendidikan di Malaysia dengan mengambil kira keperluan abad ke-21. Dalam senarai anjakan tersebut, kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pembelajaran dan pengajaran diwujudkan pada anjakan ketujuh. Tujuan anjakan ini adalah untuk menaik taraf tahap kapasiti penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran selain dimanfaatkan dalam pembelajaran kritikal. Pembelajaran secara maya merupakan salah satu proses pembelajaran PdPc berasaskan internet adalah bidang yang turut popular dalam era TMK ini. Dengan penggunaan TMK dalam proses PdPc, dapat memudahkan dan membantu proses pengajaran berkualiti seorang guru tanpa mengira tempat atau tahap kemahiran murid.

Peranan dan kelebihan penggunaan alat digital seperti komputer, audio dan internet dalam proses pembelajaran membantu dalam melancarkan sistem pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek pendidikan, Kementerian Pelajaran dilihat sangat menitikberatkan pemahaman dan penerapan budaya celik komputer dalam pendidikan khususnya kepada guru sama ada di peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah.

Kementerian telah mewujudkan program sekolah bestari dan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Program sekolah bestari melibatkan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara sepenuhnya. Bagi melaksanakan program- program tersebut, KPM telah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba dan projektor LCD bagi mambantu

(3)

proses pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru dalam mengaplikasikan TMK. Dengan menggunakan internet, murid dapat memperolehi maklumat secara meluas dan dari pelbagai sumber bagi membantu proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Dengan menerapkan kemahiran teknologi kepada murid dapat membantu mereka belajar mengikut kemampuan serta dapat melahirkan generasi yang cekap dalam menggunakan teknologi maklumat. Peluang pendidikan akan menjadi lebih luas dari pelbagai skop, selain dapat menjimatkan kos. Proses pembelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pembelajaran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bentuk cakera padat (CD-ROM).

Oleh itu, kertas konsep ini akan memfokuskan kepada cabaran dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dan juga cadangan penambahbaikkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan.

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Menurut definisi Kaware (2015), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah sebagai satu kombinasi antara sumber dan alat teknologi yang dimanfaatkan untuk membantu dalam menyebar dan mencari maklumat serta menyokong proses pembelajaran di abad ke-21. TMK memberi impak yang besar ke atas anjakan perubahan dari segi pengurusan dan sistem pendidikan di negara maju termasuklah Malaysia.

Merujuk Ttinio (2003), teknologi maklumat dan komunikasi meliputi pelbagai bentuk seperti teks, audio, animasi dan sebagainya dengan menggunakan alat elektronik yang digabungkan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat. Instrumen teknologi yang digunakan adalah seperti peralatan elektronik dan digital seperti komputer, internet dan teknologi multimedia membantu dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Gabare (2014), dalam menyediakan persekitaraan pembelajaran dan pengajaran yang kondusif, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat penting terutamanya dalam bidang pendidikan bagi menarik minat murid dalam pembelajaran. Mengikut era globalisasi ini, para guru digalakkan untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menggantikan kaedah pengajaran tradisional.

Guru harus sedar tentang kepentingan penggunaan TMK dalam sistem pendidikan. Kesedaran terhadap keberkesanan dalam mengaplikasikan TMK dalam pendidikan perlu dipertingkatkan.

Mengaplikasikan teknologi seperti penggunaan internet dan komputer berupaya menaik taraf tahap sektor pendidikan dalam sesebuah negara. Tanpa menolak kaedah secara tradisional, pengajaran dan pembelajaran menerusi cara ini dengan menggunakan bilik darjah haruslah diselang dengan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Morsund (2005) menyatakan bahawa peranan utama penggunaan TMK dalam pendidikan adalah bagi menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara peranan TMK bagi menyelesaikan masalah mengikut pandangan Morsund adalah TMK dapat membantu dalam menyediakan pelbagai sumber serta memberi idea kepada murid dalam menyelesaikan masalah dan melakukan tugasan.

Penggunaan TMK dalam pendidikan bertujuan untuk memperbaiki serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan murid. TMK merupakan proses mengenai kaedah sesuatu teknologi itu digunakan dan dipraktikkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid dalam atau luar bilik darjah (Norazrena & Khairul, 2007).

Dengan menggunakan kaedah TMK dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan

(4)

kompetensi murid mengikut kehendak global dengan meningkatkan kemahiran serta penambahan ilmu pengetahuan dalam teknologi.

Teknologi dan kompetensi guru dalam penggunaan teknologi ialah aspek penting dalam meningkatkan kualiti seorang guru (Donker, 2018). Bagi menambah baikkan kualiti guru, program pendidikan guru telah dilaksanakan dan diperkasakan dengan kursus dan modul yang menerapkan penggunaan pelbagai teknologi serta meningkatkan kemahiran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), guru haruslah bersedia dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi ketika di dalam kelas. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat memberi impak yang positif dalam hubungan guru bersama murid, murid dan murid serta murid dan pembelajaran.

Penggunaan teknologi bersama dengan kualiti kandungan yang bagus, pedagogi dan reka bentuk pengajaran yang menarik dan baik dapat mempertingkatkan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam pendidikan serta memberi impak yang baik kepada sistem pendidikan mengikut era teknologi terkini.

Aplikasi TMK Dalam Pendidikan

Teknologi maklumat semakin digunakan dalam pendidikan sebagai teknologi sokongan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut Razak (2013) teknologi maklumat dapat memberi impak yang baik kepada pelajar terutama dari segi proses serta aspek motivasi dalam pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran menjadikan tugasan, komunikasi dan perhubungan lebih mudah dijalankan.

Menurut Doere (2012), teknologi seperti internet dapat membolehkan pelajar berhubungan tanpa batasan masa dan geografi. Sistem ini juga dapat membina pelbagai aplikasi yang memudahkan proses pembelajaran dijalankan dan untuk pelajar mendapatkan maklumat bahan pembelajaran serta mudah untuk berkomunikasi dengan guru (Min et al., 2012).

Para guru dapat memanfaatkan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan juga dalam melakukan pekerjaan. Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada pelajar. Tambahan lagi, guru juga dapat mengendalikan kelas dalam kuantiti yang besar di dalam kelas. Teknologi yang digunakan oleh guru dapat membantu dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan lebih mudah dan jelas untuk difahami oleh pelajar. Selain itu, dengan mengaplikasikan teknologi dapat membantu guru untuk mudah berkomunikasi dengan pelajar dan menjalankan proses pengajaran dengan lebih lancar.

Pada masa kini, seluruh negara mengalami penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin banyak. Proses pengajaran dan pembelajaran juga terganggu kerana pelajar harus belajar secara pembelajaran maya. Oleh itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sangatlah penting digunakan dalam melancarkan proses pembelajaran dari rumah. Guru harus mempunyai kemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk diaplikasikan semasa proses pengajaran zaman kini. Semua sekolah menggunakan sistem pembelajaran alam maya bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak. Oleh itu, guru harus menyediakan bahan pengajaran yang menarik agar pelajar dapat memberi fokus dan semangat untuk belajar walaupun belajar di rumah sahaja. Malah dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan pengajaran dapat diuruskan dan dikongsikan dengan pelajar secara lebih sistematik (Wan Ishak et al., 2014).

Dengan menggunakan teknologi maklumat dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap subjek yang sukar difahami dan dipelajari bagi membantu

(5)

mereka untuk lebih mudah memahami (Darling-Hammond et al., 2014). Terdapat pelbagai aplikasi yang telah dibina bagi membantu pelajar dalam memahami dan membantu untuk melakukan tugasan dan belajar. Dengan mengguna pakai aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi, pelajar mempunyai pemahaman konsep yang lebih baik dalam subjek yang mereka pelajari. Selain itu, bagi pelajar yang lemah dan berisiko tinggi untuk gagal dalam pelajaran juga digalakkan untuk belajar dengan sokongan dari teknologi maklumat dan komunikasi (Darling-Hammond et al., 2014). Teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih interaktif dan menarik, memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka dan menghasilkan pengetahuan serta idea baharu di samping dapat meningkatkan kemahiran kepada guru untuk mengurus dan menyediakan bahan pengajaran yang lebih interaktif.

Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dapat digunakan untuk mencari bahan serta sumber rujukan, untuk mengubah dan menghasilkan produk baru yang lebih baik (Virkus &

A.Bamigbola, 2011). Dengan itu, ia dapat membantu pelajar dalam menerapkan sifat kreatif dalam diri mereka. Antara aplikasi yang boleh digunakan oleh pelajar serta guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah Slideshare, Youtube, Wordpress dan banyak lagi. Di samping itu, aplikasi seperti prezi, powtoon, flipsnack dan 280 slides dapat membantu guru dalam menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajran kepada pelajar dengan lebih menarik.

Dengan bahan yang menarik ini, pelajar dapat mempelajari subjek tersebut dengan mudah dan jelas menggunakan bahan yang bantuan yang menarik. Pelajar juga dapat mempelajar sesuatu perkara itu dengan sendiri tanpa menunggu guru mengajar atau membuat ulang kaji selepas proses pengajaran dijalankan. Menurut Analisa Hamdan et al;, (2015), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat membantu guru dan pelajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif sama ada dalam kelas atau sebaliknya Tambahan lagi, aplikasi seperti quizzes, kahoot dan pelbagai lagi dapat diselitkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi mengelak kebosanan pelajar ketika belajar.

Proses ini sering digunakan oleh guru bagi menarik perhatian pelajar serta menguji kefahaman mereka terutamnya ketika di musim pandemik covid 19 ini.

Sistem pengurusan pembelajaran (Learning Management System) atau secra ringkasnya adalah LMS merupakan salah satu bahan atau aplikasi yang dapat membantu guru menguruskan e- pembelajaran. LMS merupakan salah satu aplikasi pentadbiran sering digunakan dalam aplikasi e-pembelajaran (Rubin et al, 2013; Chee et al, 2010; Rai et al., 2013). Sistem LMS yang sistematik mempunyai kemudahan pentadbiran berautomasi dan berpusat dengan menggunakan khidmat layan diri dan khidmat bimbingan sendiri. Selain itu, ia juga dapat mengumpul dan berkongsi bahan pembelajaran, menggabungkan inisiatif latihan dan platform mudah untuk menyediakan kandungan dan bahan pengajaran. Penggunaan LMS dapat menjimatkan masa guru dan guru dapat menggunakan masa yang terluang dalam menyediakan bahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi. Melalui LMS, pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran yang diletakkan olah guru.

Isu Dan Cabaran Dalam Menggunakan TMK

1) Kemahiran Guru Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Dalam membangunkan modal insan yang berkualiti sejajar dengan hasrat kerajaan, guru merupakan aset penting dalam menerajui perubahan teknologi ini. Guru seharusnya dapat menguasai kemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi agar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia dapat memberi kesan yang

(6)

baik kepada guru dan juga dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah. Oleh itu, bagi membantu guru dalam mengaplikasikan teknologi, aktiviti seperti kursus dan bengkel berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi giat dijalankan untuk meningkatkan kemahiran guru khususnya dalan aspek teknologi maklumat.

Sifat negatif dari segelintir penduduk yang menggunakan kaedah tradisional bagi proses pengajaran dan pembelajaran menjadikan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran bagi mereka. Hal ini kerana sifat dalam diri yang tidak mahu mencuba menyesuaikan diri dengan peralihan revolusi teknologi dalam pendidikan (Rabaya &

Norazah, 2014). Sebagai contoh, kini negara berada dalam keadaan di mana pembelajaran dan pengajaran dilakukan secara alam maya. Guru harus menyampaikan pengajaran kepada pelajar secara online. Bagi guru yang mahir dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi di dalam kelas, perkara ini akan memudahkan sera melancarkan proses pengajaran mereka.

Sebaliknya, bagi guru yang kurang mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, hal ini akan menjadi sukar unutk mereka menyesuaikan diri dalam keadaan sebegini. Justeru itu, sikap positif guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi perlu dipertingkatkan agar proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar.

Seterusnya, kemahiran dan pengetahuan guru berkaitan teknologi juga perlu dipertingkatakan agar guru dapat berkongsi idea dan menyediakan bahan pengajaran kepada pelajar dengan lebih baik (Melvina & Jamaluddin, 2010). Pengetahuan dan kemahiran dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi diperlukan oleh guru bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi dalam pendidikan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sederhana kerana guru masih lagi kurang pendedahan mengenai aplikasi teknologi yang boleh membantu untuk digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik (Mingmei Yu et al., 2012). Pengetahuan tentang penggunaan komputer dalam kalangan guru merupakan aspek utama kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di samping pengalaman mengajar guru tersebut (Habibah

& Vasugiammai, 2011). Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi amatlah penting bagi menjayakan penggunaannya dalam sistem pendidikan.

Antara keperluan latihan yang diperlukan dalam meningkatkan tahap kemahiran penggunaan TMK adalah kemahiran membaca dan menulis program komputer yang mudah, menggunakan program komputer dan dokumentasi, penggunaan aplikasi seperti Google slide, google doc dan google sheets dapat digunakan oleh guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini dapat dikongsikan secara atas talian melalui medium Google drive (Suzanna Shaharuddin

& Fariza Khalid, 2014). Sebagai seorang guru seharusnya kompeten dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan TMK Dalam Pentadbiran Pendidikan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga digunakan dalam institusi pendidikan seperti sektor pentadbiran. Sektor pentadbiran terdiri dari pentadbir sekolah, institusi pengajian tinggi, dan pihak kementerian juga memainkan peranan dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan penggunaan teknologi dalam pendidikan dengan meletakkan teknologi maklumat sebagai teras dalam setiap pelan pendidikan yang dilaksanakan dan dirangka. Pihak kementerian telah menyediakan pelbagai program untuk memperkasakan teknologi dalam pendidikan dengan memperkenalkan Projek

(7)

Sekolah Bestari, Projek Pengkomputeran, Schoolnet dan Portal MySchoolNet (Wan Zah et al., 2009).

Walau bagaimanapun, peranan pentadbir dalam memastikan infrastruktur jaringan internet dan juga kemudahan komputer adalah cabaran utama dalam mempergunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan teknologi di institusi pendidkan sangat dipengaruhi dengan kemudahan perkakasan dan jalur lebar yang disediakan oleh pihak institusi. Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan buat guru dan pelajar gunakan untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pada era pandemik ini, penggunaan teknologi di sekolah tidak dapat digunakan kerana pelajar tidak dibenarkan ke sekolah. Pelajar harus mencari inisiatif untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Peranan pentadbiran pada masa kini terbatas oleh kerana mereka tidak dapat membantu kesemua pelajar serentak atas faktor jarak dan kawasan yang dapat mencapai internet ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Peranan Pelajar Dan Ibu Bapa

Pelajar memainkan peranan dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap dan kemahiran pelajar adalah merupakan cabaran utama dalam memastikan pelajar menggunakan teknologi dalam pembelajaran (Sharifah & Kamarul Azman, 2011). Pelajar hanya akan menggunakan teknlogi maklumat jika guru menggunakannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak akan mempunyai sikap motivasi yang tinggi untuk mempelajari teknologi maklumat dan komunikasi dengan suasana pembelajaran yang baru (Mingmei Yu et al., 2012).

Seterusnya, sesetengah pelajar mempunyai kemahiran yang rendah dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar ini tidak mempelajarinya walaupun terdapat banyak video-video cara penggunaan aplikasi di lama-laman web. Hal ini kerana kemungkinan pelajar tidak mempunyai peranti yang dapat mengakses teknologi dan internet atau kekurangan bahan bantuan dan perlu dikongsi dengan yang lain. Perkara inimembuatkan pelajar tidak dapat memberi fokus dan belajar dengan efektif. Mengikut era pandemik, semakin sukar bagi pelajar yang kekurangan peranti untuk digunakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran ketika waktu kelas. Ini dapat membantutkan sikap positif mereka untuk terus belajar dan terpaksa berkongsi peranti bagi yang kurang berkemampuan. Oleh itu, pelajar haruslah aktif bagi meningkatkan tahap pencapaian mereka melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran kendiri. Namun, pelajar juga harus bijak untuk menentukan fungsi dan tujuan pelajar menggunakan teknologi dalam pembelajaran supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran serta aspek penyalah gunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Seterusnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam mendorong pelajar untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran.

Jika ibu bapa gagal dalam mengikuti arus perkembangan teknologi di era globalisasi adalah satu cabaran dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam membantu pelajar mengaplikasikan teknologi dalam pembelajaran (Mingmei Yu et al., 2012). Hal ini akan mengakibatkan interaksi sosial antara pelajar, guru dan ibu bapa akan terjejas. Sosio-ekonomi ibu bapa juga antara cabaran dalam penggunaan teknologi maklumat. Hal ini kerana ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah dan kurang bernasib baik kurang mengambil tahu berkaitan kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi dan membuatkan mereka kurang keyakinan dalam menggunakan teknologi (Vekiri, 2010). Menurut Mingmei Yu et al., (2012), ibu bapa yang kurang pendapatan tidak mendapat peluang yang sepatutnya untuk

(8)

menggunakan teknologi dan tidak dapat memantau penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi anak-anak mereka dengan baik.

Strategi Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat memberi impak yang memberangsangkan sama ada terhadap murid ataupun guru (Rafiza & Maryam, 2013). Menurut Mailizar (2018), guru yang berpengetahuan dalam TMK bagi proses pengajaran dan pembelajaran mendapat perhatian yang khusus dalam era globalisasi ini. Pengetahuan teknologi oleh guru dapat memberi pemahamam dan menggalakkan penggunaan teknologi di dalam kelas.

Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi mampu meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik serta dapat meningkatkan kefahaman murid.

Teknologi maklumat juga dibuktikan mempunyai kelebihan yang baik dalam menlahirkan pelajar ke arah kehidupan modenisasi teknologi yang semakin berkembang (Ghavifekr, et al., 2012). Melalui kemahiran teknologi yang diterapkan oleh guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah berdasarkan kefahaman mereka yang baik mengenai teknologi maklumat.

Pelbagai jenis strategi yang dapat dibuat bagi melaksanakan pengajaran yang lebih menarik dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (Drew, 2011). Teknologi semakin hari semakin berkembang mengikut peredaran masa sekarang. Perkembangan teknologi yang pelbagai dapat memudahkan guru untuk mencari inisiatif atau mempraktikkan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain dari menggunakan televisyen, radio dan powerpoint, guru juga boleh menggunakan aplikasi seperti quizzes, kahoot, prezi, powtoon dan pelbagai lagi. Oleh itu, kaedah pengajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi perlu diperluaskan, dengan bantuan modul-modul pengajaran kendiri, modul interaktif dan seumpamanya supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan memberi semangat baharu dalam kalangan murid sekolah untuk belajar (Anuar Ahmad, 2009).

Aplikasi yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi sesuai untuk dijadikan sebagai alat tambahan yang boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana dengan mengaplikasikan teknologi dapat mempengaruhi minat murid untuk lebih memberi perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Potensi penggunaan TMK adalah dapat menonjoldi dalam meningkatkan kualiti dan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, TMK juga dapat digunakan sebagai sumber pencarian maklumat bahan ilmiah di internet dan aplikasi talian yang lain bagi menambah ilmu pengetahuan dan sumber pelajaran. Dalam proses pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu murid yang menggunakan teknologi dapat menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas. Dengan mempelbagaikan bahan pengajaran, modul pengajaran kendiri, perisian interaktif, bahan multimedia yang mempunyai unsur-unsur simulasi dan animasi dapat membantu murid untuk menguasai ilmu bagi sesuatu mata pelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru itu, guru perlu memaikan peranan dengan menguasai dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi agar peralatan bantuan mengajar dapat digunakan dengan baik dan mudah difahami. Melalui penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperkayakan teknik pengajaran guru itu serta dapat menyampaikan bahan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, guru perlulah mengasah kemahiran teknologi yang dipelajari untuk mempelbagaikan kaedah mengajar di sekolah dengan menggunakan konsep teknologi. Dengan adanya penambahan sumber maklumat, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh menerusi TMK, guru dapat memberi idea baru dan strategi yang lebih menarik bagi menambah nilai pelajaran yang diajar.

(9)

Jika dibandingkan dengan pembelajaran dan pengajaran tardisional, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat memberi kesan yang berbeza kepada murid ketika di dalam kelas. Mereka bukan sahaja dapat mengakses internet itu di dalam kelas bahkan mereka juga boleh mencari bahan pembelajaran di internet bagi memudahkan pemahaman mereka. Guru akan menggunakan pelbagai jenis aplikasi dalam menghasilkan bahan pengajaran baru untuk menarik minat pelajar bagi melibatkan diri dalam pembelajaran interaktif dan kondusif. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan murid akan bersemangat untuk belajar lagi. Sokongan teknikal amatlah diperlukan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam menyediakan prasarana yang lengkap dan baik untuk diguna pakai oleh guru dan murid. Dengan kemudahan teknologi yang lengkap dapat memberi semangat kepada guru dan murid untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas. Dengan itu, murid akan lebih bermotivasi dalam pembelajaran dan guru juga dapat membina kaedah pengajaran yang kreatif bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan teknologi makluamt dan komunikasi sangat penting dalam sistem pendidikan yang semakin berkembang di abad ke 21 ini. Kepelbagaian teknologi maklumat dan komunikasi pada era kini mampu mewujudkan pelbagai konsep dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan peranan pelajar, guru, pentadbiran dan ibu bapa untuk sentiasa lebih peka dengan perubahannya. Ia dapat memberi manfaat kepada pelajar untuk belajar juga memberi dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Walaupun terdapat pelbagai cabaran seperti pengetahuan dan kemahiran dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi, namun apabila penggunaan ini sentiasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pasti guru dan pelajar akan mahir dalam melaksanakannya.

Dengan mengaplikasikan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia juga dapat dijadikan sebagai alat bantu bahan mengajar oleh guru kepada pelajar. Dengan menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan dapat memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran serta dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar.

Guru haruslah berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Rujukan

Ahmad, M., Abbas, M., Wan-Yahaya, W.A.J., dan Abdul-Salam, S.N. 2012. Investigating the Knowledge Creation Processes in a Learning Management System (LMS). Proceedings of Knowledge Management International Conference, pp. 652-656.

Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwani Mat Salleh, Intan Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail & Ahmad Syukri Mohamad Zaid.

2015. Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna.

Sains Humanika Journal. 5(1): 51–59.

Chee, H.M., Onn, C.W., dan Hwa, S.P. 2010. Implementation of LMS among Private Higher Learning Institutions in Malaysia. Proceedings of Knowledge Management International Conference, pp. 157-163

Darling-Hammond, L., Zielezinski, M.B., dan Goldman, S. 2014. Using Technology to Support At-Risk Students' Learning. Technical Report. Alliance for Excellent Education:

Washington.

(10)

Deore, K.V. 2012. The Educational Advantages of Using Internet. International Educational E-Journal, 1(2), pp: 111-112.

Donkor, A. 2018. In-service teachers’ use of ICT in teaching Mathematics in Ghana. A case study in the Cape Coast Metropolis. Tesis Dr. Fal, University of Cape Coast.

Drew Polly. 2011. Examining Teachers Enactment of Technological Pedagogical and

Content Knowledge (TPACK) in their Math Teaching after Technology Professional Development. Journal of Computers in Mathematics and Science 30(1), 37-59.

Gabare, C., Gabarre, S., Rosseni Din, Parilah Mohd Shah, & Aidah Abdul Karim. 2014.

iPads in the foreign language classroom : A learner ’ s perspective. The Southeast Asian Journal of English Language Studies, 20(1), 115–128.

Ghavifekr, S., Ahmad Zabidi Abd Razak, Muhammad Faizal A.Ghani, Ran, N. Y., Meixi, Y.,

& Tengyue, Z. 2012. ICT Integration In Education : Incorporation for Teaching &

Learning Improvement. The Malaysian Online Journal of Educational Technology, 2(2), 24–45.

Ghavifekr, S., Kunjappan, T., Ramasamy, L. & Anthony, A. 2016. Teaching and learning with TMK tools: Issues and challenges from teachers’ perceptions. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 4(2), 38-57.

Habibah Hj. Lateh & Vasugiammai Muniandy. 2011. GIS dalam pendidikan geografi di Malaysia: Cabaran dan potensi. Diakses pada 19 Januari 2021 daripada http://pkukmweb.ukm.my/geografia/images/upload/4.2011-1-habibahlateh-melayu4.pdf.

Kaware, S. S. 2015. International Journal of Multidisciplinary Approach and Studies, 02(1).

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Mailizar, M. 2018. Investigating Indonesian teachers’ knowledge and use of ICT in mathematics teaching. Tesis Dr. Fal, University Of Southampton.

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. 2010. Sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolahsekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1): 59-65.

Mingmei Yu, Allan H.K., Yuen & Jae Park. 2012. Using Web 2.0 Technologies - Exploring Perspectives of Students, Teachers and Parents. Interactive Technology and Smart Education Journal. 9(4): 204 – 216.

Morsund, D. 2005. Introduction to Information and Technology in Education. IST Publication.

Norazrena, & Khairul Anuar. 2007. Pengaplikasian Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan Terhadap Pelajar Pendidikan Khas. In Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (pp. 201–218).

Rabaya Muhamad & Norazah Nordin. 2014. Penggunaan Aplikasi Sumber Pembelajarann Terbuka (OER) Sebagai Media Pengajaran di 11 Kalangan Guru-Guru. Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan

dalam Pendidikan, disunting oleh Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Mohd Jasmy Abd Rahman. 39-44. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.

Rai, A., Yadav, A., Yadav, D., dan Prasad, R. 2013. A Conceptual Framework for Elearning.

IEEE International Conference in MOOC Innovation and Technology in Education (MITE), pp. 209 - 213.

Rubin, B., Fernandes, R., dan Avgerinou, M.D. 2013. The effects of technology on the Community of Inquiry and satisfaction with online courses. The Internet and Higher Education, Vol. 17, pp: 48-57

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34.

(11)

Sirje Virkus & Alice A. Bamigbola. 2011. Students' Conceptions and Experiences of Web 2.0 Tools. New Library World Journal. 112 (11/12): 479 - 489.

Suzana Shaharuddin, & Fariza Khalid. 2014. Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian Google - Satu Analisis Kajian Lepas. In Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan (Vol. 1, pp. 25–32).

Tinio L.V. 2003. ICT in Education. New York: UNDP-APDIP.

Vekiri, I. 2010. Socioeconomic Differences in Elementary Students’ ICT Beliefs and Out- ofSchool Experiences. Computers and Education Journal. 54 : 941-50.

Wan Zah Wan Ali, Hajar Mohd Nor, Azimi Hamzah & Hayati Alwi. 2009. The conditions and level of ICT integration in Malaysian Smart School. International journal of education and development using ICT, 5(2).

Zaira, R., Bahador Zolkefli, B. & Saidon, K. 2016. Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Vle Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah. Proceeding of ICECRS, 1023-1032.

Referensi

Dokumen terkait

The The results of this study indicate that: (1) the availability of ICT in SMA Batik 2 Surakarta is adequate and in good condition, (2) the categories of ICT literacy of students

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran Rekabentuk Sistem bagi pelajar tahun dua semester satu Program

Semua model teknologi informasi dan komunikasi ini dapat digunakan sebagai media dan sumber dalam pembelajaran Pendidikan Agama Islam untuk menghasilkan informasi yang

Akan tetapi terdapat beberapa penyelidikan yang lepas menyatakkan bahawa, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak mencapai tahap yang

Guru boleh menggunakan pangkalan data untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran misalnya dengan menggalakkan pemikiran aras tinggi hasil meminta murid mengkaji pelaporan

Berdasarkan kajian ini pula, disarankan kepada guru dan lembaga pendidikan serta orang tua bahwa pada saat pengungkapan ulang, media interaktif dapat menjadi salah satu variasi

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran