• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penglibatan komuniti dalam program penternakan lokan di Kudat, Sabah - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Penglibatan komuniti dalam program penternakan lokan di Kudat, Sabah - UMS INSTITUTIONAL REPOSITORY"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Penglibatan komuniti dalam program penternakan lokan di Kudat, Sabah

ABSTRAK

Penglibatan aktif komuniti dalam usaha pembasmian kemiskinan menjadi salah satu indikator penting kepada pencapaian matlamat dan kejayaan program pembangunan. Banyak projek yang telah diperkenalkan oleh agensi pembangunan di Malaysia bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup komuniti terutamanya di kawasan luar bandar. Di negeri Sabah, aktiviti pengutipan lokan merupakan salah satu kegiatan ekonomi sara diri komuniti Rungus di Kudat yang telah dijadikan sebagai projek akuakultur oleh Jabatan Perikanan Sabah tapi masih kurang diberi perhatian dalam wacana pembangunan komuniti. Projek Penternakan Lokan yang diperkenalkan pada tahun 2014 di Kg. Kopunadan, Kudat ke atas 11 orang peserta umumnya bertujuan membasmi kemiskinan. Sejauh manakah projek ini telah berjaya mencapai matlamatnya? Apakah yang dilakukan oleh komuniti bagi memastikan projek ini boleh terus bertahan? Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini dilakukan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian ikut serta. Data temubual secara mendalam dikutip daripada tiga orang peserta projek dan pegawai Jabatan Perikanan Matunggong.

Penyelidik turut menyertai aktiviti mengutip lokan bersama responden di kawasan paya bakau dan terlibat sama dalam Pesta Lokan yang dianjurkan oleh komuniti. Kajian ini mendapati projek yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah menyebabkan aktiviti pengutipan lokan lebih sistematik berbanding kaedah konvensional yang diamalkan komuniti sebelum ini.

Selain pendapatan responden mengalami peningkatan, projek ini secara tidak langsung turut menyumbang terhadap pemuliharaan hutan paya bakau di Teluk Marudu. Komuniti juga telah mengembangkan projek penternakan ini ke tahap yang lebih tinggi seperti menganjurkan Pesta Lokan untuk menarik para pengemar lokan datang ke kawasan tersebut. Jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan lain, penyelidik UMS dan orang perseorangan juga dilakukan bagi mendapatkan dana penganjuran Pesta Lokan. Usaha dan minat berterusan yang ditunjukkan oleh komuniti ini dijangka menyumbang kepada kebertahanan projek ini pada masa hadapan

Referensi

Dokumen terkait

Persepsi kaum Melayu Brunei dalam penerimaan makanan tradisional “kelupis” di Sabah ABSTRAK Suku kaum di Sabah sangat terkenal dengan makanan yang beraneka jenis mengikut suku kaum

Menurut Mohammad Kadir 2108, penerimaan komuniti terhadap pelaksanaan program penempatan semula meliputi tiga perkara penting, iaitu i penerimaan berdasarkan ekonomi yang boleh dinilai

Pengetahuan dan ketersediaan komuniti semasa tempoh perintah kawalan pergerakan pkp: Kajian kes di Pulau Gaya, Sabah ABSTRAK Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di Malaysia

Sektor tidak formal dan aktiviti ekonomi alternatif di Kota Kinabalu, Sabah: sifat dan kebertahanannya ABSTRAK Pembangunan yang pesat di bandar raya Kota Kinabalu telah menarik

Early growth performance of terminalia subspathulata king in a spacing and fertiliser trial at segaliud lokan forest reserve Sandakan, Sabah ABSTRACT Terminalia subspathulata is an

Kesedaran dan penglibatan komuniti tempatan dalam membangunkan produk pelancongan luar bandar di daerah Kota Marudu, Sabah ABSTRACT Daerah Kota Marudu memiliki pelbagai sumber

Geographic accessibility of healthcare services and health seeking behaviours of rural communities in Kudat and Pitas areas of Sabah ABSTRACT Introduction: One of the aims outlined in

Tahap-tahap penglibatan tersebut adalah seperti dalam Rajah 1 di bawah: Rajah 1: Tahap Penglibatan Komuniti dalam Program Pembangunan Petunjuk: 1= Penglibatan Manipulatif 5=